Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN HASIL DAPATAN

KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

Oleh

Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff & Zarina Mohamad Amin


Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)

Pengenalan

Dalam usaha untuk memahami denyut nadi masyarakat terutama tentang persepsi dan
kefahaman masyarat mengenai isu-isu yang berkaitan dengan integriti, Institut Integriti
Malaysia (INTEGRITI) sentiasa mengadakan penelitian yang terperinci melalui
perbincangan-perbincangan meja bulat, yang melibatkan kumpulan-kumpulan fokus
dan pakar-pakar berkaitan dalam bidang akademik dan industri serta kajian pendapat
dan persepsi masyarakat bagi mendapatkan gambaran dan realiti permasalahan dan
isu-isu yang berlaku dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Salah satu kajian yang dilaksanakan baru-baru ini telah melibatkan para
mahasiswa di tiga (3) buah universiti utama untuk memahami persepsi serta kefahaman
mahasiswa masa kini mengenai rasuah di Malaysia.

Antara universiti yang terlibat adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),


Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Daripada
jumlah 402 responden, 33.1% adalah dari UKM, 47.5% dari USM dan 15.9% dari UiTM.
Terdapat juga 3.5% responden dari lain-lain universiti yang turut menjawab borang soal
selidik yang telah disediakan.

1
Profil Responden

Secara umumnya seramai 402 responden yang terdiri daripada para mahasiswa
warganegara Malaysia telah menjawab soal selidik yang diedarkan. Daripada jumlah
tersebut, 68.4 peratus adalah responden Melayu, 20.1 peratus responden Cina, 5.2
peratus India dan 6.2 peratus lain-lain etnik. Manakala peratusan mengikut agama pula,
didapati majoriti responden adalah beragama Islam (71.6%), diikuti dengan agama
Buddha (17.4%), dan seterusnya agama Kristian (5.0%).

Daripada perspektif gender pula, kajian mendapati majoriti penyertaan


responden adalah wanita (60.0%) berbanding responden lelaki (40.0%). Di samping itu,
profil berdasarkan umur pula mendapati majoriti kategori umur responden berusia
antara 20 hingga 30 tahun (92.3%), diikuti 31 hingga 40 tahun (5.7%) dan selebihnya
sejumlah dua peratus berusia 41 hingga 60 tahun.

Selain itu, berdasarkan tahap pengajian terkini, majoriti (86.8%) responden yang
terlibat sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah, diikuti dengan Ijazah Kedoktoran
(8.5%), Sarjana/Master (4.2%) dan hanya dua (0.5%) sahaja pelajar peringkat Diploma
yang terlibat dalam kajian ini.

Kaedah persampelan adalah secara rawak mudah kepada beberapa IPTA yang
terlibat dalam pelbagai jurusan pengajian. Kaedah pengutipan data adalah secara
survei dengan mengisi kaji selidik secara atas talian (survey online). Aplikasi web link
telah diberikan kepada responden untuk menjawab soal selidik kepada kajian ini.

2
Jadual 1: Profil Responden

(N=402)
Bil %
Universiti
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 133 33.1
Univerisiti Teknologi MARA (UiTM) 64 15.9
Universiti Sains Malaysia (USM) 191 47.5
Lain-lain 14 3.5

Tahap Pengajian Terkini


Diploma 2 0.5
Ijazah 349 86.8
Sarjana/Master 17 4.2
Ijazah Kedoktoran (PhD) 34 8.5

Jantina
Lelaki 161 40.0
Wanita 241 60.0

Kategori Umur
20-30 tahun 371 92.3
31-40 tahun 23 5.7
41-50 tahun 6 1.5
51-60 tahun 2 0.5

Etnik
Melayu 275 68.4
Cina 81 20.1
India 21 5.2
Bumiputra lain 12 3.0
Lain-lain 13 3.2

Agama
Islam 288 71.6
Buddha 70 17.4
Hindu 18 4.5
Kristian 20 5.0
Lain-lain 6 1.5

3
PERBANDINGAN SKOR KAJIAN

Kajian ini terbahagi kepada dua seksyen/bahagian iaitu; (1)Melihat tahap kefahaman
dan (2)Melihat persepsi/tanggapan responden mengenai rasuah. Soalan-soalan yang
dikemukakan adalah berkaitan pengetahuan dan tanggapan responden berdasarkan
pemerhatian terhadap jenayah rasuah di Malaysia. Dapatan kajian ini yang terkini
adalah hasil kajian yang dijalankan bulan Februari tahun 2017. Analisis kajian ini adalah
peratusan dari responden di Universiti Awam yang terlibat.

Kefahaman Mengenai Rasuah

Jadual 2 : Peratusan bagi Kefahaman Mengenai Rasuah


BIL KENYATAAN N=402
(%) (%) (%)
Ya Tidak Tidak
Tahu
1
Penerimaan hadiah dalam bentuk wang, barangan atau
perkhidmatan sebagai balasan atas perkhidmatan yang 57.7 35.8 6.5
diberikan.

2 Menggunakan wang pejabat untuk kepentingan diri


70.4 20.4 9.2
sendiri.
3 Mendapatkan wang atau habuan secara paksaan
81.1 13.7 5.2
daripada pelanggan.
4
Terlibat secara langsung dalam proses pemberian kontrak
63.2 15.7 21.1
kepada ahli keluarga.
5
Terlibat secara langsung dalam proses pelantikan ahli
62.7 20.6 16.7
keluarga untuk mengisi jawatan kosong di jabatan.

6
Mengemukakan tuntutan penginapan bagi tugasan luar di
41.0 37.3 21.6
mana penginapan telah disediakan oleh penganjur.

7
Mengambil harta/barangan pejabat (cth: thumb drive,
58.0 28.1 13.9
toner, kertas dan lain-lain) untuk kegunaan peribadi.

8
Perbuatan Pegawai Penguatkuasa menakut-nakutkan /
menggertak (intimidating) pelanggan bagi tujuan 88.3 8.7 3.0
mendapatkan wang.

4
9 Menggunakan kuasa/pangkat untuk mendapatkan sesuatu
89.3 7.0 3.7
faedah.
10 Politik wang (cth: memberi sogokan untukmembeli/meraih
96.8 3.0 0.2
undi).

Berdasarkan maklumbalas yang diterima mengenai kefahaman responden mengenai


rasuah, adalah didapati responden mempunyai kesedaran yang tinggi bahawa “Politik
wang (96.8%)”, “Menggunakan kuasa/pangkat untuk mendapatkan sesuatu faedah
(89.3%)” dan “Perbuatan pegawai penguatkuasa menakut-nakutkan/menggertak
pelanggan bagi tujuan mendapatkan wang (88.3%)” dan “Mendapatkan wang atau
habuan secara paksaan daripada pelanggan (81.1%)” adalah perbuatan rasuah.

Walaubagaimanapun terdapat juga responden yang beranggapan “Penerimaan


hadiah dalam bentuk wang,barangan atau perkhidmatan sebagai balasan atas
perkhidmatan yang diberikan (35.8%)”, “Mengemukakan tuntutan penginapan bagi
tugasan luar di mana penginapan telah disediakan oleh penganjur (37.3%)” dan
“Mengambil harta/barangan pejabat untuk kegunaan peribadi (28.1)” bukan merupakan
perbuatan rasuah.

Namun begitu terdapat juga respondan yang tidak mengetahui sama ada
“Mengemukakan tuntutan penginapan tugasan luar di mana penginapan telah
disediakan oleh penganjur (21.6%)”, “Terlibat secara langsung dalam proses pemberian
kontrak kepada ahli keluarga (21.1%)” dan “Terlibat secara langsung dalam pelantikan
ahli keluarga untuk mengisi jawatan kosong di jabatan (16.7%)” adalah perbuatan
rasuah atau tidak.

5
Persepsi Mengenai Rasuah

Jadual 3: Peratusan bagi Persepsi Mengenai Rasuah


BIL KENYATAAN N=402
(%) (%) (%)
Setuju Tidak Tidak
Setuju Tahu
1 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
58.7 38.3 3.0
berkesan dalam membanteras rasuah.
2 Keselamatan saksi dan pemberi maklumat mengenai
56.5 31.8 11.7
rasuah adalah terjamin.
3 Tahap pengambilan rasuah di negara ini adalah
7.7 90.3 2.0
rendah.
4 Rasuah dalam sektor politik dan kerajaan masa kini
12.4 84.1 3.5
adalah terkawal.
5 Badan bukan kerajaan (NGO) berkesan dalam usaha
meningkatkan kesedaran mengenai bahaya gejala 57.2 35.3 7.5
rasuah.
6 Media massa (cth: surat khabar, tv, radio,dll)
berkesan dalam usaha meningkatkan kesedaran 62.2 34.8 3.0
masyarakat mengenai bahaya gejala rasuah.
7 SPRM adalah sebuah badan bebas. 42.8 39.0 18.2
8 Usaha pencegahan rasuah oleh kerajaan semakin
33.6 61.9 4.5
berjaya .
9 Jenayah rasuah dalam sektor swasta adalah rendah. 26.6 57.7 15.7
10 Jenayah rasuah dalam kalangan orang awam adalah
22.6 70.2 7.2
rendah.
11 Permit/Lesen perniagaan diperolehi tanpa memberi
40.5 46.1 13.4
rasuah.
12 Projek kerajaan ditawarkan melalui tender terbuka. 44.0 36.6 19.4

Dari segi persepsi mengenai rasuah pula, dapatan kajian mendapati lebih daripada
separuh responden bersetuju dengan kenyataan “Media massa berkesan dalam usaha
meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya gejala rasuah (62.2%)”,
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkesan dalam membanteras
rasuah (58.7%)”, “Badan bukan kerajaan (NGO) berkesan dalam usaha meningkatkan
kesedaran mengenai bahaya gejala rasuah (57.2%)” dan “Keselamatan saksi dan
pemberi maklumat mengenai rasuah adalah terjamin (56.5%)”.

6
Namun begitu, dapatan kajian juga memperlihatkan lebih separuh juga daripada
responden tidak bersetuju dengan kenyataan “Tahap pengambilan rasuah di negara ini
adalah rendah (90.3%)”, “Rasuah dalam sektor politik dan kerajaan masa kini adalah
terkawal (84.1%)”, “Jenayah rasuah dalam kalangan orang awam adalah rendah
(70.2%)”, “Usaha pencegahan rasuah oleh kerajaan semakin berjaya(61.9%)” dan
“Jenayah rasuah dalam sektor swasta adalah rendah (57.7%)”.

Selain itu terdapat juga responden yang tidak mengetahui sama ada “Projek
kerajaan ditawarkan melalui tender terbuka (19.4%)”, “SPRM adalah sebuah badan
bebas (18.2%)” dan “Jenayah rasuah dalam sektor swasta adalah rendah (15.7%)”
adalah perbuatan rasuah atau tidak.

7
Pandangan Mengenai Jenayah Rasuah Di Malaysia

Jadual 4: Pandangan Mengenai Jenayah Rasuah Di Malaysia Dalam Tempoh Setahun Yang
Lalu

N=402
%
Semakin meningkat 73.1
Semakin berkurangan 8.5
Tidak berubah 18.4

Jadual 5: Punca Jenayah Rasuah Semakin Meningkat


Punca rasuah semakin meningkat N=402
Bil (Ya)
Masyarakat tidak peduli mengenai rasuah 127
Orang yang memberi/menerima rasuah tidak menerima
218
hukuman setimpal
Kos sara hidup melebihi pendapatan 173
Kerajaan tidak telus dalam membuat keputusan 209
Kurang penghayatan agama 144

Kajian ini juga turut menilai pandangan responden terhadap jenayah rasuah di Malaysia
dalam tempoh setahun yang lalu. Bahagian pandangan responden ini adalah mengikut
kekerapan pilihan jawapan berganda yang diberikan. Ini bermakna responden boleh
menjawab lebih daripada satu pilihan jawapan yang diberikan.

Secara perbandingannya dapatan kajian menunjukkan dalam tempoh setahun


yang lalu, sebahagian besar responden berpendapat rasuah di Malaysia adalah
semakin meningkat iaitu sejumlah 73.1 peratus. Manakala 18.4 peratus tidak berubah,
dan hanya 8.5 peratus rasuah dikatakan semakin berkurangan.

Kajian juga melihat di antara 5 punca rasuah semakin meningkat adalah


disebabkan “Orang yang menerima/memberi rasuah tidak menerima hukuman
setimpal”, “Kerajaan tidak telus dalam membuat keputusan”, “Kos sara hidup melebihi
pendapatan”, “Kurang penghayatan agama” dan “Masyarakat tidak peduli mengenai
rasuah”.

8
Jadual 6: Punca Jenayah Rasuah Semakin Berkurangan
Punca rasuah semakin berkurangan N=402
Bil (Ya)

Masyarakat semakin menyedari kesan buruk rasuah 21


Hukuman yang setimpal terhadap orang yang
30
memberi/menerima rasuah

Pendapatan boleh menampung kos sara hidup 6


Kerajaan semakin telus dalam membuat setiap
14
keputusan
Peningkatan penghayatan agama 13

Sebaliknya, kajian juga melihat 5 faktor yang menyebabkan punca rasuah semakin
berkurangan adalah “Hukuman yang setimpal terhadap orang yang memberi/menerima
rasuah”, “Masyarakat semakin menyedari kesan buruk rasuah”, “Kerajaan semakin
telus dalam membuat setiap keputusan”, “Peningkatan penghayatan agama” dan
“Pendapatan boleh menampung kos sara hidup”.

9
RUMUSAN KESELURUHAN KAJIAN

Secara keseluruhannya, sebahagian besar responden yang terlibat dalam kajian ini
mempunyai tahap kefahaman dan persepsi yang baik mengenai rasuah.
Walaubagaimanapun tahap kefahaman dilihat adalah lebih baik daripada tahap
persepsi mengenai rasuah. Namun begitu, terdapat segelintir responden yang kurang
faham dan tidak tahu mengenai perlakuan yang dinyatakan dalam kajian adalah
mengenai jenayah rasuah dan perkara ini perlu diberi perhatian awal agar pola ini tidak
terus meningkat.

Walaubagaimanapun adalah agak membimbangkan apabila 73.1% daripada responden


yang terlibat bersetuju rasuah di negara kita semakin meningkat. Ini memberi gambaran
awal bahawa usaha-usaha yang dilakukan masih belum berkesan dan memerlukan
pendekatan yang lebih transformatif agar perkara ini dapat diperbaiki dari semasa ke
semasa.

Penemuan hasil kajian ini juga perlu diberi perhatian sewajarnya di mana ia bukan
sahaja memberi refleksi mengenai tahap kefahaman dan persepsi generasi muda
mengenai rasuah tetapi memperlihatkan kerangka nilai dan tadbir urus yang perlu
dicorakkan semula bagi mendepani dan merealisasikan Transformasi Nasional 2050.

10

Anda mungkin juga menyukai