Anda di halaman 1dari 2

Nota RBT tahun 6

Apakah Baja Larut Air dan Baja AB?

Bagi mendapatkan pertumbuhan yang baik, tanaman mestilah mendapat


nutrien yang mencukupi. Tanaman mendapat nutrien daripada tanah atau media
tanaman yang digunakan dan ianya juga boleh dibekalkan melalui pembajaan.
Terdapat beberapa jenis baja yang boleh digunakan seperti baja NPK granul, baja
organik, dan baja larut air.

Apa itu Baja NPK, Baja organic dan Baja AB.

Baja NPK adalah baja berasaskan kimia yang berbentuk baja pepejal yang
mengandungi Unsur Nitrogen (N), Phosphorus (P) dan Kalium (K) dan nombor-
nombor yang disebelahnya bermaksud peratusan kandungan setiap bahan itu didalam
sebatian baja tersebut. Sebagai contoh, N:12 P:12 K:17 bermaksud baja tersebut
mempunyai kandungan Nitrogen sebanyak 12%, Posphorus sebanyak 12% dan Kalium
(Pottasium) sebanyak 17%.

Baja NPK biasanya ditabur di atas permukaan tanah untuk memberikan nutrien
yang cukup pada tumbuhan dan baja ini akan larut ke dalam tanah apabila tubuhan
disiram air.

Baja organik adalah baja semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang
mengalami proses pereputan dan menghasilkan nutrien penting yang diperlukan oleh
tumbuh-tumbuhan.
Contoh baja organik asli termasuklah pupuk kandang, sluri, kompos
cacing, gambut, rumpai laut, kumbahan dan guano. Galian asli seperti fosfat batu
lombong, sulfat potasy dan batu kapur juga dianggap sebagai baja organik. Terdapat
juga baja organik yang dihasilkan oleh manusia seperti kompos, serbuk
darah, serbuk tulang dan pati rumpai laut. Selain itu, enzim protein cerna
dan serbuk ikan juga dianggap sebagai baja organik .
Baja AB adalah sejenis baja cecair yang digunakan bagi Kaedah Penanaman
Fertigasi. Tanaman yg sesuai adalah pelbagai sayuran termasuk Bendi, tomato,
terung, cili, kcg pnjg, kobis sebagainya.

Baja AB mengandungi unsur yang berbeza. Ia tidak boleh bercampur dlm bentuk
butiran atau cecair pati. Jika dicampurkan baja tadi akan kekurangan unsur yg
diperlukan oleh tanaman. Baja AB bukan Baja Organik kerana ia terdiri daripada
baja kimia yg membekalkan nutrien kpd tanaman.

Kelebihan Baja AB berbanding Baja NPK dan Baja organic

Apabila menggunakan baja NPK atau baja orgabik kepada tumbuhan, baja akan
mengalir keluar dari media tanaman apabila tanaman disiram atau semasa waktu
hujan.

Akan tetapi Baja AB adalah baja cecair yang mana tidak akan mengalir keluar dan
akan sentiasa memberikan nutrien yang cukup kepada tumbuhan selagi mana
terdapat air pada tanaman hidroponik

Anda mungkin juga menyukai