Anda di halaman 1dari 5

ADAB TERHADAP ORANG SAKIT DAN KURANG UPAYA

Nama: Nur Iman Amani


Kelas: 4K5

1. Berikan maksud orang yang sakit.


Orang yang sakit ialah mereka yang berasa tidak sihat tubuh badan atau bahagian-
bahagiannya kerana sesuatu sebab. Terdapat beberapa jenis-jenis penyakit iaitu
penyakit kronik dan penyakit bukan kronik. Contoh penyakit bukan kronik adalah
pening, demam, selesema, batuk dan sebagainya manakala contoh penyakit kronik
adalah kanser, serangan jantung, penyakit HIV dan Aids juga sakit hati(liver) yang
kronik.

Terdapat juga penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit. Contoh penyakit
tidak berjangkit adalah diabetes, penyakit mental juga penyakit yang berkaitan dengan
atau disebabkan oleh kecederaan yang pernah dialami. Manakala contoh penyakit
berjangkit adalah corona virus, malaria, kusta dan H1N1.

Mereka yang menghidap penyakit-penyakit di atas atau seumpamanya adalah orang


yang digelar sebagai orang yang sakit.

2. Apakah hikmah Allah memberikan sakit kepada umat manusia.


Walaupun sakit menyebabkan kita berada dalam keadaan tidak selesa serta
meminimumkan pergerakkan dan daya seseorang untuk membuat sesuatu kerja.
Namun terdapat banyak hikmah di sebalik musibah ini. Antaranya:

 Merupakan tanda Allah masih sayang kepada hamba-Nya


Setiap dugaan yang Allah berikan itu adalah sebagai peringatan agar kita cepat
sedar dan beristighfar serta kembali ke pangkal jalan. Allah sayang akan
hamba yang memuji-Nya, meminta hanya kepada-Nya. Sebab itulah kita
diberi kesusahan agar kita tidak terpedaya, lalai dan dibiarkan mati dalam
keadaan sesat dan kufur.

 Memberikan kesedaran kepada kita


Jika manusia tidak ditimpa musibah maka akan timbullah rasa sombong, riak,
takbur dan sebagainya. Ujian dan bala yang Allah turunkan itu adalah sebagai
peringatan kepada kita sebagai hamba bagi mengingatkan diri kita betapa
lemah dan kerdilnya kita.

 Sebagai penghapus dosa


Allah menurunkan ujian dan dugaan bagi menguji sejauh mana kita sanggup
menerimanya. Sekiranya kita bersyukur maka Allah hapuskan dosa-dosa kita
kerana seperti kita lihat hanya segelintir umat Islam sahaja yang ingat akan
Allah pada waktu senang dan gembira.
 Allah tingkatkan darjat dan keimanan kita
Dalam surah al-Ankabut ayat 2, Allah telah berfirman- “Apakah manusia itu
mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman”,
sedangkan mereka tidak diuji?” Bermakna apa jua musibah, bala atau ujian
yang Allah datangkan dan izinkan berlaku, bagi meningkatkan lagi keimanan
dan darjat seseorang hamba itu di sisi-Nya.

3. Terangkan adab yang perlu dijauhi ketika menziarahi orang sakit.


 Tidak maklumkan dahulu sebelum datang menziarahi
Seperti memasuki rumah orang kita perlu memberi salam dahulu dan masuk
apabila diizinkan. Konsep ini juga haruslah digunakan seperti menelefon
pesakit atau keluarga pesakit bagi memastikan waktu yang sesuai dan tidak
menganggu proses di hospital dan dapat menjaga aurat pesakit terutamanya
wanita yang besar kemungkinan tidak memakai tudung.

 Datang pada waktu pesakit berehat/tidak sesuai


Seperti kita ketahui malam adalah waktu bagi semua untuk berehat. Walaupun
kita datang dalam jangka masa yang pendek atau ‘singgah’ namun ia masih
dikira sebagai kurang sopan kerana pesakit lebih meluangkan dan memerlukan
banyak masa untuk berehat dan rawat pada waktu malam.

