Anda di halaman 1dari 31

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/293097651

Kajian Teks Sifat Beradab dari Perspektif Pendidikan Menurut al-Imam al-
Nawawi dalam Kitab Riyad al-Salihin

Thesis · January 2012

CITATIONS READS

3 2,030

2 authors, including:

Kamarul Azmi Jasmi


Universiti Teknologi Malaysia
563 PUBLICATIONS   3,666 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Program Budaya al-Quran View project

Remaja Hebat View project

All content following this page was uploaded by Kamarul Azmi Jasmi on 01 August 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


KAJIAN TEKS SIFAT BERADAB DARI PERSPEKTIF PENDIDIKAN
MENURUT AL-IMAM AL-NAWAWI DALAM KITAB RIYAD AL-SALIHIN

NURUL HAMIZA BINTI NODZARI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PENGESAIIAN PEI{YELIA

"Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan ljazahsarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)".

Tandatangan

Nama Penyelia :
N,
I}R KAMARUL AZMT BIN JASMI

1N 65y tot Z
Tarikh
KAJIAN TEKS SIFAT BERADAB DARI PERSPEKTIF PENDIDIKAN
MENURUT AL-IMAM AL-NAWAWI DALAM KITAB RIYAD AL-SALIHIN

NURUL HAMIZA BINTI NODZARI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat


penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JAN 2012
..Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya"

Tandatangan :

Nama Penulis : NURUL FIAMIZA BINTI NODZARI


lg J/k 20t2
iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Segala puji-pujian hanya padaMU Ya Allah. Cukup Allah menjadi Penolong kami dan
Allah adalah sebaik-baik pelindung. Ku panjatkan kesyukuran di atas nikmat yang tak
terhingga serta Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Buat Ibu dan Ayah tersayang


Sabariah bt Yusof & Nodzari b Hassan
Terima kasih yang tidak terhingga
Di atas doa, pengorbanan, dorongan dan kasih-sayang kalian
Nasihatmu sungguh bermakna bagiku, tidak pernah serik Mengenalkanku erti kehidupan.
InsyaAllah, selagi nafasku masih berbaki, Jasa dan Pengorbanan kalian sentiasa meniti
dalam doa kudusku setiap masa.

Kakanda dan Adinda


Secangkir Tanda Ingatan Dan Penghargaan Kepada Kakanda dan Juga Adinda
Yang Sentiasa Memberi Suntikan Semangat Kepadaku Untuk Meneruskan Perjuangan Ini...
Kakanda Siti Farahana & Noramsyari dan Adinda Adiwatul Atirah,Muhamad
Zulkiflee,Faris Aiman dan Nur Iffah Yasmin…Semoga Kalian di Rahmati Allah Selalu.

Buat Penyelia yang dikagumi..


Dr Kamarul Azmi Jasmi
Syukran Jazilan..Terima Kasih atas segala tunjuk ajarmu

Buat Pensyarah-pensyarah Fakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang


disanjungi..
Terima kasih di atas segala dorongan dan sokongan yang diberikan selama ini, semoga
segala jasa dan tunjuk ajar kalian dirahmati Allah hendak-Nya.Halalkan segala ilmu yang
telah dicurahkan...

Teman-teman seperjuangan yang dikasihi,


Terima kasih atas segala-galanya.....
Semoga kejayaan menjadi milik kita bersama
iv

PENGHARGAAN

ِ‫بِسْمِ الّلَهِ الّرَحْمَنِ الّرَحِيم‬

Alhamdulillah, segala puji-pujian kehadrat Allah SWT, tuhan yang mentadbir


sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,
keluarga serta sahabat baginda. Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT dengan
berkat pertolongan, taufiq serta inayah-Nya telah mengizinkan saya menyiapkan dengan
jayanya penulisan laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini hingga ke nokhtah
terakhirnya.

Jutaan terima kasih ditujukan kepada ibu dan ayah tercinta serta keluarga yang
dikasihi lagi disayangi di atas sokongan, motivasi serta iringan doa kecemerlangan yang
tidak putus-putus buat saya. Kalianlah tunjang inspirasi saya untuk terus maju dan
cemerlang.

Jutaan penghargaan buat Dr. Kamarul Azmi bin Jasmi selaku penyelia dalam
membantu menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini serta di atas tunjuk ajar,
sumbangan idea, penyemakan, penyeliaan dan segala susah payah yang telah beliau
sumbangkan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini. Ucapan penghargaan juga
diberikan khas buat para pensyarah Fakulti Tamadun Islam mahupun Fakulti Pendidikan
yang telah mencurahkan segala bentuk ilmu sepanjang pengajian saya di Universiti
Teknologi Malaysia.

Akhirnya, sekalung terima kasih saya tujukan kepada sahabat-sahabat


seperjuangan yang telah banyak memberikan dorongan semangat sepanjang proses
menyiap dan menyempurnakan Projek Sarjana Muda juga.kepada mereka yang telah
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Projek Sarjana Muda ini.
SemogaAllah SWT memberkati dan memberikan yang terbaik dalam setiap gerak
langkah kalian semua. InsyaAllah. Amin.
v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan kajian teks terhadap bab Kitab Adab karangan imam al-
Nawawi dalam kitab Riyad al-Salihin. Teks kajian dijadikan data verbatim untuk
diproses dan dianalisis menggunakan program perisian N’Vivo 7.0 bagi menghasilkan
tema dan sub-tema. Hasil dapatan menunjukkan kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang terkandung dalam bab Kitab Adab terdiri daripada tujuh belas kaedah, iaitu,
kaedah suruhan, uswah hasanah, dialog, bercerita, tegahan, metafora, penjelasan dan
penerangan, ancaman, perbandingan, wadah penyebaran, hayati amali, galakan,
syarahan, isyarat, perumpamaan, pertanyaan dan peringatan. Aspek kedua yang menjadi
perbincangan adalah aspek bahan bantu mengajar yang telah dikenal pasti, iaitu model,
bahan maujud dan bahan buatan. Akhir sekali, aspek ketiga yang dibincangkan ialah
kurikulum, dapatan menunjukkan terdapat 15 kurikulum sifat beradab, iaitu Sifat malu
dan kelebihannya, Menjaga rahsia, Melaksanakan janji, Istiqamah dalam amalan,
Berbicara secara manis dan lembut, Kekuatan hujah dalam perbicaraan, Khusyuk
mendengar dalam majlis ilmu, Menasihati dan bersederhana dalam memberi nasihat,
Bersikap tenang dalam setiap perkara, Mengerjakan ibadah dengan sikap tenang,
Memuliakan tetamu, Menyampaikan khabar gembira, Mendoakan sahabat, Istikarah dan
bermusyawarat dan Mendahulukan sesuatu perkara dengan yang kanan. Kajian ini
menghasilkan tiga model utama, iaitu Model kaedah Pendidikan Sifat Beradab, Model
BBM Sifat Beradab dan Model Kurikulum Pendidikan Sifat Beradab (PSB) Mukmin
Soleh. Kesemua model ini amat berguna kepada pelbagai pihak dalam menghayati dan
mendidik tentang pendidikan sifat beradab.
Vi

ABSTRACT

This research paper is set within the context of Kitab Adab, written by Imam al-
Nawawi in his book “Riyad al-Salihin” In order to produce a theme and sub-theme, all
data has been change to verbatim data to be processed and analyzed using N’Vivo 7.0
software programs. The second aspect of the discussion that has been identified is
teaching aid materials, there are models of people, concrete materials and artificial
materials. The findings show that teaching and learning methods contained in the Kitab
Adab consists of seventeen methods, there are instruction, role model, dialogue,
storytelling, prohibition, a metaphor, an explanation and description, threat, comparison,
dissemination of platform, practical, encouragement, lecture, signal, parable, inquiry and
reminder methods. Finally, the third aspect discussed was the curriculum, the findings
show that there are 15 curriculum, the nature of shame and its advantages, Keeping
secrets, implement promises, Istiqamah in practice, gentle in speech, strength of
arguments in converse, behave in listening lectures, advise and moderate in giving
advice, Be calm in all things, worship performed with reposeful , glorifying visitors,
Delivering the good news, Pray for friends, Istikarah and powwow and prioritizing the
right things. This research produced three main models, the model rules of civilized
nature of education, civilized nature of the BBM model and civilized nature of
Curriculum Education (PSB) Soleh believers Model. All models are useful for various
parties in embracing and educating about the ethical nature of education.
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xvi


viii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Skop Kajian 12

1.8 Definisi Istilah 12

1.9 Kesimpulan 15

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16
2.2 Sifat Beradab Menurut Pandangan Sarjana 17
2.2.1 Definisi Adab 17
2.2.2 Ciri-ciri Adab Islam 18
2.2.3 Akhlak, Etiket dan Budi Pekerti 20

2.2.3.1 Pengertian Akhlak 20


2.2.3.2 Etiket menurut Islam 22
2.2.3.3 Budi Pekerti 22
2.3 Pendidikan 24
2.3.1 Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu 25
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
ix

2.3.2 Pendekatan Dan Kaedah Pengajaran 25


Pendidikan Islam
2.3.3 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 26
2.4 Riwayat Hidup Al-Imam Al-Nawawi 27
2.4.1 Nama dan Keturunan 27
2.4.2 Kehidupan Al-Imam Al-Nawawi 28
2.4.3 Akhlak dan Peribadi 29
2.4.4 Hasil Karya dan Penulisan 30
2.5 Pandangan Ulama Terhadap ِAl-Imam Al-Nawawi 30
2.6 Pandangan Terhadap Kitab Riyad al-Salihin 31
2.7 Tinjauan Kajian Lepas 33
2.8 Kesimpulan 35

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 36
3.2 Reka Bentuk Kajian 36
3.3 Metod Pengumpulan Data 37
3.3.1 Data Premier 37
3.3.2 Data Sekunder 37
3.4 Kesahan dan Kebolehpercayaan 38
3.4.1 Triangulasi Data 39
3.4.2 Rujukan Definisi Operasional 39
3.5 Analisis Data 40
3.5.1 Metod Kualitatif 41
3.5.2 Metod Induktif 41
3.5.3 Metod Deduktif 42
3.5.4 Teknik Penganalisaan 42
3.6 Kesimpulan 42
x

BAB IV ANALISA DATA

4.1 Pengenalan 44
4.2 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam 45
Kitab Sifat Beradab menurut Paradigma Imam
Al-Nawawi
4.3 Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Kitab Sifat 65
Beradab Menurut Paradigma Imam al-Nawawi
4.4 Kurikulum Pendidikan dalam Kitab Sifat Beradab 72
Menurut Paradigma Imam al-Nawawi
4.5 Kesimpulan 101

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN


5.1 Pengenalan 102
5.2 Perbincangan 103
5.3 Rumusan 105
5.4 Implikasi 107
5.4.1 Model Kaedah Pendidikan Sifat Beradab 108
5.4.2 Model BBM Pendidikan Sifat Beradab 109
5.4.3 Model Kurikulum Pendidikan Sifat Beradab 110
5.5 Cadangan 111
5.5.1 Kementerian Pendidikan Malaysia 111
5.5.2 Skolah-Sekolah Agama 111
5.5.3 Guru 112
5.5.4 Ibu Bapa 112
5.5.5 Pelajar dan Belia 113
5.5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 113
5.6 Kesimpulan 114
xi

BIBLIOGRAFI 115

LAMPIRAN
xii

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK HALAMAN


JADUAL
4.1 Kaedah 46
4.2 Bahan Bantu Mengajar 67
4.3 Malu dan Keutamaannya 72
4.4 Menjaga Rahsia 77
4.5 Menyimpan Rahsia 78
4.6 Rumahtangga 80
4.7 Memenuhi Perjanjian dan Melaksanakan 81
Janji
4.8 Memelihara Apa-Apa yang Sudah
83
Dibiasakan Dari Hal Kebaikan
4.9 Sunnahnya Berbicara yang Baik dan
Menunjukkan Wajah yang Manis Ketika 85
Bertemu

4.10 Sunnahnya Menerangkan dan 87


Menjelaskan Pembicaraan
4.11 Mendengarkannya Seorang Kawan
Kepada Pembicaraan Kawannya yang 88
Tidak Berupa Pembicaraan yang Haram

4.12 Menasihati dan Bersederhana Dalam


Memberi Nasihat 89
xiii

4.13 Bersikap Tenang dan Pelan-Pelan 90

4.14 Sunnahnya Mendatangi Solat, Ilmu


Pengetahuan dan Lain-Lainnya Dari 91
Berbagai Ibadat Dengan Sikap Pelan-
Pelan dan Tenang
4.15 Memuliakan Tamu 93
4.16 Sunnahnya Memberikan Berita Gembira 94
dan Mengucapkan Ikut Bergembira
4.17 Mohon Diri Seorang Sahabat dan 95
Memberikan Wasiat
4.18 Istikarah dan Bermusyawarat 96
4.19 Sunnahnya Pergi Solat Hari Raya, 98
Melawat Orang Sakit dan Sebagainya
4.20 Sunnahnya Mendahulukan Anggota yang 99
Kanan Dalam Segala Sesuatu
xiv

SENARAI RAJAH

NO. TAJUK HALAMAN


RAJAH
4.1 Kaedah Sifat Beradab 64
4.2 BBM Sifat Beradab 71
4.3 Kurikulum Sifat Beradab 100
5.1 Model kaedah Pendidikan Sifat Beradab 108
5.2 Model BBM Sifat Berada 109
5.3 Model Kurikulum Pendidikan Sifat
Beradab (PSB) Mukmin Soleh 110
xv

SENARAI SINGKATAN

BBM - Bahan Bantu Mengajar

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KRS - Kitab Riyad al-Salihin

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PSM - Projek Sarjana Muda

PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah

r.a - Radhiallahu anhu

SAW - Shallallahu Alaihi Wasallam

SWT - subhanahu Wa Taala

UTM - Universiti Teknologi Malaysia


xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

1 Verbatim

2 Senarai Definisi Operasional Tema dan Kod Tema


BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Islam merupakan agama yang menyeluruh dan lengkap yang meliputi semua
aspek kehidupan manusia. Islam juga telah menggariskan panduan yang perlu diikuti
oleh setiap umatnya dalam menjalani kehidupan seharian agar mencapai kebahagian dan
kesejahteraan dalam kehidupan. Panduan dan peraturan yang dianjurkan dalam Islam
bukanlah bertujuan untuk menyusahkan tetapi untuk membawa kemakmuran dan
kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Menurut Abdul Mukmin Sa’adudin (2006: 1), ajaran Islam meliputi semua aspek
kehidupan dan mengatur hubungan seseorang hamba dengan Rabbnya atau dengan
sesama makhluk-Nya. Islam juga tidak membiarkan suatu perbuatan mulia selain
mengajak kepadanya, dan tidak membiarkan suatu perbuatan keji selain mengingatkan
bahayanya. Agar kehidupan manusia berjalan sesuai dengan manhaj Ilahi yang jelas dan
terperinci.
2

Indahnya Islam apabila meliputi segala aspek kehidupan manusia iaitu meliputi
aspek akidah, ibadah dan akhlak. Akhlak yang mulia ditetapkan sebagai asas dalam
Islam untuk membina peribadi dan masyarakat yang baik. Dengan akhlak, seseorang
insan itu dapat mencapai kesempurnaan agama, dunia dan akhirat secara bersamaan.
Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda: (Al-Bukhari, 1994:
3295)

"Sesungguhnya yang paling baik diatara kamu ialah yang paling baik
akhlaknya."

(Al-Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan betapa pentingnya seseorang itu


berakhlak dengan akhlak yang baik dan berpekerti mulia.

Akhlak ataupun budi pekerti yang baik memegang peranan penting dalam
kehidupan manusia sejagat. Seseorang yang berakhlak dengan akhlak yang baik dapat
menghindarkan dirinya dari pelbagai sifat buruk yang amat dilarang dalam Islam.
Manusia yang memiliki budi pekerti yang tinggi, adab sopan yang baik serta akhlak
yang mulia akan membawa kepada kebenaran dan keadilan kepada seluruh umat
manusia. Begitulah pentingnya akhlak dan berbudi pekerti mulia dalam diri seseorang.

Pentingnya sebagai umat Islam untuk berakhlak dengan akhlak yang baik, ini
kerana semuanya telah diajar dan dipesan oleh Nabi Muhammad SAW dan baginda
3

sendiri telah menunjukkan akhlak yang mulia sebagai teladan utama kepada umat akhir
zaman. Allah SWT telah memberi sanjungan kepada Rasulullah SAW dengan akhlak
yang baik sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Qalam:

    

Maksudnya: “Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti


yang agung.”

(Surah al-Qalam, 68: 4)

Allah SWT juga berfirman:

            

    

Maksudnya: Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri


teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat)
Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.

(Surah al-Ahzab, 33: 21)

Oleh itu al-Khuluq dalam surah al-Qalam di atas merujuk kepada makna budi
pekerti iaitu akhlak dan adab. Menurut Kamus Dewan (1991: 19), akhlak bermaksud
budi pekerti, kelakuan dan tabiat.

Menurut Asmawati Suhid (2009), perkataan adab diambil daripada bahasa Arab
"addaba" yang bermaksud mengajarkan adab. Merujuk kepada Kamus Dewan (2000: 6),
4

adab bermaksud bertingkah laku sopan, berbudi bahasa, budi pekerti yang halus dan
mulia. Disini jelas menerangkan bahawa adab membawa maksud segala tingkah laku
atau perlakuan yang sopan, baik dan mulia.

Akhlak Islam dibina dengan adab-adab yang baik. Adab dalam Islam
mencantikkan dan mengindahkan lagi setiap perjalanan hidup umat Islam dalam
kehidupan ini sebagai hamba Allah yang bertaqwa. Orang Islam yang menghiasi diri
dengan adab dan perilaku baik akan disanjung oleh manusia bahkan Allah juga memuji
akan orang yang baik akhlaknya.

Islam adalah agama yang sangat menitikberatkan soal akhlak dan adab-adab bagi
menjamin kebahagiaan dan keharmonian hidup di dunia dan akhirat. Adab-adab yang
diajar oleh Islam ini merangkumi segala aspek daripada sekecil-kecil perkara
sehinggalah kepada sebesar-besar perkara kerana akhlak dan adab yang baik
mencerminkan bagaimana Islam itu sendiri. Islam telah menggariskan adab-adab dan
akhlak yang mulia agar manusia sejagat dapat hidup dalam suasana harmoni dan
mendapat keredhaan Allah SWT. Al-Quran telah mengisyaratkan hal yang berkaitan
dengan akhlak ini dalam memberikan sifat kepada kaum mukminin.

Justeru dalam kajian ini, penyelidik menfokuskan kajian yang berkaitan dengan
sifat beradab yang menjadi perbincangan sarjana Islam terkenal iaitu al-Imam al-
Nawawi dalam kitab beliau iaitu Riyad al-Salihin. Seterusnya, dalam bab ini juga
penyelidik akan menerangkan beberapa topik yang berkaitan dengan latar belakang
masalah, objektif dan persoalan kajian, kepentingan dan skop kajian.
5

1.2 Latar Belakang Masalah

Kebelakangan ini, masalah akhlak serta kurangnya adab-adab dan perilaku yang
baik dalam diri masyarakat Islam amat membimbangkan, khususnya dalam kalangan
generasi muda yang banyak membawa kepada permasalahan sosial yang semakin parah
hari ini. Penyelidik merasakan masyarakat hari ini semakin longgar dalam menjaga adab
sopan yang merupakan panduan dan sempadan yang telah dan ditetapkan oleh syariat
Islam.

Hukama ada mengatakan bahawa “Satu-satu umat akan jatuh apabila runtuh
akhlaknya”. Sejarah telah terbukti dalam kisah kejatuhan tamadun Rom dan Parsi yang
disebabkan oleh penyakit sosial yang merebak dan menjadi wabak yang sukar
dibendung dalam masyarakat pada ketika itu, suatu bangsa yang kuat dan gagah boleh
jatuh akibat daripada kurangnya akhlak dalam diri mereka (Pahrol Mohamad Juoi,
2011). Disini dapat dilihat betapa penting dan besarnya impak akhlak dan adab dalam
diri seseorang individu yang akan membawa kepada pembangunan dan keruntuhan
sesebuah masyarakat dan tamadun itu. Hamzah Ya’qub (1983), seorang penyair Arab,
Shauqi Bey mengubah syairnya :

***

“Suatu bangsa dikenal kerana akhlaknya (budi pekerti). Jika budi


pekertinya runtuh, maka runtuhlah bangsa itu.”
6

Jika dilihat pada hari ini, masyarakat hari ini juga dilanda masalah yang sama,
pergaulan bebas, gejala buang bayi, pendedahan aurat, budaya hedonisme dan lain-lain
lagi yang terus diamalkan oleh segolongan besar masyarakat hari ini dan terus berleluasa
dan menjadi amalan budaya hidup mereka. Segala syariat Islam diketepikan dan di
abaikan hanya kerana mengikut hawa nafsu dan arus perkembangan semasa.

Di dalam akhbar Berita Harian Online bertarikh 04 Ogos (2010), melaporkan


bahawa dua orang pelajar tingkatan dua dari sebuah sekolah di Sarawak telah
mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap gurunya dan telah menumbuk guru
tersebut, pelajar tersebut didakwa menyerang dan menerkam gurunya setelah dimarahi
oleh guru terbabit. Selain dari itu, di dalam akhbar Berita Harian Online bertarikh 12
Mac (2010), seorang wanita dibelasah sekumpulan enam pelajar perempuan tingkatan
lima sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, wanita tersebut dibelasah di depan
anaknya dan puluhan pelajar lain selepas memarahi seorang daripada pelajar terbabit
yang mengganggu serta mengejek anak perempuannya yang juga pelajar tingkatan lima
sekolah tersebut.

Seterusnya, dalam akhbar Harian Metro edisi Johor yang bertarikh 3 Mac (2011),
seorang penganggur didakwa kerana membunuh ibunya di rumah mereka di Felda Kepis
Kuala Pilah. Lelaki terbabit, Mohd Hirman Sah Sohaimi 28 tahun, mengelar dan
menikam ibunya beberapa kali di dada menggunakan pisau, paling menyayat hati
apabila ibunya meritih kesakitan meminta tolong akibat kesakitan yang ditanggung dan
tubuhnya berlumuran darah selepas ditikam anaknya sebelum menghembuskan nafas
terakhirnya. Juga kes yang berkaitan dengan, seorang ibu telah menjual anaknya yang
berusia 3 tahun, ibu terbabit menjual anaknya yang masih kecil itu hanya semata-mata
kerana wang. Paling malang apabila wanita terbabit bekerjasama dengan anak angkat
lelakinya yang berusia 17 tahun membelasah suaminya sehingga cedera selepas
suaminya melarang dan memarahinya akibat perbuatan tersebut.
7

Berdasarkan kes-kes yang diutarakan di atas, jelas menunjukkan bahawa


keruntuhan akhlak dan kurangnya adab kesopanan dalam masyarakat hari ini, pelajar
tidak lagi menghormati gurunya, paling menyedihkan apabila adab dan nilai-nilai
sebagai seorang pelajar Islam tidak lagi dihayati.

Seorang anak sudah tidak lagi mengenali ibunya sehingga sanggup membunuh
dan melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bergelar
anak, dalam Islam meninggikan suara bahkan mengucapkan kata-kata “ah” kepada
orang tua tidak dibolehkan oleh agama inikan pula mengucapkan kata-kata kasar atau
memperlakukan mereka dengan lebih kasar daripada itu kerana jasa dan pengorbanan
kedua ibu bapa tiada nilainya, Allah SWT menegah seorang anak menderhaka kepada
ibunya sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Isra’:

           

           

  

Maksudnya: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu


jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada
ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara
keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam
pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada
keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan
ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

(Surah al-Isra’, 17: 23)


8

Mereka ini hanya mengikut hawa nafsu semata tanpa menjadikan syariat Islam
sebagai landasannya. Dimana silapnya, adakah kerana salah seorang guru dalam
mendidik atau salah ibu bapa yang kurang memberi didikan serta perhatian kepada anak-
anak? Segala persoalan ini harus diatasi dan diambil tindakan oleh semua pihak agar
masa depan anak-anak remaja tidak hancur dan musnah tanpa didikan serta panduan
yang betul berlandaskan syariat Islam.

Harian Metro edisi Johor yang bertarikh 6 April (2011) melaporkan, seorang
murid berusia tujuh tahun mati akibat didera dan dibelasah oleh gurunya gara-gara
dituduh mencuri RM7 milik rakannya. Kejadian ini berlaku pada 31 Mac 2011,
dilaporkan guru terbabit bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful
Syazani di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya. Paling
menyedihkan guru terbabit tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan
menangis supaya perbuatan itu dihentikan.

