Anda di halaman 1dari 51

TADABBUR RAMADHAN

1443
ISI KANDUNGAN TADABBUR RAMADHAN 1443

1. Al-Baqarah 2:45 Memohon Pertolongan


2. Al-Imran 3:185 Kematian & Hari Akhirat
3. Al-Maidah 5:8 Berlaku Adil
4. Al-A'raf 7:23 Doa Memohon Keampunan
5. Al-Anfal 8:48 Muslihat Syaitan
6. Hud 11:123 Allah Maha Mengetahui
7. Yusuf 12:111 Ibrah Kisah Nabi-nabi
8. Al-Imran 3:160 Pertolongan Allah
9. Al-Hajj 22:73 Lemahnya Sembahan Selain Allah
10. Al-'Ankabut 29:45 Hubungan Antara Al Quran & Solat
11. Saba' 34:21 Iblis/Syaitan Sebagai Ujian Kepada Manusia
12. Al-Isra' 17:36 Larangan Beramal Tanpa Dalil
13. Al-Qamar 54:17 Mukjizat Al Quran
14. Ibrahim 14:34 Tidak Terhitung Nikmat Allah
15. Al-Furqan 25:67 Bersederhana Di Dalam Berbelanja
16. Al-Baqarah 2:152 Ingat & Syukur Kepada Allah
17. An-Nisa' 4:69 Orang-orang Yang Diberi Nikmat
18. Al-Baqarah 2:264 Penyebab Rosaknya Sedekah
19. Al-An'am 6:44 Istidraj
20. Ar-Ra'd 13:35 Sifat Syurga
21. An-Nahl 16:90 Peringatan Allah
22. Al-Hajj 22:4 Syaitan Yang Menyesatkan
23. Luqman 31:34 Pengetahuan Allah Tentang Perkara Ghaib
24. Fatir 35:2 Allah Maha Kuasa Untuk Memberi & Menahan Rahmat-Nya
25. At-Tahrim 66:6 Waspada Dengan Azab Neraka
26. Yunus 10:12 Sifat Manusia Yang Lupa Allah Ketika Senang
27. Al-Jasiyah 45:27 Kekuasaan Allah Dalam Pemerintahan Langit & Bumi
28. Al-Hujurat 49:13 Islam Menggalakkan Perpaduan
29. Al-Ma'idah 5:11 Terhindar Dari Kejahatan Adalah Nikmat Allah
Tadabbur 1 Ramadhan 1443

(Ahad, 3 April 2022)

✅Ayat Pilihan

َ ‫ص ٰلو ِۗةِ َواِنَّ َها لَ َكبِي َْرة ٌ ا ََِّّل‬


َ‫علَى ْال ٰخ ِش ِعيْن‬ َّ ‫َوا ْست َ ِع ْينُ ْوا بِال‬
َّ ‫صب ِْر َوال‬
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan
sesungguhnya yang demikian itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

Al-Baqarah [2] : 45

✅ Tema Ayat

Memohon Pertolongan

✅ Perkataan Pilihan

‫ َوا ْست َ ِع ْينُ ْوا‬dan mintalah pertolongan

✅ Isi Penting

1. Cara minta pertolongan daripada Allah

🔘 Sabar

Sabar adalah prasyarat mendapat pertolongan Allah dalam menghadapi ujian

🔘 Solat

Selepas sabar dengan segala ujian, pohonlah pertolongan kepada Allah melalui solat.

Solat penuh dengan pujian dan doa kepada Allah. Sebelum meminta pertolongan, wajib memuji Allah.
Dan doa yg terbaik adalah ketika solat.

2. Hanya orang-orang yg khusyuk sahaja mampu melakukannya. Siapakah orang khusyuk? (Allah
jelaskan dalam ayat seterusnya, ayat 46)

Orang yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka
akan kembali kepadaNya.

✅ Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Apabila ada masalah, terus ingat Allah dan bersabar dengan ujian yg diberikan Allah.
2. Allah bersama dengan orang yg sabar (2:153)
3. Amalkan berdoa meminta pertolongan ketika solat.
4. Yakin akan pertemuan dengan Allah menyebabkan seseorang mampu bersabar dan khusyuk
bersolat meminta pertolongan Allah dalam menghadapi ujian.
Tadabbur 2 Ramadhan 1443

(Isnin, 4 April 2022)

✅Ayat Pilihan

Aal-e-Imran 3:185

ِ ‫ع ِن ٱلنَّ ِار َوأ ُ ْدخِ َل ٱ ْل َجنَّةَ فَقَ ْد ف َ ِۗازَ َو َما ٱ ْل َحيَ ٰوة ُ ٱل ُّد ْنيَا ٓ إِ ََّّل َم ٰت َ ُع ٱ ْلغُ ُر‬
‫ور‬ َ ‫حْز َح‬ َ ‫ت َوإِنَّ َما ت ُ َوفَّ ْونَ أ ُ ُج‬
ِ ‫ور ُك ْم يَ ْو َم ٱ ْل ِق ٰيَ َم ِة فَ َمن ُز‬ ِ ِۗ ‫ُك ُّل نَ ْف ٍس ذَآئِقَةُ ٱ ْل َم ْو‬

🔘Every soul will taste death, and you will only be given your [full] compensation on the Day of
Resurrection. So he who is drawn away from the Fire and admitted to Paradise has attained [his desire].
And what is the life of this world except the enjoyment of delusion.

🔘Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan
disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga
maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala
kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang
terpedaya.

✅ Tema Ayat

Kematian & Hari Akhirat

✅ Perkataan Pilihan
ُ‫ ذَآ ِئقَة‬akan merasai

ِ ‫ ُز‬dijauhkan
‫حْز َح‬

ِ ‫ ْٱلغُ ُر‬tipuan (delusion)


‫ور‬

✅ Isi Penting

1. Setiap yg hidup pasti merasai mati


2. Semua balasan di dunia ini akan disempurnakan balasannya di akhirat
3. Kejayaan sebenar adalah apabila dimasukkan ke dalam Syurga dan dijauhkan dari neraka.
4. Kehidupan dunia ini hanyalah tipu daya.

✅ Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Apabila mendengar kematian, ingatlah kita pasti akan menyusul.


2. Apabila ingin melakukan kejahatan, ingatlah apakah yg akan dibalas di akhirat sana.
3. Apabila kita berada di puncak kejayaan di dunia ini, adakah pasti kita juga bakal berjaya di
akhirat sana, iaitu mendapat Syurga yg kekal. Apakah yg telah dilakukan untuk berjaya di ssana
4. Apabila kita berbahagia dengan kehidupan di dunia ini, cukup pastikah kita itu bukan tipu daya.
Tipu daya yg memerangkap dan akhirnya menyungkurkan kita di akhirat sana.
Tadabbur 3 Ramadhan 1443

(Selasa, 5 April 2022)

✅Ayat Pilihan

Al-Ma'idah 5:8

َ‫ّلِل إِ َّن ٱ َّّلِل‬ ۟ ُ‫وا ه َُو أ َ ْق َربُ لِلت َّ ْق َو ٰى َوٱتَّق‬


َ َّ ‫وا ٱ‬ ۟ ُ ‫وآ ٱ ْع ِدل‬
۟ ُ‫علَ ٰ ٓى أ َ ََّّل تَعْ ِدل‬ ِ َ‫ش َه َدآ َء بِٱ ْل ِقسْطِ َو ََّل ي‬
َ ‫جْر َمنَّ ُك ْم‬
َ ‫شنَـَٔانُ قَ ْو ٍم‬ ِ َّ ِ َ‫وا قَ ٰ َّومِ ين‬
ُ ‫ّلِل‬ ۟ ُ‫ٓٓ ٰيَٓأَيُّ َها ٱلَّذِينَ َءا َمن‬
۟ ُ‫وا ُكون‬
َ‫ير بِ َما ت َ ْع َملُون‬
ٌ ٌۢ ِ‫َخب‬
English - Sahih International

O you who have believed, be persistently standing firm for Allah, witnesses in justice, and do not let the
hatred of a people prevent you from being just. Be just; that is nearer to righteousness. And fear Allah;
indeed, Allah is [fully] Aware of what you do.

Malay

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang
menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu
terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu
berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah
kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

✅Tema Ayat

Berlaku Adil

✅ Perkataan Pilihan

ُ‫شنَـَٔان‬
َ - kebencian

ِ‫بِ ْٱل ِقسْط‬- dengan adil

✅ Isi Penting

1. Jadilah orang yg menegakkan keadilan kerana Allah.


2. Perlu berlaku adil walaupun kepada orang/kaum yg dibenci
3. Adil itu lebih hampir kepada takwa. Jadi berlaku adil dan bertakwalah kepada Allah
4. Allah Maha Mengetahui dengan mendalam apa yg kita lakukan

✅ Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Apabila kita berkata benar. Katakanlah kebenaran kerana Allah bukan kerana mengharapkan
pujian, pangkat, harta dan lain-lain.
2. Kita perlu tetap berlaku adil walaupun kepada sesiapa yg kita tidak suka.
3. Apabila melakukan kezaliman, ingatlah Allah Maha Mengetahui.
Tadabbur 4 Ramadhan 1443

(Rabu, 6 April 2022)

✅Ayat Pilihan

Al-A'raf 7:23

َ‫سنَا َوإِن لَّ ْم ت َ ْغف ِْر لَنَا َوت َْر َح ْمنَا لَنَ ُكون ََّن مِ نَ ٱ ْل ٰ َخس ِِرين‬
َ ُ‫ظلَ ْمنَا ٓ أَنف‬
َ ‫اَّل َربَّنَا‬
َ َ‫ق‬

English - Sahih International

They said, "Our Lord, we have wronged ourselves, and if You do not forgive us and have mercy upon us,
we will surely be among the losers."

Malay

Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau
tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-
orang yang rugi".

✅ Tema Ayat

Doa Memohon Keampunan

(Doa Nabi Adam & Hawwa setelah memakan buah yg dilarang oleh Allah)

✅ Perkataan Pilihan

‫ لَنَ ُكون ََّن‬pasti menjadi kami

َ‫ ْٱل ٰ َخس ِِرين‬orang-orang yg rugi

✅ Pengajaran

1. Segala kesalahan/maksiat yg dilakukan oleh kita adalah penganiayaan terhadap diri kita sendiri. Ini
kerana kita sendiri yg akan menanggung akibatnya di akhirat kelak. Tiada kerugian langsung kepada
Allah walaupun kita mengingkari perintah-Nya.

2. Hak Allah untuk memberi pengampunan dan rahmat-Nya. Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui,
hanya Allah sahaja yg mengetahui siapa yg benar-benar layak mendapat pengampunan dan rahmat-Nya.

Satu kerugian yg teramat sangat kepada sesiapa yg tidak mendapatkannya.

✅ Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Jadikan rutin membaca doa ini. Ini kerana, kita tidak tahu tanpa sedar bahawa kita sedang dan telah
melakukan dosa.

2. Ubah pemikiran bahawa segala untung dan rugi mestilah berpaksikan akhirat bukannya duniawi.
Tadabbur 5 Ramadhan 1443

(Khamis, 7 April 2022)

✅Ayat Pilihan

Al-Anfal 8:48

‫ى ٌء ِمن ُك ْم‬ َ ‫علَ ٰى‬


ٓ ‫ع ِقبَ ْي ِه َوقَا َل إِنِى بَ ِر‬ َ ‫َص‬ ِ ‫ت ٱ ْل ِفئَت‬
َ ‫َان نَك‬ ِ ‫ار لَّ ُك ْم فَلَ َّما ت ََرآ َء‬ ِ َّ‫ِب لَكُ ُم ٱ ْليَ ْو َم مِ نَ ٱلن‬
ٌ ‫اس َوإِنِى َج‬ َ ٰ ‫ش ْي‬
َ ‫طنُ أ َ ْع ٰ َملَ ُه ْم َوقَا َل ََّل غَال‬ َّ ‫َوإِ ْذ زَ يَّنَ لَ ُه ُم ٱل‬
‫ب‬ ْ
ِ ‫ّلِل شَدِي ُد ٱل ِعقَا‬
ُ َّ ‫ّلِل َوٱ‬ ُ ‫إِن ِٓى أ َ َر ٰى َما ََّل ت ََر ْونَ إِن ِٓى أخ‬
َ َّ ‫َاف ٱ‬ َ

English

And [remember] when Satan made their deeds pleasing to them and said, "No one can overcome you
today from among the people, and indeed, I am your protector." But when the two armies sighted each
other, he turned on his heels and said, "Indeed, I am disassociated from you. Indeed, I see what you do
not see; indeed, I fear Allah. And Allah is severe in penalty."

Malay

Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk
dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada
sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung
dan penolong kamu". Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-
masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari
kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada
Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya".

✅ Tema Ayat

Muslihat Syaitan

✅ Perkataan Pilihan

ُ ‫ٱّلِل أَخ‬
‫َاف‬ َ َّ aku takut kepada Allah
‫شدِي ُد‬ ِ ‫ ْٱل ِعقَا‬sangat berat azab seksa
َ ‫ب‬
✅ Pengajaran

Surah Al-Anfal banyak mengisahkan tentang peperangan Badar. Ayat ini mengisahkan syaitan yg
menjelma sebagai seorang manusia yg menghasut dan memberi keyakinan kepada orang-orang Quraisy
agar berperang dengan orang-orang Islam. Ketika peperangan berlaku, syaitan melihat bantuan yg
diberikan oleh Allah kepada kaum muslimin iaitu turunnya para malaikat. Syaitan berasa takut dan
akhirnya berlepas diri dan meninggalkan kaum Quraisy.

Antara pengajaran yg boleh diperolehi adalah:

1. Syaitan selalu memperelokkan perbuatan jahat seseorang sehingga memandangnya baik. Dengan
begitu akan tertanam di dalam dirinya sifat-sifat mazmunah yg membawanya kepada sikap yg lebih
jahat darinya.

2. Kita tidak boleh terpedaya kepada godaan syaitan kerana ia adalah penipu yg pasti berlepas diri ketika
berhasil menjerumuskan kita dalam kekufuran dan kemaksiatan.
3. Pengiktirafan syaitan bahawa ia takut kepada Allah merupakan isyarat bahawa sebagai seorang
Muslim kita hanya takut kepada Allah, kerana sifat tersebut membawa kepada kesempurnaan iman yg
dapat menangkis gangguan dan bisikan syaitan.

✅ Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Sentiasa menambah ilmu agama agar kita dapat menyedari tipu muslihat syaitan. Salah satu caranya
adalah dengan bertadabbur ayat-ayat Al Quran.

Boleh ikuti ceramah tadabbur Ustaz Abd Muein di link di bawah ini

https://youtube.com/c/GhulamAlDakwah

2. Ingatlah bahawa hanya Allah sahaja tempat kita memohon pertolongan.


Tadabbur 6 Ramadhan 1443

(Jumaat, 8 April 2022)

✅Ayat Pilihan

Hud 11:123

َ ‫ض َوإِلَ ْي ِه ي ُْر َج ُع ٱ ْْل َ ْم ُر ُكلُّهُۥ فَٱ ْعب ُ ْدهُ َوت ََو َّكلْ عَلَ ْي ِه َو َما َربُّكَ بِ ٰغَف ٍِل‬
َ‫ع َّما ت َ ْع َملُون‬ ِ ‫ت َوٱ ْْل َ ْر‬
ِ ‫س ٰ َم ٰ َو‬
َّ ‫غيْبُ ٱل‬ ِ َّ ِ ‫َو‬
َ ‫ّلِل‬

English - Sahih International

And to Allah belong the unseen [aspects] of the heavens and the earth and to Him will be returned the
matter, all of it, so worship Him and rely upon Him. And your Lord is not unaware of that which you do.

Malay -

Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan.
Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali
lalai akan apa yang kamu lakukan.

✅ Tema Ayat

Allah Maha Mengetahui

✅ Perkataan Pilihan

‫ ْٱْل َ ْم ُر ي ُْر َج ُع‬dikembalikan segala urusan

‫ بِ ٰغَف ٍِل‬tidak lalai

✅ Pengajaran

1. Apabila rahsia langit dan bumi pun diketahui oleh Allah, sudah pasti Allah Maha Mengetahui segala-
galanya.

2. Semua yg berlaku dan dilakukan oleh kita di dunia ini, di akhirat kelak semuanya akan dikembalikan
kepada Allah untuk diadili.Disebabkan itu, sembahlah Allah dan bertawakallah kepada-Nya.

3. Apabila kita melihat kezaliman bermaharajalela di dunia ini tanpa apa pun balasan, ingatlah Allah
tidak pernah lalai akan apa yg dilakukan oleh manusia.

✅ Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Berhati-hati dalam melakukan sesuatu agar terhindar dari melakukan kejahatan dan maksiat kerana
Allah Maha Mengetahui.

2. Setelah segala usaha dilakukan, bertawakallah kepada Allah.


Tadabbur 7 Ramadhan 1443

(Sabtu, 9 April 2022)

✅Ayat Pilihan

Yusuf 12:111

َ‫َىءٍ َوهُدًى َو َرحْ َمةً ِلقَ ْو ٍم يُؤْ مِ نُون‬


ْ ‫صي َل ُك ِل ش‬ ْ َ ‫ب َما كَا َن َحدِيثًا يُ ْفت ََر ٰى َو ٰلَكِن ت‬
ِ ‫صدِيقَ ٱلَّذِى بَيْنَ يَ َد ْي ِه َوت َ ْف‬ ِ ِۗ َ‫ص ِه ْم ِعب َْرة ٌ ِْل ُ ۟ولِى ٱ ْْل َ ْل ٰب‬ َ َ‫لَقَ ْد َكانَ فِى ق‬
ِ ‫ص‬
English - Sahih International

There was certainly in their stories a lesson for those of understanding. Never was it [i.e., the Quran] a
narration invented, but a confirmation of what was before it and a detailed explanation of all things and
guidance and mercy for a people who believe.

Malay

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-
orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia
cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama
yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta
menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.

✅ Tema Ayat

Ibrah (pengajaran) Kisah Nabi-nabi

✅ Perkataan Pilihan

ٌ ‫ ِعب َْرة‬pelajaran/pengajaran

ِ ِۗ َ‫ ْٱْل َ ْل ٰب‬akal
‫ب‬
✅ Pengajaran

1. Kisah-kisah Nabi-nabi di dalam Al Quran bukannya kisah kosong dan diadakan tetapi mengandungi
pengajaran bagi yg berfikir. Maka banyakkanlah bertadabbur. Banyak ibrah boleh diperolehi di dalam Al
Quran.

2. Mukjizatnya Al Quran, ia menjadi pengesah kisah-kisah Nabi-nabi yg terdapat di dalam kitab-kitab


terdahulu. Walaupun berbeza zaman dan bahasa. Ini salah satu bukti Al Quran itu dari Tuhan Sekalian
Alam. Sewajarnya ahli kitablah yg utama beriman dengan Al Quran kerana mereka mengetahui
kebenaran Al Quran yg mengesahkan apa yg terdapat dalam kitab-kitab mereka. Bukannya menjadi
penentang. Tapi itulah hidayah, hanya milik Allah; yg diberikan kepada hamba-hambaNya yg ikhlas
dengan kebenaran.

3. Kisah-kisah para Nabi di dalam Al Quran banyak berkisar tentang usaha para Nabi berdakwah kepada
kaumnya agar mentauhidkan Allah.

4. Sesiapa yg berfikir (ulul albab) akan mengetahui bahawa kisah-kisah para nabi banyak menjelaskan
asas sesuatu, antaranya adalah tauhid kepada Allah, hidayah hanya milik Allah, para rasul hanya
menyampaikan dakwah, azab kepada penentang Allah dan rasul. Ibrah dari kisah-kisah para nabi kepada
sesiapa yg mahu beriman merupakan kurniaan hidayah dan rahmat dari sisi Allah.

✅ Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Banyakkan membaca dan bertadabbur kisah-kisah para nabi.

2. Jadilah manusia ulul albab yg banyak berfikir tentang isi kandungan Al Quran.
Tadabbur 8 Ramadhan 1443

(Ahad, 10 April 2022)

✅Ayat Pilihan

Aal-e-Imran 3:160

َ‫ّلِل فَ ْليَت ََو َّك ِل ٱ ْل ُمؤْ مِ نُون‬


ِ َّ ‫علَى ٱ‬ ُ ‫ِب لَ ُك ْم َوإِن يَ ْخذُ ْلكُ ْم فَ َمن ذَا ٱلَّذِى يَن‬
َ ‫ص ُر ُكم ِم ٌۢن بَ ْع ِد ِهۦِۗ َو‬ ُ َّ ‫ص ْر ُك ُم ٱ‬
َ ‫ّلِل ف َ ََل غَال‬ ُ ‫إِن يَن‬
English - Sahih International

If Allah should aid you, no one can overcome you; but if He should forsake you, who is there that can aid
you after Him? And upon Allah let the believers rely.

Malay

Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu, jika Allah membiarkan
kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari
Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal.

✅ Tema Ayat

Pertolongan Allah

✅ Perkataan Pilihan

‫ِب‬
َ ‫ غَال‬yang mengalahkan
‫ يَ ْخذُ ْل ُك ْم‬membiarkan kalian

✅ Pengajaran

1. Kejayaan kita di dunia ini bukanlah kerana kehebatan diri kita sendiri tetapi kerana pertolongan dari
Allah. Jadi janganlah sombong dan takbur serta riak dengan kejayaan.

2. Pertolongan Allah itu datang dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Ada dalam bentuk ujian dan
dugaan. Ujian yg menginsafkan diri dan meyakini bahawa hanya Allah sahaja tempat memohon
pertolongan.
3. Sentiasa melakukan dosa dan hidup dalam kemaksiatan tanpa bertaubat menyebabkan seseorang
tidak mendapat pertolongan dari Allah.

4. Tiada sesiapa yg mampu memberikan pertolongan yg membawa kejayaan melainkan hanya Allah
semata-mata.

5. Pertolongan Allah pasti datang sekiranya kita benar-benar bertawakal setelah segala usaha dilakukan.
✅ Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Setiap kali berjaya mengharungi ujian, ingat dan bersyukurlah kepada Allah atas pertolongan yg
diberikan Allah.

2. Apabila sentiasa berada dalam kesulitan dan musibah yg bertimpa-timpa, muhasabah kembali
hubungan kita dengan Pencipta kita.

3. Apabila berasa putus asa dan tiada sesiapa yg membantu ketika diuji dengan ujian. Yakinlah dengan
pertolongan Allah kerana Allah Yang Menentukan Segala-galanya.

Tadabbur 9 Ramadhan 1443

(Isnin, 11 April 2022)

✅Ayat Pilihan

Al-Hajj 22:73
۟ ُ‫وا ذُبَاب ًا َولَ ِو ٱجْ ت َ َمع‬
َ ُ‫وا لَهُۥ َوإِن يَ ْسلُ ْب ُه ُم ٱلذُّبَاب‬
ُ‫شيْـًٔا ََّّل يَ ْست َن ِقذُوهُ مِ ْنه‬ ۟ ُ‫ّلِل لَن يَ ْخلُق‬ ۟ ُ‫ب َمث َ ٌل فَٱ ْستَمِ ع‬
ِ ‫وا لَهُۥٓ إِ َّن ٱلَّذِينَ ت َ ْدعُونَ مِ ن د‬
ِ َّ ‫ُون ٱ‬ َ ‫اس ض ُِر‬ ُ َّ‫ٰيَٓأَيُّ َها ٱلن‬
ُ‫طلُوب‬ ْ ‫لطالِبُ َوٱ ْل َم‬
َّ ‫ف ٱ‬ َ ُ‫ضع‬ َ
English - Sahih International

O people, an example is presented, so listen to it. Indeed, those you invoke besides Allah will never
create [as much as] a fly, even if they gathered together for it [i.e., that purpose]. And if the fly should
steal from them a [tiny] thing, they could not recover it from him. Weak are the pursuer and pursued.

Malay

Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan
bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak
sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk
membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik
daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah
yang diminta (daripada menunaikannya).

✅ Tema Ayat

Lemahnya Sembahan Selain Allah

✅ Perkataan Pilihan

‫ َمث َ ٌل‬permisalan

‫ ذُبَابًا‬seekor lalat
✅ Pengajaran

1. Hikmah Allah membuat permisalan dalam Al Quran adalah agar memudahkan kita untuk memahami
isi penting yg disampaikan. Maha Hebat-Nya Allah dalam memilih perkataan/perbandingan yg tepat
dalam menjelaskan sesuatu.

2. Pemilihan lalat dalam permisalan di dalam ayat diatas menunjukkan kehinaan kepada sembahan
selain dari Allah. Lalat merupakan makhluk yg kotor, pembawa penyakit, kecil dan mudah ditemui pun
sembahan tersebut tidak dapat menciptakan. Apatah lagi penciptaan langit dan bumi yg hebat, sudah
semestinya tidak mampu.

3. Penggunaan kalimah ‫ ٱجْ ت َ َمعُو ۟ا‬yg bermaksud mereka berhimpun atau berkumpul menunjukkan bertapa
lemahnya sembahan selain Allah sehingga perlu saling bergantung untuk menciptakan lalat. Hebatnya
Allah sebagai pencipta adalah bersendirian dalam mencipta alam ini.

4. Lalat yg kecil dan lemah pun sembahan tersebut tidak mampu melakukan sesuatu kepada lalat. Sudah
semestinya sembahan selain dari Allah tidak layak disembah. Ini kerana hebatnya Tuhan adalah Dia
mampu memberikan kebaikan dan kemudhratan kepada makhluk ciptaan-Nya.

5. Ayat diatas menerangkan tentang salah satu ciri ketuhanan iaitu:

▪️Maha Pencipta (mampu mencipta segalanya)

▪️Bersendirian dalam penciptaan (tidak bergantung kepada makhluk)

▪️Mampu memberi takdir kepada makhluk ciptaan-Nya (memberi kebaikan dan kemudharatan)

6. Sembahan selain Allah adalah lemah kerana tidak memiliki sifat penciptaan. Amatlah bodoh manusia
yg lemah menyembah dan meminta kepada sembahan selain Allah yg juga lemah sepertinya.

✅ Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Pohonlah pertolongan hanya kepada Allah semata-mata. Jangan mensyirikkan Allah dengan meminta
pertolongan kepada jin, bomoh dan benda-benda khurafat yg lain. Mereka semua lemah, hanya Allah
Yang Maha Berkuasa.

2. Berfikirlah tentang kehebatan Allah ketika melihat segala ciptaan-Nya di alam ini.
Tadabbur 10 Ramadhan 1443

(Selasa, 12 April 2022)

✅Ayat Pilihan

Al-'Ankabut 29:45

ُ َّ ‫ّلِل أ َ ْكبَ ِۗ ُر َوٱ‬


ْ َ ‫ّلِل يَعْلَ ُم َما ت‬
َ‫صنَعُون‬ ِ َّ ‫شآءِ َوٱ ْل ُمنك َِِۗر َول َ ِذ ْك ُر ٱ‬
َ ْ‫ع ِن ٱ ْلفَح‬
َ ‫صلَ ٰوة َ ت َ ْن َه ٰى‬ ِ َ ‫ى إِلَيْكَ مِ نَ ٱ ْل ِك ٰت‬
َّ ‫ب َوأَق ِِم ٱل‬
َّ ‫صلَ ٰوة َ إِ َّن ٱل‬ ُ
َ ِ‫ٱتْ ُل َما ٓ أوح‬
English - Sahih International

Recite, [O Muhammad], what has been revealed to you of the Book and establish prayer. Indeed, prayer
prohibits immorality and wrongdoing, and the remembrance of Allah is greater. And Allah knows that
which you do.

Malay

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan
dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang
keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya);
dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

✅ Tema Ayat

Hubungan Antara Al Quran & Solat

✅ Perkataan Pilihan

‫ ٱتْ ُل‬- bacalah

‫ت َ ْن َه ٰى‬- mencegah

✅ Pengajaran

1. Ayat diatas menunjukkan keutamaan arahan dari Allah. Allah menyuruh kita bacalah Al Quran dan
kemudian baru bersolat. Kenapa?

Apa motif kita apabila membaca sesuatu bahan bacaan? Sudah semestinya untuk mengetahui isi
kandungan yg ingin disampaikan.

Tetapi apabila kita membaca Al Quran, fahamkah kita. Atau sekadar membaca tanpa faham. Jadi apabila
Allah menyuruh kita membaca Al Quran, maknanya adalah kita perlu membaca dan faham isi kandungan
Al Quran.

Bagi menjawab persoalan mengapa Allah menyuruh kita membaca Al Quran dan kemudiannya baru
bersolat adalah kerana ingin mencapai objektif solat iaitu solat mencegah dari perbuatan yg keji dan
mungkar.
Tetapi benarkah solat mencegah dari perbuatan yg keji dan mungkar? Ramai sahaja yg bersolat dan
kemudiannya melakukan maksiat. Cukup ramai.

Ini berlaku kerana mereka tidak mengikut keutamaan arahan dari Allah iaitu, membaca dan memahami
isi kandungan Al Quran.

Bagaimana mungkin seseorang itu tahu apakah perkara keji dan mungkar yg perlu dihindari sekiranya
dia tidak memahami Al Quran. Jadi solat orang yg tidak memahami Al Quran, tidak akan mampu
menghindarkan dirinya dari perkara keji dan mungkar.

2. Solat kita akan menjadi lebih khusyuk apabila kita memahami Al Quran. Ini kerana melalui
pemahaman Al Quran, kita akan merasai kehebatan Pencipta kita yg Maha Agung.
3. Sentiasa membaca dan memahami Al Quran serta banyak melakukan solat akan menyebabkan kita
akan sentiasa mengingat Allah. Sesunguhnya sentiasa mengingati Allah mempunyai banyak faedah dan
kesannya.

4. Apabila sentiasa mengingati Allah dan memahami ayat Al Quran diatas yg menyatakan bahawa

َّ ‫صنَعُونَ َما يَ ْعلَ ُم َو‬


ُ‫ٱّلِل‬ ْ َ‫ت‬
"Allah mengetahui akan apa yg kamu kerjakan".

Ini akan dapat mencegah diri kita dari perbuatan keji dan mungkar kerana kita meyakini Allah Maha
Mengetahui segala perbuatan kita.

✅ Aplikasi Dalam Kehidupan

Bertadabburlah. Mulakan bertadabbur hanya satu ayat sehari. Kebanyakkan ayat Al Quran adalah jelas
dan mudah difahami. InsyaAllah, berkat keikhlasan kita dalam memahami ayat-ayat Al Quran dapat
menghindarkan diri kita dari tersalah faham maksud sebenar ayat-ayat Al Quran. Sebelum bertadabbur,
bacalah tafsir mengenai ayat yg ingin difahami seperti di website Celik Tafsir.

Sekiranya terdapat persoalan, bolehlah bertanya di dalam group telegram di bawah ini:

🔘Live Tadabbur Al Quran

🔘FiqhSunnahUiTO

🔘Soal Jawab Agama


Tadabbur 11 Ramadhan 1443

(Rabu, 13 April 2022)

✅Ayat Pilihan

Saba’ 34:21
ٌ‫َىءٍ َحفِيظ‬ َ ٰ ْ‫َو َما َكانَ لَهُۥ عَلَ ْي ِهم ِمن سُل‬
َ َ‫ط ٍن إِ ََّّل ِلنَعْلَ َم َمن ي ُؤْ مِ نُ بِٱلْ َءاخِ َرةِ مِ َّم ْن ه َُو مِ ْن َها فِى ش ِۗ ٍَك َو َربُّك‬
ْ ‫علَ ٰى ُك ِل ش‬
English – Sahih International

And he had over them no authority except [it was decreed] that We might make evident who believes in
the Hereafter from who is thereof in doubt. And your Lord, over all things, is Guardian.

Malay

Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk
menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada
hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal
serta mengawasi tiap-tiap sesuatu.

✅Tema Ayat

Iblis/Syaitan Sebagai Ujian Kepada Manusia

✅Perkataan Pilihan
َ ٰ ‫ س ُْل‬kekuasaaan
‫ط ٍن‬

‫ ش ِۗ ٍَك‬keraguan
✅ Pengajaran

1. Iblis/syaitan tiada sebarang kuasa dalam menyesatkan manusia. Mereka menghasut dan
mengajak manusia melakukan maksiat. Namun pilihannya terletak atas manusia itu sendiri.
Samaada mahu melakukan maksiat atau pun tidak.
2. Ayat diatas bukannya bermaksud Allah tidak mengetahui siapakah yg benar-benar beriman,
tetapi sebenarnya ayat ini menunjukkan bahawa Allah Maha Adil.

Kenapakah begitu?

Ini kerana segala kelakuan baik dan buruk manusia ada malaikat yg mencatatnya di dalam kitab yg akan
diberikan kepada semua manusia di akhirat kelak.

Selain itu, ada ayat Al Quran yg menyatakan bahawa anggota badan manusia sendiri akan berkata-kata
dan menjadi saksi atas segala perlakuan manusia di dunia ini.

Kenapa Allah perlukan semua ini sedangkan Allah Maha Mengetahui?

Boleh sahaja Allah menghukum hamba-hambanya tanpa perlunya kepada bukti dan saksi atas segala
perlakuan hamba-hambanya.

Inilah buktinya Allah Maha Adil.

AdilNya Allah dalam memberikan keadilan kepada manusia sehinggakan manusia itu sendiri menjadi
saksi atas perlakuan mereka di dunia ini dan manusia tidak mampu berkata-kata dalam membela diri
mereka sendiri di mahkamah Allah kerana segala bukti dan saksi dipertontonkan di akhirat kelak.

Celakalah barangsiapa yang dibincangkan kitab amalannya dengan dihisab seperti sabda Rasulullah yg
bermaksud:

Tidak ada seorang pun yang dihisab kecuali akan celaka. Saidatina Aisyah RAnha berkata: aku berkata:
Wahai Rasulullah SAW, Allah SWT telah menjadikan aku tebus bagimu, bukankah Allah SWT berfirman:
“Kemudian sesiapa yang diberikan kitab ‘amalnya dengan tangan kanan, maka ia akan dihisab dengan
mudah dan ringan.” Rasulullah SAW bersabda: “Itu ialah pembentangan amal kebaikan mereka yang
dibentangkan. Barangsiapa yang dibincangkan kitab amalannya dengan dihisab, maka akan celaka.

(HR Bukhari & Muslim)

3. Orang yg benar-benar beriman kepada hari akhirat adalah orang yg ikhlas melakukan kebaikan,
suruhan dan larangan kerana Allah tanpa mengharapkan balasan di dunia ini. Ini kerana dia
hanya mengharapkan balasan di akhirat yg dia yakin akan kewujudannya.

