Anda di halaman 1dari 9

SJK ( C ) CHUNG HWA KOTA BELUD

KERTAS KERJA
PROGRAM MENTOR
MENTEE 2019
Program Amalan Guru Penyayang
Disediakan oleh: Puan Hamisah Janah
[Pick the date]

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SJK ( C ) CHUNG HWA, KOTA BELUD

KERTAS KERJA
PROGRAM MENTOR MENTEE 2019

1.0 Pengenalan
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil beberapa langkah dalam membentuk
pembangunan modal insan. Program mentor mentee adalah salah satu daripada pengisian
Program Guru Penyayang di mana semua guru adalah seseorang yang perlu memiliki sifat
kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child
matters). Sehubungan itu, setiap guru berperanan penting dalam menghasilkan
kemenjadian murid yang merupakan aset penting kepada sekolah.
Kertas Kerja Mentor Mentee SJK ( C ) Chung Hwa Kota Belud

Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara individu atau
kumpulan dan interaksi itu akan melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan
memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu ( mentee ) dan
perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih
sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi
masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu
yang berguna kepada masyarakat dan negara. Sehubungan dengan itu, Unit Bimbingan dan
Kaunseling SJK (C) Chung Hwa, Kota Belud melaksanakan program ini untuk menyahut
seruan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membantu menbangunkan sahsiah murid
yang amat sinonim dengan budaya amalan guru penyayang.

2.0Rasional
2.1 Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan
pencapaian sahsiah diri melaui bimbingan dan panduan mentor.
2.2 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja
yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi
membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan.

3.0 Objektif

Pada akhir program ini murid dapat:


3.1 Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati
antara mentor dan mentee
3.2 Meningkatkan kesedaran dan minat untuk terus belajar bagi memperbaiki
kelemahan diri.
3.3 Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
3.4 Menyuburkan budaya sihat dalam kalangan murid dan guru yang boleh membantu
meningkatkan pencapaian sahsiah unggul.
3.5 Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil bimbingan dan sentuhan
dari mentor yang sentiasa mengambil berat ( caring ) terhadap kebajikan mereka.

4.0 Tarikh / Hari / Tempat


Perasmian program akan diadakan pada:
Tarikh / masa: 11 Mac 2019 ( Isnin ) Masa: 7. 00 pagi ( waktu perhimpunan )

Tarikh perjumpaan: SILA RUJUK LAMPIRAN B

5.0 Sasaran
Program ini mensasarkan semua murid SJK ( C ) Chung Hwa, Kota Belud seramai 557 orang

6.0 Komitmen

Semua guru yang terlibat sebagai Mentor diminta dapat memberi kerjasama dan komitmen
terhadap tugas mereka dalam membimbing Mentee yang telah ditetapkan iaitu setiap satu

UBKSJKCH m/s
Kertas Kerja Mentor Mentee SJK ( C ) Chung Hwa Kota Belud

kelas ada SEKURANG-KURANGNYA 2 orang mentor. Anugerah MENTOR TERBAIK AKAN


DIUMUMKAN ketika majlis penyampaian hadiah pada hujung tahun.

SILA RUJUK LAMPIRAN C JADUAL PERLAKSANAN PROGRAM MENTOR MENTEE


7.0 Tatacara

1. Perjumpaan mingguan diadakan pada setiap hari Isnin iaitu dari jam 7.00 -7.10 pagi.
Atau pada hari dan waktu yang dirasakan sesuai.

i) Perjumpaan pertama ( Perjumpaan suai kenal )


ii) Perjumpaan seterusnya khusus untuk membincangkan masalah atau perkembangan
pelajaran Mentee.

2. Jika Mentee terlibat dengan sebarang urusan luar pada hari berkenaan, bolehlah diubah
ke tarikh lain pada minggu berkenaan. Mentor haruslah memberitahu Mentee jika ada
sebarang perubahan hari perjumpaan.

3. Tempat perjumpaan ditetapkan oleh Mentor.

4. Bilangan perjumpaan sekurang-kurannya 10 kali setahun.

5. Jangka masa perjumpaan adalah antara 30 hingga 40 minit dan 1 kali dalm sebulan.

6. Perlantikan mentor akan dibuat secara rasmi ( bertulis )

7. Pengagihan mentee:
- Mentee adalah terdidi daripada murid di dalam kelas tersebut.
- Setiap kelas mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang mentor kecuali kelas yang
mempunyai murid kurang 30 orang.

