Anda di halaman 1dari 1

SOALAN ULANG KAJI NOVEL DISEBALIK WAJAH-TINGKATAN DUA

LATIHAN 1: (a) Berdasarkan salah satu novel yang anda pelajari, berikan sebab-sebab perwatakan watak utamanya menarik perhatian anda. [10 markah] (b) Huraikan nilai kerjasama yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda kaji. [10markah] LATIHAN 2: (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan kesesuaian judul novel tersebut dengan isi ceritanya.[10markah] (b) Bandingkan perwatakan watak utama dalam dua buah novel yang anda kaji. [10markah] LATIHAN 3: (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan pengorbanan watak utama dalam novel tersebut.[10markah] LATIHAN 4: (a) Nilai bertanggungjawab sering ditonjolkan oleh penulis dalam karya mereka. Huraikan nilai tanggungjawab dalam sebuah novel yang anda pelajari.[10 markah] (b) Buat perbandingan tentang nilai-nilai kemanusiaan yang terdapat dalam dua buah novel yang anda kaji. [10markah] LATIHAN 5: (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan kepincangan-kepincangan yang berlaku dalam masyarakat dalam novel tersebut.[10 markah] (b) Huraikan persoalan-persoalan hidup manusia yang diketengahkan oleh pengarang dalam dua buah novel yang anda pelajari .[10markah] LATIHAN 6 (a) Terdapat banyak peristiwa yang boleh memberi keinsafan kepada para pembaca dalam novel-novel telah yang dihasilkan oleh pengarang. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa tersebut.[10 markah] (b) Huraikan pengajaran yang terdapat dalam dua buah novel yang anda kaji[10markah] LATIHAN 7 (a) Nilai ketabahan sering dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua nilai ketabahan yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.[10 markah] (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan latar-latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.[10 markah] LATIHAN 8 (a) Terdapat pelbagai peristiwa yang berjaya mengembangkan jalan cerita dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa pada permulaan novel yang telah anda pelajari.[10 markah] (b) Pengarang banyak memaparkan nilai murni dalam novelnya. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan nilai keberanian dalam novel tersebut.[10 markah] LATIHAN 9 (a) Terdapat peristiwa dalam sesebuah novel yang memberikan kesan positif kepada pembaca. Huraikan dua peristiwa tersebut dalam novel yang anda kaji. [10 markah] (b) Bandingkan nilai taat kepada agama dalam dua buah novel yang telah anda kaji. [10 markah] LATIHAN 10 (a) Kejayaan sesebuah novel menarik hati pembaca banyak bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh watak utamanya .Nyatakan peranan watak utama novel yang anda kaji [10 markah] (b) Setiap novel mempunyai nilai-nilai murni yang tertentu. Huraikan beberapa persamaan nilai murni yang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut.[10 markah]

Anda mungkin juga menyukai