✅ Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Usahlah takut akan iblis/syaitan, kerana mereka tidak berkuasa ke atas manusia. Hanya Allah
Yang Maha Berkuasa.
2. Sentiasalah berdoa agar berjaya melepasi ujian di dunia ini dan menjadi hamba Allah yg benar-
benar beriman.
Tadabbur 12 Ramadhan 1443

(Khamis, 14 April 2022)

✅Ayat Pilihan

Al-Isra’ 17:36
ً ُٔ‫ص َر َو ْٱلفُ َؤا َد ُك ُّل أ ُ ۟و ٰلَٓئِكَ كَا َن عَ ْنهُ َمسْـ‬
‫وَّل‬ َ َ‫ْس لَكَ بِهِۦ ع ِْل ٌم إِ َّن ٱلس َّْم َع َو ْٱلب‬ ُ ‫َو ََّل ت َ ْق‬
َ ‫ف َما لَي‬
English – Sahih International

And do not pursue that of which you have no knowledge. Indeed, the hearing, the sight and the heart –
about all those [one] will be questioned.

Malay

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya;
sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya
tentang apa yang dilakukannya.

✅Tema Ayat

Larangan beramal tanpa dalil

✅Perkataan Pilihan

ُ ‫ ت َ ْق‬kamu mengikuti
‫ف‬

‫ ْٱلفُ َؤا َد‬hati

✅Pengajaran

1. Ilmu sangat penting untuk diri kita. Dengan ilmu lah kita dapat mencorak pemikiran kita dan
seterusnya memandu kita dalam menjalani kehidupan di dalam dunia yg fana ini. Ilmu agama
dan ilmu dunia perlunya senantiasa saling berintegrasi.
2. Apabila kita ingin beramal atau mengikut sesuatu perkara, kita mestilah mempunyai ilmu
tentang perkara itu. Ini kerana beramal dengan ilmu lebih memberi keyakinan untuk beramal
dan mengelak dari terjerumus dalam kesesatan.
3. Pendengaran (telinga) dan penglihatan (mata) adalah alat untuk mendapatkan ilmu. Manakala
hati lah yg akan memproses ilmu itu. Ramai yg berjaya menggunakan mata dan telinga tetapi
hatinya tertutup rapat dalam memahami kebenaran. Ingatlah kesemua anggota-anggota ini
akan dipertanggungjawab di akhirat kelak.
4. Dengan ilmulah akan dapat mengelak dari ketaksuban dan memudahkan kita berlapang dada di
dalam perselisihan. Ini kerana dengan ilmulah kita akan tahu bagaimana dan apakah yg
mempengaruhi cara seseorang itu berfikir.
✅ Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Senantiasa menuntut ilmu terutamanya ilmu agama. Jangan sudah berpuas hati dengan ilmu
agama yg dipelajari sejak dari kecil. Sentiasa ‘update’ ilmu agama kita.
2. Apabila ingin mendalami ilmu agama, carilah guru-guru agama yg betul-betul mengikut sunnah
dan mengamalkannya. Salah satu caranya adalah dengan melihat akhlaknya. Lihatlah akhlaknya
dan bandingkan dengan apa yg tertulis di dalam surah Al-Hujurat.

Tadabbur 13 Ramadhan 1443

(Jumaat,15 April 2022)

✅Ayat Pilihan

Al-Qamar 54:17

‫َولَقَ ْد يَس َّْرنَا ْٱلقُ ْر َءانَ ل ِِلذ ْك ِر فَ َهلْ مِ ن ُّم َّدك ٍِر‬
English – Sahih International

And We have certainly made the Quran easy for remembrance, so is there any who will remember?

Malay

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran,
maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)

✅Tema Ayat

Mukjizat Al Quran

✅Perkataan Pilihan

‫ يَس َّْرنَا‬telah kami mudahkan


✅Pengajaran

1. Ayat ini telah diulang sebanyak 5 kali di dalam surah Al-Qamar. Ini menunjukkan bertapa
pentingnya ayat ini. Kita sepatutnya fokus dengan apa yg Allah ingin sampaikan dalam ayat ini.
2. Mukjizatnya Al Quran adalah sebuah kitab yg Allah permudahkan untuk jadi peringatan dan
pengajaran kepada manusia.
3. Isi kandungan Al Quran kebanyakannya mengandungi ayat-ayat yg jelas dan mudah difahami,
lebih-lebih lagi para ulama terdahulu banyak menghasilkan tafsir Al Quran yg dapat membantu
kita dalam memahami Al Quran.
4. Usahla risau dan takut tersalah memahami ayat-ayat Al Quran sehingga membawa kepada
kesesatan. Al Quran itu adalah hidayah dan petunjuk kepada kaum yg mahu beriman. Sekiranya
kita ikhlas dan tiada kepentingan duniawi dalam mempelajari dan memahami Al Quran,
InsyaAllah akan dipermudahkan untuk memahami Al Quran.
5. Ayat ini ditutup dengan persoalan iaitu
– ‫فَ َهلْ مِ ن ُّم َّدك ٍِر‬

“maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)”

Sudah semestinya yg mahu mengambil peringatan dan pelajaran adalah orang yg membaca, menghafal,
memahami, bertadabbur dan mengamalkan ayat-ayat Al Quran dalam kehidupannya.

Dia akan sentiasa sibuk dan tidak pernah puas dalam menyingkap kehebatan dan kemukjizatan Al
Quran.

6. Matlamat utama Al Quran adalah supaya setiap ayat Al Quran itu dihayati dan diamalkan dalam
kehidupan seharian sebagaimana diterjemahkan oleh Rasulullah di dalam kehidupan baginda.

✅ Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Sibukkanlah diri dengan Al Quran.


Tadabbur 14 Ramadhan 1443

(Sabtu,16 April 2022)

✅Ayat Pilihan

Ibrahim 14:34

ٌ َّ‫ظلُو ٌم َكف‬
‫ار‬ َ َ ‫سنَ ل‬ ِ ْ ‫صو َه ِۗا ٓ ِإ َّن‬
َ ٰ ‫ٱْلن‬ ُ ْ‫ٱّلِل ََّل تُح‬ ۟ ‫سأ َ ْلت ُ ُموهُ َو ِإن تَعُد‬
ِ َّ َ‫ُّوا نِ ْع َمت‬ َ ‫َو َءات َ ٰى ُكم ِمن ُك ِل َما‬
English – Sahih International

And He gave you from all you asked of Him. And if you should count the favor [i.e., blessings] of Allah,
you could not enumerate them. Indeed, mankind is [generally] most unjust and ungrateful.

Malay

Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu
menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia
(yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai
nikmat Tuhannya.

✅Tema Ayat

Tidak Terhitung Nikmat Allah

✅Perkataan Pilihan
۟ ‫ تَعُد‬kamu menghitung/mengira
‫ُّوا‬
✅Pengajaran

1. Nikmat-nikmat yg dikurniakan Allah kepada manusia terlampau banyak, sehingga kita tidak
mampu mengiranya.
2. Allah mengkabulkan segala apa yg kita hajati. Benarkah?

Ada sahaja apa yg kita doakan tetapi tidak dikabulkan, jadi bagaimana Allah mengkabulkan segala apa yg
kita hajati?

Apabila kita memohon berdoa kepada Allah akan sesuatu hajat, semestinya kita menganggap apa yg kita
minta itulah yg terbaik untuk kita.

Tetapi kita lupa bahawa kita meminta kepada Allah; Tuhan yg menciptakan kita, yg menciptakan takdir
hidup kita. Tuhan Yang Maha Mengetahui.

Jadi Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hamba-hambanya. Hajat yg tidak dikabulkan itu
sebenarnya diganti dengan hajat yg lebih baik dan terbaik yg tak pernah kita fikirkan.

Kesimpulannya, Allah mengkabulkan segala hajat kita dalam bentuk yg terbaik untuk kita. Cuma kita
hamba yg lemah dalam mengetahui hikmah-Nya.

3. Manusialah makhluk yg paling banyak tidak bersyukur walaupun dikurniakan dengan banyaknya
nikmat. Mereka lupa akan Allah ketika hanyut dengan limpahan nikmat-nikmat.
4. Berhati-hatilah ketika dikurniakan dengan pelbagai nikmat agar tidak menjadikan nikmat itu
menjauhkan kita dari Allah dan mendapat kemurkaan-Nya.

✅ Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Sentiasa menjadi hamba yg bersyukur atas segala nikmat yg dikurniakan Allah.


2. Apabila ditimpa musibah, ingatlah segala yg dikurniakan Allah, agar kita menjadi hamba yg
sentiasa bersyukur walaupun sedang diuji. Ini lebih mendamaikan hati yg resah berbanding
menyalahkan takdir Allah.
Tadabbur 15 Ramadhan 1443

(Ahad, 17 April 2022)

✅Ayat Pilihan

Al-Furqan 25:67
‫وا َو َكانَ بَيْنَ ٰذَلِكَ قَ َوا ًما‬
۟ ‫وا َولَ ْم يَ ْقت ُ ُر‬
۟ ُ‫وا ل َ ْم يُس ِْرف‬
۟ ُ‫َوٱلَّذِينَ إِذَا ٓ أَنفَق‬

English – Sahih International

And [they are] those who, when they spend, do so not excessively or sparingly but are ever, between
that, [justly] moderate

Malay

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah
melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul
sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

✅Tema Ayat

Bersederhana Di Dalam Berbelanja

✅Perkataan Pilihan

‫ يُس ِْرفُوا‬mereka berlebihan


۟ ‫ يَ ْقت ُ ُر‬mereka kedekut
‫وا‬

✅Pengajaran

1. Orang yg diredhai Allah adalah orang yg tidak boros dalam membelanjakan hartanya dan juga
tidaklah bakhil. Dia bersederhana dalam membelanjakan hartanya.
2. Orang yg zuhud itu adalah ketika dia mampu untuk bermewah dan membeli sesuatu yg paling
mahal tetapi dia memilih yg sederhana dan bersesuaian untuk dirinya.
3. Orang yg zuhud itu bukanlah yg menolak harta dunia keseluruhannya sehingga kelihatan serba
kekurangan dan daif. Tetapi menggunakan harta untuk kesenangan di akhirat sana. Harta
sebagai alat untuk ke Syurga, bukannya untuk ke neraka.
4. Islam menggalakkan bersederhana dalam setiap sudut kehidupan.

✅ Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Jadi orang yg bijak dalam berbelanja.


2. Usahlah kedekut berbelanja dalam melakukan kebajikan.
3. Utamakan keperluan dari kehendak.
Tadabbur 16 Ramadhan 1443

(Isnin, 18 April 2022)

✅Ayat Pilihan

Al-Baqarah 2:152
۟ ‫ِى أ َ ْذ ُك ْر ُك ْم َوٱ ْش ُك ُر‬
ِ ‫وا لِى َو ََّل ت َ ْكفُ ُر‬
‫ون‬ ٓ ‫فَٱ ْذ ُك ُرون‬
English – Sahih International

So remember Me; I will remember you. And be grateful to Me and do not deny Me.

Malay

Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku,
dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.

✅Tema Ayat

Ingat & Syukur Kepada Allah

✅Perkataan Pilihan

ٓ ‫ فَٱ ْذ ُك ُرون‬maka ingatlah kepada-Ku


‫ِى‬

✅Pengajaran

1. Sentiasalah mengingati Allah dalam setiap keadaan, bukan hanya ketika dalam kesusahan.
2. Mengingati Allah bukan hanya di mulut dan fikiran, tetapi yg pentingnya di hati. Mengingati
Allah yg membawa kita patuh atas arahan-Nya dan meninggalkan tegahan-Nya.
3. Allah pasti mengingati hamba-hambaNya yang sentiasa mengingati-Nya
4. Manusia mudah mengingati Allah ketika susah tetapi sangat sedikit yg mengingati Allah ketika
senang.
5. Dengan mengingati Allah akan menyebabkan kita menjadi hamba yg sentiasa bersyukur. Ini
kerana dengan mengingati Allah pada setiap keadaan (susah & senang) akan menyebabkan kita
hanya bergantung kepada Allah semata-mata. Bersyukur ketika diberikan nikmat dan bersyukur
ketika diberikan ujian yg menghapuskan dosa dan mengangkat darjat orang yg bersabar.
6. Lawan kepada syukur adalah kufur akan nikmat yg diberikan Allah. Tiada makhluk di alam ini yg
tidak pernah merasai nikmat kurniaan Allah.

✅ Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Latih diri untuk sentiasa mengingati Allah pada setiap waktu. Semoga ketika ingin melakukan
maksiat juga kita mengingati Allah agar dapat membatalkan hasrat melakukan maksiat kerana
takutkan Allah.
2. Jom amalkan sunnah dalam mengucapkan Alhamdulillah

Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha , kebiasaan Rasulullah jika menyaksikan hal-hal yang beliau sukai adalah
mengucapkan

َّ ‫ّلِل الَّذِى بِنِ ْع َمتِ ِه تَتِ ُّم ال‬


ُ‫صا ِل َحات‬ ِ َّ ِ ‫ْال َح ْم ُد‬

“Alhamdulillah alladzi bi ni’matihi tatimmus shalihat”.

Sedangkan jika beliau menyaksikan hal-hal yang tidak menyenangkan, beliau mengucapkan

‫علَى ُك ِل َحا ٍل‬ ِ َّ ِ ‫ْال َح ْم ُد‬


َ ‫ّلِل‬
“Alhamdulillah ‘ala kulli hal“”

[HR Ibnu Majah no 3803 dinilai Hasan oleh al Albani]

Tadabbur 17 Ramadhan 1443

(Selasa, 19 April 2022)

✅Ayat Pilihan

An-Nisa’ 4:69
ٓ ٰٓ
‫صلِحِ ينَ َو َحسُنَ أ ُ ۟و ٰلَئِكَ َرفِيقًا‬
َّ ٰ ‫ش َه َدآءِ َوٱل‬ ِ ‫علَ ْي ِهم ِمنَ ٱلنَّبِيِۦنَ َو‬
ُّ ‫ٱلصدِيقِينَ َوٱل‬ ُ َّ ‫ٱلرسُو َل فَأ ُ ۟ولَئِكَ َم َع ٱلَّذِينَ أ َ ْنعَ َم‬
َ ‫ٱّلِل‬ َّ ‫ٱّلِل َو‬
َ َّ ‫َو َمن يُطِ ِع‬
English – Sahih International

And whoever obeys Allah and the Messenger – those will be with the ones upon whom Allah has
bestowed favor of the prophets, the steadfast affirmers of truth, the martyrs and the righteous. And
excellent are those as companions.

Malay

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-
sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-
orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya
mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)

✅Tema Ayat

Orang-orang Yang Diberi Nikmat


✅Perkataan Pilihan

‫ يُطِ ِع‬mentaati

‫ أ َ ْنعَ َم‬dikurniakan nikmat

✅Pengajaran

1. Ganjaran Syurga hanya kepada manusia yg taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Taat kepada Allah
adalah melalui pemahaman Al Quran dan mengikuti sunnah Rasul-Nya.
2. Taat itu bukanlah bererti tidak melakukan langsung kejahatan atau maksiat. Manusia itu
memang sentiasa tidak terlepas dari melakukan kejahatan. Taat itu apabila dia tahu arahan dan
larangan Allah dan cuba menjaganya agar tidak mendapat kemurkaan Allah. Tetapi kekadang
terbabas, namun lantas memohon ampun dan bertaubat kepada-Nya. Dan ini menjadikan
manusia itu semakin taat kepada Allah.
3. Pernahkah terfikir siapakah orang-orang yg diberi nikmat setiap kali membaca surah Al-Fatihah
di dalam solat?

َ َ‫ط ٱلَّذِينَ أ َ ْنعَمْت‬


‫علَ ْي ِه ْم‬ َ ‫ص ٰ َر‬
ِ
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,

Maka, ayat diatas ini menjawab siapakah golongan yg diberi nikmat itu iaitu

َ‫ النَّبِ ّٖين‬Nabi-nabi

َ‫الص ِد ْي ِقيْن‬
ِ ‫ َو‬Orang-orang Siddiqiin
ِ‫ش َهدَ ۤاء‬
ُّ ‫ َوال‬Orang-orang yg Syahid

َ‫صلِحِ يْن‬
ّٰ ‫ َوال‬Orang-orang yg soleh
4. Orang yg taat kepada Allah dan Rasul akan menjadi teman kepada golongan yg diberikan nikmat
di Syurga kelak.

✅ Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Berusahalah untuk mengikuti jalan golongan-golongan yg diberikan nikmat oleh Allah.


Tadabbur 18 Ramadhan 1443

(Rabu, 20 April 2022)

✅Ayat Pilihan

Al-Baqarah 2:264
‫علَ ْي ِه‬ َ ‫ٱّلِل َو ْٱليَ ْو ِم ٱلْ َءاخِ ِر فَ َمثَلُهُۥ َك َمث َ ِل‬
ٍ ‫ص ْف َو‬
َ ‫ان‬ ِ َّ ِ‫اس َو ََّل يُؤْ مِ نُ ب‬ ِ َّ ‫ص َد ٰقَتِ ُكم بِ ْٱل َم ِن َو ْٱْلَذَ ٰى كَٱلَّذِى يُن ِفقُ َمالَهُۥ ِرئَا ٓ َء ٱلن‬ ۟ ُ‫وا ََّل تُبْطِ ل‬
َ ‫وا‬ ۟ ُ‫ٰيَٓأَيُّ َها ٱلَّذِينَ َءا َمن‬
َ‫ٱّلِل ََّل يَ ْهدِى ْٱلقَ ْو َم ْٱل ٰ َكف ِِرين‬ ۟ ‫سب‬
ُ َّ ‫ُوا ِۗٓ َو‬ ْ ‫علَ ٰى ش‬
َ ‫َىءٍ ِم َّما َك‬ َ َ‫صلْدًا ََّّل يَ ْقد ُِرون‬ َ ‫صابَهُۥ َوابِ ٌل فَت ََر َكهُۥ‬َ َ ‫ت ُ َرابٌ فَأ‬
English – Sahih International

O you who have believed, do not invalidate your charities with reminders [of it] or injury as does one
who spends his wealth [only] to be seen by the people and does not believe in Allah and the Last Day.
His example is like that of a [large] smooth stone upon which is dust and is hit by a downpour that
leaves it bare. They are unable [to keep] anything of what they have earned. And Allah does not guide
the disbelieving people.

Malay

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan
membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang
membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak
beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah
di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi).
(Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu
(pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada
kaum yang kafir.

✅Tema Ayat

Penyebab Rosaknya Sedekah

✅Perkataan Pilihan
۟ ُ‫ تُبْطِ ل‬kamu membatalkan/menghilangkan
‫وا‬

‫ بِ ْٱل َم ِن‬dengan umpatan


✅Pengajaran

1. Ayat-ayat yg bermula dengan


۟ ُ‫ٰيَٓأَيُّ َها ٱلَّذِينَ َءا َمن‬
‫وا‬
“Wahai orang-orang beriman”, perlu diberikan perhatian sepenuhnya kerana dalam ayat-ayat tersebut
Allah ingin menyampaikan sesuatu yg penting kepada orang beriman. Sesiapa yg mengaku beriman
sepatutnya memberikan perhatian dengan apa yg disampaikan Allah melalui ayat-ayat tersebut kerana
hanya orang beriman sahaja yg akan sedaya upaya cuba mengamalkan perintah atau meninggalkan
larangan Allah.

2. Ciri-ciri yg akan merosakkan sedekah adalah:

i)suka mengungkit dan menyakitkan hati orang yg diberi sedekah

ii)suka menunjuk-nunjuk derma/sedekah yg dilakukan

iii) tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Orang kafir walaupun pemurah, tidak dikira sebagai
amal kebajikan di akhirat sana. Selain itu, orang Islam yg murtad dan keluar dari Islam akan terpadam
semua amalan sedekah dan kebaikan yg dilakukannya.

3. Ayat diatas bukan hanya merujuk kepada sedekah sahaja, tetapi merujuk kepada semua amal
kebaikan kita. Amal kebaikan yg bercirikan seperti diatas tidak akan diterima oleh Allah, bahkan
bakal mengundang dosa.
4. Segala sedekah atau amal kebaikan banyak dipertontonkan dalam dunia sekarang ini yg sangat
mendambakan populariti. Amal kebaikan dipertontonkan atas alasan mengajak kepada
kebaikan. Tetapi benarkah itu alasannya atau ada motif yg lain. Hanya Allah sahaja yg benar-
benar mengetahui niatnya.

Ya sememangnya dibolehkan bersedekah secara terang-terangan seperti yg terdapat di dalam surah Al-
Baqarah ayat 271. Tetapi sedekah terang-terangan yg bagaimanakah dapat melahirkan keikhlasan dan
menghindari sifat riak?

Ini boleh berlaku apabila seseorang yg rajin & banyak bersedekah secara rahsia sehingga sedekah secara
terang-terangan hanya secebis dari timbunan sedekah yg dilakukannya & pujian manusia lain tidak
membawa makna kepadanya kerana bersedekah itu sudah menjadi tabiatnya.

5. Perumpamaan di dlm ayat diatas digambarkan melalui:


a) Batu yg licin- manusia yg bersedekah
b) Ada tanah diatasnya- pahala yg diperolehi dari bersedekah
c) Hujan lebat- mengungkit dan menunjuk-nunjuk sedekah serta tidak beriman kepada
Allah.
✅ Aplikasi Dalam Kehidupan

1.Jadikan sedekah atau amal kebaikan kita hanyalah rahsia antara kita dgn Pencipta kita. Rahsia yg
mendekatkan kita kepada-Nya.

2. Jauhi sifat-sifat diatas

Tadabbur 19 Ramadhan 1443

(Khamis, 21 April 2022)

✅Ayat Pilihan

Al-An’am 6:44
‫وا ِب َما ٓ أُوت ُ ٓو ۟ا أ َ َخ ْذ ٰنَ ُهم بَ ْغتَةً فَإِذَا هُم ُّم ْب ِلسُو َن‬
۟ ‫َىءٍ َحت َّ ٰ ٓى إِذَا فَ ِر ُح‬ َ ‫علَ ْي ِه ْم أَب ٰ َْو‬
ْ ‫ب ُك ِل ش‬ ۟ ‫ُوا َما ذُك ُِر‬
َ ‫وا ِبهِۦ فَتَحْ نَا‬ ۟ ‫فَلَ َّما نَس‬

English – Sahih International

So when they forgot that by which they had been reminded, We opened to them the doors of every
[good] thing until, when they rejoiced in that which they were given, We seized them suddenly, and they
were [then] in despair.

Malay

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan
kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira
dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara
mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat
sebarang pertolongan).

✅Tema Ayat

Istidraj

✅Perkataan Pilihan
۟ ‫ نَس‬mereka melupakan
‫ُوا‬

‫ أ َ َخ ْذ ٰنَ ُهم‬Kami siksa mereka

َ‫ ُّم ْب ِلسُون‬Orang -orang yg berputus asa


✅Pengajaran

1. Ketika Allah memberikan pelbagai peringatan atas perbuatan maksiat yg dilakukan, manusia itu
tetap lalai dan berterusan dalam kemaksiatan. Setelah itu Allah mengurniakan nikmat dunia yg
banyak kepadanya sehingga dia menyangka Allah merahmatinya, padahal Allah melaknatnya.
Itulah istidraj.
2. Ketika Allah memberikan istidraj kepada seseorang, ketahuilah bahawa Allah sudah
membiarkannya dan melaknatnya. Tiada lagi peringatan, Allah membiarkan dia melakukan dosa
sebanyak mungkin. Di akhirat sana, Allah pasti mengazab seberat-beratnya.
3. Allah menimpa bala bencana secara mengejut kepada kaum yg ingkar. Dikejutkan ketika mereka
sedang bergembira dengan kemaksiatan. Bencana yg tiba-tiba tanpa apa-apa petanda. Seperti
apa yg dikisahkan di dalam Al Quran tentang kaum-kaum yg ingkar akan dakwah para nabi.
4. Punca mereka yg ingkar itu berputus atas dari mendapat sebarang pertolongan kerana bencana
yg diturunkan Allah itu membinasakan.

✅ Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Apabila dikurniakan nikmat, bersyukur dan berdoa agar nikmat ini semakin mendekatkan diri
kita kepada Allah.
2. Elakkan berbangga dengan maksiat yg dilakukan walaupun tiada balasan dari Allah. Cepat-cepat
bertaubat dan memohon agar diberikan hidayah.
Tadabbur 20 Ramadhan 1443

(Jumaat, 22 April 2022)

✅Ayat Pilihan

Ar-Ra’d 13:35

ُ َّ‫ع ْقبَى ْٱل ٰ َكف ِِرينَ ٱلن‬


‫ار‬ ُ ‫وآ َّو‬ ُ َ‫َجْرى مِ ن تَحْ تِ َها ْٱْل َ ْن ٰ َه ُر أ ُ ُكلُ َها دَآئِ ٌم َوظِ لُّ َها تِلْك‬
۟ َ‫ع ْقبَى ٱلَّذِينَ ٱتَّق‬ ِ ‫َّمث َ ُل ْٱل َجنَّ ِة ٱلَّتِى ُو ِعدَ ْٱل ُمتَّقُونَ ت‬
English – Sahih International

The example [i.e., description] of Paradise, which the righteous have been promised, is [that] beneath it
rivers flow. Its fruit is lasting, and its shade. That is the consequence for the righteous, and the
consequence for the disbelievers is the Fire.

Malay

Sifat Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa itu ialah air sungai-sungainya sentiasa
mengalir di sekitar tamannya; makanannya kekal tidak putus-putus dan naungannya sentiasa teduh.
Itulah kesudahan usaha orang-orang yang bertaqwa, sedang kesudahan usaha orang-orang yang kafir
pula ialah neraka.

✅Tema Ayat

Sifat Syurga

✅Perkataan Pilihan

‫ ُو ِع َد‬dijanjikan

‫ ت َجْر‬mengalir

‫ َدآ ِئ ٌم‬kekal
✅Pengajaran

1. Syurga dijanjikan kepada orang-orang bertakwa. Siapakah yg berjanji? Sudah semestinya Pemilik
Syurga iaitu Allah. Apabila Allah berjanji, Allah tidak pernah memungkiri janji. Janji Allah itu
pasti.
2. Di dalam Al Quran banyak diceritakan mengenai keadaan Syurga dimana air sungainya sentiasa
mengalir. Kenapa?

Ini kerana air sungai yg mengalir dapat memberikan ketenangan kepada sesiapa pun. Lebih-lebih lagi air
sungai itu berada di sekitar rumahnya. Bunyi air yg mengalir dan pemandangan yg mengasyikan dapat
melahirkan ketenangan yg abadi. Itulah nikmat yg diberikan kepada orang-orang bertakwa.

3. Manusia di dunia ini selalu resah dan gelisah dengan rezeki. Mereka sentiasa memikirkan
apakah yg akan terjadi apabila terputus bekalan makanan. Bagaimana hendak membeli
makanan sekiranya tiada duit. Ketenangan diragut kerana makanan. Tetapi di dalam Syurga,
Allah berjanji makanannya kekal dan tidak akan putus-putus. Ini juga dapat melahirkan
ketenangan yg abadi.
4. Sifat ketiga mengenai Syurga di dalam ayat diatas adalah naungannya yg sentiasa teduh. Apakah
perasaan kita apabila duduk di kawasan yg teduh. Pastinya sangat selesa dan ini juga melahirkan
ketenangan. Keadaan Syurga yg sentiasa teduh pasti memberi ketenangan berbanding keadaan
dunia yg cuacanya sangat ekstrem.
5. Nikmat terbesar dalam hidup ini adalah ketenangan. Harta benda, pangkat dan segala-galanya di
dalam dunia ini tidak akan mampu memberikan ketenangan yg abadi kerana semuanya adalah
sementara dan adalah pinjaman dari Allah. Ketenangan yg abadi hanya akan diperolehi oleh
orang-orang bertakwa di dalam Syurga sahaja.
6. Kesudahan orang-orang kafir pula adalah di neraka. Neraka merupakan tempat yg
menggerunkan kerana ia merupakan tempat siksaan. Ini sudah pasti menghadirkan ketakutan
dan kegelisan kepada bakal penghuninya. Tiada secebis ketenangan pun di dalam neraka.

✅ Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Mendengar kisah-kisah Syurga di dalam Al Quran akan dapat menaikkan semangat menjadi
orang-orang yg bertakwa.
2. Banyakkan bertadabbur tentang kisah-kisah Syurga di dalam Al Quran.
Tadabbur 21 Ramadhan 1443

(Sabtu, 23 April 2022)

✅Ayat Pilihan

An-Nahl 16:90

َ‫ظ ُك ْم لَعَلَّ ُك ْم تَذَ َّك ُرون‬


ُ ‫شآءِ َو ْٱل ُمنك َِر َو ْٱلبَ ْغ ِى يَ ِع‬
َ ْ‫ع ِن ْٱلفَح‬
َ ‫ئ ذِى ْٱلقُ ْربَ ٰى َويَ ْن َه ٰى‬ ِ ْ ‫ٱّلِل يَأْ ُم ُر بِ ْٱلعَد ِْل َو‬
َ ٰ ْ‫ٱْلح‬
ِ ٓ ‫س ِن َو ِإيتَا‬ َ َّ ‫ِإ َّن‬
English – Sahih International

Indeed, Allah orders justice and good conduct and giving [help] to relatives and forbids immorality and
bad conduct and oppression. He admonishes you that perhaps you will be reminded.

Malay

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada
kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta
kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil
peringatan mematuhiNya.

✅Tema Ayat

Peringatan Allah

✅Perkataan Pilihan

ِ ٓ ‫ ِإيتَا‬memberi
‫ئ‬

‫ ْٱلقُ ْربَ ٰى‬kaum kerabat


✅Pengajaran

1. Peringatan Allah pada ayat diatas sangat mudah difahami tetapi sangat sukar untuk dilakukan
dan dipraktikkan dalam kehidupan. Ini kerana ia bertentangan dengan nafsu kita. Mampukah
kita berlaku adil kepada orang yg kita musuhi walaupun musuh kita itu benar? Mampukah kita
berbuat baik kepada orang yg menyakiti kita?
2. Hanya orang beriman dan bertakwa sahaja mampu melaksanakan dan mengamalkan perintah-
perintah Allah diatas.
3. Peringatan diatas sangat mudah difahami tetapi kebanyakkan orang Islam tidak tahu dan faham
walaupun mereka sentiasa membaca Al Quran. Ini kerana mereka hanya membaca tanpa
memahami setiap ayat Al Quran. Bertadabburlah kerana ia sangat penting.
4. Bagaimana ingin menjadi orang beriman dan bertakwa? Mestilah dengan selalu bertadabbur
kerana antara sifat orang beriman dan bertakwa adalah senantiasa bertadabbur.
5. Di dalam ayat diatas, perintah Allah adalah umum, iaitu tidak fokus kepada sesiapa kecuali satu
perintah dimana Allah menyuruh memberi bantuan kepada kaum kerabat. Kenapa?

Ini kerana dengan kaum kerabatlah kita paling mudah terasa dan berkecil hati walaupun hal-hal yg kecil.
Antaranya seperti bergaduh berkenaan harta pusaka, berkecil hati dengan mertua, menantu dan ipar
sehingga tidak bertegur sapa.

Secara umumnya, manusia sangat susah untuk meminta maaf dengan kaum kerabat kerana keegoan yg
tinggi. Hanya orang beriman sahaja mampu melakukannya.

Selain itu, Allah menyuruh berbuat baik dan memberikan bantuan agar dapat merapatkan balik
hubungan kekeluargaan.

6. Perintah pertama dalam ayat diatas adalah dimulai dengan berlaku adil. Mengapakah begitu?

Adil itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ini kerana dengan berlaku adillah, orang beriman
dan bertakwa mampu untuk melaksanakan perintah yg seterusnya di dalam ayat diatas.

✅Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Mencuba untuk mempraktikkan perintah Allah diatas.


2. Banyakkan bertadabbur agar dapat mengetahui perintah dan larangan Allah pada ayat-ayat Al
Quran yg lain.
Tadabbur 22 Ramadhan 1443

(Ahad, 24 April 2022)

✅Ayat Pilihan

Al-Hajj 22:4
‫ِير‬
ِ ‫سع‬ ِ ‫ُضلُّهُۥ َويَ ْهدِي ِه ِإلَ ٰى عَذَا‬
َّ ‫ب ٱل‬ ِ ‫علَ ْي ِه أَنَّهُۥ َمن ت ََو ََّّله ُ فَأَنَّهُۥ ي‬ َ ‫ُكت‬
َ ‫ِب‬
English – Sahih International

It has been decreed for him [i.e., every devil] that whoever turns to him – he will misguide him and will
lead him to the punishment of the Blaze.

Malay

Yang telah ditetapkan kepada (tiap-tiap) syaitan itu, bahawa sesiapa yang berketuakan dia, maka
sesungguhnya ia akan menyesatkannya dan memimpinnya kepada azab neraka.

✅Tema Ayat

Syaitan Yang Menyesatkan

✅Perkataan Pilihan

َ ‫ ُكت‬telah ditetapkan
‫ِب‬

‫ُضلُّهُۥ‬
ِ ‫ ي‬dia akan menyesatkan
✅Pengajaran

1. Syaitan itu adalah musuh manusia. Bodohnya manusia yg menjadikan musuhnya sebagai ketua
kerana sudah pasti musuh tidak akan berkehendakan kebaikan kepada musuhnya
2. Telah ditetapkan sesiapa yg menjadikan syaitan sebagai ketuanya, ia akan menyesatkan dan
memimpinnya ke neraka.
3. Syaitan bukan sahaja terdiri daripada jin, tetapi juga ada syaitan manusia. Walaupun kita sangat
risau akan hasutan dari jin syaitan, percayalah syaitan manusia juga sangat licik. Syaitan manusia
boleh dilihat dan juga berperwatakan seperti malaikat. Sangat suci. Percakapannya sangat
meruntun hati. Diikuti oleh ramai pengikutnya kerana sifat luarannya yg sangat memperdaya
dan mempersonakan.

Berhati-hatilah dalam memilih siapa guru agama kita. Guru yg mengikut sunnah atau mengikut
kebatilan.

4. Bagaimanakah untuk memilih guru agama yg berada di atas landasan yg benar?

Jawapannya adalah dengan bertadabbur. Apabila sentiasa bertadabbur ayat-ayat Al Quran dan hadis
sahih, kita sendiri dapat memahami konsep dalam beragama. Apabila apa yg diajar bertentangan
dengan Al Quran dan hadis sahih, sedarlah bahawa guru itu sudah terbabas dari landasan kebenaran.

5. Sesiapa yg berkongsi dan mengajar sesuatu kejahatan dan ada orang yg mengikutinya juga boleh
dianggap sebagai syaitan. Dia menjadi ketua kepada pengikutnya.

