Anda di halaman 1dari 2

MODUL BERFOKUS PBD KBAT

GEGAR MINDA (FASA 2) PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4

Nama:_______________ ____ Tingkatan : ______________

TAJUK 1 : BIDANG AKIDAH

PERKARA MEMBATALKAN IMAN

SK : 3.10 Merumus kefahaman mengenai perkara yang membatalkan iman serta


menjauhinya secara beradab dan istiqamah.
SP: 3.10.2 Menerangkan kesan melakukan perkara yang membatalkan iman
3.10.3 Menerangkan syarat terbatal iman
3.10.4 Merumuskan cara menjauhi perkara membatalkan iman

1. Jelaskan dua kesan melakukan perkara yang membatalkan iman.


Antara 2 kesan yang membatalkan iman adalah tidak diampunkan dosanya oleh Allah
sekiranya tidak bertaubat dan diharamkan memasuki syurga sebaliknya akan kekal di
dalam neraka.
TP : 3

2. Terangkan dua syarat terbatalnya iman seseorang.

Dua syarat terbatalnya iman seseorang adalah mengingkari perkara asas dalam islam
seperti perkara yang berkaitan dengan rukun iman dan rukun islam seperti tidak solat dan
tidak percaya kepada Allah dan Rasul. Kedua adalah melakukan perkara yang jelas
membawa diri kepada kufur seperti menafikan rukun iman.
TP : 4

3.
Rakan-rakan anda terdiri daripada berbagai kaum. Mereka mengamalkan berbagai
kepercayaan dan agama.

Huraikan bagaimana anda memelihara iman dalam situasi di atas (KBAT)

Cara yang saya akan lakukan untuk memelihara iman adalah dengan menghayati rukun
Iman, dekatkan diri dengan Allah, mendirikan solat 5 waktu, bersyukur, memahami dan
hormat perbezaan agama dan kepercayaan, menunjukkan akhlak Islam yang baik kepada
rakan berlainan agama, tidak mengikut gaya hidup dan perbuatan mereka yang dilarang
agama.
TP : 5

TAJUK 2 : BIDANG IBADAH


SEMBELIHAN

SK : 4.21 Merumus kefahaman mengenai ibadat sembelihan serta mengamalkan secara beradab
dan istiqamah

SP : 4.21.2 Menjelaskan rukun,syarat sah,perkara sunat dan perkara makruh sembelihan


4.21.3 Merumus hikmah sembelihan dari sudut syarak dan sains

1. Jelaskan dua perkara sunat dilakukan oleh penyembelih semasa menyembelih

perkara sunat yang perlu dilakukan oleh penyembelih adalah menghadap arah kiblat kerana
kiblat ialah tempat mulia bagi umat islam dan penyembelih disunatkan membaca bismillah
semasa menyembelih.

TP : 3
2. Terangkan dua hikmah sembelihan dari sudut syarak

 mempercepatkan proses kematian binatang yang disembelih


 membezakan antara daging yang halal dan haram supaya ibadah diterima

TP : 4

3.
Sebagai ketua kumpulan dalam program kem ibadat,anda ditugaskan untuk membuat tunjuk
cara kepada rakan-rakan yang lain mengenai sembelihan.

Huraikan proses penyembelihan tersebut.(KBAT)

Proses penyembelihan adalah pertama sekali memastikan peralatan sembelihan tajam seperti
pisau. Kedua proses penyembelihan perlu dilakukan pada waktu siang supaya mudah namps,
ketiga perlu menghadap kiblat dan akhir sekali membaca bismillah dan memotong urat
halkum dan urat marai dalam sekali gerakan potongan

TP : 5

Anda mungkin juga menyukai