Anda di halaman 1dari 5

Teori Atribusi Weiner

NAMA AHLI:
MUHAMMAD FARID AFIFI BIN ABDULLAH
MUHAMMAD AIZAT BIN KAMARUDDIN
MUHAMMAD ZULKARNAIN BIN ABDUL RAHMAN
MUHAMMAD SAFWAN BIN WAN TAM
MUHAMMAD ABDUL FATTAH BIN SHAFIE
Teori Atribusi Weiner
• Teori ini menegaskan bahawa pelajar akan bermotivasi jika memperoleh sesuatu hasil yang diingini.

• Penekanan ditumpukan terhadap persepsi pelajar yang mempengaruhi cara mereka mentafsir kejayaan atau
kegagalan.

• Faktor dalaman atau luaran seperti kebolehan, kesukaran, tugasan, usaha, dan nasib. Ini merangkumi teori
kognitif dan efikasi kendiri, di mana penekanan ditumpukan kepada persepsi pelajar.
3 Komponen dalam Teori Atribusi Weiner untuk
keberhasilan atau kegagalan.

• Penyebab keberhasilan atau kegagalan mungkin disebabkan internal atau external seseorang.

• Penyebab keberhasilan atau kegagalan seseorang dapat berupa stabil atau tidak stabil.

• Penyebab keberhasilan atau kegagalan dapat berupa dikendali atau tidak terkendali.
4 faktor yang berkait rapat dengan teori atribusi yang
akan mempengaruhi motivasi dalam pendidikan.

Kebolehan – faktor dalaman yang stabil di mana pelajar tidak mempunyai kawalan secara langsung

Kesukaran tugasan – faktor luaran yang stabil dan ini tidak boleh dikawal oleh pelajar sendiri.

Usaha – faktor dalaman yang tidak stabil dan pelajar boleh mengawalnya.

Nasib – faktor luaran yang tidak stabil kerana pelajar mempunyai kawalan yang paling sedikit sekali.
Peranan guru dalam meningkatkan motivasi
pelajar.
• Membantu pelajar memastikan mereka percaya bahawa mereka adalah kompeten. Kegagalan sekali-sekala disebabkan nasib atau usaha yang
tidak mencukupi dan perkara ini tidak akan wujud pada masa hadapan.

• Pastikan pelajar berusaha dan beranggapan bahawa mereka boleh berjaya. Elakkan daripada situasi di mana pelajar berulang kali gagal kerana
ini akan menyebabkan mereka beranggapan bahawa mereka tidak kompeten dan mereka akan berhenti mengatributkan kegagalan mereka
kepada kurangnya usaha.

• Galakkan mereka untuk berusaha dan jika berjaya, mereka akan melipat gandakan usaha mereka.

• Adalah baik jika guru membantu pelajar memahami bahawa tingkah laku mereka akan membawa mereka ke tahap kejayaan atau kegagalan. Hal
ini dirujuk kepada lokus kawalan dalaman.

• Merangsangkan konsep kendiri pelajar dan sentiasa berfokus kepada usaha sebagai faktor ke arah kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai