Anda di halaman 1dari 2

Kitaran Hayat Produk

Contoh produk: iPhone


Peringkat Kematangan
Dalam peringkat kematangan:
-jualan pada peringkat ini adalah perlahan. Pada peringkat sebelum ini, kuantiti jualan
telah meningkat sehingga maksima. Selepas itu, jualan produk mengalami
penurunan.. Walau bagaimanapun, jumlah jualan secara puratanya adalah stabil.
-Kos jualan yang dihadapi oleh pemasar adalah pada tahap minimum. Kombinasi
penggunaan aset tetap dengan aset semasa yang berada pada tahap cekap telah
menyebabkan kos per unit keluaran adalah paling rendah. Perniagaan ini memperoleh
ekonomi bidangan kuantiti produk yang dihasilkan adalah yang tertinggi.
-Kuantiti jualan yang tinggi menghasilkan pulangan hasil yang terbesar. Pemasar
memperoleh untung yang tertinggi disebabkan faktor hasil jualan yang terbesar
dengan jumlah kos yang minimum. Pada peringkat kematangan, pemasar akan dapat
memaksimumkan kadar keuntungan.
Peringkat Pertumbuhan
Dalam peringkat pertumbuhan:
-kuantiti jualan telah meningkat sehingga maksima disebabkan samakin banyak
pengguna yang mengetahui produk tersebut berada di pasaran.
-kilang lebih cekap akibat daripada tempahan yang semakin meningkat
-kos yang dihadapi oleh pengeluar semakin menurun kerana untung yang semakin
banyak
-persaingan yang dihadapi oleh pengeluar semakin meningkat kerana semakin banyak
pemasar yang mengeluarkan produk.
Peringkat Kemerosotan
Dalam peringkat kemerosotan:
-tahap jualan mulai berkurangan akibat terdapat sebilangan pengguna mula
terpengaruh dengan produk pesaing yang mula menawarkan pelbagai produk yang
mempunyai ciri yang lebih menarik
-Biasanya, pemasar tidak akan mengalami kerugian kerana untung yang banyak.
(sebagai contoh: 47.53 million unit iphone telah dijual pada peingkat terakhir iPhone
6 dan 6 plus)
Peringkat Pengenalan
Dalam peringkat pengenalan:
-Kuantiti jualan produk adalah tinggi kerana permintaan pasaran yang ramai dan
produk telah diminati ramai.(sebagai contoh: iPhone 4s telah dijual melebihi 1million
dalam 24 jam, iPhone 5s dan 5c telah dijual sebanyak 9 million unit dalam 3 hari, dan
yang terkini, 10 million unit iPhone 6 dan 6 plus dalam 3 hari, 4 million unit dalam
24jam yang pertama.)
-Pada peringkat ini, kos yang dihadapi oleh pengeluar adalah rendah kerana kuantiti
keluaran tinggi.
-Pemasar menerima keuntungan kerana keluaran yang tinggi akibat daripada
permintaan yang tinggi.
-Persaingan yang dihadapi oleh pengeluar boleh dikatakan banyak kerana teknologi
yang canggih dan banyak pemasar yang lain.

Anda mungkin juga menyukai