Anda di halaman 1dari 5

KAEDAH HAFAZAN AL-QURAN YANG MUDAH

KARANGAN AL-SYEIKH DR. ABDUL MUHSIN BIN MUHAMMAD AL-QASIM


IMAM DAN KHATIB MASJID NABAWI
(TERJEMAHAN: MUHAMMAD FARID AFIFI BIN ABDULLAH)

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas Nabi kita
Muhammad SAW, serta ke atas keluarga baginda dan sekelian para sahabatnya, amma ba’d :

Sesungguhnya menghafaz Al-Quran Yang Agung itu merupakan khazanah yang


berharga, ramai yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Al-Quran itu merupakan
Kalamullah yang menjadi pemberi syafaat bagi orang yang membacanya pada hari kiamat
kelak. Sesungguhnya terdapat pelbagai kaedah hafazan untuk kita meraih kelebihan-kelebihan
itu, dan ini merupakan salah satu kaedah yang mudah untuk dipraktikkan sekurang-kurangnya
bagi hafazan 1 mukasurat sehari :

1) Ulang ayat pertama sebanyak 20 kali secara hafazan (tanpa melihat mushaf).
2) Ulang ayat kedua sebanyak 20 kali secara hafazan (tanpa melihat mushaf).
3) Ulang ayat ketiga sebanyak 20 kali secara hafazan (tanpa melihat mushaf).
4) Ulang ayat keempat sebanyak 20 kali secara hafazan (tanpa melihat mushaf).
5) Ulang dari ayat pertama hingga ayat keempat sebanyak 20 kali secara hafazan
(tanpa melihat mushaf)

6) Ulang ayat kelima sebanyak 20 kali secara hafazan (tanpa melihat mushaf).
7) Ulang ayat keenam sebanyak 20 kali secara hafazan (tanpa melihat mushaf).
8) Ulang ayat ketujuh sebanyak 20 kali secara hafazan (tanpa melihat mushaf).
9) Ulang ayat kelapan sebanyak 20 kali secara hafazan (tanpa melihat mushaf).
10) Ulang dari ayat kelima hingga ayat kelapan sebanyak 20 kali secara hafazan
(tanpa melihat mushaf)

11) Ulang dari ayat pertama hingga ayat kelapan sebanyak 20 kali secara hafazan
untuk memantapkan ayat-ayat pada mukasurat tersebut.
 Jika saya mahu menghafaz mukasurat baru pada hari esok, apa yang perlu saya
lakukan?
Jika anda mahu menghafaz mukasurat yang baru pada hari berikutnya, sebelum anda
mulakan hafazan baru dengan kaedah yang telah saya nyatakan kepada anda, anda perlu
baca mukasurat sebelumnya terlebih dahulu dari awal hingga akhir sebanyak 20 kali secara
hafazan supaya hafazan lama anda betul-betul mantap. Kemudian barulah anda mulakan
hafazan mukasurat baru dengan menggunakan kaedah yang sama seperti di atas.

 Bagaimana untuk saya menggabungkan hafazan baru dan murajaah?


Hafazan tidak akan mantap tanpa murajaah. Ssesiapa yang telah menghafaz Al-Quran
keseluruhannya kemudian dia ingin mengulangnya pasti dia akan dapati bahawa dia telah
lupa akan hafazannya. Berikut adalah kaedah yang mudah untuk anda gabungkan di antara
hafazan baru dan murajaah :

1) Bahagikan Al-Quran kepada 3 bahagian, bagi setiap bahagian ada 10 juzuk


 Bahagian Pertama: Daripada surah Al-Nas sehingga surah Al-‘Ankabut.
 Bahagian Kedua : Daripada surah Al-Qasas sehingga surah Yunus.
 Bahagian Ketiga : Daripada surah Al-Taubah sehingga surah Al-Baqarah.

2) Sekiranya anda menghafaz 1 atau 2 mukasurat setiap hari, maka anda perlu melakukan
murajaah sebanyak 4 mukasurat setiap hari sehingga anda berjaya menghafaz
sebanyak 10 juzuk.

3) Apabila anda telah selesai menghafaz sebanyak 10 juzuk iaitu pada bahagian pertama,
maka anda perlu berhenti daripada menghafaz mukasurat baru dan perlu jalankan sesi
murajaah bahagian pertama sebanyak 8 mukasurat sehari dalam tempoh sebulan.

4) Selepas sebulan, teruskan hafazan anda pada bahagian yang kedua sama ada 1 atau 2
mukasurat sehari bergantung kepada kemampuan anda dan murajaah ada bahagian
pertama hendaklah dilakukan sebanyak 8 mukasurat setiap hari sehingga anda selesai
menghafaz bahagian yang kedua.
5) Apabila anda telah selesai menghafaz bahagian yang kedua, maka anda perlu berhenti
daripada menghafaz mukasurat baru dan perlu jalankan sesi murajaah bahagian
pertama dan kedua sebanyak 8 mukasurat sehari dalam tempoh dua bulan.

6) Selepas dua bulan, teruskan hafazan anda pada bahagian yang ketiga sama ada 1 atau
2 mukasurat sehari bergantung kepada kemampuan anda dan murajaah ada bahagian
pertama dan kedua hendaklah dilakukan sebanyak 8 mukasurat setiap hari sehingga
anda selesai menghafaz keseluruhan Al-Quran.

7) Apabila anda telah selesai menghafaz keseluruhan Al-Quran, anda dikehendaki


melakukan murajaah pada bahagian yang pertama sebanyak setengah juzuk setiap
hari selama sebulan.

8) Kemudian berpindah ke bahagian yang kedua, ulang sebanyak setengah juzuk setiap
hari selama sebulan dan pada masa yang sama ulang bahagian pertama sebanyak 8
mukasurat setiap hari.

9) Kemudian berpindah ke bahagian ketiga, ulang sebanyak setengah juzuk setiap hari
selama sebulan dan pada masa yang sama ulang sebanyak 1 juzuk setiap hari
dengan menggabungkan bahagian pertama dan kedua.

 Bagaimana cara untuk saya murajaah Al-Quran keseluruhannya apabila saya telah
selesai daripada murajaah tersebut?
Mulakan murajaah anda dengan kaedah yang berikut : Murajaah 2 juzuk setiap hari dan
ulang sebanyak 3 kali, dengan ini anda akan khatam Al-Quran sekali secara hafazan pada
setiap 2 minggu. Lakukan kaedah ini selama setahun nescaya hafazan anda akan menjadi
bertambah mantap.

 Apa yang perlu saya lakukan setelah selesai setahun?


Setelah setahun selesai melakukan murajaah dengan mantap, jadikan hizb bacaan anda
daripada Al-Quran setiap hari sehingga anda meninggalkan dunia iaitu Hizb As-Sahabah
radhiyallahu ‘anhum ajma’in, para sahabat teleh membahagikan hizb sebanyak 7 bahagian
iaitu setiap 7 hari mereka akan khatam Al-Quran. Daripada Aus bin Huzaifah radhiyallau
‘anhu : “Aku telah bertanya kepada para sahabat Rasulullah ‫ ﷺ‬bagaimana kalian

membahagikan bacaan Al-Quran? Mereka menjawab : 3 surah, 5 surah, 7 surah, 9 surah,


11 surah, 13 surah dan hizb yang lebih terperinci daripada surah Qaf sehingga khatam”.
(Riwayat Ahmad)

Penerangannya seperti berikut :


1. Hari pertama : Daripada surah Al-Fatihah hingga surah An-Nisa’.
2. Hari kedua : Daripada surah Al-Maidah sehingga surah At-Taubah.
3. Hari ketiga : Daripada surah Yunus sehingga surah An-Nahl.
4. Hari keempat : Daripada surah Al-Isra’ sehingga surah Al-Furqan.
5. Hari kelima : Daripada surah Asy-Syu’ara’ sehingga surah Yasin.
6. Hari keenam : Daripada surah As-Soffat sehingga surah Al-Hujurat.
7. Hari ketujuh : Daripada surah Qaf sehingga surah An-Nas.

Para ulamak telah menghimpunkannya dalam satu singkatan iaitu ‫فَ ِمي بِ َش ْو ٍق‬.

 Bagaimana saya nak membezakan ayat-ayat mutasyabihat di dalam Al-Quran?


Kaedah yang terbaik sekiranya anda terkeliru di antara 2 ayat yang hamper sama ialah
dengan anda membuka mushaf pada kedua-dua ayat tersebut dan lihat apakah
perbezaannya serta perhatikannya baik-baik. Pastikan anda mengingatinya dengan baik
dan ketika murajaah anda hendaklah sentiasa berhati-hati pada perbezaan kedua-duanya
sehingga anda dapat membezakannya dengan baik.

 Kaedah untuk memantap hafazan :


1. Wajib bagi anda untuk baca terlebih dahulu ayat-ayat yang hendak dihafaz kepada guru
untuk membetulkan bacaan anda.
2. Hafaz 2 mukasurat setiap hari, 1 mukasurat selepas Subuh dan 1 mukasurat lagi
selepas Asar atau Maghrib. Dengan kaedah ini anda akan berjaya menghafaz Al-Quran
dalam tempoh setahun dan hafazan anda akan menjadi lebih mantap. Adapun
menghafaz lebih daripada itu ianya akan menyebabkan hafazan anda menjadi lemah.
3. Menghafaz hendaklah dimulakan daripada surah An-nas sehingga surah Al-Baqarah
kerana ianya lebih mudah. Manakalah murajaah hendaklah bermula daripada surah Al-
Baqarah sehingga surah An-Nas.
4. Hendaklah menggunakan hanya satu mushaf sahaja kerana ianya akan membantu
anda memantapkan hafazan, mempercepatkan anda mengingati kedudukan ayat yang
telah dihafaz dan kedudukan mukasurat.
5. Pada 2 tahun pertama ianya di namakan sebagai Marhalah At-Tajmi’ (peringkat
pengumpulan). Maka janganlah anda bersedih sekiranya pada peringkat ini banyak
berlaku kekeliruan dan kesalahan pada hafazan anda kerana ini adalah ujian kepada diri
anda. Janganlah anda berikan kesempatan kepada syaitan untuk menjadikan diri anda
berputus asa daripada menghafaz dan murajaah, bahkan terusakan usaha anda untuk
menghafaz dan memantapkan hafazan anda kerana ia merupakan pemberian agung
dari Allah SWT yang tidak diberikan kepada hamba-Nya yang lain.

Saya berdoa kepada Allah SWT agar Dia menjadikan anda sebahagian daripada
hamba-Nya yang menghafaz kitab-Nya dan beramal dengan segala isinya.

‫وصلى اهلل على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين‬

Anda mungkin juga menyukai