Anda di halaman 1dari 12

PIALA MYKID

B-9 TAHUN & B-12 TAHUN

“GRASSROOTS, THIS IS WHERE IT ALL BEGINS”

PEK INFORMASI 2019


ISI KANDUNGAN

1. 6.
PENGENALAN PENDAFTARAN
Piala MyKid Pendaftaran pemain,
ms1 wang sumbangan
ms7

2.
FORMAT 7.
Format pertandingan KOD ETIKA
ms2 Garis panduan untuk
pemain, jurulatih dan
ibubapa
3. ms8
VENUE
Susun atur padang dan
saiz tiang gol 8.
ms4 UNDANG-UNDANG
Undang-undang
4. perlawanan
JADUAL ms9
Tarikh perlawanan dan
venue
ms5

5.
HADIAH
Hadiah
ms6
PENGENALAN
Menyediakan pertandingan bola sepak yang kompetitif antara
sekolah-sekolah rendah di Negeri Melaka

Kepada para guru dan jurulatih

Selamat menyertai keluarga MPSFL! Adalah satu penghormatan bagi kami menjemput
anda menyertai Kejohanan Bola Sepak 7-sebelah Piala Mykid edisi pertama pada tahun
2019 ini.

Dengan matlamat menyediakan perlawanan yang kompetitif peringkat akar umbi,


MPSFL menawarkan perlawanan secara karnival di venue yang terbaik. 2019 adalah
musim yang pertama dan diharapkan berjalan dengan jayanya.

Kejohanan ini akan berlangsung pada 12 Oktober 2019 sempena Bulan Sukan Negara.
Venue adalah terbaik dan memenuhi kriteria pertandingan.

Akhir sekali, kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada
pihak MPKK Gedong Lalang, MPKK Kampung Pinang Harapan, MPKK Pulau Gadong,
MPKK Paya Mengkuang dan MPKK Bukit Kechil kerana memberi sokongan dan penajaan
yang baik. Dengan sokongan ini membolehkan liga MPSFL ini menjangkau lebih banyak
penyertaan daripada sekolah-sekolah, sekaligus mengembangkan bola sepak akar
umbi.

Sila lihat pek informasi di bawah dan kami tidak sabar untuk mendengar maklum balas
daripada anda.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

1|MPSFL19
FORMAT
Adalah matlamat kami untuk membina satu format yang bersesuaian dengan setiap
pasukan bagi memastikan perlawanan yang berdaya saing dan sesuai untuk pemain
menimba pengalaman. Berikut adalah format kejohanan.
___________________________________________________________________

PIALA MYKID B-9

20 pasukan
Pasukan akan bertanding dalam peringkat kumpulan diikuti dengan kalah-singkir

PERINGKAT . KUMPULAN
Perlawanan secara liga
4 kumpulan
5 pasukan setiap kumpulan

SUKU AKHIR
2 terbaik setiap kumpulan masuk pusingan kalah-singkir (suku akhir)

SEPARUH AKHIR
Pemenang suku akhir berentap di separuh akhir

3/4 dan AKHIR


Pemenang separuh akhir akan berentap di peringkat akhir.
Kalah separuh akhir akan merebut tempat ke-3/4.

__________________________________________________________________

2 x 7 MINS

2|MPSFL19
FORMAT
Adalah matlamat kami untuk membina satu format yang bersesuaian dengan setiap
pasukan bagi memastikan perlawanan yang berdaya saing dan sesuai untuk pemain
menimba pengalaman. Berikut adalah format kejohanan.
___________________________________________________________________

PIALA MYKID B-12

32 pasukan
Pasukan akan bertanding dalam peringkat kumpulan diikuti dengan kalah-singkir

PERINGKAT . KUMPULAN
Perlawanan secara liga
8 kumpulan
4 pasukan setiap kumpulan

PUSINGAN KEDUA
2 terbaik setiap kumpulan masuk pusingan kalah-singkir

SUKU AKHIR
Pemenang pusingan kedua layak ke suku akhir

SEPARUH AKHIR
Pemenang suku akhir berentap di separuh akhir

3/4 dan AKHIR


Pemenang separuh akhir akan berentap di peringkat akhir.
Kalah separuh akhir akan merebut tempat ke-3/4.
__________________________________________________________________

2 x 7 MINS 50 x 35 METRES

3|MPSFL19
VENUE

Perlawanan akan diadakan di beberapa buah skolah yang dipilih. Keselamatan pemain
adalah sangat penting. Jika petir berlaku, kita akan menangguhkan permainan pada
hari tersebut dan digantikan pada masa akan datang

SUSUN ATUR PADANG

TIANG GOL

B-9 B-12

12’ x 6’ 5m x 2m

4|MPSFL19
JADUAL PERLAWANAN

Perlawanan secara karnival sehari.

FASA PERLAWANAN TARIKH VENUE

Peringkat Kumpulan Padang Dataran


1 12/10/2019
(Liga 1 pusingan) Klebang

Peringkat Kalah-Singkir
Padang Dataran
2 (*Pusingan kedua, Suku Akhir, 12/10/2019
Klebang
Separuh Akhir, 3/4 dan Akhir)

*Bawah 12 Tahun sahaja

5|MPSFL19
HADIAH
Berikut adalah hadiah untuk setiap kategori. Semua hadiah akan disampaikan pada
hari kejohanan.

___________________________________________________________________

JUARA 2nd to 4th


B-9

JUARA 2nd to 4th


B-12

6|MPSFL19
PENDAFTARAN
Setiap pasukan boleh mendaftar maksimum 9 pemain. Hanya pemain sekolah tersebut
layak bermain. Pasukan TIDAK DIBENARKAN mendaftar pemain sekolah lain.

___________________________________________________________________

HAD TARIKH LAHIR


B-9 Tahun
Setiap pemain mestilah lahir pada 1 Januari 2010 dan selepas

B-12 Tahun
Setiap pemain mestilah lahir pada 1 Januari 2007 dan selepas

__________________________________________________________________

BANTAHAN PEMAIN LEBIH UMUR DAN PEMAIN LUAR


Sekiranya pasukan menggunakan pemain lebih umur ataupun pemain luar atau
kedua-duanya sekali, pasukan tersebut akan disingkirkan daripada pertandingan.
Kemenangan 3-0 akan diberikan kepada pihak lawan.

___________________________________________________________________

WANG SUMBANGAN PERTANDINGAN


RM 70

___________________________________________________________________

TARIKH TUTUP
5 OKTOBER 2019

7|MPSFL19
KOD ETIKA PERTANDINGAN
MPSFL bertujuan menyediakan persekitaran sukan yang positif dikalangan pemain,
jurulatih dan ibubapa. Oleh itu, semua pihak diwajibkan mematuhi kod etika yang
disenaraikan di bawah. Kegagalan mematuhi akan menyebabkan pasukan disingkirkan
daripada pertandingan.

1.
Sentiasa memberi galakan dan komen yang positif kepada kedua-dua belah pihak.
Bahasa kasar atau kata-kata kesat tidak akan diterima.

2.
Mengkritik atau mengganggu pegawai, jurulatih, pihak lawan atau peminat tidak akan
diterima.

3.
Sebarang penggunaan minuman alkohol, dadah atau tembakau semasa permainan
adalah dilarang sama sekali.

4.
Anda bertanggungjawab ke atas semua ahli keluarga dan rakan yang hadir untuk
menyaksikan perlawanan.

5.
Ibubapa tidak dibenarkan memalsukan umur sebenar anak-anak.

6.
Ibubapa dilarang dalam sebarang percubaan untuk melihat latihan pihak lawan.

7.
Ibubapa tidak boleh menekan atau mengganggu staf kejurulatihan mengenai masa
permainan anak-anak mereka.

8.
Ibubapa, pemain dan jurulatih akan menghormati semua jurulatih, pengadil dan
pemain lawan sepanjang masa dan sentiasa mengamalkan semangat kesukanan
dalam semua perlawanan dan latihan.

9.
Jurulatih tidak boleh melanggar peraturan pertandingan untuk kepentingan sendiri.

10.
Jurulatih dilarang dalam sebarang percubaan untuk melihat latihan pihak lawan.

11.
Jurulatih tidak dibenarkan memasukkan pemain yang cedera. Keselamatan pemain
diutamakan berbanding perlawanan.

8|MPSFL19
UNDANG-UNDANG
PERTANDINGAN
Semua pertandingan dan perlawanan dalam kejohanan ini adalah berpandukan
kepada ketetapan Jawatankuasa Kejohanan.

1. FORMAT PERLAWANAN
Permainan 7 sebelah
Masa perlawanan adalah 2 x 7 minit
Saiz padang B-9: 45m x 30m & B-12: 50m x 35m

2. UNDIAN
Tertakluk kepada Jawatankuasa Kejohanan. Senarai perlawanan akan diedarkan
kepada semua pasukan melalui Whatsapp, emel atau Facebook.

3. PEMAIN
Kelayakan pemain:
Lahir 2010 dan selepas bagi B-9 Tahun
Lahir 2007 dan selepas bagi B-12 Tahun
Setiap pasukan boleh mendaftar pemain sehingga 9 pemain. Semua pemain mestilah
mematuhi had umur. Sekiranya pasukan tidak memaksimumkan skuad mereka, mereka
boleh mendaftarkan pemain sepanjang pertandingan.

4. KASUT
Pemain boleh memakai kasut bola sepak tapak plastik. Sebarang tapak logam tidak
dibenarkan. Pemakaian alas betis

5. BOLA
Saiz 4.

6. KAD KUNING dan MERAH


Kad Merah, pemain digantung 2 perlawanan. 2 kad kuning sekaligus digantung 1
perlawanan. 3 kad kuning terkumpul digantung 1 perlawanan.

7. OFSAID
Tiada ofsaid.

8. TENDANGAN GOL dan SEPAK MULA


Tidak dibenarkan menjaring gol secara terus daripada tendangan gol dan sepak mula.

9. BILANGAN MINIMUM PEMAIN


Bilangan minimum pemain di dalam padang adalah 4. Kegagalan menyediakan
bilangan minimum pemain, kemengan 3-0 akan diberikan kepada pihak lawan.

9|MPSFL19
10. PERTUKARAN PEMAIN
Penggantian boleh dilakukan pada bila-bila masa semasa perlawanan dengan
kebenaran pengadil. Pemain gantian perlu menunggu sehingga pemain keluar
daripada kawasan perlawanan. Bagi pertukaran penjaga gol, pasukan perlu
memberitahu pengadil apabila bola keluar daripada permainan. Pemain yang telah
diganti dibenarkan untuk bermain semula (pertukaran secara rolling substitution)

11. HAD MASA


Maksimum 3 minit diberikan selepas tiupan wisel permulaan perlawanan. Kegagalan
pasukan berada di dalam padang selepas had masa diberikan akan menyebabkan
pihak lawan diberikan kemenangan 3-0.

12. SISTEM MATA


Menang: 3 mata Seri: 1 mata Kalah: 0 mata

13. PENENTUAN KEDUDUKAN


Kiraan mata. Jika sama, perbezaan gol diambil kira. Seterusnya jumlah jaringan lebih
banyak. Jika sama, keputusan perlawanan antara kedua-dua pasukan diambilkira. Jika
sama lagi, fair-play diambil kira. Lambungan syiling diambilkira sekiranya masih sama.

Di peringkat kalah-singkir, sekiranya kedua-dua pasukan seri, sepakan penalti akan


diambil. (3+1+1)

14. CUACA
Sekiranya padang tidak sesuai untuk bermain disebabkan oleh hujan, kilat atau atas
sebab-sebab lain, Jawatankuasa Kejohanan berhak membuat keputusan atau
mengubah format pertandingan.

15. KUASA MEMBUAT KEPUTUSAN


Sekiranya berlaku protes atau pertikaian, Jawatankuasa Kejohanan merupakan
bidang kuasa tunggal dalam menyelesaikan perkara tersebut.

16. INSURANS
Adalah sangat disyorkan setiap pasukan mendapatkan perlindungan insurans mereka
sendiri sebelum bermain. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab untuk sebarang
kemalangan, kecederaan atau kematian yang mungkin berlaku semasa pertandingan
ini dijalankan.

Menurut Perintah:
Jawatankuasa Kejohanan
Piala MyKid

10 | M P S F L 1 9

Anda mungkin juga menyukai