Anda di halaman 1dari 10

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


ARAS 7 & 8 BLOK D4, KOMPLEKS D
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62502 PUTRAJAYA

JPK KERTAS PENERANGAN


( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA PROGRAM
EE-320-2:2012 SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION &
/
MAINTENANCE
PROGRAM’S CODE & NAME
TAHAP / LEVEL 2 (TWO)

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C04- SINGLE PHASE MOTOR & MOTOR
COMPETENCY UNIT NO. CONTROL INSTALLATION
AND TITLE

1. IDENTIFY SINGLE PHASE MOTOR & MOTOR


CONTROL INSTALLATION SPECIFICATIONS AND
PROCEDURES
2. PREPARE SINGLE PHASE MOTOR AND MOTOR
CONTROL INSTALLATION,
NO. DAN PENYATAAN 3. MAINTENANCE, TOOLS, EQUIPMENT AND
AKTIVITI KERJA / WORK MATERIALS
ACTIVITIES NO. AND 4. CARRY OUT SINGLE PHASE MOTOR INSTALLATION
STATEMENT 5. CARRY OUT SINGLE PHASE MOTOR CONTROL
TERMINATION
6. INSPECT SINGLE PHASE MOTOR AND MOTOR
CONTROL FUNCTIONALITY
7. RECORD SINGLE PHASE MOTOR AND MOTOR
CONTROL INSTALLATION.

ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 1


EE-320-2:2012-CO4/P(1/2)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 10

TAJUK : MOTOR ELEKTRIK SATU FASA

TUJUAN :
Kertas penerangan ini menerangkan tentang pengenalan jenis-jenis kerosakan pada motor dan
kerja-kerja penyelenggaraan yang perlu dilakukakan ke atas motor

PENERANGAN :
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 2
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(3/4)
Drpd/of : 10

Kerosakan boleh berlaku pada motor elektrik jika digunakan dalam masa yang lama dan tidak
diselenggaraan dengan betul dan berkala. Oleh itu perlulah kita mengetahui punca-punca
kerosakan dan cara membaiki kerosakan yang berlaku. Walaubagaimanapun jika selenggaraan
dilakukan dengan sempurna akan menjamin jangka hayat sesuatu motor yang lebih lama.

1. Kelas Penebatan Motor (Insulation Class)

KELAS SUHU MAKSIMA


Y 90˚ C
A 105˚ C
E 120˚ C
B 130˚ C
F 155˚ C
H 180˚ C
C Lebih 180˚ C

Jadual 1 : Kelas Penebatan Motor

2. Kerosakan Motor Dan Sebab-Sebabnya.

Jenis Kerosakan Sebab-sebab

Motor pegun a. Penggunaan motor yang salah untuk tujuan


tertentu.
b. Beban lampau.
c. Voltan rendah.
d. Bebola alas terkunci (Mechanical locking in
bearing).
e. Kawalan rintangan yang salah pada motor
slip ring.
f. Litar terbuka

Motor tidak mencapai kelajuan a. Voltan terlalu rendah.


b. Bar rotor pecah.
c. Kawalan rintangan tidak baik pada slip ring
motor

Bila motor dibebankan slip bertambah a. Voltan rendah.


b. Beban lampau.
c. Sambungan salah

Motor mengambil masa yang lama untuk a. Beban lampau.


mencapai kelajuan b. Rotor sangkar tupai cacat

Putaran salah a. Turutan fasa salah


ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 3
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(3/4)
Drpd/of : 10

Motor terlalu panas semasa beroperasi a. Beban lampau.


b. Salah satu fasa terbuka.
c. Pengudaraan tidak baik.
d. Lilitan stator litar pintas.
e. Voltan terlalu tinggi.
f. Voltan rendah.
g. Voltan tidak seimbang.

Bunyi bising a. Ruang udara tidak sekata.


b. Bebola (bearing) rosak atau longgar.
c. Rotor tidak seimbang

Percikan api pada slip ring a. Kualiti berus karbon yang tidak baik.
b. Motor dibeban lampau.
c. Periksa tekanan berus karbon.

Suhu di slip ring tinggi a. Pengudaraan yang tidak baik.

Motor bergetar a. AIigment tidak betul.


b. Kerosakan mekanikal (weak foundation).
c. Bebola (bearing) rosak.
d. Rotor tidak seimbang

Alas bebola (bearing) menjadi panas a. Gris berkurangan.


b. Beban berlebihan / Terlampau beban

Alas bebola bunyi (bearing knock) a. Bebola yang pecah.


b. Ada bahan lain dalam alas

3. Penyenggaraan Dan Pemeriksaan Motor A.U. Fasa Tunggal


ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 4
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(3/4)
Drpd/of : 10

3.1 Sebab-sebab kerja penyelenggaraan dijalankan

Terdapat beberapa sebab bagi menjalankan kerja penyenggaraan biasa pada motor
iaitu :
a) Memastikan agar motor tersebut dapat dikendalikan dengan lebih cekap
b) Untuk kawalan keselamatan
c) Menggelakkan kerosakan yang mungkin berlaku, oleh yang demikian
mengurangkan perbelanjaan membaikinya.

3.2 Masa kerja penyelenggaraan dijalankan

Tempoh atau berapa kerap bagi melakukan penyenggaraan motor adalah bergantung
kepada :
a) Keadaan tempat di mana motor tersebut dikendalikan
b) Tempoh masa motor dikendalikan

3.3 Pemeriksaan secara rambang

Semasa melakukan penyenggaraan biasa, pemeriksaan secara pandang dengar (visual


inspection) akan dibuat terlebih dahulu sebelum mematikan motor. Perkara-perkara
yang perlu diperhatikan semasa pemeriksaan secara pandang dengar ialah :

a) Menentukan tidak ada gegaran dan memastikan aci berputar dengan betul
b) Bunyi bising pada motor tersebut
c) Arka-arka dan bunga api di komutator motor tersebut

Pelurusan mestilah dijalankan jika aci tidak berputar dengan betul, keseimbangan pada
rotor dibuat jika ada gegaran pada motor tersebut. Menukarkan alas jika motor berbunyi
bising dan betulkan kipas motor jika ia terkena badan motor .

3.4 Penyelenggaraan pada komutator dan motor

Arka-arka dan bunga api di komutator boleh dielakkan dengan cara tersebut di bawah :

a) Membersihkan sekitar komutator.


b) Meratakan permukaan komutator.
c) Membersihkan alur-alur pada komutator.
d) Menentukan berus karbon cukup panjang di komutator atau gelang arus
e) Berus karbon mestilah bergerak dengan bebas di komutator atau gelang arus
f) Berus karbon mestilah dalam kedudukan neutral di komutator

Selepas pemeriksaan di atas dijalankan, matikan bekalan motor tersebut dan keluarkan
fius untuk keselamatan. Kemudian lakukan pemeriksaan biasa yang lain iaitu :

a) Menentukan tiada minyak pelinciran atau greasa yang berlebihan di merata-rata


mesin dan lilitan mestilah bebas dari greasa dan minyak serta membersihkan
kotoran tersebut dengan armaclean, praffin atau karbon tach
b) Selepas lilitan dibersihkan keringkan dengan kepanasan
c) Bagaimanapun alas-alas dan semua greasa nipples mestilah dimasukkan dengan
grease yang baru
d) Bersihkan segala kotoran dan habuk yang ada pada motor
e) Bersihkan ruang udara dan menentukan ia tidak tersumbat dan peredaran udara
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 5
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(3/4)
Drpd/of : 10

adalah baik
f) Bolt dan nut mestilah ketat.
g) Skru atau bolt dan nut bagi punca pengalir mesti diketatkan supaya litar tidak
berlaku susutan atau percikan bunga api.
h) Pelurusan pengganding hendaklah diperiksa dengan tolok perasa (feeler gauge).
i) Suis empar (centifugal) diperiksa supaya sesentuhnya akan buka semasa dalam
kendalian bagi motor fasa tunggal (capacitor start).
j) Frame atau rangka motor diperiksa supaya tiada kerosakan mekanikal terutama plat
nama (keselamatan).
k) Motor hendaklah dihindarkan dari berkarat dan dicatkan jika perlu.
l) Penghidup motor dan gear kawalan dibersihkan dan diperiksa untuk kendalian yang
baik serta sesentuh-sesentuh dibersihkan.
m) Geganti haba diperiksa untuk kendalian semasa beban lampau dan pelarasan
kadaran arusnya juga ditentukan.
n) Litar atau punat ON atau OFF bagi kawalan jauh juga diperiksa termasuk kait punca
tersebut.
o) Periksa sambungan atau keterusan bumi dan pastikan dalam keadaan baik
terutama apabila konduit mudah lentur digunakan.
p) Lakukan ujian penebatan dan tentukan bacaannya tidak kurang daripada 1
Megaohm.
q) Kelembapan mungkin menyebabkan rintangan penebatannya rendah dan ia boleh
dibantu dengan menutup ruang udara apabila motor dalam kendalian. Suhunya
mestilah diperhatikan supaya tidak berlebihan.
r) Letakkan balik fius dan kendalikan motor tersebut
s) Selepas tiap-tiap penyenggaraan satu rekod disimpan dan catatan seperti tarikh dan
jam senggaraan dilakukan hendaklah dicatatkan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 6
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(3/4)
Drpd/of : 10

4. Peraturan IEE Yang Berkaitan Dengan Motor

Berdasarkan Peraturan IEE 552-1 hingga 552-4 serta peraturan 467-7 dan 473. Huraian
ringkas setiap peraturan itu adalah seperti yang berikut :-

476-7 Setiap motor mestilah mengadakan suis pemecil bagi memutuskan


bekalan ke motor, ke pemula motor, ke litar kawalan dan sebagainya.
Pemencil ini hendaklah dipasang di tempat yang mudah dicapai.

473-2 Peranti perlindungan boleh disambungkan ke mana-mana litar di


sepanjang pengalir litar akhir motor dengan syarat tiada cabangan litar. Oleh
itu, peranti ini boleh dipasang di tempat yang mudah dicapai.

476-6 Perlindungan litar pintas hendaklah dipasang di tempat berlakunya


penurunan keupayaan membawa arus iaitu di papan agihan. Peranti
pelindungan ini boleh juga dipasang pada bahagian beban dengan syarat
jarak di antara peranti perlindungan litar pintas dan titik mula keupayaan
membawa arus mula menurun tidak melebihi 3m.

552-1 Kadaran arus kabel yang digunakan untuk membawa arus


permulaan , arus larian dan arus beban motor hendaklah sekurang
kurangnya sama dengan kadaran arus beban penuh motor itu.

552-2 Saiz kabel bagi menyuap pemutar motor aruhan gelang gelincir atau
motor aruhan berpenukartertiban hendaklah sesuai untuk menanggung arus
permulaan dan arus bebah penuh kerana arus ini lebih besar daripada arus di
pemegun/stator.

552-3 Motor yang berkadar lebih daripada 0.37KW hendaklah mempunyai


alat kawalan yang mempunyai pelindung arus lebih (beban lampau) bagi
melindungi motor dan kabel antara alat kawalan itu dan motor.

552-4 Setiap motor elektrik memerlukan alat kawalan yang berikut :

1. Alat untuk mengelakkan motor daripada dihidupkan secara


automatik selepas kegagalan bekalan. Ketetapan ini bertujuan bagi
mengelakkan bahaya apabila motor dihidupkan secara mengejut
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 7
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(3/4)
Drpd/of : 10

sebaik sahaja bekalan dipulihkan semula ( gunakan pelindung tanpa


voltan ) kecuali di tempat-tempat tertentu yang tidak membahayakan,
motor itu boleh dihidupkan secara automatik. Misalnya motor untuk
kipas siling.

2. Jika terdapat lebih daripada satu kawalan yang digunakan


untuk memberhentikan motor, ketika berlaku keadaan yang bahaya,
kesemua alat yang boleh memberhentikan motor itu hendaklah
disetkan semula sebelum motor itu boleh dihidupkan.

3. Mengadakan suis pemencil. Suis pemencil itu hendaklah


dipasang di tempat yang sesuai (dekat dengan motor). Jika alat itu
jauh dari motor, alat pemencil tambahan atau alat utama yang boleh
dikunci dalam keadaan mati perlu dipasang untuk menjamin
keselamatan pengasingan litar semasa membaiki motor itu.

4. Peraturan-peraturan Elektrik 1994, Peraturan 17(2) :


Sesuatu motor hendaklah dikawal oleh satu atau lebih peranti mula
yang berkesan untuk menghidupkan atau memberhentikannya.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 8
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(3/4)
Drpd/of : 10

Lampiran 1 : Jadual Pemeriksaan dan Penyenggaraan

Jadual yang berikut adalah merupakan butir-butir tentang pemeriksaan dan penyenggaraan
harian, bulanan dan tahunan bagi motor berkeupayaan tinggi ( 3.3 kV dan 11 kV ) dan juga
sebagai panduan bagi motor keupayaan rendah.

JADUAL PEMERIKSAAN DAN PENYELENGGARAAN

Perkara Pemeriksaan/Penyelenggaraan Harian Bulanan Tahunan


Butir-butir 1. Voltan. 
bercatat 2. Arus dan komponen berdenyut jika ada 
3. Suhu bilik/sekeliling 
4. Suhu lilitan stator 
5. Getaran 
6. Suhu alas 
7. Bunyi luar biasa 
8. Kerosakan lain 
9. Masukkan grease jika perlu 
10. Rintangan penebat 
11. Penjajaran penjodoh 
Lilitan 1. Bau luarbiasa 
2. Penebat bertukar warna 
3. Tali pengikat pudar warna 
4. Sesendal longgar 
5. Periksa pada kabel masukan 
6. Erutan dan retak pada bar-bar rotor 
7. Mencuci bersih 
8. Pemanas ruang 
Badan 1. Karat dan kerosakan pada rotor 
stator 2. Periksa sekatan pada masukan dan
Penyejuk keluaran udara 
3. Mencuci bersih bahagian dalam tiub-tiub
penyejuk 
Aci dan 1. Keadaan aci jernal 
rotor 2. Keadaan kekunci luar biasa 
3. Keadaan permukaan rotor. 
4. Ujian peresapan dye pada alur kekunci 
Kipas 1. Ujian peresapan dye pada rekahan di bilah 
kipas. 
2. Mencuci bersih 
3. Pemberat imbangan 
Teras rotor 1. Kerosakan pada permukaan teras dan cuci 
dan stator bersih. 
2. Pertukaran warna dan kelonggaran pada
teras 
Peti punca 1. Kelonggaran di bolt sambungan. 
2. Pertukaran warna di punca disebabkan
oleh panas 
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 9
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(3/4)
Drpd/of : 10

SOALAN

1. Nyatakan 2 peraturan IEE yang berkaitan dengan motor


i. ................................................................................................................................
................................................................................................................................
................................................................................................................................
ii. .................................................................................................................................
.....................................................................................................................................

2. Terangkan kaedah pemeriksaan secara rambang.


............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
...........................................................................................................................................

3. Nyatakan 3 sebab mengapa kerja penyelenggaraan perlu dijalankan.


i. . .........................................................................
ii. . ........................................................................
iii. . .......................................................................

4. Nyatakan tempoh kekerapan yang perlu bagi melakukan penyelenggaraan.


............................................................................................................................................
............................................................................................................................................

5. Sebutkan 2 langkah keselamatan yang perlu dilakukan sebelum pemeriksaan lanjutan


dilakukan .
i. ................................................................................................................................
ii. ................................................................................................................................

Rujukan:
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 10
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(3/4)
Drpd/of : 10

Abdul Samad Bin Hanif (1988), Pemasangan Dan Penyenggaraan Elektrik Dewan Bahasa Dan
Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia , Kuala Lumpur . 1988

C Duncan & E G Stocks, 2001 cetakan kedua, Pemasangan Litar Elektrik. Golden Book
Center Sdn. Bhd Kuala Lumpur,

B.L. Theraja, A.K. Theraja, A Textbook of Electrical Technology SI Units, S. Chand & Company
Ltd.

Anda mungkin juga menyukai