Anda di halaman 1dari 32

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1
1.1 Definisi Salah Laku 4
1.2 Peranan Integriti dalam Kalangan Penjawat Awam 4
1.3 Kes Salah Laku Penjawat Awam 5
2.0 Pernyataan masalah 11
3.0 Objektif Kajian 13
4.0 Metodologi Kajian 13
5.0 Analisis Kajian 14
5.1 Analisis Latar Belakang Responden 14
5.2 Analisis Persepsi Etika dan Salah laku Penjawat Awam 15
5.3 Perbincangan 17
6.0 Cadangan Penyelesaian 20
6.1 Memantapkan Sumber Manusia di Agensi Beruniform 20
6.2 Memperkasakan Pelaksanaan Hukuman Undang-undang 22
6.3 Memantapkan Budaya Integriti dan Etika Kerja dalam Setiap Agensi
Kerajaan 23
6.4 Penubuhan Pasukan Pemantau 24
7.0 Kesimpulan 25
Rujukan 27
Lampiran 30
1.0 PENGENALAN

Menurut Ariffin dan Ahmad (2017), integriti merupakan satu nilai amalan yang amat

penting di dalam sesebuah organisasi dalam mencorakkan budaya organisasi supaya

lebih berkualiti dan unggul bagi sistem penyampaian perkhidmatan sesebuah

organisasi. Agensi-agensi kerajaan merupakan tulang belakang kerajaan dan ia tidak

terlepas daripada menerima pelbagai bentuk ancaman yang mampu menjejaskan

produktiviti dan prestasinya. Agensi kerajaan sentiasa berhadapan dengan ancaman

yang datang dari luar mahupun dari dalam agensi itu sendiri. Jika dilihat kepada situasi

yang berlaku pada hari ini, ancaman yang dihadapi oleh agensi awam adalah datang

dari individu-individu yang berada di dalam agensi sendiri yang mana sekali gus ia

memberi kesan buruk kepada nama dan identiti agensi yang diwakili. Integriti dan

etika mempunyai hubung kait yang rapat dan pengabaian terhadap kedua-dua prinsip

ini membuka ruang berlakunya salah laku, salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah

dan sebagainya di dalam sesebuah agensi (Ariffin & Ahmad, 2017).

Kes salah laku yang dikaitkan dengan penjawat awam merupakan isu yang hangat

diperbincangkan sejak sekian lama. Penjawat awam yang merupakan tulang belakang

kerajaan dan berada di barisan hadapan dalam berhadapan dengan orang awam

membuatkan kes salah laku yang melibatkan mereka menjadi sesuatu yang perlu

dipandang serius. Al-Qudsy, Rahman, dan Zain (2008) menggambarkan ciri-ciri

penjawat awam yang tidak beretika atau tidak mengamalkan nilai dan profesionalisme

memiliki sifat yang sering melakukan penyalahgunaan kuasa serta kedudukan yang

ada.

muka surat | 1
Antara kes salah laku yang mencengkam penjawat awam adalah rasuah, pecah

amanah, penyalahgunaan kuasa, dan penipuan. Menurut sumber dari SPRM (2020)

salah laku di kalangan penjawat awam menunjukan peningkatan di mana pada tahun

2019 sahaja direkodkan sebanyak 419 penjawat awam telah ditahan SPRM bagi kes

rasuah sahaja berbanding 378 untuk tahun sebelumnya.

Setiap penjawat awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Bahagian II Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah memperuntukkan peraturan-peraturan yang

terpakai kepada penjawat awam sepanjang tempoh perkhidmatannya. Perlanggaran

terhadap mana-mana peruntukan akan mengakibatkan seseorang pegawai tersebut

boleh dikenakan tindakan tatatertib. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan

dan Tatatertib) 1993 telah menetapkan yang penjawat awam yang berkhidmat perlu

memenuhi Bahagian II di dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) 1993. Bahagian ini telah menyenaraikan 20 kelakuan yang perlu dipenuhi

penjawat awam seperti berikut:

1. Tatakelakuan
2. Pekerjaan luar
3. Pakaian
4. Dadah
5. Hadiah dsb
6. Keraian
7. Pemunyaan harta
8. Menyenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan
persendirian lain yang sah
9. Meminjam wang
10. Keterhutangan kewangan yang serius

muka surat | 2
11. Laporan mengenai keterhutangan kewangan yang serius, dsb. daripada
mahkamah dan Pegawai Pemegang Harta
12. Meminjamkan wang
13. Penglibatan dalam pasaran komoditi atau pasaran sekuriti hadapan
14. Refel dan loteri
15. Penerbitan buku, dsb.
16. Membuat penyataan awam
17. Larangan bertindak sebagai penyunting, dsb. bagi surat khabar , dsb.
18. Mengambil bahagian dalam politik
19. Memulakan prosiding undang-undang dan bantuan guaman
20. Ketakhadiran

Walaupun penjawat awam dengan jelas dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan

dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 namun kajian Omar, Azmi Awang, dan Manaf (2012)

menunjukan yang prestasi dan integriti penjawat perkhidmatan awam di Malaysia

berada di tahap bermasalah. Pada tahun 2017, Malaysia mencatatkan rekod terburuk

untuk tempoh lima tahun dalam indeks rasuah dikeluarkan oleh badan ketelusan

antarabangsa, Transparency International (TI). Laporan tersebut menunjukan yang

Malaysia merosot dari segi integriti dan prinsip akauntabiliti dan tadbir urus baik

sepanjang 2 dekad dan jika dibandingkan dengan negara lain seperti China dan

Indonesia, kedua-dua negara tersebut menunjukan penambahbaikan

memberangsangkan (Free Malaysia Today, 22 Februari 2018). Hal ini jelas

menunjukan yang dalam tempoh berkenaan, isu-isu seperti integriti, rasuah, dan

ketidakcekapan penyampaian perkhidmatan awam semakin bertambah parah.

muka surat | 3
1.1 Definisi Salah Laku

Menurut Sang (2004), tingkah laku yang tidak sesuai dengan keadaan atau tempat dan

terkeluar dari norma dan nilai sosial masyarakat adalah termasuk di dalam salah laku.

Kamus Dewan Bahasa pula mendefinisikan salah laku sebagai perlakuan yang

dianggap tidak bermoral atau tidak beretika (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017).

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan mengertikan salah laku mengikut

seksyen 24(1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (Akta 700) sebagai

apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa atau

agensi penguatkuasaan yang berlawanan dengan undang-undang bertulis, berdasarkan

kesilapan undang-undang atau fakta, alasan patut diberikan tetapi tidak diberikan,

adalah tidak munasabah, tidak adil, menindas atau berdiskriminasi secara tidak wajar,

dan dilakukan atas motif yang tidak wajar, alasan atau pertimbangan yang tidak

berkaitan, gagal mengikuti kaedah dan tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang

atau oleh pihak berkuasa yang berkenaan, dan apa-apa kesalahan jenayah yang

dilakukan oleh pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan.

