Anda di halaman 1dari 6

NAMA:........................................................... TINGKATAN:.................................................

SMK PAYA RUMPUT


MODULPDPR
MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
DISEDIAKAN OLEH: PN. JUWITA BINTI ABU SAMAH

TEMA 1: AMALAN GAYA HIDUP SIHAT


TAJUK: PANTUN BERSIH BERSERI (KEMAHIRAN MEMBACA) M/S 8________________
Standard Kandungan:
2.1 Membaca secara mekanis pelbagai bahan prosa dan puisi

Standard Pembelajaran:
2.1.2 Membaca secara mekanis pantun dengan sebutan dan intonanis yang betul dan nada
yang sesuai

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat;


1. Membaca pantun dengan intonansi yang betul.
2. Menyenaraikan ciri-ciri pantun empat kerat.

Latihan 1
a) Baca pantun di bawah, kemudian lafazkan pantun dengan intonasi yang betul.

Pantun Bersih Berseri


b) Senaraikan ciri-ciri pantun empat
kerat.
Tanam keladi pagi hari, Cahaya suria dilitupi
awan; Hiasi peribadi bersihkan diri,
Berwajah ceria ramailah kawan.

Pendekar budiman santun peribadi, Belayar


bersama kemudi bahtera; Ingatlah teman
pentingnya mandi, Petua utama hidup
sejahtera.

Cantik karangan bunga dahlia, Disisip orkid


terasa megah; Cuci tangan amalan mulia,
Pasti penyakit dapat dicegah.

Hinggap undan di tengah laman, Terbang


ke hutan mematuk saga; Pastikan badan
bebas berkuman, Agar kesihatan sentiasa
terjaga.

Seri Langkat lagu siulan, Dikir Puteri


mengalun pesona; Makanan berkhasiat
jadikan amalan, Supaya diri takkan merana.

Kain songket berhias sulaman, Bercorak


kekwa berdaun peria; Kalau penyakit datang
berteman, Meragut nyawa tinggallah dunia.

1
TAJUK : KEHIDUPAN TANPA BARAH/RENCANA (KEMAHIRAN MENULIS) M/S 9

Standard Kandungan:
3.2. Menulis untuk mengemukakan maklumat dan pandangan tentang sesuatu perkara

Standard Pembelajaran:
3.2.1 Menulis untuk menyatakan sesuatu situasi yang dibaca, didengar dan ditonton
menggunakan ayat yang betul, tepat dan gramatis

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat;


1. Menyenaraikan simptom barah paru-paru.
2. Menulis satu rencana pendek tentang barah paru-paru.

Latihan 2
a) Senaraikan simpton-simpton barah paru-paru pada ruangan yang disediakan.
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
vi i i.
ix.
x.
xi.

b) Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis satu rencana pendek tentang barah paru-paru.
Panjang karangan anda hendaklah anda lebih daripada 180 patah perkataan.
i. Anda hendaklah menulis karangan rencana di atas kertas kajang atau di dalam
buku latihan.
ii. Sila imbas QR Code di bawah ini untuk melihat contoh format karangan rencana
dan panduan menulis karangan rencana.

OOROODORO
r □□□□□□□□□

https://p.flowcode.com/F6TiCeXv?fc=0

2
TAJUK: SAJAK BIARKAN ALAM TERSENYUM (KEMAHIRAN SENI BAHASA) M/S
10
Standard Kandungan:
4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera dengan memberikan respons peribadi

Standard Pembelajaran:
4.1.2 Memahami dan mengapresiasi karya puisi dengan memberikan respons peribadi
tentang bentuk, huraian maksud dengan betul, rasional dan penuh penghayatan

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat;


1. Mendeklamasikan sajak dengan intonasi yang betul.
2. Menyatakan maksud rangkai kata yang berhuruf tebal.

Latihan 3
a) Anda dikehendaki mendeklamasikan sajak bertajuk Biarkan Alam Tersenyum dengan
intonansi yang betul.
i. Imbas QR Code dan tonton video cara mendeklamasikan sajak di bawah
sebagai panduan.

Biarkan Alam Tersenyum


Di Sudut Itu
Di sudut itu
ada tangan-tangan cemar
melontarkan sisa-sisa
walaupun di sudut itu sudah ada bekas
namun masih ada yang sengaja besar
kepala tetapi bukan lupa.
Di sudut itu
ada tangan-tangan alpa
lupa diri
walaupun di sudut itu
sudah tertera larangan cegah
sikap angkuh bagai hilang budi pekerti.
Sedarlah wahai anak bangsa
https://p.flowcode.com/F6uLxn3Z?fc=0 baiki diri hiasi peribadi
tanamkan rasa cinta pada kebersihan agar
sungai, laut, dan tanah tersenyum tiada
pencemaran
kauberikan harapan
kauberikan masa depan
agar generasi hari muka tidak merana akibat
generasi hari ini yang penuh leka. (Mardian,
MSO: 2016 Uniten)

3
b) Nyatakan maksud bagi rangkai kata yang berikut.
1. Biarkan Alam Tersenyum

2. Di Sudut Itu

3. ada tangan-tangan cemar

4. besar kepala tetapi bukan lupa

5. ada tangan-tangan alpa

6. sikap angkuh bagai hilang budi pekerti

7. kauberikan masa depan

4
TAJUK: PAHIT TAPI PENAWAR (TATABAHASA) M/S 11

Standard Kandungan:
5.1 Memahami dan menggunakan perkataan daripada pelbagai golongan kata dalam
pelbagai ayat.

Standard Pembelajaran:
5.1.2 Memahami dan menggunakan kata adjektif warna, bentuk, perasaan dan waktu
dengan betul mengikut konteks

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat;


1. Menyenaraikan kata adjektif berdasarkan bahan.
2. Membina ayat menggunakan kata adjektif.

Latihan 4
a) Senaraikan kata adjektif yang terdapat dalam petikan Pahit Tapi Penawar.

Pada kebiasaannya, kita akan ke farmasi untuk mendapatkan ubat apabila


kita demam atau mengalami sakit ringan seperti pening, selesema, dan batuk. Ubat-
ubatan ini dijual dalam pelbagai bentuk, warna, dan saiz. Ada saiz yang besar dan
ada pula yang kecil.
Terdapat pil yang berbentuk bujur, bulat, lonjong, leper, dan ada juga yang
berbentuk segi empat. Pil-pil ini juga terdapat dalam pelbagai warna seperti putih,
kuning, merah jambu, hitam, biru, hijau, dan bermacam-macam lagi. Selain itu, ubat-
ubatan ini juga berbeza mengikut waktu pengambilannya. Ada yang perlu dimakan
pada awal pagi, tengah hari, petang, atau sebelum tidur pada waktu malam.
Ubat perlu diambil sebelum atau selepas waktu makan seperti yang
disarankan oleh pegawai perubatan mengikut arahan preskripsi yang tertera pada
label ubat.

5
b) Bina satu ayat berdasarkan kata adjektif yang berikut.
1. hijau

2. bujur

3. suka

4. awal

5. sihat

6. besar

7. hampir

8. jauh

9. pahit

10. manis

Anda mungkin juga menyukai