✅ Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Sentiasa belajar agama dan bertadabbur Al Quran agar kita dapat mengesan tipu daya syaitan.
2. Jangan taksub dengan sesiapa pun. Taksub adalah salah satu tipu daya syaitan.
Tadabbur 23 Ramadhan 1443

(Isnin, 25 April 2022)

✅Ayat Pilihan

Luqman 31:34
‫علِي ٌم‬ ٍ ‫ى أ َ ْر‬
َ َّ ‫ض ت َ ُموتُ ِإ َّن‬
َ ‫ٱّلِل‬ ِ َ ‫س بِأ‬ ٌ ‫ع ِة َويُن َِز ُل ْٱلغَيْثَ َويَعْلَ ُم َما فِى ْٱْل َ ْر َح ِام َو َما تَد ِْرى نَ ْف‬
ٌ ٌۢ ‫س َّماذَا ت َ ْكسِبُ غَدًا َو َما تَد ِْرى نَ ْف‬ َ ‫ٱّلِل عِندَهُۥ عِلْ ُم ٱلسَّا‬
َ َّ ‫ِإ َّن‬
ٌ ٌۢ ِ‫َخب‬
‫ير‬

English – Sahih International

Indeed, Allah [alone] has knowledge of the Hour and sends down the rain and knows what is in the
wombs. And no soul perceives what it will earn tomorrow, and no soul perceives in what land it will die.
Indeed, Allah is Knowing and Aware.

Malay

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang
menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim
(ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya
esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah
ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.

✅Tema Ayat

Pengetahuan Allah Tentang Perkara Ghaib

✅Perkataan Pilihan

َ‫ ْٱلغَيْث‬hujan

‫ تَد ِْرى‬mengetahui
✅Pengajaran

1. Ayat diatas hanya memberi 5 contoh pengetahuan Allah tentang perkara ghaib. Seperti yg kita
sedia maklum iaitu Allah Maha Mengetahui, Allah mengetahui segala-galanya di alam ini, yg
tersurat mahu pun yg tersirat.
2. Di dalam Al Quran, orang kafir banyak kali mempersoalkan hari kiamat ; bertanya kepada
Rasulullah bilakah akan berlaku dan mempersoalkan bagaimana Allah akan menghidupkan
kembali mayat yg sudah reput hancur. Jadi dalam ayat diatas, Allah menegaskan hanya Allah
sahaja mengetahui secara tepat tentang hari kiamat.
3. Setelah Allah menegaskan bahawa hari kiamat hanya Allah saja yg tahu, Allah membawa 4
contoh lain perkara ghaib yg secara zahirnya orang-orang kafir itu boleh melihat dan mengalami
sendiri perkara ghaib tersebut tetapi mereka tetap tidak mengetahui dengan pastinya perkara
ghaib tersebut.

Mereka(orang-orang kafir) melihat hujan tetapi tidak tahu dimana dan bilakah hujan akan turun. Langit
gelap tidak semestinya hujan akan turun.

Mereka melihat wanita mengandung tetapi tidak tahu lelaki atau perempuan, sihat atau cacat. Zaman
moden sekarang pun doktor tidak yakin 100% bayi dalam kandungan adalah sihat dan sempurna
sifatnya.
Mereka merancang sesuatu untuk keesokkan harinya, tetapi adakah mereka cukup yakin perancangan
itu berjaya dilakukan.

Mereka sering melihat kematian tetapi yakinkah mereka di bumi manakah mereka akan mati.

4. Redhalah dengan apa yg ditakdirkan Allah kerana takdir Allah penuh dengan hikmah-Nya.Allah
Maha Mengetahui dan pengetahuan-Nya meliputi segala-galanya.

✅ Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Perkara-perkara ghaib yg diceritakan di dalam Al Quran dan hadis sahih wajib diimani
sepenuhnya tanpa mempersoalkan logik akal.
2. Ucapkanlah InsyaAllah apabila merancang melakukan sesuatu kerana kita tidak pasti apa akan
berlaku dikemudian harinya.
Tadabbur 24 Ramadhan 1443

(Selasa, 26 April 2022)

✅Ayat Pilihan

Fatir 35:2
‫يز ْٱل َحكِي ُم‬
ُ ‫اس مِ ن َّرحْ َم ٍة فَ ََل ُم ْمسِكَ لَ َها َو َما ي ُْم ِسكْ ف َ ََل ُم ْر ِس َل لَهُۥ مِ ٌۢن بَ ْع ِدهِۦ َوه َُو ْٱلعَ ِز‬ ُ َّ ‫َّما يَ ْفت َِح‬
ِ َّ‫ٱّلِل لِلن‬
English – Sahih International

Whatever Allah grants to people of mercy – none can withhold it; and whatever He withholds – none
can release it thereafter. And He is the Exalted in Might, the Wise.

Malay

Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat
menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat
melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

✅Tema Ayat

Allah Maha Kuasa Untuk Memberi & Menahan Rahmat-Nya

✅Perkataan Pilihan

َ‫ ُم ْمسِك‬yg menahan

‫ ُم ْر ِس َل‬yg melepaskan

✅Pengajaran

1. Allah Maha Berkuasa keatas semua makhluk-Nya. Apa yg berlaku adalah dengan izin-Nya. Jadi
berdoalah dan memohon segala-galanya kepada Allah. Bukan memohon kepada selain dari
Allah.
2. Apabila Allah mahu memberi kebaikan kepada seseorang, tiada siapa yg dapat menghalangnya.
3. Sekiranya Allah menahan kebaikan atau pun rezeki kepada seseorang, tiada sesiapa pun yg
dapat melakukan apa-apa pun.
4. Allah Maha Bijaksana dalam segala perancangan-Nya. Ada hikmah atas segala apa yg dilakukan-
Nya. Cuma kerana kelemahan kita yg tidak mampu mencari hikmahnya.

✅ Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Sentiasalah mencari hikmah disebalik segala yg ditakdirkan oleh Allah.


2. Pohonlah segalanya kepada Allah. Ingatlah hanya Allah sahaja tempat kita memohon
pertolongan. Jangan bergantung harap kepada makhluk kerana makhluk itu sangatlah lemah.
Tadabbur 25 Ramadhan 1443

(Rabu, 27 April 2022)

✅Ayat Pilihan

At-Tahrim 66:6

َ‫ّلِل َما ٓ أ َ َم َر ُه ْم َويَ ْفعَلُونَ َما يُؤْ َم ُرون‬ ٌ ‫علَ ْي َها َم ٰلَٓئِ َكةٌ غ ََِل‬
ُ ‫ظ ِشدَادٌ ََّّل يَ ْع‬
َ َّ ‫صونَ ٱ‬ َ ‫اس َوٱ ْلحِ َج‬
َ ُ ‫ارة‬ ً ‫س ُك ْم َوأ َ ْهلِي ُك ْم ن‬
ُ َّ‫َارا َوقُو ُدهَا ٱلن‬ ۟ ُ‫ٰيَٓأَيُّ َها ٱلَّذِينَ َءا َمن‬
َ ُ‫وا قُ ٓو ۟ا أَنف‬
English – Sahih International

O you who have believed, protect yourselves and your families from a Fire whose fuel is people and
stones, over which are [appointed] angels, harsh and severe; they do not disobey Allah in what He
commands them but do what they are commanded.

Malay

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-
bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat
yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang
diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

✅Tema Ayat

Waspada Dengan Azab Neraka

✅Perkataan Pilihan

‫ قُ ٓو ۟ا‬peliharalah

َ‫صون‬
ُ ‫ يَ ْع‬menderhakai
✅Pengajaran

1. Orang beriman tidak sepatutnya hanya bersendirian dalam melakukan amal soleh. Dia
sepatutnya juga mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dan ini mestilah
bermula dengan ahli keluarga sendiri.
2. Antara salah satu nikmat di Syurga adalah apabila kita dan ahli keluarga kita berjaya berkumpul
kembali di Syurga. Kerinduan yg amat sangat ketika berpisah sementara di dunia akan terubat
dengan perjumpaan yg abadi dan tiada lagi perpisahan. Bersama-sama menikmati nikmat-
nikmat di dalam Syurga yg kekal abadi.
3. Apabila disebut bahan bakaran adalah manusia dan batu, ini menunjukkan neraka itu dipenuhi
dengan manusia. Manusia umpama minyak yg berterusan dibakar dan terbakar. Di dunia ini,
hanya sedikit sahaja jari terkena api pun tidak dapat menahan kesakitan, cuba bayangkan
keseluruhan satu badan terbakar, merasai kesakitan kulit yg melepuh berterusan tanpa mati.
Sesunguhnya mati itu menamatkan penyeksaan. Namun tiada kematian dalam neraka.
Berterusan diseksa tanpa mati.
4. Dinyatakan dalam ayat diatas, malaikat-malaikat penjaga neraka tidak pernah menderhaka
dalam melaksanakan perintah Allah. Ini menunjukkan ahli neraka janganlah berharap belas
ikhsan dari malaikat-malaikat penjaga neraka kerana mereka tidak akan sesekali berkompromi
dengan apa yg Allah janjikan kepada ahli neraka iaitu azab yg pedih.
5. Cuba bayangkan apakah bentuk layanan yg akan diberikan oleh kita kepada musuh orang yg
sangat kita cintai?

Semestinya layanan yg membinasakan yg akan diberi oleh para malaikat penjaga neraka kepada musuh
Allah kerana malaikat itu adalah makhluk Allah yg tidak pernah menderhaka kepada Allah dalam segala
yg diperintahkan.

✅Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Berdakwahlah kepada ahli keluarga dahulu sebelum berdakwah kepada orang luar. Berdakwah
kepada ahli keluarga adalah paling susah kerana ahli keluargalah yg paling tahu baik buruk kita.
Kita tidak mampu berpura-pura di depan ahli keluarga berbanding orang luar.
2. Latih diri agar mengikuti sifat malaikat yg tidak menderhaka perintah Allah.
Tadabbur 26 Ramadhan 1443

(Khamis, 28 April 2022)

✅Ayat Pilihan

Yunus 10:12
۟ ُ‫سهُۥ َك ٰذَلِكَ ُز ِينَ ل ِْل ُمس ِْرفِينَ َما كَان‬
‫وا‬ ُ ‫ع ْنهُ ض َُّرهُۥ َم َّر َكأَن لَّ ْم يَ ْد‬
َّ ‫عنَا ٓ إِلَ ٰى ض ٍُر َّم‬ َ ‫عانَا ِل َج ٌۢنبِ ِهۦٓ أ َ ْو قَا ِعدًا أ َ ْو قَآئِ ًما فَلَ َّما َك‬
َ ‫ش ْفنَا‬ ِْ ‫س‬
َ ٰ ‫ٱْلن‬
َ ‫سنَ ٱلض ُُّّر َد‬ َّ ‫َو ِإذَا َم‬
َ‫يَ ْع َملُون‬
English – Sahih International

And when affliction touches man, he calls upon Us, whether lying on his side or sitting or standing; but
when We remove from him his affliction, he continues [in disobedience] as if he had never called upon
Us to [remove] an affliction that touched him. Thus is made pleasing to the transgressors that which
they have been doing.

Malay

Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan),
sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu
daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami
memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya
bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka
lakukan.

✅Tema Ayat

Sifat Manusia Yang Lupa Allah Ketika Senang

✅Perkataan Pilihan

‫ ٱلض ُُّّر‬bahaya

َ‫ ُزيِن‬telah diperindahkan
✅Pengajaran

1. Adalah perkara biasa bagi manusia merayu meminta pertolongan dari Allah ketika susah. Yang
luarbiasanya adalah mengingati Allah ketika senang. Ramai manusia melupakan Allah ketika
mengecapi pelbagai nikmat. Mereka lupa kepada “Pemberi Nikmat”. Mereka menyangka semua
nikmat itu adalah dari usaha mereka sendiri.
2. Antara tanda manusia yg tidak bersyukur adalah apabila kesusahan yg dialaminya diangkat oleh
Allah, dia lupa dan kembali kepada keadaan asalnya yg bermaksiat kepada Allah seolah-olah dia
langsung tidak memohon pertolongan Allah sebelum itu.
3. Apabila Allah ingin mengazab seseorang, Allah akan membiarkan manusia itu melihat maksiat
atau kejahatan yg dilakukannya baik pada pandangan matanya. Sehingga dia menyangka Allah
merahmatinya. Padahal Allah melaknatnya.
4. Jadilah seperti Nabi Yunus yg selalu mengingati Allah ketika senang. Allah memperkenankan doa
Nabi Yunus ketika baginda berada di dalam kesusahan (berada di dalam perut ikan).Ini kerana
baginda sentiasa mengingati Allah.

Firman Allah:

As-Saffat 37:143-144
ْ َ‫س ِبحِ ينَ لَلَ ِبثَ فِى ب‬
َ‫طنِ ِهۦٓ إِلَ ٰى يَ ْو ِم يُ ْبعَثُون‬ َ ‫َّل أَنَّهُۥ كَانَ مِ نَ ْٱل ُم‬
ٓ َ ‫فَلَ ْو‬

English – Sahih International

And had he not been of those who exalt Allah, he would have remained inside its belly until the Day they
are resurrected

Malay
Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan
tasbih),tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari
kubur.

✅Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Jadilah manusia yg sentiasa bersyukur atas nikmat-nikmat yg dikurniakan Allah.


2. Sentiasa berdoa dan mengingati Allah pada setiap masa; susah mahupun senang.
3. Jangan jadikan maksiat atau kejahatan itu satu kebiasaan sehingga tiada lagi perasaan malu dan
benci kepada maksiat yg dilakukan.
Tadabbur 27 Ramadhan 1443

(Jumaat, 29 April 2022)

✅Ayat Pilihan

Al-Jasiyah 45:27

َ‫س ُر ْٱل ُمبْطِ لُون‬


َ ‫عةُ يَ ْو َمئِ ٍذ يَ ْخ‬ ِ ‫ت َو ْٱْل َ ْر‬
َ ‫ض َويَ ْو َم تَقُو ُم ٱلسَّا‬ َّ ‫ّلِل ُم ْلكُ ٱل‬
ِ ‫س ٰ َم ٰ َو‬ ِ َّ ِ ‫َو‬

English – Sahih International

And to Allah belongs the dominion of the heavens and the earth. And the Day the Hour appears – that
Day the falsifiers will lose.

Malay

Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi; dan ketika berlakunya hari kiamat, pada saat
itulah ruginya orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah.

✅Tema Ayat

Kekuasaan Allah Dalam Pemerintahan Langit & Bumi

✅Perkataan Pilihan

ُ‫ ُم ْلك‬kerajaan
✅Pengajaran

1. Allah menguasai pemerintahan langit dan bumi. Semasa di dunia manusia tidak mampu melihat
pemerintahan langit, tetapi manusia hanya mampu melihat dan merasai sendiri pemerintahan
di bumi. Setiap negara mempunyai pemerintahan mereka yg tersendiri. Dan kekuatan setiap
negara adalah berbeza. Negara kuasa kecil terpaksa tunduk kepada negara kuasa besar.

Negara kuasa besar tidak mampu berkuasa bersendirian, mereka juga memerlukan pakatan sesama
mereka. Mereka juga saling memerlukan antara satu sama lain.

Hanya Allah sahaja yg menguasai sepenuhnya pemerintahan di bumi. Allah berkuasa menaikkan atau
menjatuhkan sesuatu kerajaan di dunia ini. Dan Allah bersendirian dan tidak memerlukan bantuan
dalam mentadbir pemerintahan langit dan bumi.

2. Manusia yg kufur tidak nampak kekuasaan Allah dalam pemerintahan di dunia ini. Mereka akan
sedar kekuasaan Allah apabila berlakunya kiamat. Pada waktu itu, tiada gunanya untuk mereka.
Penyesalan yg sia-sia.
3. Pada hari kiamat sajalah, manusia akan benar-benar merasai pemerintahan Allah.

Al-Fatihah 1:4

ِ ‫ٰ َملِكِ يَ ْو ِم ٱلد‬
‫ِين‬
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

Pada saat itulah ruginya orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah.

✅Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Jangan mengharapkan kekuasan manusia di dunia ini. Ini kerana hanya Allah sahaja yg Maha
Berkuasa. Pohonlah pertolongan dari Allah semata-mata.
2. Jangan melakukan perkara-perkara yg bertentangan dengan arahan Allah dan Rasulullah, agar
kita terhindar dari menjadi manusia yg rugi di akhirat sana.
Tadabbur 28 Ramadhan 1443

(Sabtu, 30 April 2022)

✅Ayat Pilihan

Al-Hujurat 49:13

‫ير‬
ٌ ِ‫علِي ٌم َخب‬
َ ‫ٱّلِل‬ ِ َّ ‫ارفُ ٓو ۟آ إِ َّن أ َ ْك َر َم ُك ْم عِن َد‬
َ َّ ‫ٱّلِل أَتْقَ ٰىكُ ْم إِ َّن‬ َ َ‫شعُوبًا َوقَبَآئِ َل ِلتَع‬ ُ َّ‫ٰيَٓأَيُّ َها ٱلن‬
ُ ‫اس إِنَّا َخلَ ْق ٰنَ ُكم ِمن ذَك ٍَر َوأُنث َ ٰى َو َجعَ ْل ٰنَ ُك ْم‬

English – Sahih International

O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that
you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of
you. Indeed, Allah is Knowing and Aware.

Malay
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan
Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan
beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan
amalan kamu).

✅Tema Ayat

Islam Menggalakkan Perpaduan

✅Perkataan Pilihan
ُ berbangsa-bangsa
‫شعُوبًا‬

‫ارفُ ٓو ۟ا‬
َ َ‫ ِلتَع‬agar kalian saling berkenalan
✅Pengajaran

1. Ayat yg dimulakan dengan “wahai umat manusia” menfokuskan kepada semua manusia.
Keseluruhan umat manusia pasti memperolehi manfaatnya sekiranya mereka mengikuti apa yg
diperkatakan oleh ayat-ayat tersebut.
2. Allah menyatakan di dalam ayat diatas bahawa Allah yg menciptakan lelaki,perempuan, bangsa
dan puak. Ini menunjukkan tiada kelebihan manusia atas manusia yg lain, ini kerana manusia
tiada kuasa untuk lahir sebagai lelaki atau perempuan, bangsa dan puak. Semuanya telah
ditentukan oleh Allah. Jadi janganlah berbangga dengan asal usul bangsa.
3. Islam merentasi bangsa dan negara. Tiada bangsa atau puak yg lebih tinggi darjatnya dari yg lain.
Yang membezakan hanyalah ketakwaan kepada Allah.
4. Siapakah yg yakin bahawa dirinya adalah lebih bertakwa dari orang lain? Bagaimana kita hendak
mengetahui siapakah orang-orang yg bertakwa?

Hanya Allah sahaja yg benar-benar mengetahui siapakah yg paling bertakwa disisi-Nya.

Disebabkan itulah Allah akhiri ayat diatas dengan

“Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya”

5. Walaupun hanya Allah Yang Maha Mengetahui siapakah yg lebih bertakwa, kita juga boleh
mengetahui ciri-ciri orang yg bertakwa. Iaitu dengan membaca dan bertadabbur Al Quran.
Banyak ayat Al Quran yg menceritakan tentang orang-orang bertakwa.

✅ Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Elakkan dari bercakap perkara-perkara yg bersifat perkauman dan rasis. Islam menggalakkan
umatnya untuk hidup harmoni dengan sesiapa pun yg tidak memusuhi kita.
2. Jangan berbangga dengan asal usul keturunan. Jangan jadi seperti iblis yg berbangga dengan
penciptaannya dari api berbanding Nabi Adam yg diciptakan dari tanah.
Tadabbur 29 Ramadhan 1443

(Ahad,1 Mei 2022)

✅Ayat Pilihan

Al-Ma’idah 5:11

َ‫ٱّلِل فَ ْليَت ََو َّك ِل ْٱل ُمؤْ مِ نُون‬


ِ َّ ‫ٱّلِل َوعَلَى‬ ۟ ُ‫عن ُك ْم َوٱتَّق‬
َ َّ ‫وا‬ َّ ‫ط ٓو ۟ا إِلَ ْي ُك ْم أ َ ْي ِديَ ُه ْم فَك‬
َ ‫َف أ َ ْي ِديَ ُه ْم‬ ُ ‫س‬
ُ ‫علَ ْيكُ ْم ِإ ْذ َه َّم قَ ْو ٌم أَن يَ ْب‬ ِ َّ َ‫وا نِ ْع َمت‬
َ ‫ٱّلِل‬ ۟ ُ‫ٰيَٓأَيُّ َها ٱلَّذِينَ َءا َمن‬
۟ ‫وا ٱ ْذ ُك ُر‬

English – Sahih International

O you who have believed, remember the favor of Allah upon you when a people determined to extend
their hands [in aggression] against you, but He withheld their hands from you; and fear Allah. And upon
Allah let the believers rely.

Malay

Wahai orang-orang yang beriman, kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu
ketika kaum (kafir yang memusuhi kamu) hendak menghulurkan tangannya (untuk menyerang kamu),
lalu Allah menahan tangan mereka daripada (menyerang) kamu. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada
Allah; dan kepada Allah jualah (sesudah bertaqwa itu) hendaklah orang-orang yang beriman berserah
diri.

✅Tema Ayat

Terhindar Dari Kejahatan Adalah Nikmat Allah.

✅Perkataan Pilihan
۟ ‫ ٱ ْذ ُك ُر‬ingatlah kalian
‫وا‬

َّ ‫ فَك‬lalu Dia menahan


‫َف‬
✅Pengajaran

1. Orang-orang beriman akan selalu mengingati nikmat-nikmat yg diberikan oleh Allah. Dan ini
menjadikan mereka orang yg sentiasa bersyukur.
2. Terhindar dari kejahatan manusia juga merupakan satu nikmat yg dikurniakan oleh Allah.
Kekadang manusia tidak dapat melihat nikmat ini. Ini disebabkan Allah menghilangkan
kejahatan manusia itu sebelum kejahatan itu bakal terjadi.
3. Cara bersyukur kepada Allah adalah dengan menjadi hamba-Nya yg bertakwa. Bukannya
terlampau menghebohkan nikmat-nikmat itu di media sosial sehingga wujud sifat riak, ujub dan
sombong. Dan ini juga membawa iri hati dari orang lain.

Bersyukur sepatutnya membawa kearah mendekatkan diri kepada Allah, bukannya melahirkan sifat
tercela yg dibenci oleh Allah.

Jauhkan sifat “Riak Islamik”.


4. Hendaklah orang-orang yg beriman berserah diri kepada Allah setelah melakukan segala usaha
bagi menghindarkan kejahatan yg bakal dilakukan oleh musuh.

✅ Aplikasi Dalam Kehidupan

1. Jadilah manusia yg sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yg diberikan Allah.


2. Sentiasa berdoa kepada Allah agar dihindarkan diri dari kejahatan manusia.
3. Amalkan doa ini

‫س َماءِ َوه َُو السَّمِ ي ُع ْالعَلِي ُم‬ ِ ‫َّللا الَّذِي ََّل يَض ُُّر َم َع اسْمِ ِه ش َْي ٌء فِي ْاْل َ ْر‬
َّ ‫ض َو ََّل فِي ال‬ ِ َّ ‫بِس ِْم‬
Dengan nama Allah yang apabila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya, Dialah
Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Barang siapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang, maka tidak ada sesuatu pun yang
membahayakan dirinya”

– Hadis riwayat Abu Daud 4/323, al-Tirmizi 5/465, Ibn Majah dan Ahmad. Lihat sahih Ibn
Majah 2/332.

Sumber: https://t.me/tadabburdibulanramadhan

https://t.me/kisah_kisahdlmAlQuran

Anda mungkin juga menyukai