Anda di halaman 1dari 19

Asal usul Rokok

MEROKOK

Tahokah anda
bahawa seorang
perokok baru boleh
mati jika menghisap
lebih 40 batang
rokok dalam masa
Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan
secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang
beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi
Muhammad s.a.w. Di  kalangan  masyarakat  beratus  tahun   terdahulu,
tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu
acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat
Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat
yang menjajah mereka.Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang
diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia
dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini
terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing,
terutamanya yg dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi
mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan
dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan
yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin
di zaman ini.
Hadith Rasullullah s.a.w. :
1. "Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin" ( Al-Bukhari & Muslim)
2. "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan
dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani" (At-
Termidzi)
3. "Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari
golongan itu" (Abu Daud)
KANDUNGAN ROKOK
Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta)
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih
4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh
membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu
sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan
radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di
dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat
(naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic),
gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas
maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi.
Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan
Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang


diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti
benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH)
telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian
kanser.
• Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain,
bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada
sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan.
Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan
gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat
berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya
nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah
diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan
rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan
akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu
terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan
ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya,
kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

• Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit


jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit
jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia,
sakit jantung merupakan menyebab utama kematian
sementara strok adalah pembunuh yang keempat.
• Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya
dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan
bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi
terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya
paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.
Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun
haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ
disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut,
tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran
penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan,
sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu
apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari
badan
• Menghisap rokok adalah suatu perbuatan membunuh diri
sendiri dan orang lain atau makhluk lain yang sentiasa
terdedah kepada asap yang berpunca daripada perokok itu,
sungguhpun proses pembunuhan ini mengambil masa yang agak
lama. Firman Allah s.w.t. :

"Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah


Maha Penyayang"  (An-Nisa' : 29) Hadith Rasullulah s.a.w. :
"Siapa yang membunuh diri dengan meminum racun, maka
racun itu akan tetap berada di tangannya dan diminumnya
dalam neraka jahanam" 
(Abu Hurairah r.a.)
Hukum merokok Rok
o km
en
Nik gand
otin ung
. i

• Dalam syara pula, setiap yang memabukkan apabila dimakan,


diminum, dihisap atau disuntik pada seseorang maka ia di
kategorikan sebagai candu atau dadah kerana pengertian atau istilah
candu adalah suatu bahan yang telah dikenal pasti bisa memabukkan
atau mengandung elemen yang bisa memabukkan. Dalam
mengklasifikasikan hukum candu atau bahan yang memabukkan,
jumhur ulama fikah yang berpegang kepada syara (al-Quran dan al-
Hadith) sepakat menghukumkan atau memfatwakannya sebagai benda
"Haram untuk dimakan atau diminum malah wajib dijauhi atau
ditinggalkan". Pengharaman ini adalah jelas dengan berpandukan
kepada hujah-hujah atau nas-nas dari syara sebagaimana yang
berikut ini
• "Setiap yang memabukkan itu adalah haram" H/R Muslim.
• "Setiap sesuatu yang memabukkan maka bahan tersebut
itu adalah haram". H/R al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud.
• "Apa saja yang pada banyaknya memabukkan, maka pada
sedikitnya juga adalah haram". H/R Ahmad, Abu Daud dan
Ibn Majah.
Hukum merokok

Kesihatan Mantap Tanpa Lingkaran Asap


TEMBAKAU
• Tembakau memudaratkan kesihatan manusia dan haiwan apabila
mereka terdedah kepada penggunanya. Kemajuan dalam penyelidikan
sains perubatan telah jelas membuktikan hubungan rapat di antara
penggunaan tembakau dengan kejadian kanser, penyakit jantung,
penyakit paru-paru dan berbagai-bagai jenis penyakit lain.

• Tabiat menggunakan tembakau dalam bentuk merokok boleh dijadikan


sebagai satu contoh perkara samar di mana tidak ditemui nas yang
khas menetapkan hukumnya. Pada umumnya orang menganggap hukum
merokok hanya markuh, sama dengan memakan makanan yang baunya
tidak sedap seperti memakan bawang, jering dan sebagainya. Hadith
Rasullullah s.a.w. : "Barang siapa makan bawang putih atau bawang
merah maka janganlah mendekati masjid-masjid kita, kerana malaikat
terganggu,"

• Hadith Rasullullah s.a.w. :"Halal itu jelas, haram itu pun jelas, dan
antara keduanya ada beberapa perkara yang syubhat (samar) yang
banyak dari manusia tidak mengetahuinya. Maka barangsiapa memelihara
dirinya dari segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agama
dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran
jatuhlah ia ke dalam haram,"(H.R. Muslim)
Kesan Asap Rokok Kepada Si
Perokok Dan Orang Disekeliling

• Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri


tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat
daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok
atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga
mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap
rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di
ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut,
kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran
pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus,
menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga
akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan
menyebabkan penyakit emfisima.
Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan
pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian
esofagus, perut dan pankreas.
• Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran
darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja
memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri
menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan
memudaratkan organ berkaitan.
Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas
pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan
otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.
Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan
dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu
lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut
merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga
menyebabkan kerosakan pundi kencing.
Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap
ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan
fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh
memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.
Melahirkan bayi yang Melahirkan bayi yang
kurang berat badan tidak cukup bulan

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok

Mengurangkan
Lebih terdedah
kesuburan dan putus
kepada kanser
haid awal
Lebih mudah Mendapat jangkitan
mendapat lelah paru-paru

Kesan Asap Rokok Terhadap


Anak Perokok

Pertumbuhan paru-paru Mudah menjadi perokok


kanak-kanak terganggu apabila dewasa kelak
Sayangilah diri anda sebelum anda terkoban
hanya kerana sebatang rokok!!!!!!
Faedah berhenti merokok
Dapat m Dapat melindungi diri, keluarga,
enghind dan masyarakat di sekeliling
diri dari arkan
racun daripada bahaya merokok

d i t e la d an kepada
Menja
Dapat meningkatkan kecergasan orang lain.
Serta memiliki tubuh yang sihat
~ melakukan ibadah
~ amal kebajikan Mudah didampingi oleh masyarakat
dan dihormati oleh masyarakat
Gigi lebih puti
h dan Dapat menge
nafas lebih se lakkan buday
gar Dengan wang a pembaziran
yang digunak
Membeli roko an untuk
k kepada tuju
Lebih baik da an yang
Tingkatkan deria n bermanfaa
t.
rasa dan bau

Hidup akan lebih tenang


Hki
dan diberkati oleh ALLA
k
an
er i
a Nikmatilah….
asih u lag lan
a k
e rl epu Nafas baru yang lebih segar.
erim ak p m k k. Diri anda yang baru.
T tid ala ko
u p d p ro Lebih sihat.
hid asa Lebih sejahtera.
Suasana hidup yang lebih sempurna.
Deria rasa dan bau anda akan menjadi lebih baik.
Jantung dan paru-paru yang lebih sihat.

Ikuti langkah-langkah
berikut : Ke
s
Ta ihat
np an
a L Ma
Melengah-lengahkan keinginan untuk merokok. Contahnya i n
dengan melambat-lambatkan mencari rokok. Menarik As ngka tap
ap ran
nafas panjang.Usahakanlah untuk menarik nafas panjang
dengan perlahan.Minum air.Berusahalah untuk minum air
sebanyak mungkin.Membuat sesuatu.Berusahalah untuk
membuat sesuatu yang dapat mengalihkan fikiran anda
daripada merokok.Mengunyah makanan.Amalan mengunyah
makanan (gula getah) dapat membantu.Berhenti merokok.
Langkah bijak
BERHENTI MEROKOK
SEKARANG!
Anda mampu mengubahnya...
• Ahli Pengasas Persatuan Penyelidikan
Nikotina dan Tembakau (SRNT), Profesor
Dr. Karl Olov Fagerstrom menjelaskan otak
perokok baru boleh ‘memberontak’ jika
menerima terlalu banyak nikotina sebelum
dapat menyesuaikan diri (adaptasi).
• “Perokok ‘veteran’ dapat merokok sehingga
lebih 40 batang rokok dalam satu hari
kerana otak mereka telah menyesuaikan
diri dengan jumlah nikotina yang banyak.
• “Bagaimanapun, otak perokok veteran juga
akan memberontak jika mereka berhenti
merokok memandangkan otak perokok telah
membentuk pergantungan terhadap jumlah
nikotina yang tinggi,” katanya.
• “Tembakau menjadi punca penyakit seperti
kanser, penyakit vaskular serta masalah
sistem pernafasan seperti bronkitis kronik
dan penyakit paru-paru.
• “Mengikut Klasifikasi Penyakit
Antarabangsa, pergantungan kepada
tembakau dikelaskan sebagai sejenis
penyakit, sama seperti pergantungan
kepada alkohol,” jelasnya.
Amalan merokok dipercayai
diperkenalkan oleh
golongan Indian Amerika
Utara.
Ia disebarkan ke benua
Eropah, seawal kurun ke-
16, oleh Christopher
Columbus.

Anda mungkin juga menyukai