8.0Ahli jawatankuasa

(Sila lihat lampiran A)

9.0 Anggaran Perbelanjaan

Perbelanjaan untuk program ini adalah dibawah anggaran perbelanjaan program guru
penyayang.
Sumber perbelanjaan: PCG Unit Bimbingan Dan Kaunseling

Bil Nama Kuantiti Harga

UBKSJKCH m/s
Kertas Kerja Mentor Mentee SJK ( C ) Chung Hwa Kota Belud

1. Fail poket 18 keping RM 1 X 22 = RM 18


2. Kertas Putih 1 rim RM 12.00 = RM12
JUMLAH RM 30.00

10.0Penutup

Unit Bimbingan dan Kaunseling amat mengharapkan semoga aktiviti ini dapat diluluskan
serta dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam
melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan
sahsiah. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti akan menjadikan
pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Disediakan oleh: Disokong oleh:

.............................. ................................
( HAMISAH BT JANAH ) ( PHILIP SIA KAH SHU )
Guru Bimbingan dan Kaunseling PK HAL EHWAL MURID (HEM)
SJK ( C ) Chung Hwa, Kota Belud SJK ( C ) Chung Hwa, Kota Belud

Disahkan oleh,

.....................................
(THAM HUNG CHIN adk )
Guru Besar
SJK ( C ) Chung Hwa, Kota Belud

Lampiran A

SJK (C) CHUNG HWA KOTA BELUD

JAWATANKUASA PROGRAM MENTOR MENTEE 2019

PENASIHAT : PUAN THAM HUNG CHIN (GURU BESAR)

PENGERUSI : ENCIK PHILIP SIA KAH SHU (GPK HEM

TIMBPENGERUSI II : PUAN CHIN NYOK YEN @ EVOLYN (GPK PENTADBIRAN)

NAIB PENGERUSI III : PUAN CHIN NYUK FONG (GPK KOKUM)

PENYELARAS : PUAN HAMISAH BT JANAH ( GBK )

UBKSJKCH m/s
Kertas Kerja Mentor Mentee SJK ( C ) Chung Hwa Kota Belud

SETIAUSAHA : EN JACRYSON AHYIT

AHLI JAWATAN KUASA :

AHLI JAWATANKUASA:

KELAS NAMA GURU/ MENTOR JUMLAH MURID


1 MERAH JOYCE NGU SU FEI/ TRACY 38
1 KUNING LO LEE PING /FENNY CHIN MEI MEI 37
1 BIRU MELLSIELE EDORALINA LOUNA MULISHON / 37
SITI HIDAYATI
2 MERAH FANNY YONG/ DORIN 31
2 KUNING LIM CHENG CHING /CHOW MUI LEN 31
2 BIRU LO LEE PING / NOOR AZAH SHAIRI 32
3 MERAH FEDORA HSU/JULIAH SINTAR 30
3 KUNING PRISCILLA SHIM SIAU YI/ KAMSIAH YAAKUB 33
3 BIRU CHONG LI YIN / NORHAYATI JESTAR 30
4 MERAH ERIC CHUNGXIANLONG / JACRYSON AHYIT 30
4 KUNING CAROLINE YONG / TEO WEE SHEN 30
4 BIRU LO WEI FONG/ JACKSON KULU 31
5 MERAH YONG FUI HAN 26
5 KUNING JENNIFER CHOK / TAN SIEW NAH 26
5 BIRU YEE HI ZIN /HIEW YEE FUNG 30
6 MERAH EUDORA PRISCILLA 27
6 KUNING YEE WAN WEI 24
6 BIRU VALERIA CHUNG SIAW LEN 28

 SILA RUJUK LAMPIRAN UNTUK PERINCIAN TUGAS


LAMPIRAN B
JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR-MENTEE
( BUDI- BELAIAN UNTUK DIDIK INSAN ) TAHUN 2018
SJK ( C ) CHUNG HWA, KOTA BELUD

PROGRAM PELANCARAN AKTIVITI


TARIKH AKTIVITI MASA TINDAKAN
9 APRIL 2018 Pelancaran Program 7.00-7.45 PAGI Pn. Hamisah bt
(ISNIN) Mentor Mentee Janah & PRS
-Waktu Majlis
Penyerahan

