Anda di halaman 1dari 2

APA MAKSUD BAJA NPK ?.

1. Ramai pekebun menggunakan baja butiran yang tertera tulisan NPK pada bungkusan:15-
15-15 atau 12-12-17 atau 13-13-21.
2. Maksud NPK
N bermaksud Nitrogen : Baja untuk daun
P bermaksud Posphorus: Baja untuk akar
K bermaksud Kalium (Potassium) : Baja untuk buah/bunga
3. Jika pada baja NPK 12-12-17, bermaksud mempunyai kandungan:
Nitrogen:12%,
Posphorus:12%
Kalium (Pottasium):17%.
4. NPK 12-12-27, jika dijumlahkan semuanya baru 51%. Ini kerana lebihan 49% tersebut
adalah bahan lengai ataupun 'filler' yang digunakan bagi memegang dan mengurangkan
'kepanasan' setiap komponen tersebut. Jika peratusan setiap komponen tersebut digunakan
100%, ia akan menjadi merbahaya pada pokok dan mengakibatkan kesan terbakar.
5. Contohnya, Baja Urea, bacaan label pada beg adalah 46-0-0. Ini bermakna baja urea hanya
mempunyai komponen Nitrogen sebanyak 46% dan tiada Posphorus atau kalium. Oleh
kerana itu, baja urea juga dikenali sebagai baja daun.
6. Pembajaan untuk tumbesaran : Baja nilai N yang tinggi seperti baja urea ataupun NPK
yang SAMA seperti 15-15-15 atau 16-16-16 atau 17-17-17 atau dikenali sebagai baja subur.
Baja kopi 8-8-8 pula dikenali sebagai baja asas untuk pokok. Ramai yg menggunakan baja
kopi sebab di dalamnya juga ada asid amino dan asid humik yang boleh menyuburkan pokok.
7. Untuk akar yang kuat : Baja yang nilai P yang tinggi seperti CIRP (Christmas Island Rock
Phosphate). Kandungan P adalah 28%-32%.
8. Untuk kualiti Buah & Bunga : Baja yang mempunyai nilai K yang tinggi. Seperti PN
(Potassium Nitrat) di mana kandungan K adalah 46% atau high kalium 50 K 18 S yang
mengandungi 50% kalium (potassium) dan 18% sulfat.
9. Kita perlu merancang untuk TUMBESARAN POKOK yang baik dengan memberi baja
15-15-15 atau 16-16-16 atau 17-17-17 atau 18-18-18.
10. Apabila tiba masa BERBUNGA atau BERBUAH, ubah pula baja kepada 12 -12 -17 +
Magnesium+Trace Elemen (TE), baja bunga 13-13-21, baja purple Novatech Premium 15-3-
20+2MGO+10S+TE+DMPP atau baja high kalium 50K 18S.
11. Ramai pekebun sayur juga menggunakan baja NPK. Walaupun baja NPK diperbuat drpd
bahan kimia, tetapi bahan kimia tersebut ditukar menjadi enzim dan protein kepada pokok
dan ianya selamat dimakan. Yang tak digalakkan ialah penggunaan racun kimia kerana
sifatnya yang kekal berterusan dan membahayakan.
12. Penggunaan baja NPK adalah lebih berkesan jika digunakan bersama epsom salt kerana
epsom salt meningkatkan penyerapan baja. Epsom salt juga membekalkan magnesium dan
sulfat untuk pokok.
13. Penggunaan kapur pertanian juga digalakkan untuk meneutralkan keasidan tanah dan juga
membekalkan kalsium dan magnesium utk pokok.
14. Baja foliar juga digalakkan sebagai booster atau vitamin untuk pokok.
15. Baja ab adalah baja lengkap yang mengandungi segala nutrien untuk pokok.

Anda mungkin juga menyukai