Anda di halaman 1dari 6

Tarikh 31 March 2021/ 17 Syaban 1442H

PENETAPAN WAKTU SOLAT JUMAAT DISINGAPURA

Saya hamba Allah alfaqir telah mengutus email pada Isnin 29 March 2021 kepada Sohibus Samahah
Mufti Negara Dr Ust Naziruddin sebagai pengerusi jawatankuasa Fatwa dan salinan kepada Muis
Council membincangkan perkara yang penting ini.

Namun masa berjalan pantas.Tak berapa hari lagi kita akan sambut Bulan Ramadhan alMubarak.

Memandangkan pesanan Nabi saw “Sesiapa dari kamu yg melihat kemungkaran hendaklah
diubahnya dgn tangannya, jika ia tidak sanggup maka dengan lidahnya, maka jika ia tak sanggup,
maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah2 iman” HR Muslim. Demikian juga hadith
“Agama itu adalah NASEHAT, Sahabat bertanya: Untuk siapa ya Rasulullah saw? Jawab Baginda
saw” Untuk Allah dan KitabNya dan RasulNya dan pemimpin2 Muslim dan orang awam mereka.” HR
Muslim. Saya bimbang diYaumil Qiyamah dihadapan Allah swt kelak jika ditanya apakah yg telah
dilakukan ketika melihat suatu kemungkaran yg berlaku? Maka sebab itu saya dgn berat hati setelah
bersolat Istikharah menulis surat ini agar terlepas kewajipan menunaikan amanah ini.

Issue ini telah banyak memecahbelahkan masyarakat Islam kita yg kecil ini. Bahkan ada yg sudah
hilang kepercayaan kpd kemampuan Muis dalam mengatasi masalah2 Umat Islam SG. Issue2 lama
tak selesai lagi, ini di tambah pula fatwa yg menyalahi pegangan majority Umat Islam SG yg
merupakan 80% dari Mazhab Syafie dan 20% Mazhab Hanafi (anggaran).

Maka saya hamba Allah yg hina lagi yg dhaif ini sebagai mewakili majority umat Islam khususnya
penganut Mazhab Syafie RH, Asatizah, MRO, MMB masjid dan pekerja2nya dan masyarakat ramai
Mazhab Syafie, yg tidak bersetuju dgn Fatwa in, namun tidak berani bersuara kerana bimbang
dihukum dgn ditarik ARSnya dan dihentikan tugasnya dimasjid atau dihalang dakwah mereka. Kami
merayu agar waktu Solat Jumaat dikembalikan kepada asal, yaitu waktu solat Zohor, selepas Zawal.

*LATAR BELAKANG ISU*


Pada 11 Disember 2020, semua masjid di Singapura diperintahkan oleh Majlis Ugama Islam
Singapura untuk laungkan azan untuk solat Jumaat pada jam 12.50 ptg. Zohor pada tarikh tersebut
ialah 1.00 ptg. Walaupun waktu Zohor semakin lewat sehingga jam 1.20 pada bulan Februari, azan
solat Jumaat terus ditetapkan pada jam 12.50 ptg. Ini bermakna khutbah dan solat bagi slot pertama
solat Jumaat dilakukan sebelum waktu Zohor.

Arahan ini disertakan dengan hukuman bagi pegawai-pegawai masjid yang tidak ikuti arahan ini.

Malangnya, arahan ini dilakukan dalam short notis, tanpa kempen pendidikan kepada asatizah dan
masyarakat. Dan tanpa panduan bagaimana hendak kerjakan solat sunat qabliyah dan ba'diyah bagi
solat Jumaat. Muis hanya gunakan kuasa dengan menyatakan bahawa ini adalah keputusan
Jawatankuasa Fatwa. Arahan dikeluarkan beberapa hari sebelum solat Jumaat pertama yang
dikerjakan sebelum Zohor. Ini menimbulkan banyak tandatanya dari banyak pihak, terutama pihak
masjid dan asatizah. Antara yang menjadi persoalan ialah:
Apa illat/sebab tiba-tiba Muis hendak cepatkan solat Jumaat?

1- Kalau kerana maslahat. Maslahat utk apa? Apakah maslahat itu sudah jatuh pada Dharurat?
2- Apakah panduan bagi mereka yang hendak solat sunat qabliyah dan badiyah sedangkan
belum masuk waktu Jumaat?
3- Mengapa Muis hendak menghukum kalau ada MMB masjid atau MRO dan Asatizah yg nak
amalkan Mazhab Syafie, Solat Jumaat sesudah masuk waktu Zohor?

1
Sindiran negatif yang timbul pula ialah: Muis memang suka pikul dosa ratusan ribu orang
Islam di Singapura.

Sebab-sebab yang diberikan oleh Muis atas arahan ini amat diragui akan Maslahatnya dan
Dharuratnya:
1- Zohor makin lewat maka perlu percepatkan solat.
2- Ramai orang tidak dapat pergi solat kerana slot ketiga semakin lewat.
3- Masjid perlu banyak masa untuk pergerakan jemaah yang semakin bertambah antara tiga
slot.
4- Solat Jumaat sebelum Zohor juga sah dan ada Riwayat Hadith untuk lakukannya.

Namun jika diselidiki kembali sekelian alasan yang diberikan tidaklah kuat untuk dijadikan
sebagai alasan maslahat hingga jatuh hukum dharurat.

*RENGKASAN HUKUM SOLAT JUMAAT SEBELUM ZAWAL*


A- TIDAK SAH JUMAAT yang dikerjakan khutbah dan solatnya SEBELUM ZAWAL / ZOHOR- Ini
pegangan Jumhur/Majoriti Ulama dari Mazhab Syafie, Hanafi dan Maliki dan Jumhur ulama
dari para sahabat dan tabi’in dan yg selepas mereka. (Sila rujuk Kitab alMajmu’ anNawawi
4/511)
B- SAH JUMAAT sebelum Zawal- Ini pegangan Mazhab Hambali. Namun, ulama agung
mazhab Hambali, Ibn Qudamah rh , menyarankan agar solat Jumaat dikerjakan selepas
zawal kerana Nabi saw melakukan sedemikian. Yg demikian itu agar KELUAR DARI
KHILAF.(Rujuk Mughni Quddamah 2/296)

DALIL JUMHUR/MAJORITI ULAMA


i- Firman Allah swt Surah anNisa ayat 103 ( Sesungguhnya solat telah wajib atas mukminin
pada waktu yg telah ditetapkan)
ii- Oleh kerana solat Jumaat ganti solat Zohor. Maka Jumaat mengambil hukum waktu
Zohor.
iii- Dari Anas Bin Malik ra ( Adalah Nabi saw solat Jumaat ketika zawal matahari -lepas
masuk waktu zohor) HR Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan Tiemizi.
iv- Dari Salamah Bin Akwa’ (Kami Solat Jumaat Bersama Rasulullah saw apabila setelah
zawal, kemudian kami pulang mengikuti bayang- dinding rumah) HR Muslim.
v- Berkata Imam Syafie ( Nabi saw, Abu Bakar, Umar, Uthman ra dan semua pemimpin
selepas mereka solat Jumaat selepas zawal) rujuk Majmu’ Nawawi 4/512

DALIL MAZHAB HAMBALI


i- Dari Jabir Bin Abdullah ra, mengatakan (Adalah Rasulullah saw solat Jumaat, kemudian
kami pergi keunta2 kami dan merehatkan mereka ketika zawal matahari.) HR Muslim
ii- Maaf, Hadith Jabir ini telah disalah terjemahkan oleh Muis dlm fatwanya:

‫س‬ َّ ‫ ث ُ َّم َن ْذهَبُ ِإ َلى ِج َما ِلنَا َف ُن ِري ُح َها حِ ينَ ت َُزو ُل ال‬،‫صلِي ْال ُج ُم َع َة‬
ُ ‫ش ْم‬ َ ‫س َّل َم ُي‬
َ ‫ع َل ْي ِه َو‬ ُ ‫ص َّلى‬
َ ‫هللا‬ ِ ‫سو ُل‬
َ ‫هللا‬ ُ ‫كَانَ َر‬
Meaning: “The Prophet s,a.w. used to observe Friday prayer, and we then went (back) to
our camels and gave them rest till the sun passed the meridian.” (Hadith narrated by
Muslim). Perkataan Hina Tazula Shamsu bukan “hingga zawal matahari” Tapi maknanya
ialah “Ketika zawal matahari”. Perkataan “Ketika” dgn “Hingga” membawa makna yg
sangat berbeza. Maaf, Ulama Bahasa Arab alImam Nawawi berkata “ Ketika “ juga
bererti disaat awal zawal. (Rujuk Majmuk Nawawi 4/512)

2
iii- Dari Salamah Bin Akwa’ ra mengatakan (Pernah kami solat Jumaat Bersama Rasulullah
saw, kemudian kami Kembali, dan tiada bagi dinding2 (rumah) bayang yg kami boleh
berteduh) HR Bukhari dan Muslim.
iv- Dari Abdullah Bin Sidan ra (Kami pernah solat Jumaat Bersama Abu Bakar, Umar dan
Uthman sebelum zawal.) HR Ahmad dan Daruqutni.

