Anda di halaman 1dari 5

Sosial dan Budaya: Amalan pembelian makanan sejuk

beku sebagai hidangan keluarga di Pangsapuri D’Cahaya

1.0 PENGENALAN
Kajian ini bertemakan sosial dan budaya: makanan. Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat (2010), sosial bermaksud segala yang berkaitan dengan
masyarakat atau perihal masyarakat. Budaya bermaksud bersifat budaya, yang
mengenai kebudayaan manakala makanan adalah apa sahaja yang boleh dimakan
seperti nasi, roti dan sayur-sayuran.

Industri makanan sejuk-beku (frozen foods) merupakan bidang yang semakin


berkembang di Malaysia. Produk makanan yang berasaskan konsep ini semakin
menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan
makanan yang ringkas juga berkhasiat.Menurut definisi Food and Agriculture
Organization (FAO), makanan sejuk beku bermaksud makanan yang disimpan di
dalam peti sejuk yang bersuhu di bawah negatif 18°C. Makanan yang disimpan di
bawah suhu tersebut boleh bertahan lama yang boleh menjamin kualiti dan kesegaran
makanan tersebut. Jangka hayat untuk makanan sejuk beku ialah selama setahun.
Industri makanan sejuk beku ini semakin meningkat permintaannya dengan
perubahan gaya hidup manusia pada zaman moden ini. Peningkatan makanan konsep
ini dijangka berlaku sebanyak 10% pada setiap tahun bermula dari tahun 2000 hingga
sekarang. Peningkatan ini dijangka akan terus berlaku. Makanan sejuk beku telah
mula menarik perhatian ramai orang kerana lebih mudah disediakan dan menjimatkan
masa.

Produk sejuk beku adalah satu daripada komoditi yang mempunyai pasaran
yang terbesar selepas produk bakeri danproduk tenusu. Pada tahun 2008,
sektormakanan sejuk beku mencatatkan nilai jualan sebanyak RM705.8 juta
(5.1%)berbanding dengan nilai jualan sektormakanan lain. Kuantiti jualan
makanansejuk beku meningkat dari tahun ke tahundengan purata pertumbuhan 3.7%
setahun (Mohd Hafizudin et al. 2009).
Pada umumnya produk sejuk beku dikaitkan dengan makanan moden yang
diproses seperti nuget, daging burger, bebolaikan dan kuih-muih moden. Pemprosesan
kuih tradisional sejuk beku adalah sangat baru di Malaysia. Orang-orang Melayu
padaumumnya masih dibendung oleh nilai-nilai tradisi dan cenderung menggunakan
kuih tradisional sebagai makanan harian mereka. Perubahan gaya hidup yang
didorong oleh proses urbanisasi, kerjaya, peningkatan pendapatan dijangka tidak
mengubah gelagat pengguna terhadap kuih-kuih tradisional. Kehendak terhadap kuih
tradisional dalam kalangan penduduk Malaysia, khususnya daripada kaum Melayu
dijangka tidak berubah.

Terdapat beberapa rasional kajian yang dapat dikenalpasti dalam kajian


pembelian makanan sejuk beku sebagai hidangan keluarga di kalangan penduduk
Pangsapuri D’Cahaya. Antaranya adalah kekurangan masa kerana penduduk
bekerjaya sibuk bekerja. Hal ini kerana kebanyakan penduduk Pangsapuri D’Cahaya
bekerja lebih 8 jam sehari kerana mengambil “overtime” untuk menyelesaikan
tugasan mereka. Oleh itu, mereka kesuntukan masa untuk pergi ke pasar membeli
bahan mentah. Sebaliknya, mereka membeli makanan sejuk beku yang lebih mudah
untuk disiapkan seperti udang yang boleh dimasak dengan lekas.

Selain itu, rasional kajian seterusnya adalah terdapat pelbagai jenis makanan
sejuk beku yang senang diperolehi di pasaran. Antaranya seperti Buah Campuran
Market Pantry, Market Pantry Macaroni dan Cheese Bites dan Udang Besar Masak
Ringkas. Oleh itu, pengkaji ingin mengenalpasti dengan lebih mendalam tentang
jenis-jenis makanan sejuk beku yang menjadi tarikan penduduk-penduduk Pangsapuri
D’Cahaya.
4.0 METEDOLOGI
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk tinjauan deskriptif. Menurut L.R.
Gay (1996) (dalam Educational Research, 2000), metodologi merupakan kaedah danteknik
mereka-bentuk, mengumpul dan menganalis data supaya dapat menghasilkan buktiyang
boleh menyokong sesuatu kajian (merumuskan apa yang dikaji).
Metodologimenerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah
dan tekniktertentu digunakan. Tujuan metodologi adalah untuk membantu memahami
dengan lebihluas (terperinci) lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat
huraian tentang proses kajian.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN


Kajian ini berbentuk kajian tinjauan berbentuk deskriptif. Kajian tinjauan merupakan
satu rangka rujuk mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan dan analisis
data. Kajian adalah bertujuan untuk mengenal pasti amalan pembelian makanan sejuk beku
sebagai hidangan keluarga dalam kalangan penduduk di Pangsapuri D’Cahaya.

4.2 INSTRUMEN KAJIAN


Instrument adalah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi
konsepyang berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang.
Dalam kajian ini, instrument yang digunakan untuk mendapatkan data adalah
dengan menggunakan kaedah temu bual, dan borang soal selidik.

Kaedah Instrument kajian


Kualitatif Borang soal selidik
Kualitatif Borang temu bual
4.2.1 SOAL SELIDIK
Soal selidik merupakan kaedah yang paling sesuai untuk mengumpul data dan
mengikut pandangan Miles dan Huberman (1984) yang mengatakan bahawa data yang
diperoleh daripada soal selidik dengan responden kajian yang dijalankan dalam suasana
semula jadi memberikan data berbentuk deskriptif yang tepat. Borang soal selidik dalam
kajian ini telah dijawab oleh penduduk Pangsapuri D’Cahaya. Borang soal selidik ini
berbentuk soalan tertutup. Rasional menggunakan soal selidik tertutup adalah untuk
mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan mudah dibandingkan. Borang soal selidik yang
dikemukakan kepada responden mempunyai tiga bahagian. Bahagian A adalah tentang
maklumat asas responden. Bahagian B adalah soalan-soalan untuk mengenal pasti faktor-
faktor makanan sejuk beku menjadi pilihan hidangan keluarga bagi penduduk Pangsapuri
D’Cahaya. Bahagian C pula mengkaji jenis-jenis makanan sejuk beku yang menjadi pilihan
utama penduduk di Pangsapuri D'Cahaya. Kajian ini menggunakan skala permarkahan likert
limamata yang menggunakan empat aras, iaitu 1 = sangat setuju, 2 = setuju, 4 = tidak setuju
dan 5 = sangat tidak setuju.

4.2.2 CARA MENDAPATKAN RESPONDEN


Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang penduduk Pangsapuri D’Cahaya.
Responden terbatas kepada penduduk yang tinggal di Pangsapuri D’Cahaya dan mengisi
borang soal selidik dengan lengkap pada hari kajian dijalankan. Sampel kajian terdiri
daripada 30 orang penduduk, 30 set borang soal selidik akan diberikan kepada mereka secara
rawak mudah untuk memperoleh data yang lebih tepat. Dalam kualitatif pula, 3 orang akan
dipilih untuk ditemubual. Selain itu, kaedah rujukan akan dilakukan oleh saya sendiri.

4.2.3 KAEDAH RUJUKAN


Bagi melengkapkan lagi kajian pengkaji, pengkaji telah menggunakan kaedah rujukan
dengan menggunakan internet dan bahan rujukan lain. Kebanyakan maklumat yang pengkaji
dapati terdapat di dalam laman web. Ini dapat memudahkan lagi kerja untuk menyiapkan
kerja kursus ini dalam waktu yang telah ditetapkan oleh guru. Di samping itu, buku-buku
pelajaran serta majalah berilmiah dijadikan rujukan tambahan untuk melengkapkan lagi hasil
kajian pengkaji. Rujukan ini dibuat pada bila-bila masa.
4.3 PROSEDUR ANALISIS DATA
Pada peringkat akhir kajian ini, telah dijalankan secara deskriptif untuk menganalisis
data daripada soal selidik dan penilaian untuk menghasilkan laporan kajian yang lengkap.
Data yang telah diperoleh akan dianalisis menggunakan graf, carta dan jadual. Seterusnya,
pengkaji turut menganalisis data bagi penyataan yang menggunakan Skala Likert 4 aras.

Skala Aras
Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 2
Setuju 3
Sangat setuju 4

Anda mungkin juga menyukai