Anda di halaman 1dari 17

MODUL SAINS TINGKATAN 1

TAJUK 5 : JIRIM
5.1 JIRIM DALAM ALAM
PENGENALAN;
Cuba perhatikan objek di persekitaran kita dan cuba senaraikan. Sebenarnya semua objek di
sekitar kita adalah JIRIM.

1. Apakah maksud JIRIM? JIRIM bermaksud semua benda yang mempunyai jisim dan
memenuhi ruang.
2. Semua benda hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuhan adalah JIRIM. Begitu juga
semua benda bukan hidup merupakan JIRIM.
3. Jadi boleh dikatakan semua objek di sekeliling kita adalah JIRIM termasuklah udara, air,
tanah dan batu-batuan. Ini kerana setiap objek yang mempunyai jisim mestilah memenuhi
ruang manakala objek yang memenuhi ruang mestilah mempunyai jisim.
4. Adakah terdapat benda di sekitar kita adalah BUKAN JIRIM? Ya, contoh BUKAN JIRIM
adalah tenaga, fikiran, bunyi, vakuum dan bayang-bayang kerana tidak mempunyai jisim
dan memenuhi ruang.

Aktiviti 1- Membuktikan benda hidup dan benda bukan hidup mempunyai jisim dan memenuhi
ruang.

Tanah Air Taugeh


Arahan : -
1. Timbang bikar kosong dengan menggunakan penimbang dan catatkan jisim.
2. Masukkan tanah ke dalam bikar kosong dan catatkan jisim.
3. Ulang Langkah 1 dan 2 dengan menimbang air dan taugeh serta catat jisimnya.
Keputusan :-
Bahan Benda hidup/ benda bukan hidup Jisim(g) Memenuhi ruang
Tanah Benda bukan hidup
Air Benda bukan hidup
Taugeh Benda hidup

1. Tanah dan air adalah benda bukan hidup mempunyai jisim dan memenuhi ruang
2. Taugeh adalah benda hidup juga mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
Aktiviti 2 :- Menunjukkan bahawa udara mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

Arahan :-
1. Belon A dan B yang sama saiz ditiup, digantung
pada pembaris dan berada dalam keadaan
seimbang.
2. Belon B dicucuk dengan jarum.
3. Keadaan diperhatikan

Keputusan :-
1. Apabila belon ditiup, ia mengembang kerana udara
memenuhi ruang belon.
2. Ia digantung dan berada dalam keadaan seimbang
menunjukkan udara mempunyai jisim.
3. Selepas belon B dicucuk dengan jarum pembaris
tidak lagi seimbang. Ini menunjukkan udara
mempunyai jisim.

LATIHAN 1:

1. Tandakan (/) pada benda-benda yang merupakan contoh jirim.

a) Bayang-bayang d) Pasir
b) Manusia e) Pelangi
c) Cahaya f) Buku

2. Selepas menjalankan aktiviti bagi membuktikan benda hidup dan benda bukan hidup
mempunyai jisim dan memenuhi ruang, Sarah menulis beberapa pernyataan berkaitan
aktiviti tersebut.
Tuliskan ‘Benar’ atau ‘Palsu’ bagi pernyataan berikut.

Pernyataan Benar/Palsu

a) Daun mempunyai jisim dan mempunyai isi padu

b) Jisim air tidak dapat diukur

c) Air yang mempunyai isi padu dikatakan memenuhi ruang.

d) Daun merupakan jirim tetapi air adalah bukan jirim.


JAWAPAN :
1. Manusia, pasir, buku
2. a) dan c) Benar , b) dan d) Palsu

SIFAT FIZIK JIRIM;

1. Apakah maksud sifat fizik JIRIM? Sifat fizik JIRIM adalah kualiti yang dapat dikenalpasti
pada JIRIM dengan menggunakan lima deria manusia atau boleh diukur dengan alat
pengukur.
2. Contohnya takat didih, takat lebur, keterlarutan, kekonduksian haba dan ketumpatan.
3. Sifat fizik jirim ini adalah bergantung pada jenis bahan yang membentuk suatu jirim
tersebut. Contohnya - takat didih air adalah 100 0C, takat didih naftalena (ubat gegat) adalah
800C, gula dan garam boleh melarut dalam air, pasir dan batu tidak boleh melarut dalam air.

SIFAT KIMIA JIRIM;

1. Apakah maksud sifat kimia JIRIM? Sifat kimia JIRIM adalah tindak balas yang ditunjukkan
oleh suatu jirim untuk berubah menjadi bahan baharu yang berbeza. Bahan baharu yang
terhasil adalah mempunyai komponen kimia yang berbeza.
2. Contohnya kebolehbakaran dan pengaratan.
Tindak balas pengaratan, besi (atom Ferum, Fe) telah bertukar kepada karat (ion ferum,
Fe2+).

Aktiviti 3 :- Membezakan sifat fizik dan sifat kimia jirim.

Aiskrim melebur Kertas terbakar Paku berkarat Air mendidih

Arahan :- Kelaskan sifat jirim tersebut kepada sifat fizik dan sifat kimia.
Sifat fizik Sifat kimia
JAWAPAN :
Sifat fizik Sifat kimia
Aiskrim melebur Kertas terbakar
Air mendidih Paku berkarat

LATIHAN 2 :

1. Tentukan sama ada situasi berikut merupakan sifat kimia atau sifat fizik.

Pernyataan Sifat fizik/ sifat kimia

a) Mentol menyala apabila suis dihidupkan

b) Adunan tepung menjadi kek setelah dibakar dalam ketuhar.

c) Kunci basikal Amir telah berkarat.

d) Telur rebus menjadi empat segi apabila dimasukkan


kedalam bekas kecil.

2. Rajah dibawah menunjukkan dua aktiviti untuk mengkaji sifat fizik dan sifat kimia jirim.

a) Tulis pemerhatian bagi aktiviti di atas.

Aktiviti Pemerhatian

b) Aktiviti manakah membentuk bahan baharu? Berikan sebab.

………………………………………………………………………………………………………

c) Nyatakan jenis sifat yang dikaji dalam aktiviti 1 dan aktiviti 2.


Aktiviti 1 : …………………………………………………………………………………………..

Aktiviti 2 : …………………………………………………………………………………………..

d) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada aktiviti di atas?

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

JAWAPAN :

1. a) sifat kimia, b) sifat fizik, c) sifat kimia d) sifat fizik


2. a) aktiviti 1 – paku besi berkarat, aktiviti 2 – garam melarut dalam air
b) aktiviti 1 kerana komposisi besi telah berubah.
c) aktiviti 1 – sifat kimia, aktiviti 2 – sifat fizik
d) Perubahan sifat fizik jirim tidak membentuk bahan baharu manakala perubahan sifat
kimia jirim membentuk bahan baharu.

PENGELASAN JIRIM

1. Bahan-bahan boleh dikelaskan berdasarkan :-


a) Ketumpatan
b) Takat lebur
c) Takat didih
d) Keterlarutan
2. Ketumpatan ialah jisim per unit isipadu bahan itu. Ketumpatan adalah satu nilai bagi
bahan untuk menentukan bahan itu terapung atau tenggelam. Unit nilai ketumpatan
adalah gdm-3. Nilai ketumpatan diperolehi dengan menggunakan rumus:-
[ Ketumpatan(gdm-3) = jisim(g) ÷ isipadu(dm-3) ]
3. Bahan yang kurang tumpat akan terapung manakala bahan yang lebih tumpat akan
tenggelam.
4. Rajah di bawah menunjukkan beberapa bahan yang timbul dan tenggelam dalam
sebuah silinder penyukat.
i) Gabus adalah paling kurang tumpat
dan berada pada bahagian paling
atas/ terapung.
ii) Kaca adalah paling tumpat dan berada
paling bawah/ tenggelam berbanding
bahan lain dalam silinder penyukat itu.
iii) Urutan ketumpatan menaik adalah;
gabus< petrol< ketulan ais< air< kaca.

5. Takat Lebur ialah suhu apabila keadaan pepejal bertukar menjadi cecair. Manakala
Takat Didih ialah suhu apabila keadaan cecair bertukar menjadi wap/gas.

6. Beberapa takat lebur dan takat didih seperti di bawah;

Bahan Takat lebur (0C) Takat didih (0C)


Air 0 100
Oksigen -218 -183
Alkohol -117 78

7. Keterlarutan ialah kebolehan sesuatu bahan untuk melarut di dalam pelarut dan
membentuk larutan.
8. Keterlarutan adalah bergantung kepada ciri-ciri fizik dan kimia bahan larut dan pelarut.
Contohnya serbuk kopi boleh larut dalam air tetapi pasir halus tidak boleh larut dalam
air.

Aktiviti 3 :- Mengelaskan bahan berdasarkan perbezaan ciri-ciri sifat fizikal.

Arahan :- Kelaskan bahan-bahan berikut berdasarkan ketumpatan berbanding ketumpatan


air dan keterlarutan dalam air. Satu contoh telah diberikan. Anda boleh mencuba di rumah.

Bahan Ketumpatan berbanding air Keterlarutan dalam air

i) Gula (contoh) Lebih tumpat Larut

ii) Guli kaca

iii) Garam

iv) Gabus

v) Kayu

vi) Serbuk milo

vii) Pasir
JAWAPAN:

Bahan Ketumpatan berbanding air Keterlarutan dalam air


i) Gula (contoh) Lebih tumpat Larut
ii) Guli kaca Lebih tumpat Tidak larut
iii) Garam Lebih tumpat Larut
iv) Gabus Kurang tumpat Tidak larut
v) Kayu Kurang tumpat Tidak larut
vi) Serbuk milo Lebih tumpat Larut
vii) Pasir Lebih tumpat Tidak Larut

LATIHAN 3

Jawab semua soalan objektif berikut.

1. Antara berikut, pernyataan yang manakah betul menerangkan jirim?


A jirim mempunyai jisim dan memenuhi ruang
B jirim mempunyai isi padu yang tetap
C jirim tidak mempunyai jisim
D jirim terdiri daripada zarah-zarah yang besar dan bergerak.

2. Air membeku pada 00C dan mendidih pada suhu 1000C. pada suhu berapakah air tersejat?
A 00C
B 1000C
C Lebih tinggi daripada 1000C
D Lebih rendah daripada 00C

3. Rajah di bawah menunjukkan gelas yang mengandungi air dan minyak.

Pernyataan manakah yang betul?


A jarak antara zarah-zarah minyak lebih rapat daripada zararh-zarah air.
B saiz zarah air lebih besar daripada saiz zarah minyak
C air lebih tumpat daripada minyak
D suhu air lebih rendah daripada minyak.

4. Antara berikut, yang manakah merupakan contoh bagi sifat kimia jirim?
A gula melarut dalam air kopi
B kunci besi berkarat
C air mendidih pada 1000C
D sudu besi menjadi panas apabila diletakkan di dalam air panas.

5. Antara berikut, yang manakah sebab rakit buluh mampu terapung?


A rakit lebih berat daripada air
B rakit lebih tumpat daripada air
C rakit mempunyai isi padu yang besar dan ketumpatan yang lebih rendah.
D rakit mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

JAWAPAN:-

1. A 2. B 3. C 4. B 5. C

5.2 TIGA KEADAAN JIRIM

PENGENALAN

Pernahkah anda terfikir, apakah yang terdapat dalam sesuatu JIRIM? Dan bagaimanakah Jirim
boleh berada dalam tiga keadaan?

Sebenarnya dalam JIRIM terdapat ZARAH yang sangat halus dan diskret. Zarah sering
digambarkan dengan objek bulat atau bentuk titik. Oleh kerana zarah sangat halus, ia tidak
dapat dilihat dengan mata kasar dan dapat dilihat dengan mikroskop electron.

Kepadatan susunan zarah-zarah membolehkan jirim berada dalam tiga keadaan.

1. Apakah tiga keadaan JIRIM? Tiga keadaan JIRIM adalah :- i) pepejal ii) cecair iii) gas
2. Menurut saintis, Teori Kinetik Jirim adalah JIRIM terdiri daripada zarah halus dan
diskrit/seni yang sentiasa bergerak secara rawak ke semua arah.
3. Perbandingan tiga keadaan jirim.

Pepejal Cecair Gas

i) Mempunyai bentuk, jisim i) Bentuk mengikut bekas i) Bentuk & isipadu


dan isipadu yang tetap. yang diisi, jisim & isipadu mengikut bekas yang
ii) Tidak boleh tetap. diisi. Tiada jisim tetap.
dimampatkan. ii) Susah dimampatkan. ii) Boleh dimampatkan.
iii) Ruang antara zarah iii) Ruang antara zarah iii) Ruang antara zarah yang
sangat kecil. sederhana. besar.
iv) Zarah tersusun sangat iv) Zarah tersusun rapat & iv) Zarah tersusun
rapat & bergetar pada bergerak serta berjauhan & bebas
kedudukan tetap (tenaga berlanggar dengan bergerak secara rawak
kinetik rendah). bebas (tenaga kinetic (tenaga kinetic tinggi).
v) Contoh objek adalah sederhana). v) Contohnya wap air, gas
cawan, pensel, v) Contohnya madu, air, oksigen.
pemadam. minyak.

4. Zarah-zarah dalam jirim sentiasa berlangggar antara satu sama lain. Ia akan berlanggar/
bergerak lebih laju apabila tenaga haba dibekalkan. Manakala ia akan bergerak semakin
perlahan apabila tenaga haba dibebaskan.

KADAR RESAPAN DALAM TIGA KEADAAN JIRIM.

1. Apakah RESAPAN? Resapan ialah proses pergerakan zarah-zarah jirim dari Kawasan
kepekatan tinggi ke Kawasan kepekatan rendah.
2. Kadar resapan antara pepejal, cecair dan gas adalah berbeza. Ini kerana bergantung
kepada ruang kosong yang terdapat di antara zarah-zarah.
3. Kadar resapan dalam gas adalah paling tinggi atau cepat kerana terdapat banyak ruang
kosong antara zarah gas. Contohnya bau durian yang sedap akan cepat tersebar.
4. Manakala kadar resapan dalam cecair adalah sederhana dan resapan dalam pepejal
adalah paling rendah atau lambat kerana susunan zarah-zarahnya yang rapat dan ruang
kosong yang kecil antara zarah.
PERUBAHAN KEADAAN JIRIM DISEBABKAN OLEH PENYERAPAN DAN PEMBEBASAN
HABA BERDASARKAN TEORI KINETIK.

1. Keadaan jirim iaitu pepejal, cecair dan gas boleh berubah apabila berlaku penyerapan dan
pembebasan haba. Contohnya pemanasan (penyerapan haba) dan penyejukan
(pembebasan haba) akan menyebabkan keadaan jirim berubah.
2.
Pepejal Cecair Gas

i) Perubahan keadaan dari pepejal kepada cecair seterusnya kepada gas berlaku
apabila pepejal dipanaskan atau pepejal menyerap haba.
ii) Pada Ketika ini, zarah-zarah pepejal menyerap haba menyebabkan tenaga kinetic
meningkat dan ia bergerak lebih laju menjadikan ruang antara zarah semakin
menjauhi. Pada masa ini, ia wujud sebagai cecair.
iii) Apabila pemanasan diteruskan (haba diserap) zarah-zarah cecair menyerap haba
dan tenaga kinetic semakin tinggi dan menyebabkan zarah berlanggar menjauhi
antara satu sama lain dan bergerak secara rawak. Pada masa ini, I wujud sebagai
gas.

3. Keadaan adalah sebaliknya apabila penyejukan berlaku (bebaskan haba)

Gas Cecair Pepejal

i) Perubahan keadaan dari gas kepada cecair seterusnya kepada pepejal berlaku
apabila gas membebaskan haba.
ii) Pada Ketika ini, zarah-zarah gas membebaskan haba menyebabkan tenaga kinetic
berkurang dan ia bergerak semakin perlahan menjadikan ruang antara zarah semakin
kecil dan mendekati antara satu sama lain. Pada masa ini, ia wujud sebagai cecair.
iii) Apabila penyejukan diteruskan (haba dibebaskan) zarah-zarah cecair membebaskan
haba menjadikan tenaga kinetic semakin rendah dan menyebabkan zarah semakin
mendekati antara satu sama lain dan semakin rapat. Pada masa ini, ia wujud sebagai
pepejal.

4. Semasa pemanasan bahan, suhu bahan akan meningkat. Begitu juga semasa
penyejukan, suhu bahan akan menurun kerana terdapat perubahan pada tenaga kinetik.
5. Walaubagaimanapun semasa mencapai takat beku, takat lebur dan takat didih suhu tidak
berubah kerana tenaga kinetik zarah-zarah bahan tidak bertambah dan haba yang diserap/
dibebaskan adalah untuk memastikan daya tarikan antara zarah diatasi.
6. Semasa perubahan fizikal ini, jisim juga tidak berubah kerana bilangan zarah tidak
bertambah.
7. Kesan suhu kepada jirim. [buku teks muka surat 152]

Aktiviti 6 :- Menentukan suhu tidak berubah semasa mencapai takat didih.


[Buku teks Sains Tingkatan 1 m/s 154-155]

i) 100ml air dipanaskan dalam bikar.


ii) Selepas 10 minit, suhu air telah mencapai 100 0C dan tidak
berubah selama beberapa minit.
iii) Menunjukkan suhu air tidak berubah semasa mencapai takat
didih.

Aktiviti 7 :- Menentukan jisim tidak berubah semasa perubahan fizikal.


i) Ais dimasukkan ke dalam sebuah bikar dan ditimbang dengan
neraca tuas dan dicatat.
ii) Apabila semua ais melebur menjadi air, jisim ditimbang dan
dicatat.
iii) Didapati jisim ais dan air tidak berubah.

i) Garam dimasukkan ke dalam 100ml air di dalam bikar dan


ditimbang.
ii) Larutan dikacau sehingga melarut dan ditimbang.
iii) Didapati jisim sebelum dan selepas garam melarut dalam air
adalah tidak berubah.

i) Bebola logam bersama gelang ditimbang dan dicatat jisimnya.


ii) Bebola logam dipanaskan selama 5 mint dan ditimbang semula.
iii) Didapati jisim bebola logam dan gelang sebelum dan selepas
pemanasan adalah tidak berubah.
iv) Walaupun pepejal akan mengembang selepas mengalami
pemanasan.

LATIHAN 4 :

Jawab semua soalan objektif berikut:

1. Proses pergerakan zarah jirim di antara kawasan yang berbeza kepekatan dipanggil……
A keterlarutan
B resapan
C kondensasi
D penurasan

2. Bagaimanakah cecair boleh bertukar menjadi gas?


A haba diserap
B haba dibebaskan
C haba disejukkan
D haba dipanaskan

3. Apakah perubahan keadaan jirim apabila air bertukar menjadi ais?


A pepejal kepada cecair
B gas kepada cecair
C cecair kepada pepejal
D cecair kepada gas

4. Apakah persamaan antara proses pendidihan dan penyejatan?


A kedua-dua proses berlaku pada 1000C
B kedua-dua proses berlaku pada keseluruhan air
C kedua-dua proses melibatkan pembebasan haba
D kedua-dua proses melibatkan perubahan keadaan cecair kepada wap.

5. Anda boleh menghidu bau pewangi jika bekasnya terbuka. Mengapa?


I tenaga kinetic zarah-zarah lebih tinggi daripada zarah-zarah udara
II zarah-zarah pewangi bergerak secara rawak
III zarah-zarah pewangi terlalu halus bergerak dalam zarah-zarah udara
IV zarah-zarah pewangi lebih rinan daripada zarah-zarah udara
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6. Apakah yang berlaku kepada zarah-zarah mentega semasa dipanaskan?


A zarah-zarah bergerak secara rawak
B pergerakan zarah-zarah semakin perlahan
C tenaga zarah-zarah tidak berubah
D zarah-zarah bergerak pada kedudukan tetap.

JAWAPAN :
1. B 2. A 3. C 4. D 5. C 6. A

LATIHAN 5 :

1. Terdapat tiga keadaan jirim iaitu pepejal, cecair dan gas. Tuliskan keadaan jirim bagi
objek berikut.

a) buku b) air c) udara d) minyak


e) oksigen f) kasut g) merkuri h) epal

2. Rajah di bawah menunjukkan kesan haba terhadap jirim.

Tuliskan proses yang berlaku dan nyatakan sama ada menyerap haba atau membebaskan
haba.

Proses Nama proses Menyerap haba atau membebaskan haba

U
3. Sarah memanaskan satu bikar air sehingga mendidih. Dia mengambil thermometer dan
menyukat suhu air yang mendidih itu. Dia meneruskan pemanasan selama 10 minit dan
menyukat semula suhu air tersebut.

a) Lukiskan perubahan susunan zarah air yang dipanaskan.

b) Nyatakan suhu air yang mendidih selepas 10 minit. Berikan sebab.

………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

c) Cadangkan satu cara meningkatkan takat didih air.

………………………………………………………………………………………………………

d) Jika sarah menimbang jisim air dalam bikar sebelum dan selepas pemanasan, adakah
jisim yang diperolehi adalah sama? Berikan sebab.

………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

JAWAPAN :

1. a) pepejal b) cecair c) gas d)cecair e) gas f) pepajal g) cecair h) pepejal

2.

Proses Nama proses Menyerap haba atau membebaskan haba

P Kondensasi Membebaskan haba

Q Pendidihan Menyerap haba

R Pemejalwapan Membebaskan haba

S Pemejalwapan Menyerap haba

T Peleburan Menyerap haba


U Pembekuan Membebaskan haba

3. a) susunan zarah cecair susunan zarah gas

b) 1000C kerana takat didih air adalah tetap disebabkan oleh tenaga kinetic zarah yang
tidak berubah.

c) tambahkan garam ke dalam air

d) ya jisim air sebelum dan selepas dipanaskan adalah sama kerana perubahan keadaan
jirim tidak mengubah kuantiti atau bilangan zarah air.

Anda mungkin juga menyukai