UBKSJKCH m/s
Kertas Kerja Mentor Mentee SJK ( C ) Chung Hwa Kota Belud

perhimpunan- Mentee

JADUAL PENGAGIHAN MENTOR MENTEE


KELAS NAMA GURU/ MENTOR JUMLAH MURID
1 MERAH JOYCE NGU SU FEI/ TRACY 38
1 KUNING LO LEE PING /FENNY CHIN MEI MEI 37
1 BIRU MELLSIELE EDORALINA LOUNA MULISHON / 37
SITI HIDAYATI
2 MERAH FANNY YONG/ DORIN 31
2 KUNING LIM CHENG CHING /CHOW MUI LEN 31
2 BIRU LO LEE PING / NOOR AZAH SHAIRI 32
3 MERAH FEDORA HSU/JULIAH SINTAR 30
3 KUNING PRISCILLA SHIM SIAU YI/ KAMSIAH YAAKUB 33
3 BIRU CHONG LI YIN / NORHAYATI JESTAR 30
4 MERAH ERIC CHUNGXIANLONG / JACRYSON AHYIT 30
4 KUNING CAROLINE YONG / TEO WEE SHEN 30
4 BIRU LO WEI FONG/ JACKSON KULU 31
5 MERAH YONG FUI HAN 26
5 KUNING JENNIFER CHOK / TAN SIEW NAH 26
5 BIRU YEE HI ZIN /HIEW YEE FUNG 30
6 MERAH EUDORA PRISCILLA 27
6 KUNING YEE WAN WEI 24
6 BIRU VALERIA CHUNG SIAW LEN 28

TARIKH LAMPIRAN C: CADANGANPROGRAM


JADUAL PERJUMPAAN MENTOR-MENTEE
MENTOR MENTEE
PERTEMUAN KALI 1. sesi perkenalan dengan mentee dan mewujudkan kemesraan dalam kumpulan.
2. menerangkan objektif program untuk
PERTAMA
3. membentuk peraturan dan etika kumpulan iaitu:
14 Mac 2019 Kerahsiaan, Kerjasama, Terus terang, Menepati masa dan Luahan idea.
4. Mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada mentee.
PERJUMPAAN 1. Sesi bertanya khabar kepada murid tentang emosi dan kesihatan.
2. membimbing pelajar untuk belajar mengulangkaji pelajaran untuk penilaian bilik darjah
KALI KE2:
3. pupuk akhlak terpuji dalam diri pelajar seperti rajin dan jujur.
25 April 2019 4. Mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada mentee.
PERJUMPAAN 1. berbincang masalah/ halangan yang pelajar hadapi dalam sekolah.
2. Post-mortem keputusan penilaian bilik darjah.
KALI KETIGA:
3. Mengambil tahu kekuatan dan kelemahan murid.
4. Bantu mentee untuk menerima peribadi dan akhlak ahli kumpulan.

UBKSJKCH m/s
Kertas Kerja Mentor Mentee SJK ( C ) Chung Hwa Kota Belud

24 Mei 2019 5. Mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada mentee.


PERJUMPAAN 1. Analisis permasalahan mentee dalam e-disiplin / buku disiplin
2. berbincang punca pelajar bertingkahlaku sedemikian.
KALI KEEMPAT:
3. kenal pasti kekuatan/ kelemahan mentee serta cara untuk kekalkan/ atasi masalah.
27 Jun 2019 4. Mengatasi masalah yang mentee hadapi dan beri penghargaan.
5. beri kemahiran tentang cara menangani tekanan.
6. Mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada mentee.
PERJUMPAAN 1. Sesi perkongsiaan apa-apa masalah yang dihadapi oleh murid/ perkongsian teka teki
untuk menceriakan mentee.
KALI KELIMA:
2. Memberi galakan motivasi untuk membentuk sahsiah yang baik
25 Julai 2019 3. Membimbing murid untuk menghargai kemerdekaan negara.
PERJUMPAAN 1. Sesi perkongsiaan apa-apa masalah yang dihadapi oleh murid/ perkongsian teka teki
untuk menceriakan murid.
KALI KEENAM:
2. Membimbing mentee untuk menyayangi sekolah dengan menjaga kebersihan dan
29 Ogos 2019 keselamatan barang-barang di sekolah.
3. Mengingatkan mentee akan tujuan ke sekolah.
PERJUMPAAN 1. Adakan aktiviti-aktiviti permainan in door atau outdoor seperti ‘kerusi berirama’, ‘bola
beracun’(Mentor dan mentee boleh bergabung dengan kumpulan yang lain dengan
KALI KETUJUH:
persetujuan bersama)
26 September 2. Mengingatkan kepada mentee tujuan permainan iaitu untuk menambahkan kemesraan antara
ahli kumpulan dan terapkan budaya sayang menyayang dalam kumpulan.
2019 3. Mengucapkan selamat hari jadi kepada mentee
PERJUMPAAN 1. Sesi bertanya khabar kepada murid tentang emosi dan kesihatan.
2. membimbing pelajar untuk belajar mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi penilaian Sumatif
KALI KELAPAN:
semester 2/ Penilaian Bilik Darjah
27 sept 2018 3. Tenangkan emosi dan jiwa pelajar dengan kata-kata semangat.
4. Mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada mentee.
PERJUMPAAN 1. berbincang masalah/ halangan yang pelajar hadapi dalam sekolah.
2. Post-mortem keputusan penilaian sumatif secara rumusan tahap kemampuan murid
KALI KE
menjawab soalan.
SEMBILAN: 3. Galakkan murid selalu mejaga kebersihan kelas dan sekolah.
4. Mengingatkan mentee akan perjumpaan terakhir Rancang aktiviti memberi penghargaa seperti
24 Oktober 2019
mengadakan jamuan kelas dan mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada mentee.
PERJUMPAAN KALI 1. Mengadakan jamuan kelas bersama mentee.
KE SEPULUH: 2. Mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada mentee.
3. Penghargaan terima kasih atas kerjasama.
7 November 2019 4. Pertemuan ada perpisahan.

