Anda di halaman 1dari 16

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/362134000

Perjuangan Dakwah Haji Hassan bin Panglima Mat Munas (Tok Janggut) di
Tanah Melayu

Article · July 2022

CITATIONS READS

0 757

8 authors, including:

Ainur Aisyah Norharidan Khazri Osman


Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia
1 PUBLICATION   0 CITATIONS    184 PUBLICATIONS   29 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Seminar Tokoh Dakwah 1.0 (SEDAKWAH) 2021 View project

KETOKOHAN ENCIK SHAHROL WIZAN DALAM BIDANG DAKWAH View project

All content following this page was uploaded by Ainur Aisyah Norharidan on 20 July 2022.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


SEMINAR DAKWAH & WAHDAH AL-UMMAH 2022,
Interaksi Dakwah di Malaysia Merentas Zaman,
14-15 Julai 2022, Fakulti Pengajian Islam, UKM

PERJUANGAN DAKWAH HAJI HASSAN BIN PANGLIMA MAT MUNAS (TOK


JANGGUT) DI TANAH MELAYU
The Struggle of Dakwah Haji Hassan bin Panglima Mat Munas (Tok Janggut) in Malaysia

Ainur Aisyah Norharidan


Calon Prasiswazah, Pusat Kajian Arab dan Tamadun Islam
Fakulti Pengajian Islam, UKM
a179526@siswa.ukm.edu.my

Khazri Osman
Pensyarah, Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan
Fakulti Pengajian Islam, UKM
khazri@ukm.edu.my

ABSTRAK: Dakwah Islamiah adalah satu pekerjaan yang amat mulia di sisi Allah SWT.
Tanggungjawab dakwah perlu digalas oleh semua muslimin dan muslimat melalui pelbagai
cabang dan kemampuan yang dimiliki oleh kemahiran masing-masing dimana ia dilaksanakan
dalam pelbagai bentuk dan insiatif yang selari dengan keadaan individu yang menjadi sasaran
dakwahnya. Konsep dakwah yang disyariatkan dalam Islam sejajar dengan perjuangan dakwah
Haji Hassan Bin Panglima Mat Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut di negeri
serambi Mekah. Tok Janggut telah menyahut seruan jihad mempertahankan agama Islam bagi
membebaskan Kelantan dari cengkaman penjajah di Tanah Melayu. Justeru, penulisan makalah
ini bertujuan untuk memerihalkan latar belakang Haji Hassan Bin Panglima Mat Munas,
menghuraikan sejauhmana faktor semangat jihad yang dibawa oleh Shaykhul Islam
Uthamaniyyah menyumbang kepada perjuangan Tok Janggut bagi mempertahankan wilayah
Islam di negeri Kelantan, kemudian mengenalpasti hubungkait konsep dakwah dengan
perjuangan Tok Janggut dalam menentang penjajahan British di Tanah Melayu. Dengan
menggunakan kajian kuantitatif yang berteraskan dokumen bertulis dan sejarah, data kajian ini
dapat dikumpulkan menerusi kaedah tekstual. Dapatan kajian ini mendapati bahawa
perjuangan Tok Janggut telah tumpas di tangan penjajah British dalam memperjuangkan syiar
Islam. Namun sebaliknya, semangat perjuangan dakwah beliau tidak padam begitu sahaja
sebaliknya menjadi pembakar semangat kepada pejuang-pejuang yang lain bagi membebaskan
wilayah Islam.
Kaca kunci: Dakwah, perjuangan, Haji Hassan, Tok Janggut, Tanah Melayu

ABSTRACT: Da’wah Islamiah is a very noble job in the sight of Allah SWT. The responsibility
of da'wah must be borne by all Muslims through the various branches and capabilities
possessed by their respective skills where it is implemented in various forms and initiatives that
are in line with the circumstances of the individual who is the target of da'wah. The concept of
da'wah prescribed in Islam is in line with the da'wah struggle of Haji Hassan Bin Panglima
Mat Munas or better known as Tok Janggut in the "porch of Mecca" state. Tok Janggut has
responded to the call for jihad to defend Islam to liberate Kelantan from the clutches of the
colonialists in Malaya. Thus, writing this paper aims to describe the background of Haji
Hassan Bin Panglima Mat Munas, and describe the extent to which factors of jihad brought by
1
Shaykhul Islam Uthamaniyyah contributed to the struggle of Tok Janggut to defend Islamic
territory in Kelantan, then identify the relationship between the concept of da'wah and the
struggle of Tok Janggut in opposing British occupation of Malaya. Using a quantitative study
based on written and historical documents, the data of this study were collected through textual
methods. The findings of this study found that the struggle of Tok Janggut was defeated at the
hands of the British colonialists in fighting for Islamic teachings. But on the other hand, the
spirit of his da'wah struggle is not extinguished just like that, it will be a source of
encouragement to other fighters to liberate Islamic territory.
Keywords: Dakwah, struggle, Haji Hassan, Tok Janggut, Malaya

1.0 PENGENALAN

Sebelum kemerdekaan, dakwah Islamiah di Tanah Melayu menghadapi cabaran yang besar
daripada serangan luar di mana penjajah telah menyusup masuk gerak Kristianisasi dan proses
sekularisasi yang menjadi ancaman kepada perkembangan dakwah di negara ini. Kehadiran
penjajah di Tanah Melayu telah memberi ancaman yang hebat kepada penduduk Tanah Melayu
daripada pelbagai sudut aspek seperti politik, ekonomi, sosial dan terutamanya agama Islam
(Abdul Ghafar dan Badlihisham, 2012). Di sebalik kejayaan mencapai kemerdekaan, wujudnya
peranan dan pengaruh perjuangan bangsa Melayu yang menuntut kemerdekaan. Sebagaimana
telah tercatat dalam sejarah, hasil dakwah yang sampai ke Tanah Melayu telah memberi kesan
yang mendalam dalam perjuangan kebangsaan Melayu membebaskan tanah air daripada
penjajah (Abu Bakar, 2003).
Perjuangan dakwah yang dilakukan oleh Tok Janggut merupakan satu pengorbanan
yang sangat mulia. Sebagaimana diketahui bahawa, dakwah adalah salah satu usaha bagi
menyeru manusia kembali ke landasan yang benar iaitu agama Islam, mengubah kebatilan
kepada kebenaran, keingkaran kepada ketaatan keluar dari kegelapan untuk menuju cahaya
Islam yang terang benderang secara zahir mahupun batin. Perjuangan dakwah yang dilakukan
oleh beliau selari dengan konsep dakwah dalam Islam. Tok Janggut berjuang menentang kuasa
Inggeris demi mempertahankan kesucian agama Islam dengan berbekalkan keberanian dan
kekuatan mengangkat senjata.
Kelantan telah terkenal dengan jolokan “Serambi Mekah” yang banyak mencatat
aktiviti dakwah sejak dahulu lagi. Sebagaimana dalam beberapa catatan penyelidikan, Kelantan
dianggap sebuah pusat pengajian Islam yang termasyhur di dunia Melayu khususnya pada
sekitar abda ke-19M. Namun, selepas kedatangan penjajah British di Tanah Melayu, usaha-

2
usaha dakwah yang dilakukan mendapat ancaman dan tentangan yang hebat daripada pihak
penjajah. Campur tangan yang dilakukan oleh pihak British telah menyebabkan berlakunya
penentangan di Kelantan yang dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Panglima Mat Munas atau
lebih dikenali sebagai Tok Janggut. Para sarjana dan masyarakat Kelantan juga tidak menafikan
ketokohan Tok Janggut sebagai ulama dan pendakwah yang hebat dalam menyumbang jasa
terhadap agama Islam.
Menurut Aladin dan Azrina (2019) mengatakan bahawa semangat jihad Islam
antarabangsa atas kejatuhan pemerintahan khalifah Islam terakhir iaitu Empayar Uthmaniah di
Turki akibat campur tangan British menjadi pencetus utama yang menyemarakkan perjuangan
menentang kuasa Barat. Sebagaimana telah dilakukan penelitian yang mendalam, bahawa
penduduk di Tanah Melayu membawa satu matlamat dan misi iaitu bangkit menentang
penjajahan dan menuntut kemerdekaan bagi membela maruah agama Islam dan bangsa Melayu
yang diinjak-injak oleh kuasa kaffir. Perkara ini selari dengan konsep Maqasid Daruri yang
menetapkan keperluan menjaga agama adalah lebih penting meskipun terpaksa berkorban
nyawa (Lukmanul Hakim, 2008).
Para ulama dan pendakwah tempatan kekal memberi sokongan padu dan semangat
motivasi bagi memastikan niat, hala tuju dan matlamat perjuangan mereka memenuhi syarat
jihad Islam (Rahimin Affandi, Muhammad Ikhlas & Nor Adina, 2017). Kehebatan para
pendakwah silam seperti Tok Janggut telah terbuki dalam bingkai sejarah melalui kesanggupan
berjuang mempertahankan agama, bangsa dan negara dari penjajah. Perjuangan beliau adalah
atas nama jihad kerana Allah SWT, bukan kerana harta mahupun pangkat namun demi
membela agama Islam dan tanah air semata-mata.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Setelah menelusuri sejarah secara terperinci, dapatlah diketahui bahawa ulama menyumbang
peranan yang besar dalam menggerakkan perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air seperti
Tok Janggut di Kelantan. Kerakusan penjajah telah memaksa pejuang-pejuang tanah air
menentang penjajah atas nama jihad kerana Allah SWT semata-mata sehingga menyebabkan
mereka ditahan, dipenjara, dibuang negeri dan ada juga yang gugur syahid di medan perang
seperti Tok Janggut bagi memperjuangkan kesucian Islam.
Tok Janggut tergolong dalam pejuang tempatan yang menyahut dan menuntut
kemerdekaan Tanah Melayu dari tangan penjajah. Namun, pengorbanan beliau kurang dijulang

3
dan didendangkan dalam sejarah pendidikan negara, sedangkan beliau turut menumpahkan
darah dan keringat berjuang demi negara dan agama. Malahan, terdapat beberapa sarjana
pentadbir telah menggambarkan sejarah Tok Janggut sebagai seorang pelampau, pengganas
dan penderhaka terhadap sultan dan melakukan rusuhan. Hal ini bertentangan dengan sejarah
tempatan kerana beliau merupakan ikon perjuangan tempatan yang menentang segala bentuk
perhambaan, penindasan dan kerakusan kuasa Barat yang sama sekali bertentangan dengan
ajaran Islam (Nik Haslinda, 2015).

Isu ini berbeza dengan negara jiran yang melakukan kajian dan penyelidikan ribuan
kertas kerja dan artikel mengenai para ulama dan pendakwah yang berjuang atas nama negara
dan agama Islam yang dikaji dan dibahaskan. Justeru, terdapat banyak lagi tokoh-tokoh
pendakwah dan ulama yang pernah aktif dalam perjuangan dakwah menuntut kemerdekaan
Malaysia yang masih belum dikaji dan diketengahkan oleh pakar sejarah dan ahli akademik
(Aisyah, Ahmad Sabri & Fairuzah, 2021). Oleh hal yang demikian, beberapa persoalan perlu
mendapat perhatian di dalam kajian ini:

1. Apakah latar belakang Haji Hassan Bin Panglima Mat Munas


2. Sejauh manakah faktor semangat jihad yang dibawa Shaykul Islam Uthmaniyyah
menyumbang kepada perjuangan Tok Janggut bagi mempertahankan wilayah Islam di
negeri Kelantan?
3. Apakah hubungkait antara konsep dakwah dengan perjuangan Tok Janggut dalam
menentang penjajahan British di Tanah Melayu?

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Menjelaskan latar belakang Haji Hassan Bin Panglima Mat Munas (Tok Janggut).
2. Menghuraikan sejauhmana faktor semangat jihad yang dibawa oleh Shkhul Islam
Uthamaniyyah menyumbang kepada perjuangan Tok Janggut bagi mempertahankan
wilayah Islam di negeri Kelantan.
3. Mengenalpasti hubungkait konsep dakwah dengan perjuangan Tok Janggut dalam
menentang penjajahan British di Tanah Melayu.

4
4.0 METODOLOGI KAJIAN

Bagi sistem pengumpulan statistik dan maklumat yang tepat, pengkaji akan menggunakan
pelbagai teknik supaya hasil kajian menepati sasaran yang diinginkan oleh pengkaji. Oleh itu,
pengkaji menggunakan kaedah sedemikian:

1. Kajian perpustakaan
Pengkaji telah melakukan kajian secara perpustakaan untuk mencapai fakta yang jelas dan
betul mengenai hasil kajian yang dijalankan. Ini merupakan kaedah utama untuk penyelidik
menganalisis dan mengumpul data yang telah ditentukan. Di samping itu, pendekatan ini
dilakukan dengan menggunakan bahan bacaan seperti buku, tesis, artikel dan bahan bertulis
yang berkaitan dengan tajuk kajian penyelidik.

2. Reka bentuk Kajian


Kajian ini berbentuk kajian kualitatif. Kaedah ini ialah penilaian saintifik terhadap dokumen
bertulis yang diterbitkan dalam jurnal berkualiti tinggi dan diindeks. Kaedah kajian kualitatif
digunakan untuk mendapatkan dan mengumpul data yang berkaitan. Matlamat utama kaedah
ini ialah penilaian saintifik terhadap dokumen bertulis, sama ada dokumen awam atau
persendirian.

5.0 ANALISIS, DAPATAN DAN PERBINCANGAN

5.1 BIOGRAFI TOK JANGGUT

Tok Janggut atau nama sebenar beliau ialah Haji Hassan bin Panglima Mat Munas.
Beliau dilahirkan pada tahun 1853 di Pasir Puteh. Ayahanda beliau merupakan Panglima Mat
Munas merangkap Panglima pertama kepada Baginda Seri Maharaja Tua Jeram (Raja Jeram).
Tok Janggut memiliki seorang abang yang bernama Mat Tahir yang meninggal dunia dalam
usia muda. Kematian Mat Tahir ini disifatkan oleh penduduk Kelantan sebagai “mati tikam
tandan” kerana meninggal dunia ketika usia remaja serta berlaku tanpa usul periksa.
Sebelum melanjutkan pelajaran ke Mekah, Tok Janggut telah menamatkan pengajian
peringkat asas iaitu pengajian al-Quran berdekatan dengan rumahnya. Setelah tamat 30 juzuk,
beliau menyambung pengajian di sebuah madrasah di Pasir Puteh. Beliau juga sempat belajar
ilmu mempertahankan diri daripada seorang penuntut senior yang berasal daripada
Minangkabau. Setelah melanjutkan pengajian di Mekah, Tok Janggut sempat berguru dengan

