Anda di halaman 1dari 6

Komunikasi adalah proses peralihan idea dari sumber kepada satu penerima atau lebih,

dengan maksud untuk mengubah tingkah laku mereka (Everett,1998). Manusia


berkomunikasi antara satu sama lain untuk menjalankan aktiviti seharian serta untuk belajar
benda baharu. Untuk mencapai objektif tersebut, komunikasi yang efektif perlulah diamalkan
oleh setiap individu dan anggota masyarakat. Berikut merupakan ciri-ciri komunikasi
berkesan.

Antara ciri-ciri komunikasi berkesan ialah dengan memulakan komunikasi dengan sapaan
atau salam yang penuh santun. Permulaan yang baik ini akan mewujudkan suasana yang
harmoni dalam proses pertukaran maklumat. Dengan ini, tiada anasir-anasir asing yang
akan mempengaruhi penyampaian dan penerimaan maklumat. Pendengar juga akan lebih
focus dalam memahami maklumat, dan penutur juga akan lebih fokus kepada skop
informasi yang sedang disampaikan.

Seterusnya, penutur perlu mempunyai suara yang jelas. Hal ini agar maklumat dapat
didengari dengan jelas oleh pendengar, khususnya dalam suasana dan lokasi yang bising.
Dengan ini, pendengar dan penutur dapat mengelakkan salah faham dalam proses
pertukaran maklumat. Kejelasan suara juga memainkan peranan yang besar bagi penutur
yang berucap di khalayak ramai seperti ucapan, ceramah dan pidato. Bantuan pembesar
suara akan menguatkan suara penutur, namun kejelasan setiap patah perkataan masih lagi
tidak diragui. Dalam lokasi yang terbuka, gelombang suara akan lebih cenderung untuk
bertebaran, maka patah pertuturan mungkin tidak akan fokus pada pendengar. Oleh itu,
penganjur program tersebut harus bijak dalam mengatasi masalah-masalah yang akan
menjejaskan kejelasan suara penutur dan seterusnya menjejaskan keberkesanan
komunikasi.

Dari sudut pandangan pendengar pula, untuk mengekalkan keberkesanan komunikasi,


pendengar perlu mendengar dengan empati. Apa itu mendengar dengan empati ? Empati
ialah kebolehan untuk memahami dan menyokong orang lain dengan perasaan belas
kasihan dan sensitiviti. Mendengar dengan empati dapat meletakkan pendengar pada
tempat penutur itu sendiri dengan sensitiviti yang ada pada pendengar semasa mendengar
informasi tersebut. Jadi, pendengar akan lebih memahami apa yang disampaikan. Jelaslah
proses mendengar dengan empati dapat mewujudkan komunikasi yang berkesan.

Seterusnya, untuk mengekalkan atmosfera komunikasi berkesan, kedua penutur dan


pendengar perlu menjaga air muka sesama sendiri. Air muka menurut peribahasa
bermaksud maruah atau harga diri. Namun, dalam skop perbincangan ini, air muka
bermaksud mimik muka individu yang terlibat dalam komunikasi. Penutur perlu menunjukkan
mimik yang sesuai dengan mimik yang disampaikan. Pendengar juga perlu menunjukkan
mimik muka untuk menggambarkan tahap pemahaman pendengar terhadap maklumat yang
disampaikan. Dengan ini, penutur boleh tahu jika pendengar masih belum memahami
maklumat yang disampaikan. Pendengar juga boleh memahami sama ada penutur sedang
menyampaikan maklumat yang biasa dan bersahaja atau sedang menyampaikan maklumat
yang serius dan rumit

Akhir sekali, komunikasi yang berkesan juga dapat diwujudkan dengan bahasa tubuh yang
jelas dan sesuai dengan maklumat. Komunikasi dengan bahasa tubuh dikenali sebagai
komunikasi non verbal yang merupakan proses pertukaran idea melalui isyarat dan ekspresi
wajah dan pergerakan tubuh. Dengan melibatkan sebahagian dari komunikasi non verbal
dalam pertuturan, proses komunikasi akan mendatangkan impak yang lebih besar
seterusnya mewujudkan pertukaran maklumat yang kondusif.

Kesimpulannya, terdapat beberapa ciri-ciri komunikasi berkesan yang dapat diaplikasikan


dalam kehidupan seharian. Dengan ini, proses pertukaran maklumat sehari-hari dapat
dijalankan dengan baik seterusnya meningkatkan produktiviti masyarakat.
TEKS UCAPAN PERASMIAN PENUTUP YBHG DATO’ ZAHRAH ABD WAHAB FENNER
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA DI MAJLIS
PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL USAHAWAN MUDA ANJURAN SSM BERSAMA IPG
KAMPUS BATU LINTANG

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih saudara/i Pengacara Majlis;

YBhg. Encik Bedui Bin Une

Pengarah,

Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,

YBhg. Encik Adzman Bin Ahmad

Pengarah,

Suruhanjaya Syarikat Malaysia,

Negeri Sarawak,

Para Pensyarah, warga kerja SSM dan IPG, Rakan-rakan Media, Tuan-Tuan dan Puan-
Puan para hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia

Alhamdulillah, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana


penganjuran Karnival Usahawan Muda anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
bersama IPG Kampus Batu Lintang telah berjaya dilaksanakan dengan sempurnanya.
Jutaan terima kasih tidak lupa saya ucapkan kepada pihak IPG kerana menjemput saya
untuk hadir pada hari ini serta sudi bekerjasama dengan SSM bagi merealisasikan Karnival
Usahawan Muda ini.

Untuk makluman hadirin sekalian, SSM juga sebelum ini giat mengadakan karnival seperti
ini yang dipanggil Karnival ONE SSM. ONE adalah singkatan kepada Online Networking
Entrepreneurs merupakan platform yang mengumpulkan peniaga online dan telah
menjelajah hampir keseluruhan Malaysia . Program turun padang sebegini adalah di antara
usaha SSM untuk memastikan semua usahawan termasuk daripada golongan wanita
sentiasa diberi pendedahan dan bimbingan dalam menjalankan perniagaan mereka.

Program-program seperti ini saya percaya dapat mempertingkatkan kesedaran berkaitan


kewajipan mendaftarkan perniagaan dan pengurusan perniagaan yang baik. Tujuan
mendaftarkan entiti perniagaan adalah bagi meningkatkan keyakinan pengguna dalam
urusniaga kerana pengguna boleh mengenalpasti kesahihan sesebuah perniagaan sebelum
melakukan sebarang transaksi perniagaan. Selain daripada itu kelebihan mendaftarkan entiti
perniagaan ini membolehkan para usahawan membuat pinjaman mikro yang diperkenalkan
oleh pelbagai pembiaya kewangan dan agensi kerajaan.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tidak terpakai di Sabah dan Sarawak sebaliknya
perniagaan di sini termaktub di bawah Business Name Ordinance 1948 dan Business
Profesion and Trade Licensing Ordinance 1955. Walaubagaimanapun para usahawan di sini
masih boleh memilih untuk mendaftarkan entiti perniagaan mereka di bawah peruntukan
Akta Syarikat 1965 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.

Mengikut rekod SSM sehingga 31 Julai 2016, sebanyak hampir 6.23 juta pendaftaran
perniagaan didaftarkan manakala hampir 1.19 juta syarikat telah diperbadankan di Malaysia.
Daripada segi pendaftaran perniagaan online pula mencatatkan hampir 43 ribu pendaftaran
telah dilakukan. Ia menunjukkan angka yang tinggi sekaligus mencerminkan pertumbuhan
ekonomi yang pesat dan positif untuk negara kita.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Pada hari ini SSM sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan IPG Kampus Batu
Lintang dalam melaksanakan Karnival Usahawan Muda ini. Semoga dengan program yang
dirancang ini dapat memberi pendedahan kepada semua yang terlibat berkaitan peranan
SSM dalam perkembangan sosio ekonomi masyarakat Malaysia selain memberi kesedaran
kepada para usahawan tentang kelebihan mendaftarkan entiti perniagaan dengan SSM.

Di sini, saya mewakili SSM ingin mengambil peluang ini untuk mengiktiraf kerjasama dan
sokongan daripada semua pihak yang memastikan Karnival Usahawan Muda menjadi satu
realiti. Saya amat berharap agar program seumpama ini dapat terus dilaksanakan pada
masa-masa akan datang dalam melahirkan para usahawan yang berintegriti serta berilmu.

Akhir sekali, pertemuan pada hari ini pastinya tidak akan terhenti di sini sahaja. InsyAllah
kita akan bertemu lagi pada masa akan datang. Maka dengan lafaz
BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM saya dengan rasminya menutup Karnival Usahawan
Muda SSM Bersama IPG Kampus Batu Lintang pada hari ini.

Sekian,

Wabillahi taufik walhidayah, Wassalam mua’laikum warahmatullahi wabarakatuh.

(Dipetik dari https://www.ssm.com.my/ms/node/25146)


RUJUKAN

1. Ciri-ciri Komunikasi Berkesan. (2016, Januari 20). Dipetik dari


https://sites.google.com/site/ustakhaziq/assignments/ciri-cirikomunikasiberkesan
2. Komunikasi berkesan dan tidak berkesan. (2011, 17 Disember). Dipetik dari
https://www.slideshare.net/TANSeng4/komunikasi-berkesan-dan-tidak-berkesan

Anda mungkin juga menyukai