LAMPIRAN D

PERINCIAN TUGAS

1. Peranan Mentor

1. Membina hubungan mesra dengan Mentee dan mewujudkan kejelekitan supaya


apa jua masalah berkaitan pelajaran dapat diselesaikan.
2. Memberi bimbingan dan dorongan kepada Mentee agar mempunyai keazaman
dan keyakinan untuk menghadapi peperiksaan.
3. Memberi bimbingan cara belajar dengan berkesan dan sistematik kepada
Mentee.

UBKSJKCH m/s
Kertas Kerja Mentor Mentee SJK ( C ) Chung Hwa Kota Belud

4. Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Mentee dalam kumpulannya untuk


mengetahui perkembangan pelajaran dan memberi teguran membina. Juga
bertanyakan jika ada hal-hal peribadi Mentee yang mengganggu pelajaran.
5. Mengendalikan sesi perjumpaan dengan mentee di dalam kelas.
6. Mengambil kehadiran mentee
7. Mengisi borang pertemuan mentor mentee.
8. Melaksanakan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan.
9. Mengambil tahu dan menjaga kebajikan mentee.
10. Membantu mentee yang memerlukan perhatian.

2. Peranan Mentee
Menghadiri perjumpaan dengan Mentornya untuk:

1. Membincangkan perkembangan pelajaran semasa.


2. Melaporkan keputusan ujian ujian bulanan, peperiksaan semester dan ujian percubaan
untuk dibincangkan bersama bagi meningkatken prestasi mereka.
3 Membincangkan apa jua masalah yang mengganggu pelajaran mereka.
4. Mendengar dan menerima sebarang teguran daripada Mentornya dengan hati yang
terbuka dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi.

3. Penilaian Dan Pemantauan program

1. Jawatankuasa pemantauan adalah terdiri daripada pihak pengurusan sekolah


dan penyelaras program .
2. Pemantauan akan dibuat oleh pihak pengurusan berdasarkan borang yang telah
disediakan pada setiap perjumpaan dan diserahakn kepada penyelaras untuk
dokumentasi.
3. Penyelaras akan mengedarkan borang penilaian kepad amentor, mentee dan
pemantau tentang keberkesanan program.
3. Setiausaha / Penyelaras
1. Menyelaras program yang dirancang berjalan dengan baik dan mencapai objektif
yang telah ditetapkan.
2. Memantau dan mengumpul semua laporan perjumpaan mentor mentee.
3. Membuat laporan tahunan perlaksaan program ke ppd dan JPN.

LAMPIRAN F

CARTA ALIRAN PROSES PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR MENTEE

MULA

Menyediakan kertas cadangan

UBKSJKCHKB m/s 7
Kertas Kerja Mentor Mentee SJK ( C ) Chung Hwa Kota Belud

Membentangkan kertas cadangan dalam mesyuarat pengurusan

Menentukan pemilihan mentor dan mentee

Taklimat pelaksanaan

Penyerahan mentor kepada mentee

Laksanakan program

Pemantauan dan penilaian

Laporan

Tamat

UBKSJKCHKB m/s 8

Anda mungkin juga menyukai