Mangsa meninggal dunia selepas koma beberapa hari akibat kekurangan oksigen
dalam otak, dilaporkan otak mangsa gagal berfungsi selepas disekat benda atau objek
lembut sehingga menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak. Polis mengklasifikasikan
kes ini sebagai kes pembunuhan.

Berdasarkan kes-kes yang telah diutarakan di atas, penyelidik merasakan


masyarakat hari ini telah hilang akhlak sebagai seorang muslim yang seharusnya
menjaga adab-adab sebagai seorang Islam yang mempunyai tanggungjawab masing-
masing keatas sesama muslim.

Oleh yang demikian, di dalam kajian ini, penyelidik akan menekankan aspek-
aspek dalaman yang berkaitan dengan adab-adab sebagai seorang muslim selari dengan
9

syariat yang digariskan dalam Islam. Sehubungan dengan itu, al-Imam al-Nawawi telah
membentangkan paradigmanya berkaitan dengan aspek sifat beradab di dalam kitab
Riyad al-Shalihin. Aspek ini sangat penting untuk diterapkan ke dalam masyarakat hari
ini terutamanya golongan remaja yang semakin pincang akhlaknya dan tidak mengikut
landaskan syariat yang telah digariskan dalam Islam.

1.3 Pernyataan Masalah

Realiti hari ini apa yang dapat dilihat, umat Islam semakin hari semakin jauh
daripada landasan Islam yang sebenarnya. Perbalahan yang timbul sesama jiran, anak
yang tidak menghormati ibu bapanya, pelajar yang tiada sopan dan hormat kepada guru
dan banyak lagi akhlak dan adab yang tidak dihayati oleh umat Islam hari ini. Jika
dilihat kepada kes-kes yang dinyatakan sebelum ini penyelidik merasakan segala
masalah itu berlaku adalah berpunca daripada akhlak dan adab yang berpunca dari diri
sendiri. Manusia yang demikian sikap dan peribadinya adalah manusia yang tidak
mengenal dan mengamalkan Islam sebagai pegangan hidup mereka.

Islam mengajar umatnya berakhlak dengan akhlak yang baik, adab-adab yang
mulia telah digariskan sebagai panduan hidup. Namun begitu masih ada sahaja manusia
yang kurang adabnya serta rendah sifatnya, seperti mana dalam masyarakat hari ini
terdapatnya isu-isu tentang mengumpat, mengata, saling tuduh menuduh sesama
muslim, hasad dengki dan sebagainya yang memungkinkan tercetusnya pergaduhan dan
perbalahan sesama Islam dan yang paling tragis apabila berlakunya pembuangan bayi
dan sehingga ketahap bunuh membunuh akibat salah faham dan pergaduhan yang hanya
berpunya dari hal yang sedikit sahaja. Ini adalah kerana tiadanya akhlak kepada Allah
juga pada sesama manusia. Sedangkan dalam Islam telah menganjurkan agar berbuat
baik sesama insan dalam segenap aspek.
10

Berdasarkan penyataan masalah di atas, penyelidik mengambil inisiatif untuk


mengkaji dan menganalisis teks hadis yang terdapat di dalam Kitab Riyad al-Salihin
dengan menfokuskan kepada sifat beradab berdasarkan paradigma al-Imam al-Nawawi
dalam Kitab Riyad al-Salihin (KRS). Sifat ini diperhalusi untuk menghasilkan satu
kurikulum sifat beradab berserta dengan kaedah penerapan sifat tersebut juga bahan
bantu mengajar sifat beradab dalam kitab adab untuk dijadikan pedoman kepada umat
Islam.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian bertujuan untuk:

1.4.1 Menganalisis kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang terkandung


dalam Kitab Sifat Beradab dalam KRS.

1.4.2 Mengkaji aspek Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang diterapkan dalam
penyampaian kurikulum dalam KRS.

1.4.3 Mengenalpasti aspek kurikulum yang terkandung di dalam Kitab Sifat


Beradab dalam KRS.
11

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah penggunaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang terkandung


dalam Kitab Sifat Beradab dalam KRS?

1.5.2 Apakah penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang diterapkan dalam
penyampaian kurikulum dalam KRS?

1.5.3 Apakah aspek kurikulum yang terkandung di dalam Kitab Sifat Beradab
dalam KRS?

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai