Anda di halaman 1dari 11

KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU

Kementerian Pendidikan Malaysia

KERTAS CADANGAN PROJEK TAHUN AKHIR 1 (PTA 1)

(A) MAKLUMAT PELAJAR (Diisi oleh Pelajar)

NAMA PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRONIK

KOD KURSUS DEB 3052 FINAL YEAR PROJECT I

ALAT PEMBERI MAKANAN KUCING JENIS KERING SECARA


TAJUK PROJEK
AUTOMATIK DENGAN KAWALAN TELEFON BIMBIT.

NAMA PELAJAR
AHMAD ALI BIN AHMAD KASIM
(DENGAN HURUF BESAR)

NO. KAD PENGENALAN 910513-08-5039

NAMA PENYELIA PROJEK AHMAD KASIM BIN SELAMAT

(B) MAKLUMAT PROPOSAL :

1.0 PENGENALAN PROJEK

Alat Pemberi Manakan Kucing Jenis Kering Secara Automatik Dengan Kawalan Telefon
Bimbit atau juga dikenali sebagai Automatic Cat Feedr adalah alat yang berfungsi untuk memberi
makanan kepada kucing peliharaan. Alat ini dikawal oleh mikro pengawal arduino nano dan di
gerakkan oleh motor arus ulang alik. Alat ini dilengkapi dengan sisitem kawalan bluetooth yang
boleh diaktifkan menggunakan telefon bimbit dari jarak kurang dari 100m. Automatic Cat Feedr
menggunakan bekalan kuasa 240V arus ulang alik untuk berfungsi. Pengguna boleh menetapkan
bilangan kekerapan makan, masa makan dan kuantiti makanan pada alat ini. Alat ini akan
berfungsi memberi makanan kepada kuncing peliharaan mengikut masa dan kuantiti yang telah
ditetapkan secara automatik. Dengan ini, pemelihara kucing tidak lagi perlu risau tentang aspek
pemakanan kucing peliharaan mereka.

1
2.0 PENYATAAN MASALAH

Memelihara haiwan kesayangan seperti kucing merupakan hobi yang amat digemari oleh
ramai orang. Namun, faktor kesibukan bekerja dan bersosial telah menyebabkan waktu memberi
makanan kepada kucing peliharaan sering terabai. Akibat terlewat makan atau makan terlalu
banyak boleh menyebabkan kesihatan kucing peliharaan terjejas. Ada juga pemelihara kucing
yang terpaksa meminta bantuan jiran atau menggajikan orang lain semata-mata untuk memberi
makanan kepada kucing peliharaan mereka.

3.0 OBJEKTIF PROJEK

Tiga objktif kajian ini adalah;


i. Merekabentuk alat pemberi makanan kucing jenis kering yang dapat menyimpan makanan
lebih dari 1kg.
ii. Memberi makanan kepada kucing peliharaan mengikut masa yang telah ditentukan.
iii. Mengawal alat pemberi makanan kucing menggunakan telefon bimbit menerusi
sambungan bluetooth.

4.0 TUJUAN PROJEK

Projek ini ditujukan kepada semua pemilik haiwan peliharaan kucing terutamanya
golongan yang sibuk bekerjaya agar dapat memudah dan menjimatkan masa untuk menguruskan
makanan kucing peliharaan mereka. Selain memudahkan pemelihara memberi makanan kepada
kucing peliharaan mereka, projek ini juga dapat mengawal kuantiti makan yang hendak diberikan
kepada kuncing peliharaan. Ini dapat mengelakkan kucing dari terlebih makan dan menghidapi
masalah lebih berat badan. Tujuan projek ini dijalankan juga adalah sebagai memenuhi keperlian
persijilan Diploma Vokasional Malaysia.

5.0 SKOP PROJEK

i. Projek ini hanya sesuai digunakan untuk makanan kucing jenis palet atau kering sahaja.
ii. Kuasa untuk mengoperasikan alat ini adala berkadar 240ACV, alat ini tidak dapat
beroperasi jika bekalan kuasa terputus.
iii. Kawalan android melalui komunikasi bluetooth dihadkan kepada seorang pengguna
sahaja pada satu-satu masa dan tidak melebihi jarak 100m.

2
6.0 LITERATUR

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menerangkan secara terpeinci berkaitan kajian-kajian
yang dijalankan. Kajian yang dijalankan adalah melibatkan perbandingan antara alat-alat pemberi
makanan kucing yang sedia ada dipasaran ketika ini, mikro pemproses, dan komponen-
komponen lain yang akan digunakan dalam menghasilkan Automatic Cat Feeder. Antara alat-alat
pemberi makanan kucing yang ada dipasaran ketika ini adalah;

i. Mini Pet Food Dispenser.

