Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK SPM

SMK PERMATANG TOK JAYA


Koleksi Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM 2015
SOALAN 4 : NOVEL
Kelantan
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan perwatakan satu watak
sampingan yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan tema yang terdapat dalam
setiap novel.
[8 markah]
MRSM
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan
usaha watak-watak saling membantu menyelesaikan masalah.
[7 markah]
(b) Unsur saspens yang dikemukakan oleh pengarang adalah untuk menimbulkan minat
dalam diri pembaca agar meneruskan pembacaan mereka.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang
menunjukkan unsur saspens dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]
Terengganu
(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua nilai kemanusiaan yang
terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b) Tindakan yang diambil oleh watak utama dalam sesebuah novel banyak mempengaruhi
jalan ceritanya.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua tindakan watak utama yang
anda tidak bersetuju.
[8 markah]
SBP
(a) Terdapat pelbagai masalah kehidupan yang ditonjolkan dalam novel yang anda pelajari.
Berdasarkan dua masalah kehidupan dalam sebuah novel yang anda kaji, berikan
komen anda tentang cara masalah tersebut diselesaikan.
[7 markah]
(b) Huraikan satu peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang antara watak
berdasarkan dua buah novel yang anda kaji.
[8 markah]
Kedah

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa pada peringkat
peleraian.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan persoalan tentang semangat
kerjasama yang terdapat dalam setiap novel.
[8 markah]
Perlis
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua nilai pengorbanan yang
terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b) Huraikan satu latar tempat yang terdapat dalam dua buah novel yang anda kaji.
[8 markah]

Anda mungkin juga menyukai