Anda di halaman 1dari 5

ATURCARA

Majlis Perasmian
9.00 PAGI : MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-54
Ketibaan Perasmi
Batin Sidin a/l Bujang
( Batin Kampung Orang Asli Sungai Bumbun )
Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor
Ucapan alu-aluan pengacara majlis
Bacaan Doa Ustaz Mohd Shafiq bin Ahmad Bashir
Ucapan Penasihat (Guru Besar SK Sg Bumbun Asli )
Puan Nor Aidah binti Baba
Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Bumbun (A)
Encik A Samri a/l Abdul Rahman
Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke-54 dan Pelancaran
Video Korporat SK Sg Bumbun (A)
Oleh Batin Sidin a/l Bujang
( Batin Kampung Orang Asli Sungai Bumbun )
Gimik pelancaran - Pelancaran Video Korporat SK Sungai Bumbun (A)
Tayangan multimedia penyampaian sijil dan cenderamata kepada
AJK PIBG sesi 2019/2021 dan penyampaian cenderamata kepada
perasmi dan aktiviti PIBG tahun 2020
Cabutan bertuah ( 3cabutan )
9.30 pagi : Rehat
ATURCARA
9.35 Pagi :

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-54


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-54
Mesyuarat Agung bermula
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-54
Perutusan Pengerusi
 Kata aluan YDP PIBG sesi 2019/2021
 Kata aluan Puan Guru Besar SK Sg Bumbun (A)
Perbentangan dan pengesahan
 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-53
 Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2020
 Laporan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2020
Cabutan bertuah ( 5 cabutan )
Perkara-perkara berbangkit
Perbincangan/ perkara-perkara baharu
 Membahaskan, membincangkan dan menerima usul
 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2019/2021
 Perlantikan Pengerusi Sementara
 Perlantikan AJK PIBG Sesi 2021/2023
Cabutan bertuah ( 5 cabutan )
Hal-hal lain
Cabutan bertuah ( 3cabutan )
Ucapan penangguhan
10.30 Pagi : Bersurai

Cabutan tu zali yg present dan tunjuk spin and win tu. Pastu jmpt dia
je tunjuk present
Sedikit pesanan dari jawatankuasa mesyuarat, sila mute kan microfon
masing-masing, kecuali jika ingin memberikan respon.kerjasama anda
amat dihargai
Mengumumkan ketibaan
Batin Sidin a/l Bujang ( Batin Kampung Orang Asli Sungai Bumbun )
Yang berusaha Pn Noor Aidah bt Baba Guru besar sk sg bumbun asli
Yang dihormati, Encik A Samri a/l Abdul Rahman, Yang Dipertua PIBG SK
Bumbun (A),
Barisan penolong kanan, ahli jawatankuasa PIBG, guru-guru dan hadirin yang
dihormati sekalian. Majlis akan dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku
dan lagu negeri selangor. Hadirin diminta bersedia.

Bismilahhirahmanirahim... Asalamualaikum & Salam Sejahtera


Lenggang bertapak seni memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam Sembah selamat datang
Sudilah Tuan ke majlis kami

Selamat datang ke majlis perasmian mesyuarat agong tahunan PIBG kali ke


54 dan pelancaran video korporat sk sg bumbun (a) 2021. Bagi memberkati
majlis kita pada hari ini. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan Ustz Mohd Shafiq bin Ahmad Bashir bagi memimpin bacaan
doa.
Amin..Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil
Ustaz Mohd SHAFIQ atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita
sentiasa di berkati dari yang maha Esa.
Hadirin yang dihormati sekalian, majlis diteruskan dengan ucapan penasihat
PIBG SKSB(A) Pn Noor Aidah bt Baba,majlis mempersila.
Demikian tadi ucapan daripada guru besar SKSB(a). Terima kasih diucapkan.
Kompang bergema pusaka bangsa
Dipalu oleh si anak muda
Hadir tuan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira
Majlis diteruskan, dengan menjemput En A Samri a/l abdul rahman untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersila.
Terima kasih diucapkan kepada en a samri a/l abdul rahman atas ucapan
sebentar tadi.
Kini tibalah masa bagi ucapan perasmian mesyuarat agong pibg kali ke 54
dan pelancaran video korporat sk sb(A).Bagi menyempurnakan acara majlis
dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan BATIN SIDIN A/L
BUJANG, BATIN KG ORANG ASLI SG BUMBUN majlis mempersila.
Terima Kasih di atas ucapan dan pelancaran video sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan tayangan multimedia, majlis penyampaian sijil dan
cenderamata kepada AJK PIBG sesi 2019/2021 serta laporan aktiviti PIBG
sepanjang tahun. Dan PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PERASMI,
BATIN SIDIN A/L BUJANG
Mari sama-sama kita saksikan.
SETERUSNYA, KITA AKAN HANGATKAN SUASANA KITA PADA PAGI INI
DENGAN CABUTAN BERTUAH. UNTUK MENERUSKAN MAJLIS SY MENJEMPUT
EN RAZALI MOHD KASSIM UNTUK ACARA SETERUSNYA.

Kita akan mulakan agenda mesyuarat agong tahunan dengan kata aluan YDP
PIBG en a samri a/l abdul rahman. Seterusnya dijemput pn noor aidah baba.
Seterusnya ialah Perbentangan dan pengesahan
 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-53
 Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2020
 Laporan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2020
dipersilakan
majlis diteruskan dengan cabutan bertuan, dijemput encik razali mohd
kassim.
Seterusnya agenda kita
- Perkara-perkara berbangkit
- Perbincangan/ perkara-perkara baharu
 Membahaskan, membincangkan dan menerima usul
 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2019/2021
 Perlantikan Pengerusi Sementara
 Perlantikan AJK PIBG Sesi 2021/2023

Cabutan bertuah ( 5 cabutan )


Hal-hal lain
Cabutan bertuah ( 3cabutan )
Ucapan penangguhan

Mjlis tamat,dgn ini mjlis abes.

Anda mungkin juga menyukai