Anda di halaman 1dari 6

KUMPULAN ESEI SEKOLAH TINGGI KLUANG

MODUL BERFOKUS ESEI PENGGAL 2 DAERAH KLUANG 2017

TEMA: WAWASAN 2020

SOALAN 1

Objektif utama Wawasan 2020 adalah untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang maju
dalam semua aspek dengan bangsa yang cemerlang mempunyai ciri-ciri yang jelas dan kukuh. Jelaskan
ciri-ciri yang dimiliki oleh rakyat Malaysia untuk mengangkat kecemerlangan sebagai bangsa Malaysia.

Pengenalan :

Objektif utama Wawasan 2020 adalah untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang maju
dalam pelbagai aspek dengan bangsanya yang mempunyai ciri-ciri yang jelas dan kukuh. Kekuatan
negara Malaysia bergantung kepada beberapa kaum terbesar yang akhirnya akan membentuk satu
bangsa Malaysia.

Bil Isi/ Idea Huraian

Ciri-ciri rakyat Malaysia  Menjadi asas kepada segala perubahan dan


kemajuan
1. Berpengetahuan / berkemahiran  Rakyat yang berpengetahuan, merupakan
bangsa yang sentiasa meneroka, mencari ruang
dan kekuatan untuk mendapat suatu yang baharu
 Penerokaan dan kekuatan yang dibina akan
meningkatkan kecemerlangan bukan sahaja daya
fikir, juga kemahiran mengurus peluang dan
kekuatan
 Sebagai contoh, kejayaan bangsa Jepun kerana
keupayaan membangunkan pengetahuan dalam
kalangan rakyatnya.

2. Kekuatan daya juang dan daya saing  Daya saing menjadi rakyat sentiasa bergerak ke
hadapan menguasai ilmu, teknologi dan
kemahiran baharu.
 Sebagai contoh, rakyat Cina dan rakyat Jepun
merupakan bangsa yang tinggi daya juang
(survival) dan daya saing mereka.
 Daya juang membantu suatu bangsa mengurus
masalah dan tekanan yang dihadapi dengan
berkesan.
 Tekanan jika diurus dengan baik akan melahirkan
daya juang dan kreativiti
 Tekanan dan masalah yang dapat diselesaikan
memberi pengetahuan dan pengalaman baharu
yang akan menjadikan satu bangsa Malaysia
sentiasa peka dengan cabaran dan kemungkinan
halangan yang dirempuh.
 Sebagai contoh, bangsa Malaysia mampu
membina Bangunan Berkembar Petronas Kuala
Lumpur (KLCC) walaupun menggunakan
kepakaran tempatan tetapi mampu bersaing
KUMPULAN ESEI SEKOLAH TINGGI KLUANG

dengan bangunan tinggi dunia yang lain.

3. Kreativiti dan inovatif  Kreativiti dan inovasi menjadikan rakyat itu tidak
beku dan static
 Kreativiti dan inovasi melonjakkan kekuatan
suatu bangsa.
 Kreativiti melahirkan daya cipta yang menjadikan
suatu bangsa berupaya mendepani bangsa lain.
 Kreativiti dalam menyelesaikan masalah
menjadikan sebarang masalah yang wujud
sebagai peluang bukan halangan.
 Peluang yang wujud akan melahirkan idea
baharu dengan ciptaan baharu.
 Bangsa Malaysia telah membuktikan kreativiti
yang tinggi dalam mengurus komoditi utama
negara, iaitu tanaman kelapa sawit bukan sahaja
di peringkat menghasilkan bahan mentah, malah
dalam mengeluarkan produk hiliran.

4. Bersedia mengambil risiko  Kejayaan besar dan hebat datang bersama


risiko. Rakyat yang tidak sanggup
menanggung risiko menjadikan suatu
bangsa itu gagal merebut peluang dan
ruang.
 Risiko yang ditempuhi akan memberi
kekuatan dan pengalaman mengurus risiko,
akhirnya risiko yang bakal ditempuhi dapat
diminimakan.
 Sebaliknya, tidak bersedia mengambil risiko,
suatu bangsa itu akan ketinggalan.
 Ciri ini mempengaruhi syarikat minyak milik
bangsa Malaysia, iaitu Petronas berjaya di
peringkat antarabangsa.

5. Keupayaan mewujudkan jaringan social  Rakyat Malaysia mempunyai keupayaan


mewujudkan jaringan sosial dengan rakyat di
seluruh dunia.
 Jaringan sosial membekalkan maklumat dan
input terkini tentang peluang dan ruang untuk ke
hadapan.
 Tanpa jaringan sosial yang baik, keupayaan yang
ada dalam zon sempit dan terhad.
 Keadaan ini tidak merangsang perkembangan
dan kecemerlangan bangsa Malaysia.
 Jaringan sosial yang maksama dapat
mewujudkan bangsa Malaysia yang berpeluang
untuk menjadi usahawan internet.
 Sebagai contohnya, usahawan jutawan Irfan
Khairi yang berjaya kerana berniaga melalui
jaringan sosial.

6. Jati diri dan patriotisme yang teguh  Rakyat yang mempunyai jati diri dan patriotime
yang teguh akan membentuk identiti suatu
bangsa.
 Jati diri menjadi benteng kepada perasaan putus
KUMPULAN ESEI SEKOLAH TINGGI KLUANG

asa, menghianati bangsa dan sentiasa berusaha


mempertahankan kebenaran dan bangsa
mereka.
 Patriotisme menjadikan kepentingan bangsa
mendahului kepentingan diri.
 Sebagai contohnya, anggota tentera Malaysia
yang sanggup berkorban bertugas di luar negara
di bawah panji tentera pengaman Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Kesimpulannya, kecemerlangan bukan diwarisi tetapi lahir daripada peluang yang dicipta dan ruang yang
direbut. Rakyat yang mempunyai ciri-ciri yang baik akan mengangkat kecemerlangan bangsa Malaysia
ke arah mencapai Wawasan 2020.

SOALAN 2

Salah satu hasrat kerajaan bagi merealisasikan Wawasan 2020 ialah untuk mewujudkan masyarakat
Malaysia yang saintifik, progresif dan inovatif adalah amat disokong., kerana potensinya namun terdapat
cabaran yang boleh menjejaskan hasrat tersebut. Huraikan

Pengenalan :

Salah satu hasrat kerajaan bagi merealisasikan Wawasan 2020 ialah untuk mewujudkan masyarakat
Malaysia yang saintifik, progresif dan inovatif adalah amat disokong demi kemajuan negara, kerana
potensinya namun terdapat cabaran yang boleh menjejaskan hasrat tersebut.

Bil Isi / Idea Huraian

A.Potensi masyarakat yang saintifik,  Mewujudkan rakyat yang dinamik, giat


progresif dan inovatif berusaha dan kental terutama generasi muda.
 Membentuk masyarakat yang dapat berfikir
secara matang berdasarkan empiric bukti
 Dapat berdepan dengan persaingan di
Menyediakan rakyat mempunyai daya saing peringkat global
1.  Mampu membuat penyelidikan dan
pembangunan secara berterusan.
 Mampu mencipta dan bkan hanya sebagai
pengguna sahaja.

2. Menyumbang kemajuan ekonomi negara  Berkeupayaan membentuk fikiran yang


dinamik menjana kepada pendapatan.
 Berkeupayaan membentuk atau
menghasilkan ciptaan sama ada teknologi,
produk ataupun perkhidmatan.
 Sebagai contohnya, mencipta laman web,
mencipta jentera atau mesin, menghasilkan
cip komputer dan sebagainya.
 Kesannya sumber ekonomi dan pendapatan
negara boleh berkembang.
KUMPULAN ESEI SEKOLAH TINGGI KLUANG

3. Memudahkan kerja-kerja manusia  Rakyat yang memiliki sifat saintifik, progresif


dan inovatif menghasilkan produk yang
membantu kerja-kerja manusia.
 Ciptaan sains dan teknologi meningkatkan
kemajuan dalam bidang perubatan.
 Jurutera juga boleh menghasilkan peralatan-
peralatan kejuruteraan seperti jentera untuk
pelaksanaan aktiviti pertanian.
 Saintis juga mencipta penemuan-penemuan
baharu, misalnya mencipta genetik baharu.

B.Cabaran  Dasar kerajaan yang kurang


memberangsangkan atau kurang
4. Prasarana terbatas menyediakan insentif untuk
mempertingkatkan usaha penyelidikan .
 Ramai pakar sanggup berhijrah keluar
negara untuk memperkembangkan
kepakaran mereka.
 Menganggap negara sendiri kurang
berkeupayaan dan sebaliknya terlalu
mengagungkan negara luar.
 Tidak memberikan sokongan kepada
hasrat murni kerajaan.

5. Budaya menciplak atau cetak rompak harta  Dasar perlindungan harta intelek masih
intelek longgar, masyarakat kurang sedar.
 Peniaga hanya mahukan keuntungan, tidak
mahu membuat pelaburan untuk melakukan
penyelidikan dan pembangunan.
 Masyarakat pula tidak menyokong produk asli
tetapi lebih berminat membeli produk tiruan
disebabkan factor harga dan seumpamanya.

6. Sikap terhadap ilmu  Dengan pendidikan, modal insan yang


berkualiti dan seimbang dapat dihasilkan.
 Segelintir anggota masyarakat hanya selesa
dengan keadaan sedia ada tanpa mahu
menambahkan ilmu pengetahuan misalnya
ilmu berkaitan teknologi maklumat (ICT).
 Bimbang membuat perubahan kerana terikat
dengan kebiasaan sahaja
 Masih terikat dengan sistem pendidikan untuk
peperiksaan.

Kesimpulannya, usaha yang lebih gigih untuk melahirkan generasi yang saintifik, progresif dan inovatif
perlu dilaksanakan. Kerajaan perlu menyediakan suatu suasana yang boleh mengembangkan bakat
generasi muda yang berkualiti.
KUMPULAN ESEI SEKOLAH TINGGI KLUANG

SOALAN 3

Cabaran kelapan dalam Wawasan 2020 adalah memastikan masyarakat yang adil dalam bidang
ekonomi. Hubungan etnik yang baik dapat menjamin pertumbuhan ekonomi negara walaupun terdapat
faktor-faktor lain menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan.Bincangkan.

Pengenalan :

Hubungan etnik yang baik dapat menjamin pertumbuhan ekonomi negara seperti yang dinyatakan dalam
cabaran kelapan dalam Wawasan 2020 adalah untuk memastikan masyarakat yang adil dalam bidang
ekonomi. Namun terdapat faktor-faktor lain menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan
selain hubungan etnik baik.

Bil Isi / Idea Huraian

Faktor-faktor menjamin pertumbuhan  Hubungan etnik yang baik dapat mewujudkan


ekonomi negara yang mampan. perpaduan yang utuh.
 Mewujudkan suasana kondusif untuk memikat
pelabur asing
 Kepelbagaian etnik menjadi suatu
Hubungan etnik yang baik. (wajib) keistimewaan dan kekuatan.
1.  Keupayaan lingusitik, hubungan budaya dan
anutan agama yang berbeza dapat
dimanfaatkan di pasaran luar seperti di China,
India dan negara-negara Islam.

2. Program dan dasar ekonomi negara.  Kebijaksanaan kerajaan dalam perancangan


strategi ekonomi negara.
 Program Transformasi Ekonomi dengan
Model Ekonomi Baru.
 Penglibatan pelbagai etnik sebagai sumber
tenaga manusia untuk sector perindustrian.
 Bekalan alam dipastikan berterusan
 Bahan mentah menyokong sektor pembuatan
dan industry hiliran.
 Lebih banyak zon perdagangan bebas
diwujudkan.
 Pasaran global diteroka.

3. Sumber manusia mahir / kepakaran  Rakyat mesti berilmu pengetahuan dalam


bidang ekonomi.
 Peluang pendidikan dan latihan berkualiti
dalam bidang ekonomi mesrilah meluas.
 Kemudahan latihan kemahiran ditawarkan
KUMPULAN ESEI SEKOLAH TINGGI KLUANG

kepada semua etnik.


 Modal insan yang pakar dalam ekonomi dapat
dilahirkan.
 Menjadi tenaga penggerak ekonomi negara
yang mampan.

4. Menggiatkan penyelidikan dan  Melalui penyelidikan dan pembangunan


pembangunan (R&D) (R&D), sesuatu yang kreatif dan inovatif dapat
dicipta.
 Meningkatkan produktiviti dan kualiti produk.
 Aktiviti R&D menggalakkan budaya reka cipta.
 Teknologi yang canggih dapat dihasilkan.
 Produk berinovasi membawa nilai tambah
tinggi.
 Melonjatkan pertumbuhan ekonomi negara.

5. Budaya integriti  Integriti menjamin kewujudan sifat amanah,


bersih dan cekap.
 Pengurusan ekonomi penuh ketelusan dan
mengikuti meritokrasi
 Karenah birokrasi dapat dielakkan.
 Perkhidmatan kaunter dan penyampaian
maklumat dapat disampaikan dengan lebih
berkesan.
 Mampu berdaya saing di persada dunia.
 Iklim pelaburan menjadi kondusif.

Kesimpulannya, hubungan etnik yang baik dapat menjamin pertumbuhan ekonomi negara yang mampan.
Walaupun terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang. Secara langsung cabaran kelapan dalam
Wawasan 2020 akan dapat dicapai.

Disediakan oleh: Puan Salbiah Mohd Nor

Anda mungkin juga menyukai