Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Model Lima Pesaing Porters telah diasaskan oleh Michael E. Porter dari Havard Business School
pada 1979 dan model ini merupakan satu kerangka yang dibuat sebagai pengembangan strategi
dan analisis industri dalam mengahdapi persaingan yang sengit terutamnya dalam dunia
globalisasi. Porter (1980) mengatakan bahawa kejayaan, keberhasilan dan keuntungan yang
diperolehi sesebuah industri adalah dengan memahami kedinamikan lima elemen kekuatan
persaingan utama yang mempengaruhi pengurusan dan dalam merangka strategi persaingan.
Lima elemen Model Lima Pesaing Porters adalah kekuatan persaingan yang wujud, ancaman
pesaing baru, ancaman produk atau perkhidmatan gentian, kuasa tawar menawar pembekal dan
kuasa tawar menawar pembeli. Sesebuah industri perlu mengambil langkah atau strategik yang
bijak bagi memanipulasi dan mempengaruhi kelima-lima kuasa tersebut agar dapat memberikan
pulangan dan manfaat persaingan dalam jangka masa panjang kepada sesebuah industri atau
organisasi.

Kekuatan kelima-lima elemen Model Lima Pesaing Porters ini adalah berbeza daripada satu
industri dengan industri yang lain. Kesemua elemen ini akan menjadi penentu kejayaan dan
keberhasilan sesebuah industri dalam sesuatu tempoh masa panjang. Ini kerana, kuasa model ini
boleh menjadi penentu kepada penetapan harga yang industri ingin kenakan, pelaburan yang
diperlukan atau kos yang perlu ditanggung oleh industri untuk bersaing dengan industri yang
lain. Selain itu, persaingan hebat dan sengit dalam industri atau syarikat sedia ada boleh
mengurangkan keuntungan dan mengancam kedudukan sesebuah industri. Tambahan pula,
sekiranya terdapat pesaing baru, terdapatnya produk gantian dan kuasa tawar menawar pembeli
atau pembekal yang kuat turut menjadi penghalang kejayaan industri sedia ada.

Justeru, satu mini kajian telah dilakukan ke atas Syarikat D’Herbs Holdings (M). Perbincangan
akan membincangkan sedikit tentang latar belakang organisasi yang dipilih dan akan membuat
analisis Industri Menggunakan Porter’s Five dan kemudian menyimpulkan perbincangan secara
keseluruhan berdasarkan kepada perbincangan dan penganalisaan ke atas bahan-bahan rujukan
atau kajian melalui sorotan-sorotan kajian terdahulu.

1
2.0 Latar Belakang Organisasi Pilihan

Organisasi yang akan dibincangkan ialah Syarikat D’Herbs Healthy Sdn. Bhd. yang diasaskan
oleh Datuk Aliff Syukri Kamarzaman. Datuk Aliff Syukri Kamarzaman telah menubuhkan
syarikatnya pada tahun 2010 yang dikenali sebagai Syarikat D’Herbs Healty Sdn Bhd. Dan telah
beroperasi di di lot kedai di tingkat dua dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai empat
produk utama iaitu Minuman Kesihatan Wanita, Bedak Asas, Produk pelangsingan, dan Lipstick
Rawatan Bibir. Kini, berkat kegigihan dan usaha berterusan yang dilakukan telah berjaya
membuka mata masyarakat tempatan dan luar negara apabila syarikat ini berjaya mengorak
langkah setapak lagi kehadapan dengan kejayaan penghasilan 90 rangkaian produk baru dan
seramai 35 orang pekerja yang telah menolong melancarkan pengoperasian syarikat. Selain itu,
syarikat juga telah berjaya menyewa dua lot kedai bagi memudahkan rakan kongsi atau rakan
niaga semasa berurusan.

Syarikat D’Herbs mempunyai matlamat dan objektif yang jelas dalam perniagaan mereka iaitu
memastikan produk D’Herbs dapat menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia. Justeru itu,
D’Herbs merupakan satu produk kecantikkan yang semakin mendapat tempat di hati pengguna
sama ada di Malaysia, Brunei, Singapura dan juga beberapa negara lain. Ia dapat memenuhi
keperluan pengguna pelbagai peringkat umur kerana pengguna pada abad ini sudah mula
menyedari akan kepentingan menjaga kesihatan dan mementingkan kecantikan sehingga
sesetengah pengguna sanggup berbelanja puluhan ringgit untuk kekal cantik dan sihat. Sebagai
seorang pengasas yang berjiwa kental, berfikiran kreatif dan mempunyai jiwa bersaing dengan
penjual produk kecantikan dan kesihatan yang lain, Datuk Aliff Syukri telah menggunakan
pelbagai teknik pemasaran demi memastikan produk D’Herbs mendapat tempat dikalangan hati
pengguna. Salah satu strategi pemasaran yang berjaya mempengaruhi pengguna dan juga elemen
persekitaran mikro yang lain ialah ‘Terlajak Laris’. Teknik Tagline ini seakan-akan menjadi
fenomena baru dan terus meniti bibir pengguna dan produk keluaran D’Herbs akhirnya terus
mendapat sambutan ia merupakan merupakan produk yang terlaris di pasaran kerana kehendak
pengguna yang tinggi terhadap barangan sebegini .

2
3.0 Analisi Industri Menggunakan Porter’s Five Model

a) Kekuatan Persaingan yang Wujud

Persaingan merupakan satu perkara yang sangat penting kerana ia dapat memastikan
kejayaan atau kegagalan sesebuah perusahaan. Porter (1985) mengatakan bahawa strategi
dapat dikaitkan dengan usaha sesebuah organisasi dalam mencapai tahap keunggulan
persaingan disamping menjadi satu alat penting dalam membuat rangka mencapai
keunggulan untuk bersaing. Karhi (1997) turut berpendapat bahawa tujuan atau matlamat
utama strategi adalah untuk mencapai dan mempertahankan suatu tahap unggul
berbanding dengan pihak pesaing.

b) Ancaman Pesaing Baru

Kewujudan persaingan dalam dunia perniagaan boleh dianggap sebagai satu elemen yang
positif dan juga negatif. Justeru, Syarikat D’Herbs sentiasa menjadikan pesaing-pesaing
disekeliling mereka sebagai satu ukuran kemajuan produk dan perkhidmatan mereka
dengan mengambil tahu perletakan dan saiz setiap peringkat perkembangan syarikat
berbanding pesaing-pesaing mereka. Dunia pemasaran hari ini sudah berkembang pesat
melalui pembaharuan dan penciptaan yang dimiliki oleh seseorang usahawan.
Contohnya, Vida Beauty Sdn Bhd merupakan pesaing utama kepada Syarikat D’Herbs.
Oleh itu, sistem pengurusan syarikat D’Herbs perlu bijak merancang dan membuat
perancangan yang strategik bagi memantapkan lagi pemasaran dan jualan syarikat agar
setanding dengan syarikat-syarikat kecantikan dan kesihatan yang lain (Zafirah Abu
Bakar, 2013). Syarikat, D’Herbs juga telah membangunkan dan memajukan strategi yang
baik agar kadar pulangan yang lebih, mengetahui kekuatan dan kelemahan pesaing serta
berusaha untuk menjadi yang terbaik. Sebagai contoh, syarikat D’Herbs telah
menonjolkan dan kelebihan produk dan perkhidmatan mereka melalui jalinan kerjasama
dengan media social iaitu seperti menjadi penaja utama program Astrio iaitu ‘AF
MEGASTAR – 2017’ yang telah bersiaran langsung di Astro.

3
c) Ancaman Produk atau Perkhidmatan Gantian

Persaingan firma dengan firma yang lain juga boleh wujud dalam industri yang berbeza
yang mana penghasilan produk atau perkhidmatan gantian dapat memenuhi keperluan
pengguna yang sama dengan penawaran produk atau perkhidmatan yang lain.

Justeru itu, Porter (1980) mengatakan bahawa pengganti produk atau perkhidmatan dapat
mengurangkan potensi keuntungan dalam sesebuah firma atau industry dengan
perleakkan harga siling yang boleh diletakkan oleh firma yang lain sebagai pesaing.
Misalannya. Contohnya, teh boleh dikira sebagai pengganti kepada kopi. Jika harga kopi
meningkat terlalu tinggi, peminum kopi akan beransur-ansur beralih kepada teh. Maka,
tekanan persaingan yang terhasil daripada produk pengganti meningkat kerana harga
relatif bagi produk pengganti menurun dan kos peralihan pengguna berkurangan.

d) Kuasa Tawar Menawar Pembekal

Elemen seterusnya ialah pembekal yang menjadi individu atau firma lain yang menjadi
penghubung atau orang tengah antara pelanggan dengan syarikat dalam sistem
penghantaran nilai. Pembekal boleh menjadi seorang individu atau firma yang
membekalkan sumber-sumber yang diperlukan oleh sesebuah syarikat seperti D’Herbs
dan keadaan ini sedikit sebanyak akan memberikan kesan ke atas syarikat sekiranya pihak
pembekal menghasilkan produk dan perkhidmatan dengan mengeksploitasi harga dan
kuantiti atau kualiti barangan. Nilai dan harga produk atau perkhidmatan di pasaran akan
menjadi tidak konsisten dan tidak tetap kerana penetapan harga boleh mencapai peringkat
paling minimum atau maksimum. Sebagai contoh, Syarikat D’Herbs akan mengalami
masalah sekiranya pembekal mengurangkan kualiti perkhidmatan dan produk kecantikan
yang diperlukan atau yang ada di pasaran. Zafirah Abu Bakar (2013) turut berpendapat
sama dengan mengatakan bahawa pembekal yang mempunyai kuasa tawar menawar
mereka sendiri secara langsung akan menjejaskan struktur kos dan kerja sesebuah
syarikat.

e) Kuasa Tawar Menawar Pembeli

4
Pelanggan memainkan peranan penting dalam sesebuah perniagaan kerana pelanggan
atau pengguna yang mempunyai kuasa beli ke atas perkhidmatan dan produk yang
dikeluarkan dan ditawarkan. Selain itu, kepentingan dan kepuasan pelanggan turut
diberikan perhatian dan pengeluaran sesuatu produk atau perkhidmatan akan ditinjau ke
atas pasaran bagi memastikan kelancaran proses pengeluaran. Mustafa et al, (2007) turut
mengatakan bahawa kepuassan pelanggan merupakan perkara asas sesebuah perusahaan
kerana pelanggan yang akan menilai dan menerima sesuatu produk dan perkhidmatan
yang dikeluarkan. Tidak dinafikan syarikat D’Herbs juga terpaksa berhadapan dengan
cabaran dan pelbagai ragam dan kerenah pelanggan. Ini kerana pengeluaran sesuatu
produk atau perkhidmatan utama yang dapat memuaskan hati setiap pelanggan adalah
berbeza mengikiut jenis dan kesesuaian produk atau perkhidmatan yang berhubungkait
dengan pelanggan (Rizal et al, 2003). Walau bagaimanapun syarikat D’herbs telah
mengambil langkah yang cemerlang dan baik kerana sekiranya pelanggan menyukai
produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan, maka kesan positif jangka panjang dan
berterusan akan menaikkan imej syarikat dan sebaliknya.

5.0 Kesimpulan

Model lima kuasa memberikan rangka kerja strategi persaingan dan asas untuk menganalisis
industri tertentu, sama ada pembuatan mahupun perkhidmatan. Pengurus strategik boleh
menggunakan rangka kerja tersebut untuk menentukan potensi keuntungan dan fitrah persaingan
dalam industri, seterusnya mencadangkan sama ada ia industri yang lumayan ataupun tidak.
Model lima kuasa hanya memberikan rangka kerja asas tetapi pengurus strategik perlu ada
maklumat dan pengetahuan untuk menganalisis situasi industri. Hasil daripada penemuan dan
perbincangan tentang persekitaran Mikro, kajian mendapati sesebuah syarikat atau organisasi
seperti syarikat D’Herbs perlu membuat perancangan yang baik, teknik pemasaran yang meluas
dan memahami elemen-elemen persekitaran mikro iaitu pelanggan, kerajaan, bersaing, badan-
badan NGO, pelanggan dan institusi kewangan. Justeru, sebagai sebuah syarikat yang
mempunyai reputasi baik sejak beberapa tahun ini, Syarikat D’Herbs perlu memahami dan
menilai setiap elemen-elemen persekitaran mikro. Selain itu, Penilaian dan kajian juga perlu
dilakukan melalui penilaian dan perbincangan tentang elemen-elemen persekitaran Mikro yang

5
memberikan kesan atas syarikat D’Herbs dan seterusnya membuat pengesyoran untuk
penambahbaikan pengurusan persekitaran mikro dalam syarikat.

Anda mungkin juga menyukai