 Membawa ahli keluarga yang ramai


Tidak salah bagi sesuatu keluarga untuk menziarahi pesakit lagi-lagi jika
pesakit tersebut adalah ahli keluarga atau kenalan rapat. Namun apabila kita
datang dalam kuantiti yang besar tambahan lagi membawa anak kecil maka ia
mengundang rasa tidak selesa kepada pesakit. Anak-anak muda juga akan
cenderung membuat bising akibat bosan. Perkara ini bukan sahaja tidak
beradab terhadap pesakit malah mengganggu doktok, jururawat dan pesakit
lain.

 Menceritakan pengalaman yang boleh menyebabkan pesakit risau dan takut


Contohnya kita terlibat dalam satu kemalangan kenderaan dan pesakit juga
sakit disebabkan perkara yang sama. Niat kita hanyalah untuk membantu
namun dari perspektif pesakit ia hanya akan menimbulkan kerisauan yang
seterusnya mematahkan harapan pesakit daripada ingin cepat sembuh.

 Menggunakan tandas pesakit di hospital(ward)


Ada pesakit yang berkongsi tandas dengan pesakit-pesakit lain yang sebilik
dengannya. Jika kita menggunakan kemudahan tersebut maka kita telah
membawa kesusahan. Contohnya, kita menggunakan tandas ini pada masa
yang sama pesakit berasa mual namun tandas tersebut sedang digunakan.
4. Terangkan perasaan pesakit jika kita tidak mengamalkan adab-adab menziarahi
pesakit dengan betul.
 Malu
-Jika ahli keluarga pesakit sendiri yang datang secara berkumpulan dan
membuat bising maka pesakit yang akan berasa malu kerana secara tidak
langsung dia telah membawa sumber yang menganggu ketenteraman pihak
lain.

-Apabila datang tanpa maklum pesakit wanita tidak sempat untuk menutup
aurat oleh itu dia akan terkedu dan tercalar maruahnya kerana aurat wanita
adalah aset yang berharga buat dirinya.

 Letih
Walaupun mereka yang menziarahi datang pada lewat malam namun pesakit
masih dikira sebagai tuan rumah. Tanpa disedari mereka yang melawat
dianggap beban dan menyusahkan kerana pesakit perlulah melayan tetamu
dengan baik sehingga mereka pulang walaupun tidak dalam keadaan terdaya.

 Marah
Pesakit juga akan berasa marah apabila yang menziarahinya tidak
mengamalkan adab dan etika di hospital contohnya baring di atas katil pesakit
lain, meluangkan masa yang terlalu lama, menanyakan pelbagai soalan dan
terutama sekali yang semakin menjadi-jadi adalah mereka yang menziarahi
asyik menggunakan gajet tanpa membuat sebarang perbualan.

5. Berikan maksud orang kurang upaya.

Kelainan upaya, kehilangan upaya, kurang upaya atau ketakdayaan merupakan suatu


keadaan yang dianggap mengurangkan fungsi atau keupayaan seseorang jika
dibandingkan dengan ukuran biasa masyarakat. Istilah ini biasanya digunakan untuk
merujuk kepada fungsi individu seperti kelemahan fizikal, deria, kognitif, intelektual
atau kesihatan mental. Kehilangan upaya ini boleh terjadi sejak lahir atau
kemudiannya.

Individu yang mengalami keadaan ini digelar orang kurang upaya (OKU). Sesetengah


orang pula menggunakan istilah orang istimewa atau orang cacat.

6. Mengapakah kita perlu menghormati dan melayani mereka dengan cara yang baik?
 Mengeratkan ukhwah sesama anggota masyarakat agar hidup diberkati Allah
SWT
 Menimbulkan rasa dihargai dalam diri orang kurang upaya kerana mendapat
perhatian dan keistimewaan.
 Memupuk sifat kebersamaan terhadap semua golongan masyarakat agar
perpaduan dapat diwujudkan.
 Orang kurang upaya tidak akan berasa sebagai mereka adalah golongan yang
‘pelik’ dan terpinggir.

7. Apakah hikmah di sebalik wujudnya orang kurang upaya ini kepada kita?
Memberikan ikhtibar kepada orang lain
Setiap dugaan yang berlaku sebenarnya mengandungi banyak maksud tersirat dan
ingatan yang bukan sahaja buat mereka yang ditimpa musibah tetapi juga buat seluruh
umat manusia.

Kita juga dapat perhatikan bahawa OKU menggunakan semua nikmat yang diberi
Allah dengan sepenuhnya. Salah satu contoh adalah kita pernah lihat atau dengar
kisah orang OKU yang menggunakan kaki untuk melukis dan mengecat lalu hasil seni
ini dijual sebagai sumber sara hidup. Juga OKU yang terkenal adalah Nick Vujicic
yang mampu berenang dan bermain bola walaupun tiada kaki dan tangan. Beliau juga
adalah penceramah motivasi.

Bagi mereka yang berfikir dan belajar mengambil pengajaran dari setiap situasi maka
mereka pasti dapat konklusikan bagaimana Allah SWT boleh menurunkan bencana
dan dugaan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Mudah kata, tiada siapa yang
boleh lari daripada rancangan dan ujian Allah dan hanya mereka yang beriman dan
bertakwa sahaja yang mampu tenang di saat berlakunya musibah.

Daripada contoh yang dinyatakan, wajarlah diperkatakan bahawa kita yang sempurna
sifat dan tubuh badan lebih mampu untuk melakukan amalan-amalan kebaikan. Jika
masih enggan, jelaslah bahawa seseorang itu sendiri yang menzalimi nikmat yang
telah dipinjamkan.

8. Andaikan anda sebagai seorang yang kurang upaya layanan bagaimanakah yang anda
mahukan?

 Seperti yang kita dapat lihat di Malaysia sendiri terdapat kemudahan untuk
OKU seperti tempat parking di pusat membeli-belah dan tandas awam. Namun
ini masih tidak mencukupi dan banyak yang perlu di tambah untuk OKU.
Contohnya masjid, bank, R&R dan sebagainya. Tempat-tempat seperti ini
perlu perbanyakkan lagi kemudahan mesra OKU. Contohnya:
o Setiap masjid seharusnya mempunyai al-Quran bertulisan braille bagi
mereka yang buta.
o Dewan makan di R&R sepatutnya menyediakan tempat duduk yang
luas dan lapang bagi mereka yang membawa kerusi roda.
o Kemudahan awam seperti LRT dan MRT menyediakan lif bukan
sahaja eskalator agar mereka yang menggunakan kerusi roda atau buta
atau menggunakan tongkat dapat bergerak dengan pantas.

 Antara kekurangan yang paling ketara adalah penerimaan warga OKU dalam
bidang pekerjaan. Masih banyak lagi syarikat besar mahupun kecil
memandang rendah akan kebolehan dan kecekapan seseorang semata-mata
mereka berada dalam golongan OKU. Mereka sepatutnya mendapat peluang
pekerjaan sama seperti yang lain.

Perkara yang perlu dikurangkan adalah prejudis dan diskriminasi terhadap


golongan OKU dan perkara yang perlu dipertambahbaikan adalah persekitaran
syarikat yang mesra golongan OKU.

 Akhir sekali adalah kita dapat lihat di mana murid-murid di sekolah rendah
dan menengah perlu belajar tulisan berangkai/’cursive writing’ sebagai ilmu
yang akan digunakan sewaktu surat menyurat. Pembelajaran ini tidak
dinafikan akan objektifnya untuk mengajar pelajar menjadi lebih kreatif dan
formal.

Namun pada pendapat saya, sebagai orang OKU ataupun tidak, aktiviti atau
pembelajaran ini boleh ditambah atau digantikan dengan bahasa isyarat(ASL).
Bagi pelajar tahap 1(darjah 1,2 dan 3) yang belajar daripada contoh terdekat,
pendidikan bahasa isyarat sebenarnya mendedahkan mereka dengan lebih awal
bahawa golongan OKU juga adalah golongan yang berhak menerima layanan
sama seperti mereka(yang sempurna sifat). Pendidikan ini juga dapat
memupuk sifat kasih sayang, hormat-menghormati juga zero in difference.

Anda mungkin juga menyukai