Sumber https://m.aliexpress.com, 24 Mac 2017)


ii. Qiu Ji Pet Feeder

(Sumber www.rise-track.com/catalog, 20 Mac 2017).

iii. Large Capacity Automatic Pet Feeder

(Sumber https://m.petplanet.co.uk. 20 Mac 2017)

3
iv. i-Cat Feeder

i-Cat Feeder yang dibangunkan oleh seorang pengkaji iaitu Cik Siti Nor Bahiah Binti Mukhtar
dari Kolej Vokasional Balik Pulau
Untuk memastikan alat Automatic cat feeder ini berfungsi seperti yang dikehendaki,
pengkaji akan mengaplikasikan penggunaan komponen dan peralatan elektronik. Berikut adalah
mikropengawal dan senarai komponen yang akan dikaji oleh pengkaji.
i. Pengawal mikro arduino nano
ii. Modul bluetooth hc-05
iii. Modul real time clock (rtc)
iv. Liquid crystal display (lcd)
v. Synchronous motor
vi. Df mini player

7.0 METODOLOGI

Untuk menghasilkan sesebuah produk, amalan kejuruteraan yang dilaksanakan perlulah


secara sistematik dan teratur. Ini adalah penting supaya kajian yang dijalankan tidak tersasar
dari objektif yang ditetapkan dan mengikut masa yang telah diperuntukkan. Kajian ini akan
melalui beberapa fasa penting sebelum prototaip Automatic Cat Feeder ini dapat dihasilkan.
Antara fasa-fasa penting yang akan dilalui dalam kajian ini adalah;
i. Fasa perancangan.
ii. Fasa reka bentuk gambar prototaip automatic cat feeder
iii. Fasa reka bentuk litar elektronik
iv. Fasa reka bentuk prototaip automatic cat feeder
v. Fasa membangunkan aturcara arduino
4
vi. Fasa pengujian
Bagi mendapatkan gambaran sebenar projek Automatic Cat Feeder yang akan dihasilkan,
pengkaji terlebih dahulu melukis gambar prototaip projek dalam bentuk lukisan 3 dimensi.
Pengkaji telah menggunakan perisian 123D Design untuk menghasilkan lukisan 3D prototaip
Automatic Cat Feeder seperti di Lampiran 1.

8.0 ANGGARAN KOS

Faktor utama dalam rekabentuk sesuatu projek adalah kos penghasilan projek berkenaan.
Bagi memastikan projek yang dihasilkan mampu disiapkan dengan kos yang mampu ditanggung
oleh pengkaji, pengkaji terlebih dahulu membuat anggaran kos. Anggaran kos adalah melibatkan
kos komponen, litar elektronik dan bahan-bahan untuk menghasilkan prototaip. Anggaran kos
penghasilan projek Automatic Cat Feedr ini adalah seperti di Lampiran 2.

9.0 PERANCANGAN PERLAKSANAAN PROJEK

Fasa perancangan adalah fasa dimana pengkaji akan menentukan kaedah yang akan
digunakan dalam kajian ini. Bagi memudahkan pengkaji merancang dan menentukan proses
keseluruhan kajian, pengkaji terlebih dahulu menyediakan satu carta alir proses perlaksanaan
projek seperti pada Lampiran 3. Berdasarkan carta alir tersebut, kajian ini adalah bermula dari
proses perancangan dan kemudian melalui fasa mereka bentuk. Dalam fasa mereka bentuk,
ianya telah terbahagi kepada dua bahagian iaitu mereka bentuk litar elektronik dan
membangunkan aturcara. Setiap peringkat rekabentuk akan menjalani proses pengujian dan jika
pengujian tidak berjaya, maka peringkat tersebut akan diperbaiki dan sebarang kekurangan akan
dibuat penambahbaikan. Setelah fasa tersebut berjaya diuji, barulah proses berikutnya akan
dituruti sehinggalah keseluruhan proses tamat.

10.0 CARTA GANTT PELAKSANAAN PROJEK

Pengkaji telah membuat perancangan dari aspek tempoh waktu kajian yang dijalankan.
Perancangan tempoh waktu kajian adalah penting supaya kajian yang dijalankan mengikut masa
yang telah diperuntukkan. Tempoh masa keseluruhan kajian ini adalah selama sepuluh bulan
iaitu bermula dari Bulan Januari 2020 sehingga Bulan Oktober 2020. Lampiran 4 menunjukkan
carta gantt perancangan dan pelaksanaan projek ini.