KESIMPULAN
i- Hadith2 Jumhur sangat jelas yang Rasulullah saw solat Jumaat setelah Zawal. Manakala
Hadith2 Mazhab Hambali hanya merupakan kata2 sahabat perihal mereka lepas solat
Jumaat.

ii- Maka dalil Mazhab Hambali dari hadith Jabir dan Salamah hanya merupakan
zhanniyah/sangkaan yang Rasulullah saw solat Jumaat sebelum zawal. Allah berfirman
maksudnya (Mereka tidak lain hanyalah mengikuti zhan/sangkaan.Sedang sangkaan itu
tidak berfaedah sedikitpun terhadap kebenaran) Ayat 28 Surah anNajm.

iii- Sangkaan demikian pada kedua Hadith sohih ini bercanggah dgn hadith2 sohih yg
sorih/jelas Mazhab Jumhur. Tak mungkin Rasulullah saw dalam satu masa solat Jumaat
selepas Zawal dan sebelum Zawal.

iv- Maka Ulama2 Hadith dan Fiqeh seperti Imam Nawawi rh dan lainnya
mengkompromikan yang bercanggah itu dgn mengatakan bahwa hadith Jabir dan
Salamah adalah menunjukkan Rasulullah saw mempercepatkan solat Jumaat dgn
dipendekkan khutbah dan solat. Bukan Rasulullah saw solat sebelum zawal.(Utk huraian
yg lengkap sila rujuk Majum’ Nawawi 4/512)
v- Terlebeh lagi Hadith Riwayat Salamah bin Akwa’ yg dipegang Jumhur yg jelas
mengatakan selepas Zawal, bercanggah dgn hadith riwayatnya yg dipegang mazhab
Hambali, jika di ertikan sebelum zawal.
vi- Kekuatan hujjah Jumhur ialah bahawa Jumaat pengganti Zohor. Maka dia ambil waktu
zohor.
vii- Adapun Riwayat Abdullah Bin Sidan yg dipegang Mazhab Hambali adalah lemah yg tidak
boleh dijadikan hujjah.

*14 HUJAH TIADA KEPERLUAN UNTUK SOLAT JUMAAT SEBELUM ZAWAL DI SINGAPURA
SEKARANG*

*Hujah 1*
Undang-undang dalam AMLA mewajibkan Jawatankuasa Fatwa untuk mengeluarkan fatwa
mengikut mazhab Syafii. Pandangan mazhab lain hanya boleh digunakan jika ada keperluan
yang mana tiada solusinya dalam mazhab Syafii. Sila rujuk kepada AMLA Section 33-1 & 33-2
: 33.—(1) Subject to this section, the Majlis and the Legal Committee in issuing any ruling
shall ordinarily follow the tenets of the Shafi’i school of law.

(2) If the Majlis or the Legal Committee considers that the following of the tenets of the
Shafi’i school of law will be opposed to the public interest, the Majlis may follow the tenets of
any of the other accepted schools of Muslim law as may be considered appropriate, but in
any such ruling the provisions and principles to be followed shall be set out in full detail and
with all necessary explanations.

Hujjah 2

3
Kami diSingapura majoriti Ahlus Sunnah Wal Jemaah 80% adalah pengikut Mazhab Syafie
dan bakinya Mazhab Hanafi. Amat tidak wajar, apabila pegangan majoriti Mazhab Syafie dan
Hanafi tidak diraikan. Menyalahi keputusan pegangan kami dan AMLA sebagaiamana yang
telah ditetapkan oleh undang2 negara.

*Hujah 3*
Niat untuk memperbanyakkan jumlah Jemaah hingga ke slot ke3, bukan satu
masalah/alasan sehingga memerlukan solusinya daripada mazhab yang lain. Dan ianya tidak
terjatuh dalam maslahat yg perlu dihukumkan dharurat. Berkata alImam asShahid Sheikh
Ramadhan alButhi dlm Kitabnya Dhawabit Maslahah Fi Syariah Islamiyah (Garis panduan
Maslahah dlm Syariah Islam) Mudharat ada dhawabitnya. Dan dhawabitnya lima: mudaharat
kepada agama, jiwa,akal, keturunan dan harta. Dan maslahat tidak boleh menyalahi Quran,
Hadith, Ijma dan Qiyas. Sila rujuk Kitab itu muka surat 72 & 74) Adakah melakukan solat
Jumaat slot ketiga pada jam 3 ptg di Singapura termasuk antara 5 mudarat tersebut? Sudah
pasti tidak. Sebagaimana sedia maklum bahawa Dharurat itu ialah kalau terancam salah satu
dari Dharuriyat yg 5 itu, dan tidak ada pilihan yg lain. Tapi dalam masalah ini, kalau Jemaah
tidak dapat solat Jumaat kerana slot ke3 terlalu lewat, maka Jemaah boleh solat fardhu
Zohor dlm waktu Zohor.

Hujah 4
Alasan bahawa solat Jumaat bagi slot ketiga akan berlaku terlalu lewat sehingga hampir jam
4, ia bukanlah 'illah/sebab yang boleh diterima untuk talfiq/bertukar ke qaul dalam mazhab
Hambali. Dalam ilmu Usul Fiqh, tahqiq al-manat / pastikan punca sebab masalah, amat
penting. Dan al-manat/punca sebab bagi talfiq/ bertukar ke mazhab Hambali dalam isu ini
amat lemah.

*Hujah 5*
Illah percepatkan solat Jumaat sebelum Zawal bergantung kepada ihtimal, iaitu sangkaan,
bahawa jika solat ketiga berlaku lewat jam 3, tidak ramai orang yang akan ke masjid untuk
solat Jumaat. Tiada satu pun kajian tuntas yang dibuat dalam hal ini. Maka tahqiq al-manat
tidak berlaku. Bila tiada tahqiq al-manat, maka 'illah adalah lemah. Bila 'illah lemah, maka
talfiq kepada mazhab lain adalah tidak wajar. Dari sudut undang-undang AMLA pun, ia
adalah salah.

*Hujah 6*
Menggunakan hujah pendapat dalam mazhab Hambali untuk lakukan solat Jumaat
berterusan sebelum zawal adalah sesuatu yang tidak tepat. Negara Saudi yang berpegang
dengan mazhab Hambali pun tidak lakukan demikian. Kalaupun mereka lakukan, mereka
hanya lakukan untuk tempoh masa yang pendek, seperti musim panas. Yang kita tidak alami
di Singapura.

*Hujah 7*
Tetapi jika dilihat amalan yang dibuat di Haramain, walaupun azan solat Jumaat dibuat
sebelum Zawal, namun khutbah hanya bermula ketika Zawal. Ini adalah untuk keluar
daripada khilaf.

*Hujah 8*
Khilaf adalah antara perkara yang Rasulullah s.a.w gambarkan sebagai umuurun
mutasyabihat (perkara2 yg samar) dalam hadithnya yang masyhur. Oleh kerana itu, umat

4
Islam tidak digalakkan untuk mencari-cari perkara yang khilaf dan dikhilafkan. Sebaliknya,
para ulama amat menyarankan agar keluar daripada khilaf. Khuruj minal khilaf. Mereka yang
berterusan dalam perkara khilaf dikhuatiri akan termasuk dalam perkara yang haram.

*Hujah 9*
Memaksa masyrakat untuk solat sebelum Zawal adalah suatu yang haram. Ini bermaksud
menyeret masyarakat kepada perkara mutasyabihat dan boleh menyebabkan masyarakat
lakukan perkara yang tidak diredhai Allah. Kalau MMB dan MRO Masjid yg berpegang dgn
Mazhab Syafie yg mengatakan TIDAK SAH Jumaat sebelum zawal, kenapa mesti dipaksa
mereka utk solat sebelum zawal? Dalam kaedah usul Fiqh ‫ (العبرة بظنية المكلف‬Yang dikra ialah
keyakinan mukallaf). Kalau MMB atau MRO yakin belum masuk waktu Jumaat, dan tidak Sah
dan berdosa menganjurkan Jemaah utk solat sblm masuk waktu. Apakah mereka dihukum
bersalah kerana tidak ikut fatwa Muis? Ini suatu kezaliman. Yaitu meletakkan sesuatu bukan
pada tempatnya. Siapa yang akan pikul dosa ini semua di padang mahsyar nanti?

*Hujah 10*
Menggunakan maslahah untuk talfiq ke mazhab lain, atau untuk buat yang baru, adalah
sesuatu yang sangat berisiko tinggi. Maslahah hanya boleh digunakan jika ada mudharat.
Dan mudharat dihitung mengikut keperluannya. Adakah mudharat solat Jumaat slot ketiga
berterusan sepanjang tahun sehingga perlu dipercepatkan slot pertama sebelum zawal?

*Hujah 11*
Niat yg baik, untuk membolehkan lebeh ramai orang dapat solat Jumaat, dan untuk
memudahkan penyelengaraan masjid utk spray sterlise selepas setiap satu slot, tidak cukup
masa. Maka dalam kaedah Usul Fiqh (Niat yg baik tidak menghalalkan cara yg salah)

*Hujah 12*
Semata mata dgn mengatakan pendemic Covit 19 telah banyak mengubah cara normal kita,
seperti solat renggang saf, dan lain2, bukan suatu alasan utk kita tukar yg tidak boleh ditukar
spt waktu solat Jumaat. Kita faham saf renggang makruh. Tapi kalau solat sblm masuk waktu
TIDAK SAH. Jika pelakunya tidak ulangi fardhu Zohornya, maka HARAM dan berdosa kerana
telah meninggalkan satu solat fardhu. Ini apa yg dipegang oleh Jumhur Ulama. Kalau hari ini
pekerja mengadu majikan didak benarkan solat Zohor semasa kerja. Apakah dia boleh solat
zohor sblm masuk waktu zohor kerana dharurat?

Hujah 13
Kebimbangan jika pintu ini dibuka dgn alasan Dharurat, tak mustahil akan timbul majikan2
yg mengatakan tak boleh solat Jumaat atau Zohor melainkan waktu lunch time. Dan
akhirnya generasi kita akan menempuh waktu2 yg sukar dlm menjalani perintah solat.
Apakah kita nak melihat perkara ini berlaku? Maka menolak Fatwa ini adalah penting
sebagai “Saddu zara’I” menutup pintu kemudharan.

*Hujah 14*
Seseorang yang ingin keluarkan pendapat agama yang impaknya merata kepada ratusan ribu
orang Islam, mestilah orang yang ada keahlian untuk keluarkan ijtihad. Dan kita semua tahu
syarat-syarat keluarkan ijtihad dan siapa yang layak jadi mujtahid mazhab. Adakah kelayakan
itu wujud dalam mereka yang mengeluarkan perintah dan arahan untuk cepatkan solat
Jumaat sebelum zawal? Sedangkan Ulama2 Mazhab Syafie yg beratusan bahkan beribu yg
hebat2 lagi faham dgn makna Bahasa Arab dan mendalami ilmu Fiqeh seperti Imam Nawawi,
Ibnu Hajar AlAsqalani, Ibnu Hajar alHaitamy, Imam Suyuti rh dan banyak lagi yg lain yg pasti

5
telah melihat dan mengetahui Hadith yg dipegang oleh mazhab Hambali dlm masalah ini.
Tetapi tak ada keluarkan fatwa, boleh solat Jumaat sebelum Zawal.

Marilah sama2 kita fikirkan dengan penuh keinsafan dan ketaqwaan. Sama2lah kita
muhasabah diri kita sebelum dihisabkan di khalayak ramai di padang mahsyar.
Marilah sama2 kita Ikuti sifat para sahabat dan salafus soleh yang sangat berat untuk
berikan fatwa. Inilah kewarakan yang perlu ada dalam mujtahid.

JALAN KELUAR DARI KEMELUT INI


1- Tarik balik fatwa. Waktu solat Jumaat Kembali seperti biasa, waktu Zohor. Dengan alasan
waktu sudah mula berubah dan kini sudah hampir bulan puasa Ramadhan Shahrul Mubarak.
2- Isi khutbah dan solat dipendekkan. Pasti mencukupi masa utk 3 slot seperti biasa.
3- Kami harap pihak Muis tidak menghukum MRO atau MMB atau mana2 Asatizah yg lebeh
yakin kpd pegangan Mazhab Syafie mereka.

Maaf kalau ada tersilap kata atau terasa dihati. Semoga persaudaraan Islamiyah kita tetap
berkekalan. Andaikata kata2 hamba alfaqir ini ada kesilapan mohon diperbetulkan.

Wallahu musta'an.

Semoga Allah lindungi kita daripada fitnah akhir zaman.

Wslkm Wr Wb.
Yang Benar,

Hamba Allah yg faqir lagi yang hina


Tengku Mohamad Fouzy

Anda mungkin juga menyukai