Anda di halaman 1dari 2

Cara Menjawab Soalan Hipotesis

Hipotesis bermaksud 'kesimpulan awal' yang dibuat sebelum menjalankan eksperimen.


Setelah eksperimen dijalankan, barulah Kesimpulan dibuat berdasarkan keputusan yang diperolehi.

Dalam bahagian B Kertas Sains UPSR, Hipotesis merupakan salah satu soalan yang biasa disoal.

Soalan biasanya disertakan dengan satu ayat pernyataan yang mengandungi pembolehubah manipulasi (PM) dan
pembolehubah bergerak balas (PB).

Murid dikehendaki mengenalpasti PM dan PB daripada ayat tersebut sebelum menulis atau menjawab soalan
hipotesis,

Di dalam setiap ayat pernyataan tersebut, terdapat 'kata kunci' ataupun 'keyword' bagi mengenal pasti PM dan
PB dengan tepat.  Antaranya ialah:

* mempengaruhi
* dipengaruhi oleh
* memberi kesan kepada
* bergantung kepada

Perlu diingat bahawa PB adalah hasil ataupun keputusan penyiasatan yang diperolehi selepas eksperimen
dijalankan. Oleh itu, PB akan diperolehi kemudian, bukannya semasa permulaan eksperimen.

Ada sesuatu yang menyebabkan keputusan (PB) yang diperolehi berbeza, iaitu PM yang sememangnya telah
ditentukan sebelum eksperimen dijalankan.

Bagaimana mengenal pasti PM dan PB menggunakan kata kunci tersebut?

Caranya ialah dengan mengingati ayat di bawah:

PM mempengaruhi PB

PB dipengaruhi oleh PM

PM memberi kesan kepada PB

PB bergantung kepada PM

Cara menjawab soalan hipotesis:

Sama seperti cara menjawab soalan 'Hubungan' dan soalan 'Kesimpulan', iaitu:

1. Corak PM, corak PB


2. Jika PM corak, maka PB corak
3. Jika PM...., maka PB ....

Contoh 1:

"Ketinggian model mempengaruhi masa untuk model tumbang"               


                              PM                                                                  PB

Jawapan: 
Semakin bertambah ketinggian model, semakin cepat masa untuk model tumbang

Contoh 2:
"Jarak yang dilalui troli dipengaruhi oleh jenis permukaan"
                                                PB                                                              PM

Jawapan: 
Semakin licin jenis permukaan, semakin jauh jarak yang dilalui troli

Contoh 3:

"Jisim pemberat memberi kesan kepada pemanjangan spring"


                                        PM                                                                      PB

Jawapan: Semakin bertambah jisim pemberat, semain bertambah pemanjangan spring

Contoh 4:

"Saiz pokok bergantung kepada jarak antara pokok"


PB                                                                 PM

Jawapan: Semakin bertambah jarak antara pokok, semakin bertambah saiz pokok

Contoh 5:

"Kehadiran air dan udara mempengaruhi keadaan paku besi"

Jawapan: Jika ada air dan udara, maka keadaan paku besi akan berkarat

Perlu diingatkan sekali lagi, hipotesis adalah kesimpulan awal sebelum menjalankan eksperimen, maka ia tidak
semestinya tepat. Namun begitu, kita semestinya cuba membuat hipotesis yang betul berdasarkan ilmu yang
telah kita pelajari.

Apa yang penting, PM dan PB hendaklah dikenalpasti dengan betul.

Anda mungkin juga menyukai