Anda di halaman 1dari 3

PERJUMPAAN AKTIVITI KOKURIKULUM BERSEPADU (SUKAN DAN PERMAINAN)

(19/08/2022) - JUMAAT

NAMA MURID : ________________________________________________


TAHUN : ________________________________________________
KELAS : ________________________________________________
TANDAKAN (/) SUKAN DAN PERMAINAN MURID

BOLA SEPAK BADMINTON


BOLA KERANJANG BOLA JARING
BOLA TAMPAR BOLA BALING
OLAHRAGA CATUR

DIKELOLAKAN OLEH : BOLA BALING


KEMAHIRAN MENJARING PERMAINAN BOLA BALING

Kemahiran Menjaring

Terdapat sekurang-kurangnya empat jenis


jaringan gol dalam permainan bola baling,
iaitu jaringan atas kepala, jaringan dari
bawah lengan, jaringan lompat dan jaringan
sisi.

1) Jaringan dari atas kepala.

Jaringan dari atas kepala ialah jaringan


biasa dan mudah dilakukan, serta mudah
pula mendapatkan gol. Jaringan ini juga
paling disukai oleh pemain-pemain baru.
Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain
dalam kedudukan statik dan kedudukan
bergerak atau berlari.

2) Jaringan dari bawah lengan

Umumnya, jaringan ini kurang berkesan


untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain
yang berbadan tinggi. Kadang-kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada
kawalan atau pertahanan rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan.

3) Jaringan lompat

Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi perkara yang
terpenting dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak tiga langkah ke depan sebelum
membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan, terutamanya bagi pemain-pemain beru,
namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan yang berbahaya. Hal ini terjadi kerana dalam
kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan
selepas serangan pantas. Biasanya jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di
puncak lompatan.

4) Jaringan sisi

Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan lawan,
penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal. Pemain tangan kanan
berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba dia akan mengangkat
kaki kanannya, menggerakan badannya ke kiri, dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendaratdi sisi,
pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya, membawa bola lebih rendah lalu
membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara
mengejut.

SILA JAWAB SOALAN DENGAN MENANDA BULAT PADA PILIHAN JAWAPAN YANG BETUL.

1).Berapakah jenis jaringan dalam permainan bola baling?


A) 6
B) 4
C) 10
2.) Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan
bergerak atau berlari. Pernyataan ini merujuk kepada contoh jaringan:

A) Jaringan Sisi
B) Jaringan Lompat
C) Jaringan Atas Kepala

3.) Jaringan Lompat memerlukan pemain untuk bergerak beberapa langkah


kehadapan. Nyatakan berapa langkah yang diperlukan:
A) 3
B) 6
C) 9
4.)Berikut merupakan teknik yang betul ketika melakukan jaringan sisi, kecuali:
A) Pemain membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan
pemain lawan

B) Pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau berlari.


C) Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain
lawan

Anda mungkin juga menyukai