Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN PEKA 2

Kaji situasi di bawah.

Rajah 1 menunjukkan jumlah kalori dua set cadangan hidangan makan tengah
hari, A dan B.

A B

950 Kalori 250 Kalori

Rajah 1

Berdasarkan pemerhatian situasi di atas, rancang dan jalankan satu eksperimen


untuk mengkaji situasi tersebut.

Di akhir eksperimen, anda perlu menulis satu laporan eksperimen yang lengkap dan
mengolah data dalam set komunikasi yang sesuai dan menjawab soalan berikut:

1. Nyatakan inferens bagi pemerhatian dalam eksperimen ini.


2. Nyatakan hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dengan
Pemboleh ubah bergerakbalas.
3. Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi nilai
kalori.

4. Pada pendapat anda, cadangkan bagaimana seseorang yang telah


mengambil set A bagi makan tengah harinya untuk membakar kalori dalam
badan mereka.
5. Berdasarkan dapatan eksperimen ini, cadangkan penambahbaikan untuk
mendapatkan data yang lebih jitu/tepat.
6. Adakah data yang anda peroleh sah? Berikan alasan anda.

7. Nyatakan kesimpulan bagi eksperimen ini.

Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap


saintifik dan nilai murni akan dinilai.

1|TUGASAN PEKA2/2022 | CikguRosiahSMKBBST


TAJUK 2.1 NILAI KALORI DALAM MAKANAN

1) Pernyataan Mengapakah nilai kalori set hidangan makan tengah hari A


masalah lebih tinggi berbanding set hidangan makan tengah hari B?

2) Hipotesis Makanan berlemak mengandungi kalori yang lebih tinggi


berbanding makanan mengandungi protein dan
karbohidrat.
3) Tujuan Untuk menganggarkan nilai kalori dalam beberapa sampel
makanan dengan menggunakan kalorimeter.

4) Pemboleh ubah
a) dimanipulasikan Jenis sampel makanan
b) bergerakbalas Kenaikan suhu air suling / nilai kalori sampel makanan
c) dimalarkan Jisim sampel makanan, Jisim air

5) Radas dan bahan Tabung didih, termometer, kaki retort, penghadang, 1 gram
kacang tanah, 1 gram ikan bilis, 1 gram roti, air suling,
plastisin, jarum dan kapas

6) Susunan radas dan


bahan

Termometer

Kapas

Tabung
didih
Kaki retort
Air suling

Penghadang
Kacang
tanah
Plastisin

7) Prosedur 1. Sediakan susunan radas seperti dalam rajah di atas.

2. Masukkan 10 gram air suling ke dalam tabung didih. Suhu


awal air suling, T1 dalam tabung didih diambil
menggunakan termometer dan dicatat dalam jadual.

3. 1 gram kacang tanah dinyalakan menggunakan


pemetik api. Perhati dan rekodkan suhu akhir air
suling, T2, sehingga kacang tanah habis terbakar.

2|TUGASAN PEKA2/2022 | CikguRosiahSMKBBST


4. Ulang langkah 1 hingga 3 menggunakan ikan bilis dan
roti.

5. Nilai kalori setiap sampel makanan dihitung


menggunakan formula di bawah.

Nilai kalori sampel makanan

4.2 Jg-1oC-1 x Jisim air (g) x Kenaikan suhu air (oC)


=
Jisim sampel makanan (g) x 1000

8) Pemerhatian

30.0 51.0

30.0 47.0
30.0 48.0

Nilai kalori sampel makanan

4.2 Jg-1oC-1 x Jisim air (g) x Kenaikan suhu air (oC)


=
Jisim sampel makanan (g) x 1000

Nilai kalori 4.2 x 10 x 22.0


Kacang tanah = = 0.92 kJg-1
1 x 1000

Nilai kalori 4.2 x 10 x 18.0


Ikan bilis = = 0.76 kJg-1
1 x 1000

Nilai kalori 4.2 x 10 x 19.0


Roti = = 0.80 kJg-1
1 x 1000

3|TUGASAN PEKA2/2022 | CikguRosiahSMKBBST


9) Mentafsir data

10) Perbincangan 1. Nilai kalori dalam kacang tanah paling tinggi kerana
kacang tanah kaya dengan lemak.

2. Nilai kalori dalam sampel makanan berlemak lebih tinggi


berbanding nilai kalori dalam sampel makanan yang
mengandungi karbohidrat dan protein.

3. Nilai kalori ialah nilai tenaga yang ditunjukkan oleh


kenaikan suhu air suling apabila 1 gram makanan
lengkap terbakar dalam kalorimeter.

4. Nilai kalori set cadangan makan tengah hari A lebih


tinggi kerana mengandungi lemak dan gula yang tinggi,
manakala set cadangan makan tengah hari B pula
mengandungi karbohidrat dan protein.
Seseorang yang telah mengambil set A bagi makan
tengah harinya perlu melakukan aktiviti fizikal seperti
bersenam untuk membakar lebihan kalori dalam badan
mereka.
Di samping itu, mengamalkan pengambilan gizi

4|TUGASAN PEKA2/2022 | CikguRosiahSMKBBST


seimbang melalui Konsep Pinggan Sihat Malaysia (suku
bahagian pinggan diisi dengan sumber karbohidrat,
suku pinggan diisi dengan sumber protein dan separuh
pinggan lagi diisi dengan buah dan sayur).

5. Nilai kalori dalam sampel makanan yang ditentukan


dengan menggunakan kalorimeter lebih kecil daripada
nilai kalori dalam sampel makanan yang sebenar kerana
sebahagian tenaga hilang ke persekitaran sebagai
tenaga haba.

Cadangan penambahbaikan untuk mendapatkan data


yang lebih jitu/tepat:
i) Pastikan sampel makanan dibakar sepenuhnya
sebelum membaca suhu akhir air suling.
ii) Pastikan sampel makanan yang dibakar diletakkan
sedekat yang mungkin dengan tabung didih.
iii) Menggunakan penghadang bagi memastikan
tenaga haba daripada pembakaran sampel
makanan dapat diserap sepenuhnya oleh air suling
dan tidak terbebas ke persekitaran.

6. Data yang diperolehi adalah sah kerana langkah


berjaga-jaga telah diambil dan eksperimen dijalankan
sebanyak 3 kali untuk mendapatkan nilai purata kalori
bagi setiap sampel makanan.

11) Kesimpulan Hipotesis diterima.


Makanan berlemak mengandungi kalori yang lebih tinggi
berbanding makanan yang mengandungi protein dan
karbohidrat.

5|TUGASAN PEKA2/2022 | CikguRosiahSMKBBST

Anda mungkin juga menyukai