Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN UNIVERSITI

JALAN INDAH 1, TAMAN UNIVERSITI INDAH


43300 SERI KEMBANGAN,
SELANGOR DARUL EHSAN

Tel : 03 - 8943 1575 Faks : 03 – 8942 7597 http://www.sktu.net

MINIT CURAI

LAPORAN GURU SELEPAS MENGHADJRI


TAKLIMAT / MESYUARAT / KURSUS / BENGKEL

1. NamaGuru :HASLINA BINTI RAZAK

2. Taklimat / Mesyuarat / Kursus / Seminar / Bengkel: KURSUS PEMANTAPAN SETIAUSAHA

LATIHAN PERSONEL

Nama Penganjur : PPD PETALING PERDANA

Tempat:DEWAN AL-MADANI SMK SEKSYEN 18, SHAH ALAM

3 . Laporan dan Ulasan ringkas mengenai Taklimat / Mesyuarat / Kursus / Seminar / Bengkel

KEPADA Pentadbir
TARIKH 3 dan 4 Februari 2016 (Rabu-Khamis)
MASA Rabu : 8.30 – 12.00 tengahari
Khamis : 8.30 pagi – 5.00 petang
TEMPAT Dewan Al- Madani, SMK Seksyen 18, Shah Alam.
PENGANJUR PPD PetalingPerdana
PENGERUSI Pn. Hamidah Bte Shamsudin – Penolong PPD Latihan

INTIPATI KURSUS:

Rabu- 3 Februari 2016


SistemPengurusan File LatihanPersonel (Pn. Hamidah Bte Shamsudin) – Penolong PPD Latihan
1) Pengurusan Fail
 Pemantauan fail-fail latihan personel akan dilakukan secara‘ pemantauan bersilang ‘ iaitu
contohnya pegawai PPD Petaling Perdana akan melakukan pemantauan ke daerah PPD yang
berlainan seperti PPD Petaling Utama.
 Gabungkan sekali Latihan Personel dan Perkembangan Staf
 Surat-surat yang perlu ada di dalam File Pengurusan Latihan adalah seperti surat pekeliling, surat
panggilan mesyuarat, surat iringan, surat arahan dan lain-lain ( surat yang mempunyai letterhead)

2) EPSA
 Kursus secara online yang ditawarkan kepada penjawat awam
 Namun perlu mempunyai email rasmi kerajaan.
 Pihak sekolah boleh memohon email rasmi bagi pihak guru dan staf sebagai satu kumpulan yang
besar ( mohon daripada web admin EPSA)
 Guru-guru dan staf juga boleh memohon sendiri email
rasmi kerajaan dengan emailkan surat lantikan kepada admin EPSA.
 EPSA juga memberikan pemberatan kepada penilaian PBPPP
 Kursus online ini dikira sebagai 3 hari ladap. Selebihnya akan dimasukkan ke dalam CPD.

3) Latihan Personel
 Semua guru dan staf perlu menghadiri ladap sekurang-kurangnya 7 hari setahun.
 Antara perhimpunan, taklimat atau perjumpaan di sekolah yang dikira sebagai ladap adalah
seperti perhimpunan rasmi ( 2 hari ladap ), program kerohanian (1 hari ladap) dan perbincangan
profesional (1 hari ladap).
 Menjelang bulan Mac semua guru dan staf perlu mencapai sekurang-kurangnya 3 hari ladap.
 Selain kursus dan taklimat, ‘ Book Review’ merupakan salah satu kaedah Latihan Personel. Buku
yang boleh dibaca adalah berkaitan dengan pekerjaan guru sendiri atau yang mempunyai unsure
ilmiah. Book Review bukan hanya untuk mencukupkan hari ladap tetapi untuk pemarkahan
PBPPP.Sinopsis Book Review perlu difailkan.
 Jika seorang guru menjadi pembimbing kepada guru baharu yang lain, boleh key-in sebagai guru
pembimbing di dalam sistem( pembimbing kepada guru praktikal- tidak boleh key-in).
 Lawatan Penanda Aras – jumlah jam yang dikira sebagai Ladap adalah waktu semasa berada di
tempat rasmi sahaja.
 Kursus Haji- dikira sehari Ladap sahaja.
 Proelt – PPD yang akan key-in di akhir kursus (3 hari kursus).
 Pihak Latihan Personel akan key-in kursus yang dianjurkan oleh pihak sekolah manakala, kursus
luar seperti anjuran KPM, PPD atau agensi luar akan di key-in oleh pihak yang menganjur itu
sendiri.
 Penceramah yang pertama kali menyampaikan ceramah di kira sebagai penceramah pertama dan
ceramah seterusnya dikira sebagaipenceramah kedua.
 Kursus –kursus yang tiada di dalam takwim dikenali sebagai Perkembangan Staf manakala kursus
yang telah dirancang di dalam takwim dikenali sebagai Latihan Personel.
 Perkembangan Staf tidak perlu borang penilaian. Hanya laporan dan kehadiran sahaja perlu
difilekan.
 Latihan Personel perlu ada borang penilaian dan mesti mematuhi PK10.

4) E-Profil
 Perlu sentiasa dikemaskini maklumat terkini dan maklumat kepakaran( ia membantu dalam proses
kenaikan pangkat.
 Penceramah perlu diberikan sijil
 CPD akan merujuk sistem ESPLKPM dalam urusan kenaikan pangkat dan mencari maklumat
guru.
 Untuk ‘upload’ gambar ke dalam e-profil, perlu rename nombor kad pengenalan
 Jika e-operasi seseorang guru lengkap maka sistem ESPLKPM mereka juga akan lengkap.

5) HariKedua – 4 Februari 2016


 En. Mohd Zikrul Hakim (Focus Energy Resources) – focus kepada gadget pintar, pengurusan
stress, KBAT dan gen Millenia.
 Pelajar akan lebih ke hadapan, respon perkara yang tidak tahu
 Cikgu Syah- kejar ilmu dan amal (lebih kepada aktiviti berkumpulan).
 En. Azli Bin Abdul Rahim- menyampaikan taklimat mengenai EPSA dengan lebih lanjut
 EPSA di bawah JPA – peluang pembelajaran kepada semua orang.
 Faedah EPSA – bahan kursus boleh disimpan lama, pilih kursus sendiri pada bila-bila masa, boleh
dapatkan semula bahan-bahan kursus dan sijil boleh dicetak terus dari sistem.
 Cetak sijil EPSA- klik laman pembelajaran, klik sijil
 PenolongKananPentadbiranmerupakanPengerusiLatihanPersonel
6.Tindakan susulan selepas Taklimat / Mesyuarat / Kursus / Seminar / Bengkel

a) Mengemaskini fail latihan personel

b) Membuat pendaftaran EPSA kepada semua guru dan staff SK Taman Universiti

c) Mengadakan taklimat ringkas tentang keperluan latihan dan EPSA kepada guru-guru

dan staff

d) Kemaskini esplkpm

e) Melaksanakan kursus yang bersesuaian dengan keperluan guru dan staff

Tandatangan Guru :_____________________________ Tarikh :22 Februari 2016

Pengesahan Guru Besar / Guru Penolong Kanan :__________________________

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai