Syarat Pertandingan Sepak Takraw
Syarat Pertandingan Sepak Takraw
1. GELARAN
Pertandingan dikenali sebagai Pertandingan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Pulau
Pinang Peringkat Zon / Negeri.
2. JENIS PERTANDINGAN
2.1.7 Semua urusan untuk mendapatkan kebenaran pemain dari sekolah lain
urusan Setiausaha Zon dan AJK pemilihan zon masing-masing serta
sekolah yang menjadi johan zon.
2.2 Pertandingan Antara Regu :
3. PENGURUSAN
3.2 Pertandingan Peringkat Zon akan dikelolakan oleh sekolah yang telah dipilih
oleh zon masing-masing bersama Penyelaras Teknik Zon.
4. SISTEM PERTANDINGAN
4.2.2 Johan dan Naib Johan bagi tahun sebelumnya tidak akan berada dalam
satu kumpulan yang sama.
4.2.3 Pertandingan akan dijalankan secara liga DUA ( 2 ) / TIGA ( 3 )
kumpulan.
5.1 Selain daripada peraturan yang terkandung, maka kejohanan akan dijalankan
mengikut undang-undang dan peraturan ISTAF / ASTAF / PSM / MSSM dan
MSSPP yang berkuatkuasa pada ketika ini adalah sah dipergunakan.
5.2 Kejadian luar jangkaan yang tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan
diputuskan seperti berikut :-
5.3 Sebarang keputusan yang diputuskan adalah muktamad dan tidak boleh
dibawa ke mana-mana MAHKAMAH
6. BOLA
6.1 Bagi semua jenis pertandingan peringkat umur 12 tahun ke bawah, bola yang
digunakan adalah jenis sintetik, lilitannya antara 0.36 m hingga 0.39 m, yang
mengandungi 8 hingga 11 urat dan mempunyai 12 lubang serta beratnya 110
gram hingga 120 gram, sah dipergunakan.
6.2 Bagi semua jenis pertandingan peringkat umur 15 dan 18 tahun ke bawah,
bola yang digunakan adalah jenis sintetik yang mempunyai 12 lubang.
Lilitannya tidak kurang dari 0.41 m hingga 0.44 m dan beratnya antara 170
gram hingga 180 gram sah dipergunakan.
6.3 Semua jenis bola yang akan digunakan bagi peringkat negeri : -
12 tahun ke bawah - GAJAH EMAS ( 311 )
15 dan 18 tahun ke bawah - GAJAH EMAS ( 511 )
7. TIANG / JARING
7.1 Tinggi jaring di tiang bagi 12 tahun ke bawah ialah 1.44 m ( 4' 8" ), tinggi
jaring di tengah ialah 1.40 m ( 4' 7" ).
7.2 Tinggi jaring di tiang bagi 15 dan 18 tahun ke bawah ialah 1.55 m ( 5' 1" ),
tinggi jaring di tengah ialah 1.50 m ( 5' 0" ).
8. PENYERTAAN / PENDAFTARAN
8.1 Setiap sekolah / zon yang mengambil bahagian di dalam pertandingan pasukan
dan regu diwajibkan mendaftar nama-nama pemain masing-masing.
8.2 Umur dikira pada tarikh SATU ( 1 ) Januari tahun berkenaan. Semua pemain
tidak dibenarkan bermain melebihi dari peringkat umurnya bagi kategori
pertandingan yang ada peringkat umur sendiri.
8.3 Hanya pemain yang didaftarkan sahaja yang diakui sah dan layak menyertai
kejohanan ini.
8.5 Setiap sekolah dan zon yang mengambil bahagian MESTILAH ADA
PENGURUS PASUKAN yang terdiri dari kalangan GURU. Pengurus
mestilah berada disepanjang pertandingan / perlawanan tersebut. Jika gagal
berbuat demikian, pasukan tersebut TIDAK DIBENARKAN bertanding dan
penyertaannya DIBATALKAN.
9.1 Setiap pasukan dan regu mestilah berada di gelanggang perlawanan 30 minit
sebelum pertandingan dijalankan. Jika mana-mana pasukan tidak melaporkan
diri 15 minit selepas waktu yang dijadualkan tanpa sebarang sebab yang
munasabah maka pasukan tersebut dianggap menarik diri.
9.2 Jika sesebuah pasukan atau regu terpaksa menarik diri dengan alasan yang
kukuh dan tertentu maka ia hendaklah memberitahu Jawatankuasa Pengelola
24 jam sebelum bermulanya pertandingan.
9.3 Menarik diri atau memberi kemenangan percuma bagi mana-mana pasukan
yang mengambil bahagian, pasukan itu hendaklah dihukum sebagai menarik
diri keseluruhan perlawanan dan semua perlawanan yang terdahulu tidak akan
diambil kira bagi pasukan yang menarik diri ataupun pasukan lawannya.
9.4 Semua sekolah dan zon yang menarik diri hendaklah menulis surat tunjuk
sebab kepada Yang Dipertua / Setiausaha Agung MSSPP dengan kadar segera.
10.1 Semua pemain hendaklah memakai jersi yang sama. Seluar yang bergambar
berwarna-warni tidak dibenarkan bermain. Seluar ' Track Bottom ' dibenarkan
dengan syarat tidak disinting atau dilipat. Para pemain digalakkan memakai '
tight ' melebihi paras lutut.
10.2 Jersi hendaklah bernombor tanpa gambar yang berwarna-warni. Nombor yang
DIBENARKAN ialah 1 hingga 36 sahaja.
10.3 Para pemain hendaklah memasukkan baju ke dalam seluar semasa perlawanan
sedang berlangsung.
10.4 Setiap ketua regu hendaklah memakai ' arm band ' dilengan.
11. HADIAH-HADIAH
11.3 Pihak sekolah hendaklah hubungi Unit Sukan seminggu sebelum pertandingan
akhir.
12.2 Semua hakim garisan atau pembantu pengadil yang akan bertugas hendaklah
dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola.
12.3 Semua keputusan yang dibuat oleh pengadil, pembantu pengadil atau hakim
garisan adalah MUKTAMAD.
13. PENGGANTUNGAN
14.2 Semua bantahan atau rayuan hendaklah dibuat dan dikemukakan oleh
Pengurus Pasukan sahaja secara bertulis kepada Jemaah Juri Rayuan tidak
lewat daripada 1 jam ( 60 minit ) selepas perlawanan itu tamat.
14.3 Setiap bantahan / rayuan hendaklah disertakan dengan wang tunai RM 150
( SATU RATUS LIMA PULUH RINGGIT MALAYSIA ).
14.4 Wang bantahan ini akan lupus jika bantahan ini didapati tidak wajar dan tidak
berasas.
14.5 Sebarang keputusan yang diambil oleh Jemaah Juri Rayuan / Bantahan tidak
boleh dibawa kemana-mana MAHKAMAH.
15.2 Jawatankuasa Tatatertib akan bersidang seberapa segera yang boleh setelah
menerima laporan daripada pengadil atau pegawai pertandingan untuk
disampaikan dan membuat keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambil
berlebihan dari para 13.1 di atas.
16.1 Jemaah Juri Rayuan akan bersidang dalam masa 2 jam setelah menerima
bantahan / rayuan yang telah dibuat oleh pasukan dan akan menyampaikan
keputusannya kepada Jawatankuasa Pengelola untuk diumumkan.
17. TIME OUT / MEMANASKAN BADAN
17.1 Setiap regu dibenarkan mengambil 'time out' sebanyak SATU ( 1 ) kali bagi
setiap satu pusingan ( set ) selama SATU ( 1 ) minit pada pusingan pertama
dan kedua serta pada pusingan ‘tie-break’.
17.2 Setiap regu dibenarkan melakukan aktiviti memanaskan badan selama DUA
( 2 ) minit sebelum pengadil memulakan pertandingan.
19.1 Semua peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan am ini akan
diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola. Sebarang keputusan yang diambil
tidak boleh dibawa ke mana-mana MAHKAMAH.
DISEDIAKAN OLEH :