5
11.0 JANGKAAN HASIL

Pengkaji menjangkakan projek Automatic Cat Feedr yang akan dihasilkan ini mampu
memudahkan pemelihara haiwan untuk memberi makanan kepada haiwan peliharaan mereka.
Pemelihara kucing khususnya tidak lagi perlu bimbang tentang aspek pemakanan kucing
peliharaan mereka kerana alat ini mampu memberi makanan kepada kucing peliharaan mereka
menikut kuantiti dan masa yang ditetapkan secara automatik. Pengkaji juga menjangkakan projek
ini mampu disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

12.0 RUJUKAN

1. https://www.arduino.cc/
2. Banzi, Massimo (19 March 2015), Massimo Banzi:Fight makezine.com. Maker Media, Inc.
Retrieved 21April 2015
3. Massimo Banzi & Michael Shiloh. (2014). Getting Started WithArduino; Make: Books.
4. Simon Monks. (2012). Programming Arduino Getting Started With Sketches. Meggraw Hills.
5. John Nussey. (2013). Arduino For Dummies. John Wiley & Sons.
6. Jonathan Parkyn. (2014). How To Build A Robot. Mag-book.
7. http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/3249
8. www.adtecsa.gov.my>Guideline_PTA

PERAKUAN PELAJAR:

Nama Pelajar : .............................................................................................................................

Tandatangan : ................................................................ Tarikh :..........................................

No. Telefon : (H/P)…………………………………. (R)……………………………………

Email : …………………………………………………………..

PENGESAHAN PENYELIA PROJEK (PP):

Nama Pegawai : .......................................................................................................................

Tandatangan : ................................................................ Tarikh :..........................................


(Cop Nama Pegawai )

6
Lampiran 1

Lukisan 3D Prototaip Automatic Cat Feeder

Ruang simpanan
makanan

Motor synchronous
240ACV
Paip pengecil
4inci ke 2 inci

Besi
penyokong Paip 2 inci
bersudut 45°

Panel
kawalan

Bekas
makanan
Kotak simpanan
komponen
elektronik

7
Lampiran 2

Anggaran Kos Projek

Harga Jumlah
Bil Komponen/ Item Kuantiti
Seunit (RM) (RM)
1 Arduino Nano 1 15.00 15.00
2 Modul Bluetooth HC-05 1 24.00 24.00
3 Modul Real Time Clock DS3231 1 15.80 15.80
4 LCD 20 X 4 1 25.00 25.00
5 Transformer 1 5.00 5.00
6 Diod 6 0.50 3.00
7 Kapasitor 6 1.00 6.00
8 IC 7805 1 1.50 1.50
9 IC 7809 1 1.50 1.50
10 IC 7812 1 1.50 1.50
11 Perintang 10 0.50 5.00
12 Relay 12V 1 2.50 2.50
13 Transistor 3904 1 1.00 1.00
14 Synchronous Motor 240V 1 15.00 15.00
15 Papan PCB 80mmx100mm 2 18.00 36.00
16 Suis 6 1.00 6.00
17 Wayar 5 meter 1.00 1.00
18 PVC Reducer Socket 1 6.00 6.00
19 PVC 45° Socket 1 1.70 1.70
20 PVC 4 inch 10cm 3.00 3.00
21 PVC 2 inch 20cm 2.00 2.00
22 Kotak projek hitam 1 8.00 8.00
23 Gam gajah 2 7.00 7.00
24 Balang Plastik 1 2.00 2.00
25 Besi plat penyokong 1 meter 1.00 1.00
26 Kelengkapan Etching 8.00 5.00
27 Kelengkapan Pematerian 10.00 10.00
28 Kelengkapan Kemasan Akhir 15.00 18.00
JUMLAH RM 228.50

8
Lampiran 3

Satu Carta Alir Proses Perlaksanaan Projek

9
Lampiran 4

Jadual 1: Carta Gantt Pelaksanaan Projek


Jan Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober
PERKARA
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Pembentukan kumpulan
projek dan pemilihan
penyelia projek.
Perbincangan dan pemilihan
tajuk projek
Penyediaan kertas cadangan
projek
Pembentangan kertas
cadangan projek
Menyemak dan membuat
pembetulan kertas cadangan
projek
Penyediaan laporan projek
peringkat pertama. Bab1 dan
Bab 2.
Rekabentuk rajah prototaip
Rajah 3D prototaip.
Rajah 3D bilah pengawal.
Rekabentuk litar elektronik
Melukis rajah blok
Melukis litar skematik
Meghasilkan litar bercetak
Proses UV
Proses punaran
Menebuk lubang
Pengujian trek litar
Pengujian komponen
Membentuk kaki komponen
Memateri komponen
Memotong kaki komponen
Pengujian litar bekalan kuasa

10
Pengujian litar input
Pengujian litar output
Rekabentuk prototaip
Membuat sesalur makanan
Membuat bilah pengawal
Membuat besi sokongan
Proses kemasan
Membuat carta alir program
Membangunkan aturcara
Muat naik program
Pasang litar elektronik pada
prototaip
Pegujian dan baik pulih

Membuat analisis projek

Penyediaan laporan projek


peringkat ke-dua. Bab3, Bab
4 dan Bab 5.
Membuat semakan laporan
bersama penyelia projek
Membuat persediaan slide
pembentangan projek.

Pembentangan projek.

Penyerahan projek dan


laporan akhir.

perancangan perlaksanaan

11

Anda mungkin juga menyukai