5
Syeikh Ahmad Fatani yang sering mengadakan majlis ilmu di sekitar Masidil Haram. Di sana,
tertanam kukuh di sanubari beliau bahawa gerakan jihad perlu dilakukan bagi membebaskan
tanah air dari cengkaman musuh yang kuffur.
Tok Janggut memiliki susuk tubuh yang tinggi lampai, berkulit hitam manis serta mata
yang bulat dan tajam pandangan. Tok Janggut dikatakan tidak pernah memotong janggut sejak
pulang dari Mekah menyebabkan janggut beliau sampai ke paras dada. Berdasarkan catatan
sejarah, beliau disifatkan dengan sikap suka tolong-menolong, berbudi pekerti dan ringan
tulang. Beliau banyak menghulurkan pertolongan kepada penduduk dengan mengerahkan
penduduk menggali parit tali air bagi mengairkan bendang-bendang padi dari Sungai Rasa
hingga ke bendang padi Kampung Kelubi. Sikap mahmudah yang subur dalam jiwa beliau telah
menarik perhatian penduduk kampung sekaligus memberi sokongan penuh kepada beliau di
Kelantan.
Kemasukkan penjajahan Barat di wilayah Islam Kelantan telah membangkit perjuangan
dakwah Tok Janggut akibat perubahan sistem pentadbiran yang dilakukan oleh pihak British.
Perkara ini memberi banyak implikasi kepada masyarakat Melayu seperti membebankan rakyat
untuk membayar cukai baharu, perlucutan kuasa pembesar tradisional dan menghakis kuasa
dan kedaulatan sultan Kelantan. Sistem pentadbiran yang bersifat kuku besi dan zalim yang
digunakan oleh penjajah kuffur ini telah menyemarak semangat jihad Tok Janggut untuk
menuntut bela dan keadilan atas hak yang dirampas serta menebus maruah negara dan agama
Islam yang telah tergadai.
Namun, Tok Janggut telah gugur syahid dalam medan perang sewaktu bertempur
dengan askar-askar British yang terletak di Pasir Puteh, Kelantan pada 24 Mei 1915. Mayat
beliau telah dibawa ke Kota Bharu, diarak dan kemudian disait dalam keadaan yang
mengaibkan. Jelas perbuatan pihak berkuasa tersebut menyalahi ajaran Islam. Rumah dan
segala harta dibakar dan dirampas oleh pihak British. Namun, segala tohmahan boneka-boneka
penjajah kuffur itu gagal memadamkan kebenaran perjuangan dakwah Haji Mat Hassan.
Semangat jihad beliau terus hidup dan menjiwai para perjuang terkemudian untuk meneruskan
perjuangan mereka membebaskan wilayah Islam daripada penjajahan kafir British. Para
sarjana mencatat kebenaran bahawa Haji Mat Hassan serta rakan-rakan seperjuangan
melaungkan takbir “Allahu Akbar” semasa berdepan askar-askar Bristish masih bergema dan

6
menjadi pembakar semangat para pejuang Islam untuk mempertahankan Kelantan sebagai
negeri serambi Mekah.

6.2 FAKTOR SEMANGAT JIHAD YANG DIBAWA OLEH SHAYKHUL ISLAM


UTHAMANIYYAH MENYUMBANG KEPADA PERJUANGAN TOK JANGGUT
BAGI MEMPERTAHANKAN WILAYAH ISLAM DI NEGERI KELANTAN

Perkataan “jihad” merupakan bahasa pinjaman daripada Bahasa Arab iaitu “jihad” yang
membawa maksud melakukan sesuatu dengan sesungguhnya atau boleh disebut sebagai gigih
dan dan dedikasi. Al-Quran al-Karim telah menyebut perkataan “jihad” lebih 40 kali.
Sebahagian daripadanya membawa makna berjuang di jalan Allah SWT dan mempertahankan
Islam secara umum. Antara-antara yang berkenan ialah firman Allah SWT:

ۚ ِ‫اَّللِ َح هق ِج َه ادِ ه‬ ِ ‫وج‬


‫اه ُد وا ِِف ه‬ ََ
Maksudnya:
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jalan yang sebenar-benarnya”
Surah al-Hajj 22: 78
Begitu juga dalam hadis-hadis Nabawi yang telah menyebut beratus-ratus kali
perkataan “jihad” dan kadangkala ia membawa maksud perjuangan Islam secara umum, dan
kadangkala ia menjurus kepada personal pengorbanan harta, nyawa dan peperangan melawan
orang-orang kafir. Sementera para fuqaha pula mengertikan “jihad” ini dengan peperangan
melawan musuh secara khusus. Seolah-olah perkataan “jihad” ini mempunyai persamaan
dengan perkataan “harb” iaitu peperangan atau “ghaz”, iaitu pertempuran. Para fuqaha sendiri
mengakui penggunaan istilah jihad mempunyai konsep yang lebih meluas daripada yang
diperkatakan, iaitu peperangan melawan musuh (Mahmood Zuhdi, 2003).

Sebagaimana, al-Kasani berpendapat bahawa jihad memiliki pengertian yang luas


tetapi biasa dibataskan oleh para fuqaha untuk persoalan tentang perjuangan melawan orang
kafir, iaitu mengajak mereka memeluk Islam dan memerangi sekiranya mereka enggan berbuat
demikian. Manakala, al-Syaikh Muhammad Abd al-Latif al-Subki berpendapat kecenderungan
ulama salaf menghadkan pengertian jihad fi sabilillah kepada peperangan melawan orang kafir
sahaja adalah disebabkan terdapat banyak peperangan yang melibatkan orang-orang kafir yang
menentang dakwah Islam yang penuh benci kepada agama Islam itu sendiri dan para

7
pemeluknya. Namun, pentakrifan jihad tidak hanya fokus kepada peperangan sahaja sebaliknya
meliputi pelbagai jenis jihad sama ada dengan harta, lisan dan nyawa dan memerangi musuh
(Mahmood Zuhdi, 2003).

Konsep jihad yang diketengahkan di atas selari dengan semangat jihad yang menonjol
dalam perjuangan dakwah Tok Janggut menentang British. Semangat jihad merupakan
pencetus utama yang menyumbang kepada perjuangan Tok Janggut bagi mempertahankan
wilayah Islam di negeri Kelantan. Menurut Farid Mat Zain et. al (2017) semangat perjuangan
ulama Kelantan ini semakin hebat apabila bertunjangkan semangat jihad yang meresap dalam
diri beliau bagi menentang dan membebaskan tanah air daripada dibelenggu penjajah asing
yang sememangnya telah menggugat kesucian agama Islam yang telah bertapak di negeri
Kelantan.
Kepulangan Tok Janggut dari Mekah telah mengubah kesedaran dan presepsi beliau
untuk melakukan tindakan yang lebih agresif bagi mengalahkan British setelah hampir sepuluh
tahun merantau menuntut ilmu di Mekah. Fatwa Jihadi Ekbar Fardi Ayn ke atas pihak British
oleh Syakhul Islam Uthamniyyah atas alasan kerajaan Uthamniyyah berkewajipan
mempertahankan setiap inci bumi Islam telah mempengaruhi penduduk Kelantan dengan
cepat. Tok Janggut bersama pengikutnya menyahut seruan jihad Uthmaniyyah pada tahun 1915
dengan bersepakat dan menyusun strategik menyerang British di Pasir Puteh, Kelantan (Farid
Mat Zain et. al, 2017).

Tambahan pula, Tok Janggut sempat berguru dengan Syeikh Ahmad Fatani yang sering
mengadakan majlis ilmu di sekitar Masidil Haram. Melalui gurunya, beliau didedahkan
pengetahuan mengenai Khalifah Uthmaniyyah dan diarahkan berjihad untuk memerdekakan
Kelantan dari penjajah kafir harbi iaitu British. Shaykul Islam, Khayr Effendi telah
mengeluarkan fatwa Jihadi Ekbar Fardi Ayn terhadap British dan sekutunya pada 14
November 1914 dimana mereka didakwa berusaha meruntuhkan kerajaan Islam Turki
Uthmaniyyah dan menakluki negara-negara Islam. Justeru, kerajaan Turki Uthamniyyah
bertekad untuk mempertahankan wilayah dan menuntut bela maruah umat Islam di seluruh
dunia daripada ancaman kuasa-kuasa kufar serta sekutu-sekutunya sejajar dengan tuntutan
agama (Nik Anuar, 1999).

8
Oleh itu, perjuangan dakwah Tok Janggut di Tanah Melayu dianggap sebagai perjuang
jihad umat Islam peringkat antarabangsa dan serantau. Beliau menyahut seruan jihad yang
dibawa oleh Shaykul Islam bagi melindungi negeri serambi Mekah agar membebaskan bumi
Melayu Islam ini daripada penjajah. Beliau telah memberi kesedaran kepada rakyat Kelantan
betapa pentingnya jihad dakwah, jihad perang dan ta’lim.

Jihad dakwah dan ta’lim adalah satu salah bentuk usaha dan pengorbanan yang telah
dilakukan oleh Tok Janggut bagi menyebarkan dakwah Islam kepada seluruh masyarakat bagi
memerangi penjajah kafir British. Begitu juga dengan usaha para ulama yang telah berusaha
menyebarkan dakwah di Kelantan. Sebagaimana dalam beberapa catatan sarjana, Kelantan
merupakan salah satu negeri di Tanah Melayu yang banyak mencatat aktiviti dakwah. Menurut
Farid Mat Zain et. al (2017) pondok pengajian wujud di merata tempat di Kelantan di bawah
bimbingan alim ulama yang mahir dalam pelbagai aspek ilmu agama. Namun, semasa
penjajahan, aktiviti dakwah agak terganggu rentetan daripada campur tangan oleh pihak British
dalam Perjanjian Bangkok 1909. Perjuangan Tok Janggut ini juga dianggap sebagai jihad
perang iaitu ia merupakan konsep sebenar jihad dalam bentuk penentangan bersenjata melawan
kuasa kafir.

Ini dapat disimpulakan disini bahawa, jihad pada asal hukumnya adalah fardu kifayah,
namun ia boleh berubah menjadi fardu ‘ain sekiranya negara dijajah oleh musuh Islam atau
orang kafir (Syed Sabiq, t.t.). Atas dasar inilah yang menyebabkan pejuang Melayu seperti Tok
Janggut bangkit bertanggungjawab untuk menentang penjajahan British di Alam Melayu.
Berbekalkan semangat jihad yang telah dibawa oleh Syakhul Islam telah membakarkan lagi
semangat beliau untuk terus menentang penjajah.

6.3 HUBUNGKAIT KONSEP DAKWAH DENGAN PERJUANGAN TOK JANGGUT


DALAM MENENTANG PENJAJAHAN BRITISH DI TANAH MELAYU.

Tanggungjawab dakwah sering menjadi persoalan besar dalam kalangan masyarakat.


Hakikatnya dakwah adalah satu tanggungjawab yang telah diwajibkan ke atas setiap muslim
sama ia bergelar agamawan atau sebaliknya. Tanggungjawab dakwah ini tidak hanya terbatas
di bahu para ulama sahaja akan ia meluas tidak kira bangsa, keturunan, warna kulit dan status
ekonomi. Hal ini kerana, setiap insan yang bergelar muslim wajib untuk menzahirkan nilai-
nilai Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW (Mohd Zaid & Mohd Nor Adli, 2019).

9
Dakwah merupakan ajakan atau seruan ke arah penerimaan, penghayatan ajaran dan

nilai-nilai Islam. Perkataan dakwah berasal dari kalimat ‫ يدعو‬،‫ دعى‬yang memberi erti seruan,
panggilan, imbauan, undangan atau jemputan. Dari sudut istilah pula, ‘Abd al-Karim Zaidan
menyatakan bahawa dakwah adalah menyeru kepada agama Allah SWT iaitu agama Islam.
Dakwah adalah ajakan atau seruan membawa umat manusia kepada jalan yang benar. Ia
mengajak orang lain untuk meyakini dan mengamalkan aqidah dan syariat Islam yang terlebih
dahulu diyakini dan diamalkan oleh pendakwah sendiri (A. Hasjmy, 1974).
Apa yang dapat disimpulkan disini bahawa, dakwah adalah usaha mengajak dan
menyeru manusia kepada agama Islam, mengubah kebatilan kepada kebenaran, keingkaran
kepada ketaatan keluar dari kegelapan kesesatan untuk menuju cahaya Islam yang terang
benderang secara zahir atau pun batin. Allah SWT akan menilai sama ada seorang Muslim itu
telah melaksanakan usaha-usaha dakwah dengan bijaksana atau tidak. Sebagaiman yang
diketahui bahawa dakwah adalah sunnah Rasulullah SAW dan perintah Allah SWT. Sebagai
Allah SWT telah berfirman dalam al-Quran al-Karim.

‫ي‬ ِِ ِ
ِ ِ ِ‫اِل ا و قَا َل إ‬ ِ ِ‫وم ن أَح س ن قَ و اًل ِِمهن د ع ا إِ ََل ه‬
َ ‫نهِن م َن ا لْ ُم ْس ل م‬ َ ‫اَّلل َوعَ م لَ صَ ا‬ ََ ْ ْ ُ َ ْ ْ ََ
Maksudnya:
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan
dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata:
Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!
Surah Fussilat 41: 33

Konsep dakwah yang dilakukan oleh para pejuang di Tanah Melayu seperti Tok
Janggut semasa era penjajahan sentiasa selari dengan keadaan semasa. Pelbagai strategik yang
digunakan dalam aktiviti dakwah supaya diselarikan dengan kepentingan semasa itu. Para
pejuang telah melakukan pelbagai cara dalam medan dakwahnya dengan bagi membangkitkan
kesedaran masyarakat melayu ketika itu melawan penjajah kafir harbi dengan apa jua cara
yang dapat dilakukan. Perjuangan yang dilakukan oleh pejuang-pejuang di Tanah Melayu
sentiasa berhubung kaitan dengan konsep dakwah yang disyariatkan oleh Islam yang
berpaksikan al-Quran dan hadis nabawi.

10
Keadaan yang damai di bawah panji Islam ini tidak berkekalan lama kerana kedatangan
penjajah Barat yang merampas wilayah Islam di Tanah Melayu. Dari bingkai sejarah kita dapat
lihat, penjajah telah memberi tekanan dan beban kepada masyarakat dari pelbagai sudut aspek.
Keadaan masyarakat yang sentiasa ditekan oleh penjajah ini membuat sebahagian ulama
berfikir untuk cari jalan penyelesaian masalah masyarakat. Dakwah yang dilakukan oleh ulama
untuk melawan penjajah ada yang dilakukan secara langsung dan secara tidak langsung. Dalam
konteks ini, dakwah secara langsung bererti ulama menentang dengan keras terhadap kelicikan
tindakan penjajah yang merugikan masyarakat. Ulama akan menghimpun pengikut-
pengikutnya untuk melakukan penentangan terhadap penjajah secara bersama. Sementara itu,
dakwah secara tidak langsung iaitu ulama akan berdakwah dengan cara mendidik dan
mengajarkan ilmu-ilmu yang bermanfaat bagi kehidupan masyarakat. Usaha dakwah ini
memiliki kesan yang besar bagi perjuangan meskipun ia memakan masa yang panjang (Sholeh
& Siti Rugayah, 2013).
Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh yang boleh diketengahkan ialah
perjuangan dakwah Tok Janggut di Kelantan bagi membebaskan watan dari penjajahan British
kuffur. Menurut Farid Mat Zain et. al (2017), Tok Janggut telah berdakwah secara langsung
dalam memperjuangkan hak orang Melayu Islam daripada diceroboh dan dirobohkan oleh
penjajah asing yang menjajah negeri Kelantan. Gerakan penentangan secara terbuka ini
merupakan salah satu daripada cetusan semangat jihad yang berpaksikan kepada al-Quran dan
al-Sunnah. Beliau telah menghimpunkan pengikut-pengikutnya bagi menuntut bela maruah
agama Islam dan hak masyarakat Melayu yang dirampas oleh penjajah Barat itu. Tambahan
pula, Nik Anuar (1999) berpendapat bahawa Haji Mat Hassan berpegang teguh dengan janji
Allah SWT yang berfirman:

‫اَّللِ ۚ ذََٰ لِكُ ْم َخ ْْيٌ لَكُ ْم إِ ْن كُ نْ تُ ْم‬


‫اه ُد وا ِِب َْم َوالِكُ ْم َوأَنْ فُ ِس كُ ْم ِِف َس بِ ي ِل ه‬
ِ ‫اًل وج‬ ِ ِ ِ
َ َ ‫ا نْف ُروا خ فَ ا فاا َوث قَ ا‬
‫تَ عْ لَ ُم و َن‬
Maksudnya:
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan
keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan
berbagai-bagai tanggungjawab), dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu
pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika
kamu mengetahui.

11
Surah At-Taubah 9:41
Kesempatan itu, Haji Mat Hassan telah menyusun barisan bagi menentang British di
Kelantan. Beliau sanggup berjihad di jalan Allah SWT meskipun nyawa menjadi galang ganti
bagi membela Islam. Sejajar dengan konsep dakwah secara langsung, Tok Janggut dan
pengikut-pengikutnya telah menyahut seruan jihad Uthmaniyyah dengan bersepakat dan
menyusun strategik untuk menyerang British di Kelantan.
Bertitik tolak dari kenyataan di atas, perjuangan dakwah Tok Janggut saling berkait
dengan konsep dakwah dalam Islam. Beliau memperjuangkan maruah agama Islam dan hak
orang Melayu yang telah dirampas oleh kuasa Barat yang tamak dengan berpandukan al-Quran
dan hadis nabawi. Kedatangan penjajah dengan membawa agama yang berbeza dengan agama
yang dianut oleh majoriti masyarakat telah menambahkan kebencian para ulama kepada
penjajah. Ulama di Tanah Melayu menentang sekeras-kerasnya penjajah yang datang ke Tanah
Melayu. Sebagaimana kita menyaksikan terdapat ulama yang syahid seperti Tok Janggut dan
pengikutnya dalam perang melawan penjajah kerana mempertahankan kemurnian agama
Islam. Namun, perjuangan dakwah beliau tidak terkubur begitu sahaja sebaliknya terus hidup
dan menjiwai para perjuang terkemudian untuk meneruskan legasi perjuangan mereka
membebaskan wilayah Islam daripada penjajahan kafir British.

6.0 KESIMPULAN

Kedatangan Islam di Tanah Melayu telah membawa banyak perubahan dan kesan
mendalam kepada corak pemikiran dan sosio-budaya masyarakat Melayu. Dakwah Islamiah
yang telah masuk di Tanah Melayu membawa satu perubahan yang hebat dengan membawa
ajaran dan membina satu tamadun yang lebih tinggi, bersifat syumul, lebih rasional, logik
diterima serta lebih mudah diterima oleh masyarakat Melayu. Tanah Melayu berada dalam
keadaan aman dan sejahtera di bawah panji Islam akan tetapi ia tidak berkekalan lama akibat
kedatangan penjajahan Barat yang membuat kekacauan di Tanah Melayu. Justeru, para ulama
di seluruh Tanah Melayu seperti Tok Janggut di Kelantan menggalas tanggungjawab dakwah
bagi melawan penjajah yang merampas hak dan wilayah Islam di Tanah Melayu. Tok Janggut
adalah salah satu ulama yang sering dihubungkaitkan dengan “Kebangkitan Anti-British di
Pasir Putih” pada 1915 dan sehingga hari kini ketokohan beliau menjadi aspirasi masyarakat

12
terkemudian. Beliau dianggap sebagai ikon perjuangan dakwah yang menentang perhambaan,
penindasan dan kerakusan yang datang dari kuasa penjajah kafir harbi. Ulama-ulama di Tanah
Melayu seperti Tok Janggut di Kelantan memainkan peranan yang besar dalam mengajar ilmu
agama, mengajarkan erti kemerdekaan dan kebebasan dari penjajah serta mengajarkan makna
perjuangan dan pengorbanan. Bagaimanapun, nama para ulama dan dakwah kurang dijulang
dan didendangkan berbanding tokoh-tokoh arus perdana sedangkan mereka juga menyertai
medan peperangan membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah British. Justeru,
terdapat banyak tokoh-tokoh ulama dan pendakwah lagi yang memperjuangkan kemerdekaan
Tanah Melayu yang masih belum dirungkai dan diketengahkan.

7.0 RUJUKAN

Al-Quran.

Abdul Ghafar & Badlihisham. 2012. Cabaran Dakwah di Malaysia Sebelum dan Selepas
Merdeka. Jurnal al-Hikmah 4: 15-22.

Abu Bakar Ismail, Ade Armando, Ahmad Gaus A. F, Edi Surdarjat, Elis Nurhayati H., Idris
Thaha, Kautsar Azhari Noer, Mun’im A. Sirry, Luthfi Assaukanie, Nasaruddin Umar,
Nasrullah Alief, Smith Alhadar. 2003. Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar. Jilid 4. Cet.
1. Kuala Lumpur: Era Visi Publication.

A. Hasjmy. 1974. Dustur Da‘wah Menurut Al-quran. Jakarta: Penerbit Bulan Bintang.

Aisyah Ab Rahim, Ahmad Sabri Osman & Fairuzah Basri. 2021. Kehebatan Pendakwah Silam
dalam Memperjuangkan Agama Islam Semasa Zaman Penjajahan di Tanah
Melayu. Jurnal Al-Irsyad 6(1): 671-679.

Ali Mohammad. 2008. Sumbangan Tamadun Islam dalam Kehidupan Masyarakat di Alam
Melayu Hingga Abad ke-17M. Journal of Al-Tamaddun 3(1), 68-84.

13
Ariffin Sebli. 2015. Sumbangan Abdul Rahman Ya’kub dalam dakwah di Sarawak. Tesis
Ijazah Sarjana, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Dr. Aladin Mamat & Azrina Jonit. 2019. Peranan Ulama Dalam Mempertahankan Tanah
Melayu Ketika Zaman Penjajahan. Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu
Nusantara 2019 ke-3, hlmn. 144-151.

Farid Mat Zain, Izziah Suryani Arsyad, Azmul Fahimi Kamaruzaman & Mohd Fazmie
Deraman. 2017. Peranan Ulama dalam Tuntutan Kemerdekaan di Kelantan. Prosiding
Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan
Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi, hlm. 89-106. Hamdan Aziz.
2016. Sejarah Peperangan Tok Janggut di Kelantan. Terengganu: Penerbit University
Malaysia Terengganu (UMT).

Ibn Manzur. t.th. Lisan al- ‘Arab 2: 257-261. Lubnan.

Lukmanul Hakim. 2008. Jihad in Two Faces of Shari’ah: Sufism and Islamic Jurisprudence
(FIQH) and The Revival of Islamic Movements in the Malay World. Australia: The
Australian National University.

Mahmood Zuhdi. 2019. Keganasan dan Islam: Analisis Konsep Jihad. Jurnal Syariah 11(2): 1-
14.

Mohd Yusri Bin Ibrahim. 2019. Jihad dan Perlaksanaannya dalam Realiti Kontemporari.
International Journal of Humanities, Philosophy, and Language 2(8): 1-14.

Nik Anuar Nik Mahmud. 1999. Tok Janggut Pejuang atau Penderhaka. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Nik Anuar Nik Mahmud. 2005. Kebangkitan Tok Janggut di Kelantan Gema Jihad di Bumi
Serambi Mekah. Dlm. Ramlah Adam (pnyt.). Pejuang-pejuang Kemerdekaan. Hlmn:
221-230. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia.

14
Nik Haslinda Nik Hussain. 2015. Sejarah Perjuangan Tok Janggut atau Haji Mat Hassan 1915
di Kelantan. Universti Sains Malaysia.

Sholeh Fikri Nasiruddin & Siti Rugayah. 2013. Peranan Ulama dalam Dakwah Semasa
Penjajahan Tanah Melayu. Jurnal Al-Hikmah Vol.5: 60-70.

Syed Sabiq. t.th. Fiqh al-Sunnah. Kaherah: al-Fath li al-A’lam al-‘Arabi.

15

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai