Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT,

TUARAN, SABAH

PENTAKSIRAN BERTERUSAN
PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
AMIBILAN OKTOBER 2022
TUGASAN 2: PENULISAN
KOD: EDUP2082

NAMA KURSUS: PSIKOLOGI PENDIDIKAN


_________________________________________________________________________________________________
NAMA PELAJAR : MAIZAD NASHRI BIN MOHAMED
ANGKA GILIRAN : 2022062400042

NOMBOR KAD PENGENALAN : 950426-06-5565


KUMPULAN / UNIT : PENDIDIKAN AGAMA ISLAM 2 (SK)
NAMA PENSYARAH : HERMAN BIN TAJING
TARIKH HANTAR : 12 NOVEMBER 2022
MARKAH :
KOMEN PENSYARAH

Tandatangan:
PERAKUAN PELAJAR Saya mengesahkan telah menerima maklum balas
daripada pensyarah.

Tandatangan: Tarikh:
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME TERHADAP MENINGKATKAN
MOTIVASI MURID DALAM PROSES PENGAJARAN PEMBELAJARAN

Dalam bidang psikologi Pendidikan, teori merupakan perkara asas yang terkandung
di dalamnya. Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi tumpuan kepada
aspek-aspek pembelajaran dan melaluinya timbullah idea-idea atau prinsip-prinsip tertentu.

Menurut Senyata (2012), teori pembelajaran behavioris berorientasikan hasil yang


dapat diukur, dianalisis, dan diuji secara objektif. (Williams et al.,1973) mendefinisikan
pembelajaran behaviorisme sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada
pengalaman atau latihan. Teori pembelajaran behaviorisme mengatakan pembelajaran
adalah satu proses penlaziman, dimana perkaitan antara ransangan luar dengan gerak
balas seseorang individu dapat dibina bagi menghasilkan perubahan tingkah laku yang
kekal. Berdasarkan pernyataan di atas, dapat kita simpulkan secara umum bahawa
pembelajaran behavioris ini merupakan pembelajaran yang berasaskan kepada perubahan
tingkah laku sama ada daripada segi pemikiran dan juga emosi.

Dari perspektif mazhab behaviorisme, pembelajaran hanya berlaku apabila wujudnya


tindak balas terhadap ransangan yang diberi. Proses pembelajaran akan tetap berjalan jika
terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada negatif atau positif) sementara
pembelajaran dianggap selesai apabila perubahan tingkah laku yang dibentuk dapat
dikekalkan. Menurut tokoh-tokoh behaviorisme seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner,
mereka berpendapat,pembelajaran adalah suatu tindak balas terhadap ransangan yang
dapat diperhati, dikawal dan diramal.

Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menitik beratkan peranan


keupayaan atau pengalaman individu dalam mengawal tingkahlaku. Menurut tokoh-tokoh
pemikiran ini, proses-proses ini adalah dipelajari. Dua elemen proses yang berlaku dalam
pembelajaran ini ialah dorongan yang membangkitkan tingkah laku dan tingkah laku tertentu
yang dibangkitkan daripada dorongan ini diperolehi atau dipelajari dengan interaksi
persekitaran. Matlamatnya yang utama adalah untuk menentukan hukum-hukum atau
prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran.

Melalui penulisan ini, kita akan dapat memahami lebih dalam konsep pembelajaran
behaviorisme dan mengetahui sejauh manakah pembelajaran gaya ini memberi impak atau
kesan yang signifikan dalam meningkatkan motivasi murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Eksperimen-eksperimen yang telah dibuat oleh tokoh-tokoh behaviorisme
seperti Ivan Pavlov, J.B. Watson, E.L. Thorndike dan B.F. Skinner menjadi batu asas
kepada prinsip dan idea mereka tentang pembelajaran.

Secara amnya, teori behaviorisme boleh dikelaskan kepada 2 bahagian : -

Pelaziman Klasik Pelaziman Operan

Ivan Pavlov E.L. Thorndike


J.B. Watson B.F. Skinner

PELAZIMAN KLASIK

Di dalam teori pelaziman klasik Ivan Pavlov, beliau membuat kajian tentang
pengeluaran air liur anjing. Pavlov berminat untuk membuat uji kaji mengukur lelehen air
liur anjing terhadap ransangan persekitaran. Ini kerana, Pavlov mendapati air liur anjing
akan meleleh setiap kali anjing tersebut melihat pembantu makmal, mendengar tapak
kaki pembantu makmal atau melihat baju pembantu makmal yang membawa makanan
anjing. Teori pelaziman klasik ini memfokuskan gerak balas atau respons yang dikenali
sebagai gerak balas terlazim. Ini terhasil daripada pembelajaran melalui proses
perkaitan antara dua ransangan,iaitu ransangan semula jadi (daging) dan ransangan
terlazim (cahaya lampu suluh).

Teori pelaziman klasik J.B. Watson pula mengkaji hubung kait antara pelaziman dan
kawalan emosi manusia, iaitu uji kaji tentang seorang kanak-kanak bernama Albert.
Albert dibiarkan bermain dengan tikus putih dan sementara itu Watson membuat bunyi
kuat yang bising. Bunyi ketukan itu menyebabkan tikus putih menjadi takut sehingga ia
mengeluarkan bunyi yang menakutkan Albert. Lantaran daripada kejadian itu, Albert
menjadi takut kepada semua benda putih yang berbulu. Di sini Watson mendapat teori
bahawa kanak-kanak mempunyai tiga tindak balas emosi semulajadi, iaitu takut, marah
dan sayang. Tindak balas emosi ini dapat dilazimkan.
PELAZIMAN OPERAN

Seterusnya, teori pelaziman operan E.L. Thorndike menegaskan bahawa hubungan


antara ransangan dengan gerak balas akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku
menyeronokkan atau memuaskan. Kajian Thorndike tentang kucing yang belajar keluar
dari kurungan menunjukkan perkaitan yang dimaksudkan. Thorndike menyatakan tiga
prinsip atau hukum pembelajaran iaitu prinsip kesediaan, prinsip latihan dan prinsip
kesan hasil daripada kajian ini. Dalam kajian beliau, Thorndike memasukkan seekor
kucing yang lapar ke dalam sangkar. Makanan kucing diletakkan di luar sangkar dan
pintu sangkar dapat dibuka sekiranya selaknya dipijak oleh kucing. Setelah mencuba
berkali-kali akhirnya kucing ini terpijak selak sangkar dan sangkar pun terbuka. Kucing
itu dapat keluar untuk mendapatkan makanan.

Tindakan spontan ini dikenali sebagai teori cuba-jaya atau try and error. Thorndike
berpendapat, hubungan antara ransangan (makanan) dengan gerak balas (menekan tuil
selak) menjadi lebih kuat apabila wujud kesan yang positif. Sekiranya kesan tindakan
tidak menunjukkan peningkatan, hubungan R-Gakan (reaksi-gerakan) tidak kuat dan
tingkah laku tidak akan berulang.

B.F. Skinner melalui teori pelaziman operannya menekankan hasil kesan akibat
membawa kepada perubahan tingkah laku, tingkah laku diteruskan dan diulangi atau
sebaliknya. Kesan-akibat boleh berlaku dalam bentuk ganjaran ataupun hukuman. Oleh
sebab itu kesan-kesan seperti hukuman dan denda, ganjaran dan peneguhan membawa
kesan yang berbeza kepada kemungkinan wujudnya tingkah laku baharu atau
sebaliknya. Teori pelaziman operan B.F. Skinner boleh dijustitifikasi seperti dalam
bentuk kitaran berikut:

C B

C seterusnya akan kembali menjadi A, iaitu peristiwa atau pengalaman awal bagi tingkah
laku seterusnya.
Hasil kajiannya yang terkenal adalah Peti Skinner yang mengkaji tingkah laku tikus.
Tikus hanya akan mendapat makanan apabila tuil suis ditekan dan proses ini terjadi
berulang kali. Ini bermakna, proses yang sama juga berlaku dalam proses pembelajaran.
Sebagai contoh mudah, guru akan membuat latih tubi kepada murid bagi membolehkan
murid-murid mengekalkan apa yang dipelajari dalam memori mereka. Jika guru tidak
membuat latihan berulang kali, maka dikhuatiri pembelajaran murid tidak akan kekal dalam
memori dan menyebabkannya terhapus.

Berdasarkan kajian terhadap ujikaji yang dijalankan oleh tokoh-tokoh di atas, teori
behavioris ini mampu meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran kerana
pembelajaran berlaku disebabkan ransangan yang diterima. Setiap ransangan yang diterima
pula akan mewujudkan satu gerak balas. Semakin kerap ransangan itu dikaitkan dengan
gerak balas, semakin kuat gerak balas terlazim itu.

Misalnya apabila guru memberi pujian (ransangan) setiap kali murid membuat hasil
kerja yang baik (gerak balas), maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat
diteruskan dan dikekalkan walaupun guru tidak lagi memberikannya pujian selepas itu
kerana memori gerak balas yang diterima sudah kekal dalam diri mereka. Guru seharusnya
sentiasa memberikan ransangan untuk memperkuatkan gerak balas terlazim. Hal ini dapat
dilakukan dengan memberikan motivasi yang dikira bersesuaian dan tidak berlebihan
supaya guru dapat mengawal tingkah laku yang dikehendaki dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Antara bentuk motivasi yang boleh diberikan adalah dalam bentuk pujian, hadiah
atau kata-kata motivasi yang dapat membentuk tingkah laku seperti yang diharapkan. Guru
juga boleh meningkatkan motivasi murid dengan ransangan persekitaran dengan
menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan seperti
memulakan pengajaran dengan set induksi yang boleh menarik perhatian murid. Hasilnya,
murid-murid menjadi lebih seronok dan bersemangat untuk hadir ke sekolah untuk mengikuti
proses pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, melalui teori behavioris ini, murid-murid perlu dilibatkan dalam proses
pengajarannya seperti penglibatan dalam aktiviti yang melibatkan kumpulan-kumpulan kecil,
soal-jawab, perbincangan, pembelajaran berasaskan projek dan sebagainya. Ini kerana
dengan aktiviti seperti ini, murid-murid dapat belajar dengan lebih berkesan kerana
pembelajaran berlaku melalui latihan, kebiasaan dan juga pengalaman. Dalam proses
pembelajaran, tabiat (kebiasaan) juga berlaku dimana murid dapat melakukan gerak balas
yang sama di dalam situasi yang berbeza. Sebagai contoh, murid mampu mengaplikasikan
konsep masa dan waktu dengan membanding-beza masa di Eropah dan juga di Malaysia.
Selain itu, mereka juga dapat menyatakan perbezaan masa di sana adalah disebabkan
kedudukan geografinya yang berlainan dengan negara kita.

Dalam pembelajaran juga, penghapusan juga boleh berlaku sekiranya tidak


diberikan pengukuhan yang secukupnya. Ini bermaksud, sekiranya sesuatu tingkah laku
tidak disusuli atau diperkuatkan dengan ganjaran, tingkah laku itu mungkin akan lenyap
begitu sahaja. Kesannya akan terlihat jika guru berhenti memberikan ganjaran, pujian atau
motivasi yang sesuai, prestasi murid akan menurun walaupun tidak secara drastik. Hal ini
akan menyebabkan ilmu atau maklumat yang dipelajari tidak kekal dalam memori murid
sebaliknya akan terhapus begitu sahaja.

Kesimpulannya, tokoh-tokoh teori behavioris memfokuskan peranan persekitaran


dalam proses pembelajaran. Pembelajaran berlaku dengan wujudnya pertalian dan
hubungan antara ransangan dengan sesuatu gerak balas. Disebabkan teori ini memberi
penekanan kepada perubahan tingkah laku murid, maka aktiviti yang berinteraktif dan
menarik akan memacu murid untuk melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru perlu memainkan peranan yang penting
dengan menjalankan aktiviti-aktiviti menarik dalam bilik darjah yang mampu mengukuhkan
hubungan antara ransangan dan gerak balas supaya gerak balas itu tidak terhapus.

Ganjaran terhadap gerak balas yang positif dan peneguhan perlu dititikberatkan juga
bagi memastikan murid prestasi murid tidak merosot dan sentiasa menunujukkan
peningkatan positif. Hasilnya, akan lahir model insan yang seimbang daripada pelbagai
aspek sepertimana yang diaspirasikan menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menekankan keseimbangan antara jasmani, emosi, rohani dan juga intelektual.
RUJUKAN
Williams, R. L., & Anandam, K. (1973). “The effect of behavior contracting on grades”;The
Journal of Educational Research, m.s 230–236.

Ab. Fatah Hasan (1994). Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran. Penerbit
UTM

Alderfer, C. (1972). Existence, relatedness, & growth. Free Press.

Arkes, H. R & Garske, J. P. (1982). Psychological Theories of Motivation.


Brooks / Cole Publication.

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005). Psikologi Kognitif.


UTM; Cetak Ratu Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya (2005). “Aplikasi Kognitif
dalam Pendidikan”.PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.

Dennis Coon (2002). Pschology A Journey. Dependent and field independent cognitive style
and this implications. Wadsworth Group

Derek Torrington, Jane Weighvman (1989). Effective Management:People and


Organisation.
Prentice- Hall, Inc.

Ee Ah Meng (1994). Siri Pendidikan Perguruan: Psikologi dalam Bilik Darjah. Fajar Bakti.

Fisher., Jeffrey D., Bell., Paul A., Baum., & Andrew (1978).Environmental Psychology (Edisi
Kedua). Holt, Rinehart and Winston Inc.

Karl Haberlandt (1997). Cognitive Psychology. Allyn & Bacon.

Kenneth., T. H., & Ben F. E. (1999). Educational Psychology for Effective Teaching.
Wadsworth Publishing Company.
Lefton, Leston A. (1985) Psychology. Allyn And Bacon , Inc. m.s. 260-265

Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Maslow, A. (1954). Motivation and personality. Harper.

Solso R.L. (1995). “Cognitive Psychology (Edisi Keempat.)” . Harcourt Brace College
Publishers.

Zanden, James W. Vander. (2000). Human Development . The Mc. Graw- Hill Companies.
Inc.

Anda mungkin juga menyukai