Anda di halaman 1dari 6

Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta)

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang
membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan
maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-
bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat
(naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai

(arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut"bagi pesalah yang
menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting
adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. 

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser


(karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama
disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser. 

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai
kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap
nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding
najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang
telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti
mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk
sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali
dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua. 

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat
mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan
menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat. 

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini
menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh
menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. 

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan
pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan,
paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran
kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari
badan......................................

Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling


Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada
orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka
yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru.
Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh
menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran
pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di
bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan
penyakit emfisima. 

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh
menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas. 

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh
badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri
menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan. 

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit
kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya. 

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing.
Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut
merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing. 

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum
diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh
memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :


- Melahirkan bayi yang kurang berat badan 
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan 
- Lebih terdedah kepada kanser 
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal 

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :


- Lebih mudah mendapat lelah 
- Mendapat jangkitan paru-paru 
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu 
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

Faedah Berhenti Merokok


- Hidup lebih lama 
- Dapat menghindari racun 
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok 
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak 
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat 
- Meningkatkan deria rasa dan bau 
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan
yang lebih baik dan bermanfaat.

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok


- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok 
- Yakinkan diri 
- Buat nota peringatan 
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok" 
- Tumpukan pada hari ini 
- Sentiasa berfikiran positif 
- Dapatkan sokongan 
- Lawan keinginan untuk merokok 
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion
perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang
berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi
satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan
bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20.
Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok
sekarang ini berterusan!

Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang
dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.

 Setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15
bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
 Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat
yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok
yang tertinggi, dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok.
 Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun
dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari
secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia.
 Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan
tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru
-paru yang kronik.
 Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000
daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-
bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.
 Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-
kurangnya lima minit hayat seseorang.
 30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok.
 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh
tabiat merokok.

Senario dan Tabiat merokok di Malaysia:

Fakta sepintas lalu

 Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.


 Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
 Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian
ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan
yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam
tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
 Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
 Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari
(jantung).
 Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian
lebih kurang 10,000 orang setahun.

Perspektif

i. Untuk mengatasi ancaman di mana semakin ramai remaja (10 tahun ke atas) dan bilangan
perokok wanita yang semakin meningkat dalam kadar yang sangat membimbangkan
ii. Mempergiatkan usaha untuk membenteras dan mencegah masalah ketagihan rokok perlu
dilaksanakan segera dan berterusan
iii. Bertindak secara lebih agresif bagi menangani ancaman masalah kesihatan ini secara
bersungguh-sungguh memandangkan peratusan yang sangat tinggi kematian akibat
penyakit yang berpunca dari ketagihan rokok.
iv. Sebarang kempen yang memfokus kepada pencegahan dari tabiat merokok merupakan
usaha dan keutamaan nasional dan menjadi teras kepada program kesihatan negara.

Tabiat merokok adalah satu penagihan

Tembakau mengandungi sejenis bahan penyebab ketagihan yang dipanggil nikotin. World Health -
satu buletin yang ditaja oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dalam edisi bulan Julai-Ogos 1995,
telah melaporkan bahawa nikotin menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama dengan
yang dihasilkan oleh heroin dan kokain. Kadar berbalik dependen yang cuba untuk berhenti
menggunakan nikotin, alkohol, kokain dan heroin secara kasarnya adalah sama, namun banyak
yang melaporkan bahawa adalah lebih sukar untuk berhenti menggunakan tembakau, berbanding
dengan pelbagai dadah haram yang lain, menurut buletin tersebut. Dalam satu kajian yang
dijalankan oleh Pusat Mengenai Ketagihan dan Penyalahgunaan Substan di Universiti Columbia,
Amerika Syarikat, nikotin dianggap sebagai satu ambang dadah yang dikaitkan dengan penggunaan
bahan haram. Menurut satu kajian, bagi orang dewasa yang mula merokok sebelum berusia 15
tahun, kemungkinan beliau menjadi seorang penagih dadah adalah tiga kali ganda. Kajian ini juga
menunjukkan bahawa kanak-kanak yang merokok setiap hari, kemungkinan dia menjadi penagih
dadah, adalah 13 kali ganda jika dibandingkan dengan kanak-kanak tidak kerap merokok.
Objektif

i. Merangka kempen komunikasi secara berkesan yang menggerakkan seluruh negara ke


arah bebas rokok
ii. Menggesa masyarakat untuk berhenti merokok
iii. Mencegah kelompok remaja dan wanita supaya tidak memulakan tabiat merokok

Strategi

Menggerakkan seluruh negara untuk memerangani masalah ketagihan rokok

 Kempen ini akan memfokus kepada menyalurkan maklumat tentang ancaman dan bahaya
merokok serta kesannya kepada kesejahteraan rakyat

Membina satu masyarakat baru yang berpengetahuan yang tidak merokok

 Langkah jangka panjang ini perlu dirangka dalam kadar yang segera. Remaja sekarang
perlu dilengkapi dengan maklumat yang tepat mengenai bahaya merokok.

Anda mungkin juga menyukai