1.2 Peranan Integriti dalam Kalangan Penjawat Awam

Integriti adalah faktor utama dalam memastikan kelangsungan dalam pentadbiran

awam. Menurut Widang dan Fridlund (2003) integriti dapat membentuk pekerja yang

mempunyai tingkah laku yang baik serta bebas dari melakukan salah laku seperti

rasuah, penipuan, dan salah guna kuasa sekali gus membentuk pekerja yang positif

serta meningkatkan kesejahteraan. Ini membawa makna, apabila integriti kakitangan

menjadi lemah maka akan berlakunya keruntuhan nilai moral di kalangan mereka

hingga akhirnya membawa kepada kerosakan terhadap sesuatu profesi pekerjaan.

muka surat | 4
Menurut Ones, Viswesvaran, dan Schmidt (2012) integriti memberi pengaruh kepada

emosi, kejayaan kerjaya dan kewangan, kejayaan kerja, kejayaan perhubungan dan

kejayaan fizikal pekerja.

1.3 Kes Salah Laku Penjawat Awam

Kes salah laku yang melibatkan penjawat awam sering mendapat liputan meluas

laporan berita tempatan kerana urusan mereka melibatkan kepentingan awam secara

keseluruhannya. Salah laku jenayah dan tatatertib dalam kalangan penjawat awam

bukanlah sesuatu yang baharu. Malah Jabatan Perkhidmatan Awam telah

menyenaraikan sebanyak 37 kes-kes tatatertib bagi penjawat awam di dalam buku

‘Setitik Nila : Himpunan Contoh Kes-Kes Tatatertib’ yang diterbitkan pada tahun

2009. Salah laku jenayah dan tatatertib merupakan sesuatu yang telah diketahui umum

sehingga menyebabkan timbulnya tanggapan negatif ke atas penjawat awam

terutamanya mereka yang berada di dalam agensi penguatkuasaan. Bagi kes salah laku

penjawat awam, bahagian ini melihat kepada kes-kes salah laku yang melibatkan

agensi penguatkuasaan seperti SPRM dan Jabatan Pendaftaran Negara. Tumpuan

diberikan kepada kes-kes yang melibatkan agensi penguatkuasaan terutamanya SPRM

adalah kerana SPRM merupakan badan yang sinonim dengan pencegahan rasuah dan

ia pastilah tidak terlepas daripada isu-isu yang melibatkan salah laku di kalangan

kakitangannya.

1.3.1 Menerima Rasuah

Rasuah atau suapan merupakan isu yang kritikal yang perlu ditangani secara sistematik

dan komprehensif kerana ia dapat membawa kepada kenaikan jumlah kos modal dan

pembangunan bagi apa jua projek mahupun program atau projek yang bakal

muka surat | 5
dimajukan. Rasuah biasanya dikaitkan dengan pemberian suapan kepada individu

yang mempunyai kuasa dan biasanya melibatkan kakitangan awam yang tujuannya

adalah sebagai dorongan supaya seseorang itu melakukan atau tidak melakukan

sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasminya (Rajah 1).

Yaacob (2014) memetik sumber maklumat dari SPRM yang tahun 2012, sebanyak

1,566 maklumat tentang anggota penguat kuasa dari pelbagai agensi kerajaan yang

terlibat dalam melepaskan kes jenayah dan melindungi penjenayah, sama ada secara

bersendirian atau berkumpulan telah diterima oleh pihak SPRM. Sepanjang tempoh

2012, seramai 320 penguat kuasa yang disyaki belot telah ditahan di mana 388 kertas

siasatan telah dibuka dan 142 kes telah dibawa ke mahkamah (Yaacob, 2014).

Anggota SPRM yang merupakan penjawat awam merupakan golongan yang berisiko

tinggi terlibat dalam gejala rasuah. Hal ini ekoran anggota terdedah secara langsung

dengan pihak-pihak yang berpengaruh yang sanggup melakukan dan memberi apa

sahaja untuk menutup siasatan ke atas mereka. Laporan-laporan akhbar melaporkan

yang terdapat beberapa kes yang melibatkan Pegawai SPRM yang didapati bersalah

menerima suapan sebagai dorongan untuk menutup kertas siasatan ke atas individu

yang terlibat dengan rasuah.

muka surat | 6
Rajah 1 Bentuk Suapan

Sumber: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, 2018

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Puan Latheefa Koya menyatakan yang cabaran utama yang

dihadapi oleh SPRM adalah bagi memastikan SPRM sebagai agensi yang bebas

daripada rasuah. Dalam temu bual bersama akhbar Harian Metro yang disiarkan pada

16 Julai 2019 , Ketua Pesuruhjaya SPRM itu menyebut yang fokus utamanya adalah

bagi menjadikan SPRM sebagai sebuah agensi penguat kuasa yang pragmatik dari segi

pencegahan rasuah.

“That is the biggest challenge (Ini cabaran terbesar), cabaran

kami adalah untuk menjadikan SPRM sebagai sebuah agensi

penguat kuasa ‘whiter than white’... Jika saya ada terima

laporan atau aduan (mengenai pegawai dan anggota SPRM

terlibat rasuah), saya tidak teragak-agak untuk mengambil

tindakan terhadap mereka.”

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Puan Latheefa Koya

muka surat | 7
Sebagai contoh, pada April tahun 2016, seorang pegawai SPRM, berpangkat Penolong

Penguasa dihukum penjara tiga bulan dan didenda RM3,000 setelah mengaku bersalah

di Mahkamah Seksyen Khas Rasuah Shah Alam atas pertuduhan menerima suapan

sebanyak RM20,000 yang kononnya untuk menutup kertas siasatan. Kes terbabit

melibatkan pendakwaan di bawah Seksyen 415 Kanun Keseksaan ke atas tertuduh

yang didakwa telah menerima suapan daripada seorang anggota polis sebagai satu

dorongan kononnya bagi menutup kertas siasatan SPRM melibatkan diri beliau

sedangkan fail dimaksudkan tidak wujud. Terdapat banyak kes rasuah yang

melibatkan pegawai berlaku sejak penubuhan agensi pencegahan rasuah ini yang

antaranya adalah;

a. Kes Nazim Shah semasa mula penubuhan BPR terlibat dengan rasuah;
b. Kes Pegawai Kanan BPR yang bertugas sebagai Pegawai Pendakwa
telah menerima telefon bimbit dari peguam;
c. Kes Pegawai Kanan BPR Kota Kinabalu Sabah yang meminta wang
rasuah sebanyak RM450,000 dari Wakil Rakyat Sipitang, ditangkap
kerana menerima RM4,000;
d. Kes Pegawai BPR menerima jam tangan ‘rolex oyster’ bernilai
RM3,000 pada 17 April 1998 sebagai balasan untuk tidak mengambil
tindakan terhadap bekas Exco negeri Selangor Datuk Saidin Tamby.

