Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

LAWATAN PENANDA ARAS TRANSFORMASI SEKOLAH 2023 (TS23)


KE PUSAT PENDIDIKAN HIDAYAH, JOHOR
TAHUN 2022

1. TAJUK

Lawatan penanda aras ke Pusat Pendidikan Hidayah, Johor.

2. PENGENALAN

Program Transformasi Sekolah 2023 (TS23) merupakan sebahagian usaha Institusi Pendidikan Hira’
kea rah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan
Pendidikan negara kita. Program ini diharapkan dapat melahirkan insan soleh wa Musleh melalui
kriteria berikut, iaitu (i) persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, (ii) disokong kepimpinan
berkualiti dan berwawasan, (iii) guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi, (iv) komitmen komuniti
yang padu, (v) perhubungan yang mampan dan (vi) dana yang mencukupi.
Oleh yang demikian, lawatan penanda aras ini dirangka agar dapat membantu warga Institusi
Pendidikan Hira khususnya ahli Lembaga Pengelola sekolah, pengurusan, pentadbir dan para guru
menlengkapkan diri bagi mencapai TS23 ini.

3. OBJEKTIF

Melalui lawatan penanda aras ini, para peserta berupaya untuk:


3.1 Mengaplikasikan kaedah dan konsep pengumpulan dana dari pelbagai sumber untuk menampung
keperluan menyeluruh pembangunan Institusi Pendidikan Hira’.
3.2 Membangunkan sistem komunikasi dan perhubungan yang lebih efisien melalui penggunaan
saluran media dan teknologi yang lebih meluas dan cekap.
3.3 Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur melalui
setiap sub unit di Pusat Pendidikan Hidayah.
3.4 Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian
murid
3.5 Mengaplikasikan konsep dan amalan PdPc terbaik

4. PENGANJUR

Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran, Institusi Pendidikan Hira’

5. KUMPULAN SASARAN

Ahli Lembaga Pengelola Sekolah, Jawatankuasa Pendidikan, Pengurusan Syarikat, Pengurusan


Sekolah dan wakil PIBG IPHB

6. BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 15 Ogos 2022


Hari : Isnin
Tempat Lawatan : Pusat Pendidikan Hidayah, Skudai, Johor.
7. JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat Program : Dr Abdul Rahman Bin Mohamed

Pengarah Program : En Mohamed Fariz Bin Mohamed Fadhlullah

Timbalan Pengarah : Pn Wan Suriana Binti Wan Hussain

Setiausaha : Pn Carollyn Binti Gan

Bendahari : Hj Mohd Rosli Bin Samid

JK Pengangkutan : En Amir Hamzah Bin Mokthar

JK Dokumentasi : En Amir Amzar Bin Yusri

JK Makanan : Pn Noorullaila Binti Zamri

8. ANGGARAN PERBELANJAAN
- Dalam lampiran

9. JADUAL LAWATAN
- Dalam lampiran

10. PENUTUP
Penganjur berasa yakin bahawa Program Lawatan Penanda Aras TS23 ke Pusat Pendidikan
Hidayah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya menerusi iltizam yang tinggi dan kesungguhan semua
pihak yang terlibat. Usahasama dan keprihatinan yang positif pihak luar yang memberi sokongan
berupa penajaan penuh program ini diharapkan dapat memberi impak positif ke arah transformasi
sekolah 2023 (TS23).
Ilmu pengetahuan tidak akan mendatangi sebaliknya didatangi. Atas prinsip itulah kami
berusaha sebanyak mungkin meraih ilmu bagi merealisasikan TS23 agar Institusi Pendidikan Hira dapat
melahirkan produk terbaik insan soleh wa Musleh.
LAMPIRAN 1:

BIDANG TUGAS SETIAP JAWATANKUASA LAWATAN


AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
Pengarah Program • Merancang keseluruhan program.
• Memantau semua jawatankuasa pelaksana
dapat menguruskan bidang tugas dengan
jayanya.
• Memastikan perjalanan sebelum, semasa dan
selepas program berjalan lancer.
Timbalan Pengarah Program • Menyediakan kertas kerja program.
• Membantu Pengarah Program dalam
pelaksanaan keseluruhan program.
• Membantu mengurus Bersama dalam hal-
ehwal penyertaan peserta, keselamatan dan
kebajikan.
• Berhubung dengan penyumbang program
untuk pemakluman dari semasa ke semasa.
Setiausaha • Mendapatkan kertas kerja program daripada
Timbalan Pengarah.
• Menyediakan dan menyiapkan segala jenis
surat yang diperlukan oleh jawatankuasa kerja
untuk urusan keseluruhan program.
• Bertindak sebagai JK perhubungan.
• Mendapatkan maklumbalas daripada pihak
Pusat Pendidikan Hidayah dan pengesahan
Tarikh lawatan, masa dan iteneri keseluruhan.
• Membuat hebahan tentang perjalanan
program.
• Mewujudkan group telegram sementara
(sebulan sebelum program) bagi memudahkan
komunikasi, makluman serta arahan dari
semasa ke semasa.
• Surat penghargaan, cenderahati kepada PPH
• Menyediakan laporan selepas tamat program,
didokumenkan dalam bentuk hardcopy dan
softcopy (versi flipbook)
Bendahari • Sumber program adalah dari penyumbang
Menguruskan hal-ehwal berkaitan
penggunaan kewangan sepanjang program.
• Berhubung dengan penyumbang program.
• Menguruskan bayaran perlindungan / insurans
setiap peserta.

JK Pengangkutan dan Keselamatan • Menguruskan first aid kit untuk di bawa


semasa perjalanan
• Menyediakan senarai nama peserta dan
menyerahkan Salinan kepada driver bas
dan polis (jika perlu)
• Kawalan disiplin peserta,
• Menguruskan hal-ehwal berkaitan
pengangkutan:
✓ Membuat tempahan bas.
✓ Pengesahan tempahan dengan
syarikat bas
✓ Menguruskan perjalanan
sepanjang pergi dan balik dibantu.
JK Dokumentasi • Memastikan semua peristiwa dirakam
sepanjang program.
• Menyediakan laporan bergambar.
• Menyediakan album program, pastikan
gambar disusun dan disunting dengan baik.
• Menghantar laporan kepada setiausaha dalam
bentuk softcopy.

JK Makanan dan Tag Nama/ Brosur • Menguruskan dan memastikan hal-ehwal


makan minum peserta sepanjang program.
• Membuat tag nama peserta dan mengedarkan
kepada peserta semasa di dalam bas.
• Menyediakan brosur berkaitan dengan
keseluruhan maklumat lawatan.

CADANGAN PESERTA
BIL NAMA
1 WAKIL ALP / LPS
2 WAKIL IPHB
3 WAKIL HNSB
4 WAKIL JABATAN HR
5 WAKIL JABATAN KEWANGAN
6 WAKIL DANA
7 WAKIL SRIH
8 WAKIL SMIH
9 WAKIL KUALITI / MEDIA
10 WAKIL PIBG IPHB

ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA QTY HARGA JUMLAH
1 Bas (1 hari) 1 buah RM2500.00 RM2500.00
2 Makan 20 RM50.00 RM1000.00
3 Takaful kelompok 20 RM5 RM80.00
4 Cenderahati (10) 10 RM50 RM500

TOTAL = RM4,080.00
LAMPIRAN 2:

TENTATIF PROGRAM

15 September 2021 (Khamis)

3.30 pagi : Peserta berkumpul di perkarangan Bangunan Maru


4.00 pagi : Bertolak ke Pusat Pendidikan Hidayah
6.15 pagi : Hentian R&R terdekat menunaikan Solat Subuh
7.30 pagi : Sambung perjalanan ke PPH
8.30 pagi : Jangka tiba di PPH / Sarapan dan Taklimat
10.00 pagi : Pecah kumpulan untuk sesi perkongsian
- Ahli Lembaga
- JK Pendidikan
- Kewangan
- Sumber Manusia
- Media dan IT
- Pengurusan Sekolah
12.30 tengahari : Rehat, solat, makan tengahari (Peserta solat jamak taqdim)
2.45 petang : sambung sesi perkongsian
4.00 petang : Penutup
5.00 petang : Bersurai Kembali ke Hira’

Anda mungkin juga menyukai