Anda di halaman 1dari 1

Dr.

Muhammad Ali al-Bar seorang doktor yang juga penulis  Hal al-Tabgh
wa al-Tadkhin min al-Muharramat terkenal dalam bidang ini. Beliau
menegaskan:

“Kesan buruk ke atas kesihatan disebabkan rokok sekarang adalah lebih


berbahaya daripada penyakit taun, kolera, cacar penyakit paru-paru dan
kusta.”

Menurut buku Rokok dan Keharamannya yang memuatkan tulisan


Abdullah bin Abdul Rahman al-Sind:

“ Nikotin merupakan suatu bahan beracun(sejenis dadah yang terdapat


dalam daun tembakau) yang lebih bias(keras) kesannya daripada segala
racun.

Seandainya setitik daripada nikotin diletakkan di atas lidah seekor anjing,


nescaya anjing itu akan matio serta merta, sedangkan anjing itu sejenis
haiwan yang lebih tahan menghadapi racun daripada manusia. (Satu
suntikan yang mengandungi 70 miligram nikotin dapat membunuh manusia
dalam beberapa minit sahaja.”

Mufti Kerajaan Brunei Darussalam berkata :

“Tidak dapat disangkal lagi, menggunakan wang untuk membeli rokok itu
adalah sama ertinya dengan membuang wang”.

Menyebut amat mudah sekali, namun belum tentu mudah untuk


melaksanakannya. Walaupun sudah terlalu banya fakta mengenai kesan
tabiat merokok dengan komplikasi kesihatan, adakalanya ia sekadar
dibaca tetapi tidak diaplikasikan dalam kehidupan. Malah kaitan kesan
penggunaan tembakau dengan komplikasi kesihatan sebenarnya sudah
mula diperkatakan sejak tahun 1600.

Akhir sekali, marilah sama-sama kita berganding bahu dan bekerjasama


untuk membuang tabiat merokok dalam masyarakat kita di Malaysia. Perlu
diingat penyakit jangan dicari kerana akibatnya amat buruk pada
kesudahannya. Marilah sama-sama kita menginsafi diri untuk membuang
tabiat yang buruk ini. Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita
dalam melayari bahtera kehidupan mengikut yang diredhai-Nya. Amin.

Anda mungkin juga menyukai