Anda di halaman 1dari 5

KESAN PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI

TERHADAP PENCAPAIAN MATA PELAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN EMPAT

AEIZLIN BINTI MOHD OMAR

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

2019
KESAN PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI

TERHADAP PENCAPAIAN MATA PELAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN EMPAT

AEIZLIN BINTI MOHD OMAR

Tesis Yang Dikemukakan Kepada Fakulti Pendidikan

Universiti Malaya Sebagai Memenuhi Keperluan Untuk

Ijazah Sarjana Pendidikan

2020
PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN
Nama : Aeizlin binti Mohd Omar (No KP : 821102055212)
No. Pendaftaran/Matrik : PGW130004
Nama Ijazah : Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Seni)
Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis (“Hasil Kerja Ini”):
Kesan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Terhadap Pencapaian Mata Pelajaran
Pendidikan Seni Visual Tahun Empat
Bidang Penyelidikan : Pendidikan Seni Visual
Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:
(1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis hasil kerja ini;
(2) Hasil kerja ini adalah asli;
(3) Apa-apa penggunaan mana-mana Hasil Kerja yang mengandungi hakcipta telah
dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa
petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana
Hasil Kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan
secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya
telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini;
(4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya
tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain;
(5) Saya dengan in menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam
hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya mula dari
sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa
pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua cara
sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM;
(6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah
melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya,
saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana
yang diputuskan oleh UM.
Tandatangan Calon: Tarikh:
Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan,
Tandatangan Saksi Tarikh:
Nama :
Jawatan :
ABSTRAK

(....................topik................)

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan Pembelajaran Berasaskan Inkuri (PBI)
terhadap pencapaian mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) dari aspek
pengalaman konkrit, pemerhatian refleksi, konseptual abstrak dan eksperimen aktif
murid Tahun Empat. Kerangka teori kajian ini adalah bersumber daripada model
Inquiry-based learning (IBL) Dewey (1916) dan Kolb (2015). Kajian ini menggunakan
kaedah eksperimen, Responden kajian adalah melibatkan 30 orang murid bagi
kumpulan rawatan dan 30 orang lagi bagi kumpulan tradisional. Sebanyak sebelas kali
sesi rawatan dan tradisional telah dijalankan oleh pengkaji bagi proses mengumpulkan
data. Instrumen kajian adalah melibatkan lapan set Rancangan Pengajaran PBI dan ujian
PSV yang mengandungi 20 soalan berkait dengan keempat-empat aspek yang dikaji.
Kesemua instrumen yang digunakan sepanjang kajian ini telah melalui proses kesahan
dan kebolehpercayaan yang wajar. Data-data kajian deskriptif telah dianalisis dengan
menggunakan peratus, min dan sisihan piawai. Manakala data inferens dianalisis
menggunakan Ujian Korelasi, Ujian–T dan Ujian ANOVA Sehala. Dapatan kajian
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi pencapaian kumpulan rawatan
berbanding kumpulan tradisional. Kumpulan rawatan menunjukkan pencapaian
cemerlang dalam ujian PSV dari aspek pemerhatian reflektif, konseptual abstrak dan
pengalaman konkrit murid. Bagaimanapun, pencapaian murid kumpulan tradisional
hanya didapati cemerlang dari aspek konseptual abstrak sahaja. Dapatan kajian
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan untuk faktor bangsa murid bagi
pencapaian ujian PSV dalam semua aspek yang diuji. Secara keseluruhannya, dapatan
kajian ini menunjukkan pembelajaran menggunakan kaedah PBI dapat meningkatkan
pencapaian murid dalam mata pelajaran PSV bagi keempat-empat aspek yang dikaji.
Implikasi kajian ini mencadangkan penggunaan PBI yang lebih meluas dalam mata
pelajaran PSV khususnya bukan sahaja di peringkat sekolah rendah, tetapi juga di
sekolah menengah.

Kata Kunci : Pendidikan Seni Visual, Pengalaman Konkrit, Pemerhatian Refleksi,


Konseptual Abstrak, Eksperimen Aktif
ABSTRACT

(....................topik................)

The purpose of this study is to examine the effect of Inquiry Based Learning (PBI) on
the achievement of Visual Arts Education (PSV) subjects in terms of concrete
experience, reflection observation, abstract conceptualisation and active
experimentation of Year Four pupils. Theoretical framework of this study is based on
Inquiry-based learning (IBL) Dewey (1916) and Kolb (2015) models. This study uses a
quasi-experimental method. Respondents of the study involved 30 pupils for the
treatment group and 30 more for the traditional group. A total of eleven sessions test
each were conducted for both traditional and treatment groups by the researcher for the
data collection process. The research instrument involved eight sets of PBI Teaching
Plans and PSV tests containing 20 questions related to the four aspects studied. All
instruments used throughout the study have gone through the validity and reliability
process. Descriptive research data were analysed using percentage, mean and standard
deviation. While inference data was analysed using Correlation Test, T-Test and One
Way ANOVA Test. The findings showed that there were significant differences in the
achievement of the treatment group compared to traditional groups. Treatment groups
demonstrate excellent achievement in PSV testing in terms of reflective observation,
abstract conceptualisation and concrete experiences of pupils. However, the
achievement of traditional group pupils was only outstanding in abstract
conceptualisation aspects. The findings showed that there is no significant difference in
the pupils’ racial factor for the achievement of the PSV test in all aspects tested.
Overall, the findings showed that learning using PBI method was able to improve
pupils' achievement in PSV subjects for all four aspects studied. The implication of this
study suggests a more widely used PBI in PSV subjects not only at primary level, but
also in secondary school.

Keyword: Visual Art Education, Concrete Experience, Reflection Observation, Abstract


Conceptualisation, Active Experimentation

Anda mungkin juga menyukai