Anda di halaman 1dari 10

PROGRAM PANITIA DAERAH

DAERAH SEREMBAN TAHUN 2020

ANALISIS PERCUBAAN SPM TAHUN 2020


ANALISIS SOALAN KOMSAS SOALAN 4 (a) DAN 4 (b)

SEKOLAH TERLIBAT :
SMK SEREMBAN 3
SEKOLAH MENENGAH DATO ABDUL RAZAK (SDAR)
SMK SEREMBAN JAYA
SM TEKNIK TUANKU JAAFAR
SMK SEREMBAN JAYA 2
SMK PENDETA ZAABA
SMK TUNKU AMPUAN DURAH
SM AGAMA RANTAU
SMK SERI AMPANGAN
ANALISIS SOALAN KOMSAS SOALAN 4 (A) – 7 MARKAH

SOALAN SPM 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020
/TAHUN
SINOPSIS
TEMA
PERSOALAN
PERWATAKAN
(UTAMA)
PERWATAKAN
(SAMPINGAN)
KONFLIK
LATAR MASA
LATAR
TEMPAT
LATAR
MASYARAKAT
NILAI
PENGAJARAN
PERISTIWA
(KESAN
KEPADA
PEMBACA)

ANALISIS SOALAN KOMSAS SPM SOALAN 4 (B) – 8 MARKAH

SOALAN SPM 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020
/TAHUN
SINOPSIS
TEMA
PERSOALAN
PERWATAKAN
(UTAMA)
PERWATAKAN
(SAMPINGAN)
KONFLIK
LATAR MASA
LATAR
TEMPAT
LATAR
MASYARAKAT
NILAI
PENGAJARAN
PERISTIWA
(KESAN
KEPADA
PEMBACA)

SPM (ULANGAN)
SPM (NOVEMBER)
ELEMEN PERSOALAN / NILAI/ LATAR MASYARAKAT/ PENGAJARAN YANG BIASA DIAJUKAN

1. Kegigihan (SPM 2003)


2. Kasih Sayang (SPM 2015, SPM U 2015)
3. Ketabahan (SPM 2009, SPM 2018)
4. Keberanian (SPM 2010, SPM U 2015)
5. Tanggungjawab (SPM 2016)
6. Kerjasama (SPM 2015)

PERCUBAAN SOALAN
KOMSAS 4(a) KOMSAS 4 (b)
7 MARKAH 8 MARKAH
Negeri Berdasarkan sebuah novel yang Kegigihan merupakan salah satu
Sembilan telah anda pelajari, huraikan dua persoalan yang terdapat dalam novel
perwatakan watak utama dalam novel yang anda pelajari.
tersebut. Berdasarkan dua buah novel yang anda
kaji, jelaskan satu contoh yang dapat
membuktikan pernyataan tersebut.

SBP Berdasarkan sebuah novel yang Berdasarkan dua buah novel yang telah
anda pelajari, jelaskan dua nilai anda kaji, nyatakan satu peristiwa
kemanusiaan dalam novel tersebut. menarik kepada pembaca pada bahagian
permulaan.
Huraikan sebab anda berpendapat
demikian.

MRSM Berdasarkan sebuah novel novel Berdasarkan dua buah novel yang anda
yang anda kaji, huraikan tema dalam pelajari, huraikan satu peristiwa yang
novel tersebut. menggambarkan nilai kasih sayang
antara ahli keluarga yang terdapat dalam
setiap novel tersebut.

Kelantan Berdasarkan sebuah novel yang Pengarang mewujudkan peristiwa yang


anda pelajari, jelaskan dua nilai dapat dijadikan iktibar oleh pembaca.
kemanusiaan yang terdapat dalam Berdasarkan dua buah novel yang anda
novel tersebut. pelajari jelaskan peristiwa yang dapat
dijadikan iktibar.

Terengganu Berdasarkan sebuah novel yang Berdasarkan dua buah novel yang anda
anda pelajari, jelaskan dua nilai kasih kaji, wajarkah pengarang mengakhiri
sayang yang terdapat dalam novel cerita seperti yang terdapat dalam setiap
tersebut. novel.
Berikan alasan anda.

Maran Salah satu teknik plot yang terdapat Berdasarkan dua buah novel yang anda
(Pahang) dalam novel ialah teknik saspens. pelajari, huraikan satu peristiwa yang
Berdasarkan sebuah novel yang menggambarkan tema dalam setiap novel
anda pelajari, jelaskan dua unsur tersebut.
saspens yang terdapat dalam novel
tersebut.
Johor (Muar) Kegigihan watak utama dalam Keberkesanan perkembangan cerita
sesebuah novel membolehkannya dalam sesebuah karya banyak
mencapai kejayaan. dipengaruhi oleh kebijaksanaan penulis
Berdasarkan sebuah novel yang untuk memilih peristiwa yang menarik.
anda pelajari, huraikan dua peristiwa Berdasarkan dua buah novel yang anda
yang membuktikan pernyataan di pelajari, huraikan satu peristiwa menarik
atas. dalam bahagian perkembangan carita dan
sebab anda menganggap peritiwa itu
menarik bagi setiap novel tersebut.

Johor (Johor Berdasarkan sebuah novel yang Berdasarkan dua buah novel yang anda
Baharu) anda kaji, huraikan tema dalam novel pelajari, huraikan satu peristiwa yang
tersebut. menggambarkan nilai kasih sayang
antara ahli keluarga yang terdapat dalam
setiap novel.

Selangor Berdasarkan sebuah novel yang Berdasarkan dua buah novel yang anda
anda pelajari, huraikan sinopsis yang kaji, nyatakan satu pengajaran bagi setiap
terdapat dalam novel tersebut. novel yang dapat menjelaskan
pengajaran kegigihan kepada pembaca.

SMK Sungai Pengarang banyak menerapkan nilai Berdasarkan dua buah novel yang anda
Manik, Teluk kemanusiaan dalam karyanya bagi pelajari, huraikan satu peristiwa bagi
Intan, Perak menggerakkan cerita. setiap novel yang berkaitan dengan
Bedasarkan sebuah novel yang anda kebijaksanaan watak dalam novel
pelajari, huraikan dua nilai tersebut.
kemanusiaan yang terdapat dalam
novel tersebut.

Kedah Pengajaran disampaikan oleh Berdasarkan dua buah novel yang anda
pengarang untuk dijadikan iktibar. pelajari, nyatakan satu konflik dan cara
Berdasarkan sebuah novel yang menyelesaikannya yang terdapat dalam
anda pelajari , jelaskan dua setiap novel tersebut.
pengajaran yang anda peroleh.

Pulau Pinang Berdasarkan sebuah novel yang Berdasarkan dua buah novel yang anda
anda pelajari, jelaskan dua peristiwa pelajari, huraikan satu nilai yang
yang menimbulkan perasaan kagum menggambarkan sikap bertanggungjawab
dalam diri pembaca. daripada setiap novel tersebut.

Sarawak Berdasarkan sebuah novel yang anda Konflik yang diketengahkan ole penulis
(Limbang) pelajari, jelaskan dua teknik dalam novel merupakan elemen penting
penceritaan yang terdapat dalam untuk menarik pembaca menghayati
sebuah novel yang anda pelajari. sesebuah novel.
Berdasarkan dua buah novel anda
pelajari, huraikan satu konflik yang
dialami oleh watak utama dan cara watak
itu menyelesaikan konflik tersebut.

CADANGAN JAWAPAN

1. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua nilai kemanusiaan dalam
novel tersebut.

(Soalan Percubaan SBP, Soalan Percubaan Negeri Kelantan dan Soalan Percubaan SMK Teluk
Manik)

NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa. Dua nilai kemanusiaan yang terdapat
dalam novel ialah nilai kebijaksanaan. Buktinya, Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang cuba
mengaburi mata Askar Melayu dengan memakai turban menyerupai tentera upahan Inggeris. Adnan
melihat corak pergerakan tentera tersebut tidak seperti tentera upahan Inggeris. Dengan kebijaksanaan
Adnan tentera Jepun itu berjaya ditumpaskan.
Seterusnya, ialah nilai tanggungjawab. Buktinya Adnan bertanggungjawab memastikan
keselamatan isteri dan anak-anaknya. Apabila mendengar ura-ura Jepun ingin menyerang Singapura
Adnan bertanggungjawab menghantar mereka kembali ke Sungai Ramal demi keselamatan mereka.

NOVEL TIRANI

Novel yang saya kaji ialah Tirani. Dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel tersebut
ialah nilai keberanian. Buktinya, setelah menamatkan pengajian Waheeda berani membuat pinjaman
daripada tabung usahawan siswazah Bank Pembangunan untuk mengusahakan syarikat Tajau Emas.
Dia berani mengusahakan perniagaan pelancongan inap desa walaupun usianya masih muda.

Seterusnya, nilai ketabahan. Buktinya, Waheeda tabah dengan tingkah laku Zahid yang
cemburu dan tidak mengendahkan rumah tangga mereka walaupun Waheeda sedang hamil. Dia
berusaha untuk menyelesaikan konflik rumah tangganya walaupun Zahid tidak mempedulikannya.

2. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan sinopsis yang terdapat dalam
novel tersebut. ( Soalan Percubaan Selangor)

NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa. Sinopsis novel tersebut adalah pada
bahagian permualaan Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Tindakannya itu mendapat
tentangan daripada penduduk kampung kerana mereka berpendapat Adnan akan keluar daripada
agama Islam.

Pada bahagian perkembangan, Adnan mencurigai Samad yang lalu-lalang di hadapan


pengkalan. Kegiatan Samad sebagai tali barut Jepun terbongkar dan dia telah dibunuh oleh tentera
Jepun.

Pada bahagian klimaks, peristiwa pertempuran sengit di Bukit Candu. Askar Melayu tetap
berjuang walaupun mereka hanya menggunakan bayonet.

Pada bahagian peleraian, Sophia telah berkhidmat semula sebagai seorang guru dan
berkahwin semula. Beliau meninggal dunia kerana penyakit leukimia.

NOVEL TIRANI

Novel yang saya kaji ialah Tirani. Pada bahagian permulaan Waheeda terkenangkan zaman
persekolahannya. Dia kerap menjadi mangsa ejekan rakan yang mempersendakan rupa parasnya.

Pada bahagian perkembangan, Waheeda menjalani pembedahan mata dan hidung di Sillicon
Medical Centre, Singapura. Raidah telah menemani Waheeda.

Pada bahagian klimaks, Zahid telah menceraikan Waheeda di hadapan ibu bapanya. Dia tidak
mempercayai bahawa Izzati ialah anak mereka.

Pada bahagian peleraian, Zahid telah memohon maaf kepada Izzati kerana gagal menunaikan
tanggungjawabnya sebagai seorang bapa. Izzati telah memaafkan ayahnya, Zahid.

3. Berdasarkan sebuah novel novel yang anda kaji, huraikan tema dalam novel tersebut.
(Soalan Percubaan MRSM, Soalan Percubaan Maran, Pahang, Soalan Percubaan Johor
Baharu)

Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa. Tema novel ialah Keberanian anggota
tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada dijajah oleh kuasa asing. Buktinya,
Leftenan Adnan menolak tawaran Jepun yang meminta askar Melayu untuk menyerah kalah. Dia dan
pasukannya lebih rela mati daripada menyerah diri kepada tentera Jepun.
Selain itu, Leftenan Adnan dan askar Melayu berani melawan tentera Jepun walaupun mereka
kekurangan senjata dan anggota. Mereka telah menggunakan bayonet dan seni pertahanan diri untuk
melawan kemaraan tentera Jepun.

4. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menimbulkan
perasaan kagum dalam diri pembaca. (Soalan Percubaan Pulau Pinang)

NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa. Dua peristiwa yang menimbulkan
perasaan kagum ialah keberanian Pak Saidi yang melawan tentera Jepun yang mencari keluarga
Adnan. Walaupun hanya menggunakan keris pusaka dia telah berjaya membunuh tentera Jepun dan
akhirnya dia telah terkorban. Peritiwa ini menyebabkan pembaca berasa kagum dengan keberanian
seorang bapa yang melindungi keselamatan dan maruah keluarganya.

Seterusnya peristiwa Pak Saidi yang tidak mempedulikan cemuhan penduduk kampung yang
mempersoalkan tindakannya menghantar Adnan ke Sekolah Inggeris. Walaupun dicemuh namun dia
tetap dengan pendiriannya yang mahu melihat Adnan berjaya. Peristiwa ini menyebabkan pembaca
berasa kagum dengan kesungguhan seorang bapa demi memastikan pendidikan anaknya.

NOVEL TIRANI

Novel yang saya kaji ialah Tirani. Peristiwa yang menimbulkan perasaan kagum pembaca
adalah semasa menjalani rawatan di Singapura Waheeda telah bekerja sebagai Pegawai Perhubungan
Pelanggan di Hotel Flaminggo dan kerap menghadiri bengkel pengurusan perniagaan. Dia ingin
mengaplikasikan ilmu yang dipelajarinya di inap desa milik keluarganya. Pembaca berasa kagum
dengan kesungguhan seseorang untuk memajukan diri dan kerjaya.

Selain itu, peristiwa Waheeda yang membuat ujian DNA untuk membuktikan kepada Zahid
bahawa Izzati ialah anak kandung mereka. Dia ingin membuktikan tuduhan Zahid yang
menganggapnya curang adalah tidak benar. Pembaca berasa kagum dengan semangat seseorang
untuk mempertahankan maruah dirinya.

5. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari,huraikan dua sebab bahagian permulaan
novel itu menarik minat anda.(Soalan Percubaan Kedah)

NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul
Latip bin Talib, terdapat dua sebab bahagian permulaan novel ini menarik minat saya. Antaranya
ialah peristiwa Adnan yang gigih menimba ilmu pengetahuan. Adnan menyertai pertandingan syarahan
dalam Bahasa Inggeris walaupun dirinya tidak fasih berbahasa Inggeris. Dia gigih berlatih untuk
memenangi pertandingan tersebut. Akhirnya dia telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan itu.
Peristiwa itu menarik perhatian saya oleh sebab kegigihan Adnan yang tidak pernah luntur dalam
mencapai tujuannya.Dia tidak berputus asa sebaliknya dia mahu buktikan bahawa anak muda Melayu
juga mampu untuk mencapai kejayaan yang asing bagi mereka yang tidak petah berbahasa Inggeris.

Seterusnya, peristiwa Adnan yang berminat untuk menjadi seorang tentera apabila mendengar
tentang penubuhan askar Melayu. Adnan dan beberapa orang rakannya nekad keluar dari kampung
untuk pergi ke kem Latihan di Port Dickson. Mereka sanggup berjalan kaki dan menumpang lori barang
dari Kajang ke Seremban dan akhirnya ke Port Dickson. Akhirnya, Adnan diterima masuk menjadi
seorang tentera. Peristiwa ini menarik minat saya kerana kecekalan Adnan yang tidak pernah patah
semangat menghadapi menghadapi cabaran untuk mencapai impiannya yang igin menjadi seorang
tentera. Adnan tetap meneruskan perjalanannya walaupun terpaksa berjalan kaki supaya dia tidak
menyesal akan kesan yang menimpanya jika dia tidak berbuat demikian.

NOVEL TIRANI

Berdasarkan novel yang saya pelajari, Tirani karya Beb Sabariah, terdapat dua sebab bahagian
permulaan itu menarik minat saya. Antaranya ialah peristiwa Waheeda yang berani membuat pinjaman
daripada tabung usahawan siswazah Bank Pembangunan untuk membuka Syarikat Tajau Emas
setelah dia menamatkan pengajiannya.Dia juga berani dan kreatif memperkenalkan pakej yang dapat
menawan hati pelancong seperti makanan Sarawak dan aktiviti mengurut kaki di kolam.Peristiwa ini
menarik perhatian saya kerana Waheeda seorang wanita muda berani menyahut cabaran untuk
membuka syarikat baharu walaupun mengetahui bahawa terdapat pesaing-pesaing syarikat yang
hebat di sekelilingnya. Dia bertungkus-lumus memberikan idea bernas untuk memajukan Syarikat
Tajau Emas.

Seterusnya,peristiwa bapa Waheeda, Fadhil yang bertegas tidak mahu membenarkan Waheeda
yang berhasrat untuk melakukan pembedahan plastik supaya wajahnya kelihatan komersial selaras
dengan perkembangan perniagaannya. Fadhil berpendapat bahawa tindakan anaknya itu amatlah
bercanggah dengan hukum Islam. Peristiwa ini menarik minat saya kerana Fadhil menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang bapa yang mengambil berat akan tindakan anaknya itu. Fadhil
mahu Waheeda untuk sentiasa taat akan perintah Allah dan tidak mudah goyah akan hedonisme dunia.
Kecantikan bukanlah segala-galanyauntuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di
akhirat.

6. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu nilai yang
menggambarkan sikap bertanggungjawab daripada setiap novel tersebut.
(Soalan Percubaan Kedah)

Novel yang saya pelajari dalam tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul
Latip bin Talib manakala novel yang saya pelajari dalam tingkatan 5 ialah Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat satu nilai yang menggambarkan sikap bertanggungjawab yang dipaparkan oleh pengarang
dalam setiap novel tersebut.

Dalam novel tingkatan 4, terdapat nilai tanggungjawab iaitu tanggungjawab terhadap ahli
keluarga. Sebagai contohnya,Pak Saidi bertanggungjawab dan mengambil berat akan pelajaran anak-
anaknya. Beliau menghantar Adnan belajar di sekolah Inggeris walaupun mendapat tentangan
penduduk kampung Sungai Ramal. Beliau sedar akan tanggungjawab seorang ketua keluarga demi
memastikan anak-anaknya mempunyai masa depan yang terjamin dan dapat berbakti kepada
masyarakat dan negara.

Dalam novel tingkatan 5 pula, terdapat nilai tanggungjawab iaitu tanggungjawab mengusahakan
sesuatu pekerjaan. Sebagai misalannya, Waheeda bertanggungjawab mengusahakan inap desa
keluarganya. Dia telah menjaga inap desa tersebut sehingga berjaya memajukan dan menjadikan
Tajau Emas tersohor dan menjadi pilihan pelancong di dalam dan di luar negara. Waheeda Berjaya
dalam kerjayanya sebagai pegawai perhubungan awam di Hotel Flamingo dan seterusnya memajukan
Aya Sajinah di Cameron Highlands
7. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua perwatakan watak utama
dalam novel tersebut. (Soalan Percubaan Negeri Sembilan)

NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Novel yang telah saya pelajari ialah Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip
Talib. Watak utama dalam novel tersebut ialah Leftenan Adnan bin Saidi. Terdapat dua perwatakan
watak utama dalam novel tersebut.

Perwatakan yang pertama ialah seorang yang berani . Contohnya, Leftenan Adnan dengan
beraninya melawan tentera Jepun dengan menggunakan bayonet kerana kehabisan peluru walaupun
bilangan tentera Jepun adalah lebih ramai dan senjata mereka lebih canggih ketika peperangan di Bukit
Candu.
Selain itu, perwatakannya yang kedua ialah seorang yang penyayang. Contohnya, Leftenan
Adnan sangat menyayangi keluarganya. Adnan menghantar isterinya,Sophia dan anak-anaknya balik
ke kampung halaman demi keselamatan mereka apabila terdapat ura-ura mengatakan tentera Jepun
hampir tiba-tiba di Tanah Melayu dan Singapura.

8. Kegigihan merupakan satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu contoh yang dapat membuktikan pernyataan
tersebut. (Soalan Percubaan Negeri Sembilan)

Dua buah novel yang telah dipelajari ialah Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
dan novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat satu contoh yang dapat membuktikan persoalan
kegigihan dalam setiap novel tersebut.

Melalui novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, contoh peristiwa persoalan kegigihan ialah peristiwa
Leftenan Adnan dan Regimen Askar Melayu gigih menentang tentera Jepun meskipun sudah
kehabisan peluru dan terpaksa menggunakan bayonet untuk menentang musuh yang ramai. Peristiwa
ini menunjukkan persoalan kegigihan askar Melayu dalam mempertahankan negara.

Selain itu, melalui novel Tirani, contoh persoalan peristiwa kegigihan ialah peristiwa Waheeda gigih
meneruskan kehidupan selepas diceraikan oleh Zahid dengan talak satu sehingga terpaksa
mendapatkan bantuan untuk merawat masalah kemurungan di Pusrawi. Peristiwa ini menunjukkan
persoalan kegigihan seorang wanita dalam meneruskan kehidupannya selepas diceraikan oleh suami.

9. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu nilai kegigihan yang
terdapat dalam setiap novel tersebut.(Soalan Percubaan Kedah)

Novel yang saya pelajari dalam tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul
Latip bin Talib manakala novel yang saya pelajari dalam tingkatan 5 ialah Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat satu nilai kegigihan yang dipaparkan oleh pengarang dalam setiap novel tersebut.

Dalam novel tingkatan 4, Adnan digambarkan gigih menuntut ilmu. Walaupun dia tidak fasih
berbahasa Inggeris namun dia giat berlatih untuk memenangi pertandingan syarahan Bahasa Inggeris
di sekolahnya. Akhirnya Adnan berjaya menjadi johan dalam pertandingan tersebut.

Dalam novel tingkatan 5 pula, Waheeda sangat gigih meneruskan kehidupannya setelah
diceraikan oleh suaminya Zahid. Dia tidak berputus asa sebaliknya cuba untuk mendapatkan rawatan
di hospital Pusrawi bagi menangani masalah kemurungannya. Akhirnya dia berjaya menjalani
kehidupan yang normal.
10. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua teknik penceritaan yang terdapat
dalam sebuah novel yang anda pelajari. (Soalan Percubaan Sarawak)

NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip bin Talib, terdapat beberapa teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam
novel tersebut.
Antara teknik penceritaan yang digunakan ialah teknik pemerian. Contohnya, pengarang
menggambarkan watak utama iaitu Adnan yang menghunus keris kayu pemberian ayahnya lalu
menikam batang pisang. Dia berlagak seperti Hang Tuah yang menikam musuhnya. Pak Saidi yang
baru pulang dari kebun tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu
Selain itu, teknik imbas muka juga diselitkan dalam novel ini. Sebagai contohnya, semasa
berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang
askar. Beliau ingin menjadi askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan akan menembak musuh
yang datang.

NOVEL TIRANI

Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu Waheeda telah menjalani ujian DNA. Keputusan
ujian menunjukkan padanan Zahid dengan Izzati.

tetapi Zahid tidak melihat keputusan tersebut, terdapat beberapa teknik penceritaan yang digunakan
oleh pengarang dalam novel tersebut.

Antara teknik penceritaan yang digunakan ialah teknik imbas kembali. Contohnya, Waheeda
teringat Kembali akan kain sarung birunya yang tebelah hingga paras peha gara-gara tindakannya yang
sering mengejar rakan-rakan sekolah yang selalu menyakatnya.

Selain itu, teknik imbas muka juga diselitkan dalam novel ini. Sebagai contohnya,. Waheeda
membayangkan suasana mesra yang wujud ketika kakitangan di Chalet Tajau Emas belajar
menganyam kelongsong ketupat lepas daripada ibunya ketika dia membaca e-mel yang dihantar oleh
Fatimah

11. Konflik yang diketengahkan oleh penulis dalam novel merupakan elemen penting untuk
menarik pembaca menghayati sesebuah novel.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu konflik yang dialami oleh
watak utama dan cara watak itu menyelesaikan konflik tersebut.(Soalan Percubaan Sarawak)

Novel yang saya pelajari dalam tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul
Latip bin Talib manakala novel yang saya pelajari dalam tingkatan 5 ialah Tirani karya Beb Sabariah.
Watak utama novel tingkatan 4 ialah Adnan manakala watak utama novel tingkatan 5 ialah Waheeda.
Kedua-dua watak utama ini menggunakan cara yang bijaksana untuk mengatasi konflik yang dialami.

Dalam novel tingkatan 4, watak utama novel ini mengalami konflik dengan anggota pasukan
lawannya. Contohnya, penentangan yang dialam oleh Adnan bermula pada perlawanan bola sepak
antara Kampung Sungai Merap dengan Kampung Sungai Ramal. Budin daripada pasukan Kampung
Sungai Merap tidak berpuas hati kerana pasukannya kalah kepada pasukan Kampung Sungai Ramal.
Mereka mengatur pula perlawanan tinju antara kedua-dua pasukandi mana Budin akan bertinju dengan
Adnan. Cara watak utama menyelesaikan konflik yang dialami ialah Adnan dan Budin bersepakat untuk
tidak meneruskan perlawanan tinju itu dan mereka menjadi sahabat.
Dalam novel tingkatan 5 pula, watak utama mengalami konflik dengan suaminya. Misalnya,
Zahid menuduh Waheeda curang dan perasaan cemburu buta Zahid menyebabkan rumah tangga
mereka musnah. Zahid telah mengambil keputusan melulu dengan menceraikan Waheeda dengan
talak satu. Zahid juga mempetikaikan status anak mereka. Cara watak utama menyelesaikan masalah
ini ialah Waheeda telah menjalani ujian DNA. Keputusan ujian menunjukkan padanan Zahid dengan
Izzati. tetapi Zahid tidak melihat keputusan tersebut

12. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, wajarkah pengarang mengakhiri cerita seperti
yang terdapat dalam setiap novel. Berikan alasan anda. (Soalan Percubaan Terengganu)

NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip bin Talib. Peristiwa pengakhiran cerita ialah pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah
kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oleh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan
baru dengan mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Peristiwa ini dikatakan wajar
kerana rakyat perlu memulakan sejarah baharu dan meneruskan kehidupan setelah mengalami
pelbagai rintangan sepanjang pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Peristiwa pengakhiran cerita seterusnya, Sophia membesarkan anak-anaknya dengan
mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai guru di Sekolah
Sungai Ramal.Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah
berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Peristiwa ini dikatakan wajar kerana Sophia
telah mengharungi liku-liku kehidupan tanpa suami dengan tabah namun pernikahannya dengan
Ustaz Ridwan akan memberikan harapan baharu dalam kehidupannya.

NOVEL TIRANI

Berdasarkan novel yang telah saya pelajari, peristiwa pengakhiran cerita, Zahid ingin
menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya
mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Peristiwa ini dikatakan wajar
kerana Zahid pernah bertindak tanpa usul periksa dengan menceraikan Waheeda sehingga Waheeda
mengalami masalah kemurungan namun dengan tindakan Zahid yang berani mengakui kesalahan
diri dapat memberi peluang untuk Zahid menebus kesalahannya terhadap Waheeda.

Peristiwa pengakhiran cerita seterusnya, pertemua Zahid dan Waheeda pada petang itu
dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya.
Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat
mulia jiwanya dan meminta ibunya memaafkan ayahnya. Peristiwa ini dikatakan wajar kerana kita
perlu memaafkan kesalahan orang lain agar diri kita dan orang tersebut mendapat ketenangan hidup.

Anda mungkin juga menyukai