Anda di halaman 1dari 3

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

HST3013: TEORI DAN KAEDAH


SEJARAH
Semester 1 2023/2024
NAMA ADLI AS SIDDIQ HADARI
BIN ADNAN
TEMA REKONTRUKSI MASA
LALU
NO MATRIK D20231108268
NAMA PENSYARAH DR. SITI ZAHRAH BINTI
MAHFOOD
RECONSTRUCTION
Reconstruction of Islamic Thought and Civilization: The
Case Of Islamization of Knowledge
By Mohammad Mumtaz Ali

Artikel ini menerangkan tentang manifestasi intelektual gerakan islam amnya dan

gerakan islamisasi ilmu khususnya. Menurut kajian Mohammad, beliau berpendapat bahawa

terdapat krisis yang timbul dalam intelektual ummah islam khususnya oleh kebanyakkan pemikir

dan pemimpin terdahulu akan tetapi ianya tidak mendapat perhatian yang mencukupi.

Dalam kajian ini, pemikir muslim iaitu Iqbal dan Mawdudi berpendapat pembinaan semula

pemikiran dan tamadun islam memerlukan skop pemahaman yang lebih luas dan memerlukan

sifat ijtihad yang lebih luas. Untuk membangunkan tamadun islam memerlukan kebangkitan

sosiopolitik dan kebangkitan intelektual dan ianya menjadi prasyarat untuk menghidupkan

ummah. Mengikut dua penghujung abad ke-21 membentangkan dua gambaran berbeza tentang

dunia islam. Pada awal abad ini, umat islam berada dalam keadaan kucar kacir,malah Negara

islam berada di bawah naungan penjajah. Musuh-musuh islam berpendapat harus melenyapkan

sejarah kegemilangan islam. Hal ini demikian kerana daya hidup dalaman islam terbukti terlalu

kuat untuk dimusnahkan oleh kuasa-kuasa politik barat, intelektual dan ekonomi. Penentangan

ini menyebabkan berlakunya kebangkitan semula gerakan islam mebangunkan tamadun islam

yang dahulunya hebat dan megah.

Akhir sekali, untuk membangunkan tamadun islam memerlukan kerjasama dan persefahaman

dalam kalangan pemimpin-pemimpin Negara islam serta memerlukan semua umat islam di dunia

terlibat dalam aktiviti intelektual, pendidikan, dan sosiopolitik umat Islam, untuk membawa
perubahan yang positif dan bermakna. Semua ini membayangkan bahawa adalah mustahak untuk

kita memahami dan menghayati bahawa pembinaan semula pemikiran Islam adalah prasyarat

untuk penjanaan semula tamadun Islam. Oleh itu, ia harus diterima pakai oleh umat Islam

sebagai agenda keutamaan pada abad kedua puluh satu.

Anda mungkin juga menyukai