Rasuah menyebabkan nilai, integriti, dan profesionalisme organisasi gagal

dibudayakan. Rasuah menyebabkan bukan sahaja berlaku ketempangan dalam

suruhanjaya bahkan ia menimbulkan persepsi negatif di kalangan orang awam.

Kesannya adalah orang awam akan beranggapan yang SPRM adalah agensi penguat

kuasa yang tidak bertindak seperti apa yang dicanangkan. Selain itu, adanya

pembabitan anggota SPRM dengan rasuah menyebabkan orang awam samar tentang

usaha SPRM melahirkan masyarakat yang memahami peri pentingnya memerangi

kegiatan rasuah. Imej negara yang pada hari ini berusaha keras melakukan

muka surat | 8
transformasi sebagai negara yang bebas dan menentang rasuah serta menerapkan imej

kakitangan kerajaan yang berintegriti tinggi.

1.3.2 Salah Guna Kuasa

Salah guna kuasa yang bererti “mendapatkan kelebihan di mana ianya tidak adil untuk

pihak lain, dengan menggunakan kuasa yang diberi kepada kita”. Dari sudut

perundangan pula, salah guna kuasa dijelaskan di Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009,

yang digelar sebagai “kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk

suapan”.

“Mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan

jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa suapan, sama ada

bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, melakukan

suatu kesalahan.”

Sebagai agensi yang menjadi barisan hadapan dalam berdepan dengan rasuah, para

pegawai SPRM tidak terlepas daripada ditawarkan atau menawarkan kepada pihak lain

dengan pelbagai tawaran ekoran kedudukan dan kuasa yang mereka ada. Antara kes

yang pernah berlaku adalah di mana seorang pegawai SPRM telah melakukan peras

ugut ke atas seorang anggota polis. Laporan menunjukkan yang pegawai SPRM

tersebut memeras ugut seorang pegawai PDRM dengan menetapkan wang bulan dan

sekiranya gagal ditunaikan, pegawai polis itu berisiko ditangkap SPRM kerana mangsa

bertanggungjawab membuat laporan perkembangan aktiviti perjudian haram di Pulau

Pinang.

muka surat | 9
Senario mengeksploitasi kuasa atas kepentingan peribadi menyebabkan terbantutnya

penyiasatan terhadap kes-kes yang disiasat oleh pihak suruhanjaya. Hal ini

menyebabkan SPRM gagal menyempurnakan objektifnya iaitu untuk membanteras

segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan secara berterusan.

Salah guna kuasa menyebabkan kuasa yang dimiliki bukan lagi dianggap satu amanah

dan tanggungjawab sebaliknya ‘lubuk’ bagi menjana keuntungan dan mahukan

kesenangan dengan cara mudah.

Salah guna kuasa di kalangan pegawai SPRM akan memburukkan imej SPRM sebagai

agensi peneraju pencegahan rasuah di negara ini. Menggunakan kuasa secara salah ini

merupakan perbuatan yang tidak berintegriti malah ia adalah satu perbuatan yang tidak

amanah yang sama sekali dilarang di dalam agama bahkan ia meruntuhkan moral

negara.

Penyelewengan kuasa memberi imej dan implikasi buruk bukan saja terhadap SPRM

bahkan kepada seluruh agensi beruniform. Mereka yang menggadaikan kedudukan

dan kuasa yang diamanahkan boleh dianggap pengkhianat kepada rakyat bahkan

mereka seperti ‘anai-anai’ yang sedikit demi sedikit boleh meruntuhkan negara.

Integriti Pegawai SPRM sebagai agensi yang berisiko tinggi tidak boleh dipandang

enteng dan ia perlu sentiasa diperkasakan.

1.3.3 Penipuan dan Pencurian Maklumat dalam Perkhidmatan

Tahun 2019 menyaksikan negara digemparkan dengan kes penjualan MyKad kepada

warganegara China. Pada September 2019, beberapa individu termasuk pegawai

kerajaan berpangkat tinggi direman pihak polis susulan pembongkaran aktiviti

muka surat | 10
penjualan MyKad kepada seorang warga China di Pulau Pinang. Satu operasi khas

telah dilakukan dan beberapa kakitangan dan pegawai sebuah Jabatan Pendaftaran

Negara di Pulau Pinang termasuk di Putrajaya ditahan mengikut Akta Kesalahan

Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Harian Metro, 11 September 2019). Hal

ini terbongkar susulan laporan yang dibuat Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang

mengenai wanita warga China memiliki MyKad sah mahu membuat pasport Malaysia

namun tidak boleh berbahasa kebangsaan.

Kes ini menjadikan Jabatan Pendaftaran Negara terpalit dengan imej negatif dan

menimbulkan persepsi negatif masyarakat ke atas penjawat awam. Kes ini bukan

sahaja mengundang pandangan negatif bahkan memberi impak kepada keselamatan

negara.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan daripada 1,101 kes

tangkapan yang dilakukan SPRM pada tahun 2019, sebanyak 419 kes adalah

melibatkan penjawat awam (SPRM, 2020). Statistik menunjukan tahun 2019

menyaksikan peningkatan terhadap jumlah tangkapan kes rasuah berbanding 894 kes

pada tahun 2018 (SPRM, 2020). Sinar Harian (6 November 2019) melaporkan

sebanyak 63.3 peratus aduan oleh SPRM yang diterima adalah berkaitan sektor awam

dan ini menjadikan sektor awam sebagai sektor paling terdedah kepada gejala rasuah

di negara ini. SPRM mengatakan satu kajian telah dilakukan di antara tahun 2013

hingga 2018 dan hasilnya menunjukan 42.8 peratus aduan diterima berkaitan sektor

perolehan, 23.9 peratus penguatkuasaan manakala 8.69 peratus pelesenan dan permit,

muka surat | 11
menjadikan ketiga-tiga sektor ini menyumbang sebanyak 75.39 peratus daripada jumlah

aduan yang diterima SPRM (Sinar Harian, 6 November 2019).

Jadual 1: Kes Tangkapan SPRM Melibatkan Penjawat Awam

Tahun Kes Tangkapan


2017 408
2018 374
2019 419
Jumlah Keseluruhan 1,201
Sumber: SPRM, 2020

Laporan Ketua Audit Negara menunjukan yang sehingga tahun 2016, sebanyak 31,230

orang penjawat awam telah dikenakan tindakan tatatertib, dan daripada jumlah itu,

5,778 orang penjawat awam telah dibuang kerja (Jabatan Audit Negara, 2017).

Penelitian terhadap Laporan Pengaduan Awam bagi tahun 2018 menunjukan yang

agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan

Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menjadi antara agensi tertinggi menerima

pengaduan daripada orang ramai (Jabatan Perdana Menteri, 2019).

Azrae, Megat, dan Mohamed (2018) berkata yang Malaysia kini berdepan dengan

krisis integriti yang berpunca daripada amalan rasuah yang berleluasa. Amalan rasuah

bukan hanya terbatas kepada penjawat awam, tetapi turut menular di kalangan orang

awam dan sektor swasta.

Berdasarkan statistik yang ditunjukkan, jelas menunjukan yang salah laku dan rasuah

masih membelenggu sektor awam di negara ini dan peningkatan kes rasuah yang

ditunjukkan saban tahun adalah amat menggusarkan dan perlu perhatian dan tindakan

muka surat | 12
yang sewajarnya dengan kadar segera. Matlamat kajian ini adalah untuk melihat

kepada kesan dan akibat dari salah laku penjawat awam kepada masyarakat dan

negara.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Bagi mencapai matlamat kajian, dua objektif telah digariskan iaitu:

a. Menilai persepsi orang awam terhadap isu salah laku di kalangan penjawat
awam;
b. Mengkaji kesan salah laku penjawat awam kepada masyarakat dan negara.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan ia melibatkan seramai 40 orang

responden yang terdiri daripada orang awam yang berada di sekitar bandar Kota

Bharu. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen bagi

mendapatkan data berdasarkan kepada matlamat dan objektif yang telah digariskan.

Soalan soal selidik dibentuk bagi mendapatkan jawapan yang diinginkan dari para

responden. Soalan juga membolehkan para penyelidik memperoleh maklumat yang

berkaitan dengan apa yang difikirkan, diketahui, dirasai, dan diingini oleh responden.

Soalan yang dikemukakan adalah jelas dan logik dan kandungan soalan adalah

berkaitan dengan objektif yang telah ditetapkan.

Soalan soal selidik (lihat Lampiran 1) yang digunakan dalam kajian ini dirancang

selaras dengan objektif dan permasalahan kajian untuk memahami kesan dan akibat

salah laku penjawat awam kepada masyarakat dan negara. Sebanyak lima soalan

berkaitan telah diajukan kepada para responden dan soalan melibatkan isu, kesan, dan

muka surat | 13
pengetahuan responden terhadap salah laku penjawat awam. Sebanyak 10 soalan soal

selidik telah diedarkan kepada orang awam di sekitar bandar Kota Bharu.

5.0 ANALISIS KAJIAN

Bahagian ini membincangkan dapatan yang mengukur persepsi responden mengenai

melibatkan isu, kesan, dan pengetahuan responden terhadap salah laku penjawat

awam. Analisis bahagian ini menggunakan elemen yang mana responden mempunyai

lima pilihan jawapan bagi menjawab mengenai persepsi terhadap etika dan salah laku

penjawat awam. Skala Likert lima peringkat digunakan sebagai pilihan kepada

responden, iaitu dari sangat tinggi kepada sangat rendah. Skor yang tinggi

menggambarkan sangat setuju manakala taburan skor yang rendah pula

menggambarkan sangat tidak setuju dalam menggambarkan persepsi.

5.1 Analisis Latar Belakang Responden

Kajian ini menggunakan teknik kuantitatif dengan mengedarkan soal selidik kepada

orang awam di sekitar Kota Bharu. Sebanyak 10 orang responden dipilih bagi

melengkapkan kajian ini. Daripada keseluruhan responden yang dipilih, 60 peratus

darinya adalah wanita dan selebihnya adalah lelaki. Kajian ini mempunyai 60 peratus

responden yang terdiri dari bangsa Melayu, 20 peratus berbangsa Cina, dan masing-

masing 10 peratus berbangsa India dan lain-lain.

Seterusnya, tahap pendidikan responden menyaksikan sebanyak 40 peratus responden

memiliki Diploma, 20 peratus berpendidikan Ijazah Sarjana Muda, dan masing-masing

10 peratus responden memiliki SPM, STPM, Ijazah Sarjana/PhD, dan lain-lain.

muka surat | 14
Sebanyak 40 peratus responden yang ditemui bekerja sebagai peniaga dan masing-

masing 30 peratus bekerja di sektor swasta dan bekerja sendiri.

Daripada analisis ini dapat dikatakan yang responden mempunyai kapabiliti bagi

menjawab semua persoalan yang dikemukakan di dalam kajian ini.

5.2 Analisis Persepsi Etika dan Salah laku Penjawat Awam

Bahagian ini melihat kepada analisis persepsi orang awam terhadap etika dan salah

laku penjawat awam di negara ini. Analisis ini dilakukan bagi menilai mengenai

pandangan orang awam terhadap etika dan salah laku orang awam sebagai sokongan

terhadap perbincangan di bahagian berikut. Sebanyak lima soalan berbentuk elemen

dan responden dikehendaki memilih nilai persetujuan yang disediakan.

Analisis mendapati yang nilai min rendah dicatatkan (min=2.90) terhadap elemen

“Saya merasakan yang penjawat awam hari ini memiliki integriti yang tinggi.”

Analisis menunjukan yang rata-rata responden memilih pilihan “Tidak Pasti” dan

hanya 20 peratus responden yang bersetuju manakala selebihnya tidak bersetuju

dengan elemen ini.

Jadual 2 menunjukan persepsi responden terhadap etika dan salah laku penjawat awam

di mana keseluruhan elemen yang ditunjukkan di Jadual 2 memiliki tahap persepsi

yang tinggi. Bagi elemen “Rasuah, salah guna kuasa, dan penipuan kian menjadi barah

di agensi awam di negara ini” keseluruhan responden bersetuju dengan pernyataan itu

yang mana analisis mendapati 40 peratus responden memilih “Bersetuju” dan 60

peratus responden memilih “Sangat Bersetuju”. Seterusnya, elemen “Salah laku dan

muka surat | 15
pelanggaran etika semakin serius dan perlu diambil perhatian sewajarnya” turut

mendapat persetujuan dari keseluruhan responden dengan nilai min yang dihasilkan

adalah 4.60.

Jadual 2 Persepsi Terhadap Etika dan Salah Laku Penjawat Awam

Sangat Kurang Tidak Setuju Sangat Tahap


Elemen tidak Setuju Pasti setuju Min Persepsi
setuju Responden
(1) (2) (3) (4) (5)
Rasuah, salah guna
kuasa, dan penipuan
1 kian menjadi barah
di agensi awam di 0.0% 0.0% 0.0% 40.0% 60.0% 4.60 Tinggi
negara ini.
Salah laku dan
pelanggaran etika
semakin serius dan
2 perlu diambil 4.60 Tinggi
0.0% 0.0% 0.0% 40.0% 60.0%
perhatian
sewajarnya.
Penjawat awam yang
tidak beretika
menyebabkan
3 berlaku kepincangan 4.70 Tinggi
kepada institusi 0.0% 0.0% 0.0% 30.0% 70.0%
kerajaan dan
masyarakat.
Salah laku penjawat
awam memberi
4 kesan buruk kepada
masyarakat dan 0.0% 0.0% 0.0% 20.0% 80.0% 4.80 Tinggi
negara.
Nilai Keseluruhan Tinggi

Dapatan kajian menunjukan yang keseluruhan responden bersetuju yang penjawat

awam yang tidak beretika menyebabkan berlaku kepincangan kepada institusi kerajaan

dan masyarakat. Analisis ini mendapati 70 peratus “Sangat Bersetuju” manakala 30

peratus lagi “Bersetuju” dan nilai min yang dicatatkan adalah tinggi iaitu 4.70. Bagi

elemen terakhir pula, analisis menunjukan yang nilai min yang diperoleh turut tinggi

(min=4.80). Sebanyak 80 peratus responden “Sangat Bersetuju” dan 20 peratus lagi

muka surat | 16
“Bersetuju” dan ini menjadikan keseluruhan responden bersetuju yang salah laku

penjawat awam memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara.

5.3 Perbincangan

Dapatan kajian menunjukan yang orang awam mempunyai persepsi yang kurang baik

terhadap penjawat awam. Omar, Azmi Awang, dan Manaf (2012) dalam kajian mereka

“Integriti Dari Perspektif Pengaduan Awam: Kajian Kes Di Jabatan Pengangkutan

Jalan (JPJ) Malaysia” mendapati yang berlaku kemerosotan dalam tahap integriti para

penjawat awam dan perkhidmatan JPJ bagi tempoh 2008-2010. Mereka mendapati

dalam tempoh empat tahun pemerhatian (2006-2010), memperlihatkan bahawa

masalah integriti di tahap yang semakin kritikal. Menurut Arifin dan Ahmad (2017),

peningkatan pengaduan awam secara teknikal menggambarkan kemerosotan tahap

integriti perkhidmatan. Keadaan ini terjadi apabila pengaduan yang direkod akan

disiasat dan seterusnya penjawat awam berkenaan dikenakan tindakan disiplin atau

tatatertib. Ini bermakna persepsi awam adalah penting dalam menentukan etika dan

salah laku penjawat awam.

Jika dilihat kepada persepsi orang awam terhadap rasuah, salah guna kuasa, dan

penipuan kian menjadi barah di agensi awam di negara ini dapat disimpulkan yang

orang awam bersepakat dalam menyaksikan pelbagai kes yang melibatkan penjawat

awam saban hari. Akhbar tempatan berbahasa Inggeris, New Straits Times telah

membuat penyiasatan selama dua tahun dan memberikan pendedahan terperinci

mengenai kes kem pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis (New Straits

Times, 20 Disember 2017). Selepas pendedahan eksklusif akhbar tersebut, integriti di

sempadan negara terus menjadi bualan apabila meledaknya isu penemuan kem

muka surat | 17
pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis. Kes itu menghangatkan topik

integriti sempadan yang mana pihak berkuasa semakin diragui apabila pelbagai pihak

mempersoalkan tindakan dan kawalan pihak berkuasa di sempadan.

Jika dilihat kepada kesan yang menimpa masyarakat dan negara akibat tindakan buruk

penjawat awam ini, dapat dikatakan yang salah satu dan pelanggaran etika memberi

kesan yang amat negatif dan mencemarkan imej negara. Rasuah dalam sektor awam

dan swasta menyumbang kepada kepincangan sesebuah kerajaan dalam menyediakan

kemudahan kepada negara dan ia memberi halangan kepada keselamatan dan

persekitaran yang membangun; dinamik perniagaan; dan menyebabkan fabrik

masyarakat itu sendiri merosot. Sebagai contoh, kes pemerdagangan manusia di Wang

Kelian dan penjualan MyKad kepada warganegara China. Kedua-dua kes ini

mengancam keselamatan warganegara kerana warga asing dilihat seolah-olah

dibenarkan berkeliaran di dalam negara sehinggakan mampu membawa ancaman

bukan sahaja keselamatan malahan ancaman kepada kesihatan warganegara.

Selain daripada melumpuhkan cara hidup dan persekitaran perniagaan yang sihat, ia

juga boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Apabila rasuah berlaku dalam projek

pembinaan contohnya, ia boleh menyebabkan kehilangan jiwa apabila sesebuah

bangunan atau jambatan atau jalan raya itu runtuh dan juga tidak mengikut spesifikasi

yang ditetapkan. Sebagai contoh, Laporan Ketua Audit Negara 2018 mendedahkan

beberapa projek pembinaan yang dilihat mempunyai isu-isu yang menjurus kepada

amalan rasuah. Antara kes yang didedahkan adalah projek penaiktarafan Hospital

Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat. Projek tersebut telah dilakukan dengan kualiti kerja

yang rendah dan tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan (contoh Foto 1).

muka surat | 18
Foto 1 Saiz Lif Tidak Sesuai untuk Katil Pesakit

Apabila penjawat awam menyalahgunakan kuasa mereka, impak yang besar adalah

kepada mereka yang miskin atau warganegara yang berpendapatan rendah. Sebagai

contoh, bekalan makanan atau penjagaan kesihatan yang disalurkan kepada mereka ini

mudah tergugat dan kualiti yang diberi sama sekali terjejas. Kesan buruk salah laku

penjawat awam menyebabkan persekitaran yang kurang baik untuk sosial dan

pembangunan ekonomi. Perkara ini langsung mengakibatkan komuniti dan negara

yang menanggung padahnya. Persepsi orang awam yang turut bersetuju penjawat

awam yang tidak beretika bukan sahaja menyebabkan kepincangan terhadap institusi

bahkan menyebabkan memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara.

Rasuah menjejas pelaburan yang boleh membuka peluang pekerjaan, mengurang

pembiayaan awam untuk pendidikan yang lebih baik, penjagaan kesihatan dan

infrastruktur. Akhir sekali, salah laku dan pelanggaran etika penjawat awam

menyebabkan berlaku kerosakan kepada bukan sahaja masyarakat malahan negara

turut terpalit dengan apa yang dilakukan oleh segelintir penjawat awam yang tidak

bertanggungjawab.

muka surat | 19
6.0 CADANGAN PENYELESAIAN

Dapatan kajian ini menunjukan salah laku di kalangan kakitangan awam bukanlah

sesuatu yang asing bagi orang awam. Hasil kajian yang menunjukan orang awam

mempunyai tanggapan yang negatif kepada agensi penguatkuasaan dan badan

beruniform. Kajian ini membentangkan beberapa cadangan yang difikirkan sesuai

untuk mengawal salah laku dan pelanggaran etika di kalangan penjawat awam.

6.1 Memantapkan Sumber Manusia di Agensi Beruniform

Antara cabaran dalam mempertahankan integriti penjawat awam adalah kelemahan

pengurusan dan pembangunan sumber manusia. Salleh, Amin, Muda, dan Halim

(2013) menyatakan bahawa kekurangan anggota mengakibatkan timbulnya tekanan

kerja kepada anggota polis sekali gus mempengaruhi cara kerja. Kekurangan anggota

menyebabkan tekanan kerja terutamanya kepada anggota berpangkat Koperal hingga

Sarjan Mejar kerana mereka terpaksa membuat pelbagai kerja serta tugasan (Sinar

Harian, 20 Disember 2015). Data daripada Kementerian Dalam Negeri (2018)

menunjukkan bahawa dari tahun 2010 sehingga 2017, peningkatan penambahan

anggota polis hanyalah sebanyak 10.17% (2010 - 105,929 anggota, 2017 - 117,929

anggota). Menurut Sinar Harian (20 Disember 2015), jika dibandingkan dengan kadar

pertumbuhan penduduk di negara ini, secara jelasnya nisbah yang ditunjukkan

mendapati bahawa pasukan polis mengalami kekurangan anggota yang kritikal.

Parlimen Malaysia (20 Jun 2015) menyebut bahawa nisbah anggota polis dan

penduduk yang ditetapkan oleh Interpol adalah 1:250 manakala laporan SelangorKini

(22 Oktober 2015) menyatakan bahawa di bandar-bandar utama di negara ini, nisbah

yang ditunjukkan adalah 1:10000.

muka surat | 20
Kelemahan sumber manusia mendorong kepada permasalahan integriti di sempadan

negara. Integriti di sempadan menjadi persoalan di mana ianya menyaksikan kejayaan

sindiket penyeludupan menembusi kawalan sempadan sekali gus ibarat membenarkan

kemasukan dadah ke negara ini. Kejayaan dadah dibawa masuk secara haram ke dalam

negara digambarkan sebagai mengabaikan kredibiliti negara yang mana ianya menjadi

bukti bahawa sempadan negara tidak mempunyai kawalan yang efektif dan berkesan

(Othman, Idris, & Druis, 2017). Integriti di sempadan negara terus menjadi bualan

apabila meledaknya isu penemuan kem pemerdagangan manusia di Wang Kelian,

Perlis. Kes itu menghangatkan topik integriti sempadan yang mana pasukan kawalan

sempadan negara semakin diragui apabila pelbagai pihak mempersoalkan tindakan dan

kawalan pihak berkuasa di sempadan.

Kajian ini mencadangkan agar dilakukan penambahan anggota secara berperingkat.

Sebagai langkah awal, dicadangkan agar kekosongan jawatan yang ada di agensi

penguatkuasaan yang kritikal terlebih dahulu di isi. Sebagai contoh dilakukan

penambahan anggota polis sebagai keperluan bagi mengimbangi jumlah polis yang

bersara. Laporan akhbar dalam talian Free Malaysia Today (24 Januari 2019)

melaporkan bahawa telah menjadi trend pada masa sekarang di mana anggota polis

memilih untuk bersara awal. Laporan tersebut menyatakan bahawa sehingga Oktober

tahun 2018, seramai 2,446 anggota telah memilih untuk bersara awal

(freemalaysiatoday, 24 Januari 2019).

Selain itu, dengan bilangan penduduk yang dijangkakan kian bertambah, maka

cadangan ini dilihat sangat perlu dilaksanakan memandangkan kekurangan anggota

adalah di tahap yang kritikal. Dengan penambahan anggota keselamatan, kejadian

muka surat | 21
pencerobohan, penyeludupan, dan ancaman lain dapat diatasi di mana gerak kerja

agensi penguatkuasaan akan lebih dipenuhi sekali gus mengurangkan ruang salah laku

dan pelanggaran etika oleh penjawat awam.

6.2 Memperkasakan Pelaksanaan Hukuman Undang-undang

Walaupun undang-undang pencegahan rasuah telah banyak diperkenalkan oleh pihak

pemerintah, namun gejala rasuah seperti ‘penyakit’ yang sukar dirawat. Gejala ini

amalan buruk dan menggambarkan betapa longgar nilai moral dan mengisyaratkan

amalan tadbir urus yang tidak cekap. Bagi memberi perhatian saksama kepada pemberi

dan penerima rasuah, kita perlu memastikan kedua-dua pihak dibawa untuk

pengadilan, hukuman setimpal (lebih berat kepada pemberi), hebahan umum dibuat

secara saksama kepada pemberi dan penerima rasuah, pemulihan bersama kepada

pemberi dan penerima rasuah secara teratur dan sistematik, pemantauan saksama juga

kepada bekas penerima dan pemberi rasuah. Apakah hukumannya sama bagi pemberi

dan penerima rasuah? Rasulullah SAW bersabda dalam hadis riwayat al-Tarmizi, yang

bermaksud:

“Allah mengutuk pemberi dan penerima rasuah serta

pengantara dalam urusan rasuah. Pemberi rasuah dan

penerima adalah penghuni neraka.”

Selain itu, pemerkasaan undang-undang perlulah selari dengan tindakan lain seperti

melakukan penukaran tempoh perkhidmatan pegawai di sesebuah lokasi secara lebih

kerap. Kertas kerja ini mencadangkan agar dilakukan penukaran pegawai di setiap

enam bulan sekali. Ini adalah bagi meningkatkan integriti sekali gus mengelakkan

daripada berlakunya gejala rasuah di kalangan pegawai. Apabila pegawai dan anggota

muka surat | 22
terlalu lama di sesuatu lokasi maka akan ada pihak yang akan mencuba untuk

mengambil kesempatan untuk berkenalan secara rapat dan memberikan habuan untuk

pegawai penguat kuasa ini dapat melancarkan kegiatan mereka. Selain itu, pergiliran

tugasan pegawai seberapa kerap yang mungkin perlulah dilaksanakan bagi

mengelakkan tekanan daripada pihak-pihak yang disiasat.

6.3 Memantapkan Budaya Integriti dan Etika Kerja dalam Setiap Agensi

Kerajaan

Integriti adalah satu nilai amalan yang amat penting di dalam setiap organisasi dalam

mencorakkan budaya organisasi supaya lebih berkualiti dan unggul bagi sistem

penyampaian perkhidmatan sesebuah organisasi . Walaupun kerajaan telah mengambil

beberapa langkah dalam merealisasikan membudayakan integriti di kalangan

kakitangan awam, namun integriti penjawat awam terutamanya mereka yang berada

di dalam agensi penguatkuasaan masih diragui. Setiap agensi kerajaan terutamanya

agensi penguatkuasaan tidak terlepas dari tanggapan negatif masyarakat apabila kes-

kes salah laku jenayah dan tatatertib anggota penguat kuasa dilaporkan.

Walaupun setiap jabatan kerajaan memiliki kod etika dan tatakelakuan sendiri sebagai

satu panduan yang menggabungkan nilai akhlak, perbuatan dan tindakan seragam yang

perlu dipatuhi dan dibudayakan oleh penjawat awam, namun ia harus dimantapkan

secara berterusan dan sentiasa dilakukan penambahbaikan seiring dengan keadaan

semasa.

Pada masa yang sama setiap penjawat awam perlu memberi perhatian dan fokus

kepada usaha dan tindakan pencegahan sebagai langkah jangka panjang agar perkara

muka surat | 23
ini tidak terus berlaku dan berulang selain dari sentiasa menambah nilai terhadap

integriti dalam setiap tindak tanduk. Hal ini penting kerana penjawat awam

terutamanya agensi penguatkuasaan merupakan kelompok yang paling berisiko dan

memiliki peluang yang luas untuk menyalah guna kedudukan masing-masing untuk

kepentingan peribadi. Apa yang penting ialah tahap kesedaran yang tinggi dalam

kalangan warga yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam tentang integriti dan

amanah serta tanggungjawab yang diberikan oleh seluruh rakyat dan negara di bahu

mereka.

Di samping itu, kajian ini mencadangkan agar turut digunakan elemen kerohanian dan

agama sebagai salah satu pendekatan terbaik bagi menyedarkan mereka. Selain itu,

perlu juga diselitkan dengan unsur-unsur semangat cintakan negara dan patriotisme

dan supaya mereka sedar tindakan mereka itu adalah satu bentuk pengkhianatan

terhadap tanah air sendiri.

6.4 Penubuhan Pasukan Pemantau

Kajian ini mencadangkan agar pihak berkuasa menubuhkan satu pasukan pemantau

bagi memantau penjawat awam di setiap agensi dan jabatan kerajaan. Sebagai contoh,

Transparency Interational UK yang merupakan satu badan anti rasuah dunia telah

mengeluarkan satu garis panduan bagi memantau kegiatan rasuah. Cadangan yang

diberikan adalah dengan menubuhkan satu badan pemantau khas yang bertujuan untuk

memantau kegiatan penjawat awam mahupun badan korporat.

muka surat | 24
7.0 KESIMPULAN

Pendedahan mengenai salah laku dan pelanggaran etika di kalangan penjawat awam

adalah menyeramkan dan ia sewajarnya membuka mata semua pihak agar mencari titik

penyelesaian supaya dapat bersama dalam usaha menangani salah laku pegawai di

agensi ini. Secara keseluruhannya, jari tidak boleh dituding terus ke suruhanjaya atas

kesalahan yang dilakukan oleh pegawainya, namun ‘kerana nila setitik rosak susu

sebelanga’. Yang nyata, amat sukar untuk kerajaan menyekat pandangan miring dan

tanggapan negatif segelintir masyarakat terhadap agensi awam terutamanya agensi

penguatkuasaan ini setelah meneliti kes-kes salah laku yang telah diperbincangkan di

dalam kajian ini.

Justeru, pihak pemerintah tidak boleh tidak mengambil pendirian tegas terhadap

pegawainya yang melakukan salah laku dan pelanggaran etika bagi memastikan situasi

memalukan seperti ini dibetulkan. Usaha bagi membendung kes salah laku dan

pelanggaran etika di kalangan penjawat awam, maka setiap agensi dan jabatan

kerajaan perlulah melakukan pembanterasan salah laku secara holistik bagi

memastikan imej agensi dan penjawat awam dihormati kerana memiliki semangat dan

tahap disiplin tinggi, malah sering diangkat sebagai mereka yang berada di barisan

hadapan dalam memberi khidmat kepada masyarakat perlu dipertahankan.

“...integrity without knowledge is weak and useless, and

knowledge without integrity is dangerous and dreadful...”

Albert Einstein

Adalah menjadi tanggungjawab setiap penjawat awam untuk memperkasa dan

membudayakan amalan integriti bagi memastikan jabatan kerajaan dan negara akan

muka surat | 25
sentiasa ditunjangi oleh warga madani yang memiliki integriti diri yang tinggi. Salah

laku yang berlaku kini haruslah ditangani dengan apa sahaja cara yang perlu kerana ia

menyebabkan sedikit sebanyak imej penjawat awam sudah tercalar angkara tindak-

tanduk pegawai dan anggota perkhidmatan awam sendiri. Untuk itu, eloklah isu-isu

salah laku jenayah dan tatatertib ditangani segera secara konsisten sebelum lebih

banyak lagi kemudaratan berlaku. Sekiranya tiada langkah tegas dan drastik diambil

bagi mencegah kes salah laku di kalangan penjawat awam, dikhuatiri ia akan terus

menjadi barah dan akhirnya merosakkan negara.

muka surat | 26
RUJUKAN

Al-Qudsy, S. H., Rahman, A. A., & Zain, M. I. (2008). Pengukuhan nilai dan
profesionalisme di kalangan penjawat awam ke arah efektif governan di
Malaysia. Jurnal Syariah, 17(3), 34-56.

Arifin, M. A., & Ahmad, A. H. (2017). . "Konsep integriti dalam Organisasi Polis
Diraja Malaysia (PDRM): Satu tinjauan awal. Geografia-Malaysian Journal
of Society and Space, 12(8), 135 - 147.

Azrae, A. N., Megat, L. H., & Mohamed, K. (2018). Penglibatan Rasuah Di Kalangan
Agensi Penguatkuasaan Kerajaan: Satu Analisis Laporan Berita Tempatan.
International Journal of Law, Government and Communication, 3(13), 218-
235.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017). salah laku. Didapatkan Januari 29, 2020, daripada
Kamus Bahasa Melayu:
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=salah+laku&d=102740&

Free Malaysia Today. (2018, Februari 22). Malaysia merosot dalam indeks rasuah
global, terburuk dalam 5 tahun. Didapatkan Januari 29, 2020, daripada Free
Malaysia Today:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/02/22/malaysia-
merosot-dalam-indeks-rasuah-global-terburuk-dalam-5-tahun/

Free Malaysia Today. (2019, Januari 24). Sikap anggota baru antara punca polis pilih
bersara awal. Didapatkan Januari 30, 2020, daripada Free Malaysia Today:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/01/24/sikap-
anggota-baru-antara-punca-polis-pilih-bersara-awal/

Harian Metro. (2019, Julai 16). Pastikan pegawai dan anggota SPRM bebas rasuah.
Didapatkan Julai 20, 2019, daripada Harian Metro:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/07/476133/pastikan-pegawai-
dan-anggota-sprm-bebas-rasuah

Harian Metro. (2019, September 11). Pegawai Kerajaan Jual MyKad. Didapatkan
Januari 30, 2020, daripada Harian Metro:
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/09/495341/pegawai-kerajaan-jual-
mykad

Jabatan Audit Negara. (2017). Laporan Ketua Audit Negara 2016. Putrajaya: Jabatan
Audit Negara.

Jabatan Audit Negara. (2019). Laporan Ketua Audit Negara 2018. Putrajaya: Jabatan
Audit Negara. Didapatkan Januari 30, 2020, daripada http://integriti.my/wp-
content/uploads/2019/09/ISU-ISU-PEROLEHAN-IIM.pdf

muka surat | 27
Jabatan Perdana Menteri. (2018). Laporan Pengurusan Aduan Bagi Tahun 2018.
Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri. Didapatkan Januari 29, 2020, daripada
http://www.pcb.gov.my/STATISTIK/2018/LAPORAN%20PENGURUSAN
%20ADUAN.pdf

Kementerian Dalam Negeri. (2018, Mac 12). Jumlah anggota polis lelaki dan wanita
di Malaysia Mengikut Jantina Bagi Tahun 2010- 2017. Didapatkan Januari 30,
2020, daripada Malaysia's Open Data Portal:
http://www.data.gov.my/data/en_US/dataset/jumlah-anggota-polis-lelaki-dan-
wanita-di-malaysia

New Straits Times. (2017, Disember 20). [EXCLUSIVE] The secrets of Wang Kelian
exposed. Didapatkan Januari 30, 2020, daripada New Straits Times:
https://www.nst.com.my/news/exclusive/2017/12/316339/exclusive-secrets-
wang-kelian-exposed

Omar, N. H., Azmi Awang, & Manaf, A. A. (2012). Integriti dari Perspektif Pengaduan
Awam: Kajian Kes di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. e-BANGI,
7(1), 141-155.

Ones, D. S., Viswesvaran, C., & Schmidt, F. L. (2012). Integrity tests predict
counterproductive work behaviors and job performance well: Comment on
Van Iddekinge, Roth, Raymark, and Odle-Dusseau. Journal of Applied
Psychology, 97(3), 537–542.

Othman, Z., Idris, N. A., & Druis, M. D. (2017). Penyalahgunaan dadah sebagai
ancaman keselamatan: Analisis keberkesanan program kerajaan dalam
mengekang pengrekrutan penagih dadah di Malaysia. Geografia-Malaysian
Journal of Society and Space, 11(13), 60-72.

Parlimen Malaysia. (2015, Jun 20). Soalan bertulis. Didapatkan Januari 30, 2020,
daripada Parlimen Malaysia: https://pardocs.sinarproject.org/documents/2015-
may-june-parliamentary-session/written-replies-soalan-bertulis/soalan-
250_1439717425.pdf

Portal Rasmi SPRM. (2016, April 12). Arkib Kenyataan Media SPRM. Didapatkan
Julai 20, 2019, daripada Portal Rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia: https://www.sprm.gov.my/images/PR12APR-Pegawai-SPRM-
Mengaku-Salah.pdf

Salleh, M., Amin, A., Muda, S., & Halim, M. A. (2013). Fairness of performance
appraisal and organizational commitment. Asian Social Science, 9(2), 121-128.

Sang, M. S. (2004). Pengantar Pendidikan Teras. Subang Jaya: Percetakan Sentosa.

SelangorKini. (2015, Oktober 22). Nisbah polis, penduduk 1:10000 di bandar utama
membimbangkan. Didapatkan Januari 30, 2020, daripada SelangorKini.com:
https://selangorkini.my/2015/10/nisbah-polis-penduduk-110000-di-bandar-
utama-membimbangkan/

muka surat | 28
Sinar Harian. (2015, Disember 20). Tangani tekanan kerja polis. Didapatkan Januari
30, 2020, daripada Sinar Harian Online:
http://www.sinarharian.com.my/wawancara/tangani-tekanan-kerja-polis-
1.463871

Sinar Harian. (2019, November 6). 63.3 peratus kes rasuah libatkan sektor awam:
SPRM. Didapatkan Januari 29, 2020, daripada Sinar Harian:
https://www.sinarharian.com.my/article/55991/BERITA/Nasional/633-
peratus-kes-rasuah-libatkan-sektor-awam-SPRM

SPRM. (2020). Statistik Tangkapan Tahun 2019. Didapatkan Januari 29, 2020,
daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia:
https://www.sprm.gov.my/index.php/penguatkuasaan/statistik-
operasi/statistik-tangkapan?id=3232

Widäng, I., & Fridlund, B. (2003). Self‐respect, dignity and confidence: conceptions
of integrity among male patients. Journal of advanced nursing, 42(1), 47-56.

Yaacob, H. M. (2014). Integriti dalam Agensi Penguatkuasa. Persidangan


Pesuruhjaya Polis/Ketua Polis Negeri/Komander/Komandan PDRM Bil.
2/2014 (hlm. 1-36). Kuala Lumpur: Persidangan Pesuruhjaya Polis/Ketua Polis
Negeri/Komander/Komandan PDRM. Didapatkan Mei 13, 2019, daripada
http://www.eaic.gov.my/sites/default/files/integriti_dalam_agensi_penguatku
asa.pdf

muka surat | 29
LAMPIRAN

ETIKA DAN SALAH LAKU PENJAWAT AWAM


SOALAN SOAL SELIDIK: ORANG AWAM BANDAR KOTA BHARU

Soal selidik ini mengandungi dua (2) bahagian utama. Kerjasama responden
diperlukan untuk menjawab keseluruhan soalan temu bual ini bagi memastikan
kelangsungan kajian yang dilaksanakan.

Bahagian A: Latar Belakang

Sila tandakan di ruang berkaitan

1. Jantina:
Lelaki Perempuan

2. Bangsa:
Melayu India
Cina Lain-lain

3. Pendidikan:
PhD/Sarjana STPM
Sarjana Muda SPM
Diploma Lain-lain

4. Pekerjaan:
Peniaga Sektor Swasta
Kerja Sendiri Lain-lain

muka surat | 30
Bahagian B: Pendapat Mengenai Integriti Penjawat Awam
Dengan menggunakan skala di bawah, sila bulatkan nombor di sebelah
kanan pernyataan yang menunjukkan penilaian anda terhadap kenyataan
di bawah:

5 = Sangat setuju
4 = Setuju
3 = Tidak Pasti
2 = Kurang setuju
1 = Sangat tidak setuju

Bil. Perkara Skala


Saya merasakan yang penjawat awam hari ini memiliki integriti
5 4 3 2 1
1 yang tinggi.

Rasuah, salah guna kuasa, dan penipuan kian menjadi barah di 5 4 3 2 1


2 agensi awam di negara ini.

Salah laku dan pelanggaran etika semakin serius dan perlu diambil 5 4 3 2 1
3 perhatian sewajarnya.

Penjawat awam yang tidak beretika menyebabkan berlaku


5 4 3 2 1
4 kepincangan kepada institusi kerajaan dan masyarakat.
Salah laku penjawat awam memberi kesan buruk kepada
5 5 4 3 2 1
masyarakat dan negara.

SOALAN TAMAT

SEKIAN, TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

muka surat | 31

Anda mungkin juga menyukai