Anda di halaman 1dari 2

RUMUSAN

 15 markah
 80 hingga 100 patah perkataan
 Pendahuluan + 6 isi tersurat + Kesimpulan

Pendahuluan = 2 markah
6 isi tersurat (6 x 1 markah) = 6 markah
Kesimpulan = 2 markah
Bahasa = 5 markah

 Kehendak soalan tidak diberikan (Murid-murid perlu membaca keseluruhan petikan untuk
mengetahui kehendak soalan)
 1 atau 3 perenggan

Rangka Rumusan
Petikan membincangkan ……………………………………………………
* punca / faktor / sebab
langkah / cara / usaha / kaedah / strategi / pendekatan
kesan / impak / implikasi
kebaikan / faedah / manfaat / kepentingan
keburukan / kesan negatif / impak negatif / implikasi negatif
keistimewaan / keunikan / kelebihan
ciri / sifat / kriteria
peranan / tanggungjawab
cabaran / halangan / kekangan / hambatan
masalah / kesulitan
amalan

Antara (puncanya) ialah (ISI 1). Selain itu, (ISI 2). Seterusnya, (ISI 3). Sementara itu, (ISI 4). Di
samping itu, (ISI 5). Akhir sekali, (ISI 6).

Kesimpulannya, (siapakah) perlu (melakukan apa) supaya / agar (harapan).


* Murid- murid tidak boleh menggunakan idea-idea yang telah diberikan dalam petikan untuk menulis
kesimpulan rumusan.
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kebolehan untuk melakukan tugas harian menyebabkan kebanyakan orang menyangka


bahawa mereka cergas. Sesetengah orang menyatakan bahawa mereka jarang-jarang sakit
dan tidak kerap mendapatkan rawatan perubatan, tetapi hal ini tidak bermakna keadaan
fizikal mereka itu baik. Dari segi kesihatan, strategi yang berkesan untuk seseorang berada
kekal dalam keadaan cergas dan sihat adalah dengan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu. Walaupun fakta ini diketahui umum, namu aktiviti yang berkait dengan kesihatan
masih berada di tangga terbawah dalam senarai keutamaan yang perlu dilakukan pada setiap
minggu.
“Tubuh yang sihat membawa kepada akal yang sihat.” Bagaimanakah senaman
menyumbang kepada akal yang sihat? Senaman dalam jangka panjang akan melancarkan
perjalanan darah ke otak. Peningkatan tekanan darah akan menyalurkan darah ke otak yang
kurang mendapat darah, seterusnya meningkatkan keperluan oksigen kepada otak. Senaman
aerobik pula mampu meningkatkan proses pembelajaran walaupun kepada golongan dewasa.
Kita juga akan kelihatan hebat dan berkeyakinan setelah melakukan senaman kerana
wujudnya kepercayaan dalam diri. Selain itu, senaman juga mampu menangani masalah
kemurungan.
Bersenam secara konsisten dan mengamalkan diet seimbang membantu mengawal berat
badan yang berlebihan. Obesiti meningkatkan risiko mendapat pelbagai penyakit seperti
diabetes, penyakit jantung dan batu karang. Satu fakta menarik faedah bersenam ialah jangka
hayat lebih panjang dapat dicapai. Hal ini terbukti melalui satu kajian yang mendapati bahawa
kadar kematian kumpulan orang yang tidak cergas adalah dua kali ganda lebih tinggi
berbanding dengan mereka dalam kumpulan sederhana cergas. Tuntasnya, jadikanlah
bersenam sebagai satu budaya hidup kita supaya kita kekal sihat sepanjang masa.

Anda mungkin juga menyukai