Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan kerana


ia dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan. Umat Islam seharusnya menerima
kehadiran Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan berusaha merebut segala
ganjaran yang dijanjikan kepada hamba-Nya yang berpuasa dan melakukan amalan
soleh. Ibadah puasa yang telah difardhukan ini mengandungi pelbagai rahsia dan
hikmah yang perlu diketahui agar kita berupaya menghayati dan melaksanakannya
dengan penuh keikhlasan.

PERINCIAN PROGRAM
PELANCARAN IHYA’ RAMADHAN
TUJUAN:
Merasmikan Program Ihya’ Ramadhan
Menghebahkan aktiviti sepanjang Bulan Ramadhan
Menggalakkan penyertaan pelajar mengikuti aktiviti yang dianjurkan

CARA PELAKSANAAN:
 Dilaksanakan pada perhimpunan rasmi sekolah
 Edaran pamplet kepada semua guru dan ketua kelas

TADARUS AL-QURAN
TUJUAN:
 Memperbaiki bacaan kepada lebih baik dari semua aspek terutamanya
tajwid
 1 bulan khatam 30 juzuk
CARA PELAKSANAAN:
 Dilaksanakan mengikut kumpulan yang ditentukan oleh penyelaras
program didalam kelas masing-masing.
 Setiap kumpulan yang khatam  akan diberi cenderahati

BULETIN RAMADHAN
TUJUAN:
 Menyampaikan pelbagai maklumat tentang kelebihan ibadah puasa,
adab menyambut Hari Raya Aidil Fitri
CARA PELAKSANAAN:
 Diedarkan mengikut kelas sekali seminggu
RAMADHAN KE UDARA/TAZKIRAH
TUJUAN:
 Menyampaikan pelbagai info tentang fadhilat Ramadhan, bacaan zikir,
bacaan ayat-ayat pendek dan tazkirah melalui p.a. sistem setiap pagi
 Memberi peluang kepada guru dan murid menyampaikan salam
Ramadhan dan ucapan Hari Raya Aidilfitri
CARA PELAKSANAAN:
 Melantik murid menguruskan perjalanan program ini
 Guru memantau perjalanan program ini

CERAMAH IHYA’ RAMADHAN


TUJUAN:
 Sebagai persediaan menghayati sepuluh malam terakhir (Lailatul Qadar)
 Menimbulkan perasaan gembira dan cinta berada di bulan Ramadhan
 Melahirkan perasaan rindu pada Ramadhan akan datang
 Murid berada di landasan yang benar ketika menyambut ketibaan
bulan Syawal
CARA PELAKSANAAN:
 Dilaksanakan sebelum sepuluh Ramadhan terakhir
 Dilaksanakan di dataran perhimpunan sekolah
 Sasaran kepada semua warga sekolah

PROGRAM  MAHABBAH (SUMBANGAN) 


TUJUAN:
 Membuat amal ibadah di bulan yang penuh barakah ini dengan
memberi sedikit bantuan kepada mereka yang memerlukan.
 Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa murid
yang susah.
 Membantu mereka yang memerlukan.
CARA PELAKSANAAN:
 Mengutip sumbangan daripada guru, kakitangan serta pihak-pihak luar
 Memilih murid yang layak menerima sumbangan
 Sumbangan disampaikan di Majlis Masih Ada Yang Sayang
MUBARAH RAMADHAN
TUJUAN:
 Mencungkil bakat-bakat murid
 Mewujudkan persaingan sihat di kalangan murid
 Menguji pengetahuan am pelajar berkaitan Ramadhan
CARA PELAKSANAAN
 Dilaksanakan selama dua minggu mengikut tarikh yang ditetapkan
 Antara pertandingan yang diadakan:
 Kuiz Ramadhan
 Tilawah dan Hafazan Al-Quran
 Bercerita Kisah Al-Quran
 Menulis esei pendek
 Mencipta sajak
 Penyampaian hadiah diberi pada Majlis Masih Ada Yang Sayang

Anda mungkin juga menyukai