Anda di halaman 1dari 4

No.

Ruj :
KERTAS CADANGAN
PROGRAM KEMBARA MENAIKI KERETA API DAN PROGRAM BIJAK BELANJA PPKI
2022

GURU BESAR
SK MURNI JAYA

TAJUK KERTAS CADANGAN


PROGRAM KEMBARA MENAIKI KERETA API DAN PROGRAM BIJAK BELANJA PPKI
2022

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Berpegang kepada pepatah, jauh berjalan luas permandangan banyak pengalaman,


maka kelas Pendidikan khas SK Murni Jaya bercadang mengadakan lawatan sambi belajar
ke Kluang dengan menaiki kereta api. Di samping itu, murid-murid juga digalakkan untuk
berbelanja sendiri di Kluang Mall mengikut jumlah wang yang akan diberikan. Aktiviti ini
amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung
kepada murid-murid istimewa mengenai pengangkutan awam dan menggalakkan murid-
murid melakukan sendiri urusan jual beli seperti yang telah dipelajari dalam subjek
matematik di dalam kelas.

3. OBJEKTIF PROGRAM

i . Memberi pengalaman kepada murid merasai menaiki kereta api.


ii. Murid dapar melihat sendiri pengangkutan kereta api.
iii. Mendedahkan murid Pendidikan khas kepada masyarakat luar.
iv. Menggalakkan murid untuk melakukan sendiri urusan pembelian.
V . Menanam sifat yakin diri, berani dan berdisiplin.

4. KUMPULAN SASAR

- 3 Orang murid Pendidikan khas Masalah Pembelajaran


- 2 Orang guru dan seorang pembantu pengurusan murid
5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

7.30 pagi : Berkumpul di Sekolah Kebangsaan Murni Jaya


8.00 pagi : Sarapan
9.00 pagi : Bertolak ke stesyen KTM Layang-Layang menaiki teksi
9.40 pagi : Menaiki kereta api dari stesyen layang-layang ke Kluang
10.40 pagi : -Dijangka tiba di Stesyen kereta api Kluang.
-Bergerak ke Kluang Mall dengan menaiki teksi

11.00 pagi : Aktiviti di Kluang Mall


-bermain boling
1.30 petang : -Makan tengah hari
-solat zohor
2.00 Petang : Aktiviti menonton wayang
4.00 Petang : Aktiviti bijak belanja
6.00 Petang : Bertolak pulang ke SK Murni Jaya menaiki kereta api

6. JAWATANKUASA KERJA

Penyelaras : Nooraishah binti Ahmad


Setiausaha : Noorfadillah Akma binti Desa
Bendahari : Norasheh binti Saimon
Pengangkutan : Noorfadillah Akma binti Desa
Makanan : Norasheh binti Saimon
Kawalan murid : Norasheh binti Saimon
Noorfadillah Akma binti Desa
Nooraishah binti Ahmad

7. IMPLIKASI KEWANGAN
7.1 Sumber kewangan

Peruntukan Pendidikan Khas

7.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci.

Bi Perkara Jumlah
l
1 Sarapan RM20
4 x RM 5
2 Makan Tengah hari RM60
4 x RM15
3 Minum petang RM20
4 x RM5
4 Tiket Keretapi RM44
4 x RM 11
JUMLAH KESELURUHAN RM144
8. ULASAN JPN / PPD

9. PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar segala perancangan yang telah diatur dapat
memberi faedah kepada warga Pendidikan khas intgrasi SK Murni Jaya dan mampu
mencapai objektif-objektif yang telah digariskan dengan jayanya. Semoga segala
usaha dan bakti ikhlas yang dilaburkan dalam menjayakan program ini

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………………. ………………………………………….
Guru Pendidikan Khas Penyelaras Pendidikan Khas
SK Murni Jaya SK Murni Jaya
Tarikh:21/8/2022 Tarikh: 21/8/2022
No. Ruj : SKMJ.700-6/3(1)

KERTAS CADANGAN
KEMBARA MENAIKI KERETA API & PROGRAM BIJAK BELANJA PPKI 2022

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan [Kembara menaiki kereta api &


Program bijak belanja PPKI 2022]
atau
Tidak meluluskan Kertas Cadangan (Kembara menaiki kereta api &
Program bijak belanja PPKI 2022)

Ulasan:
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

_______________________

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai