Anda di halaman 1dari 1

SENARAI TUGAS PENYELARAS KWAPM SEKOLAH

1. Mengumpulkan maklumat dan mengenalpasti murid-murid miskin dan anak yatim.


2. Menguruskan bantuan kebajikan.
3. Sentiasa berhubung erat dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
4. Menguruskan Tabung Derma Kilat jika berlaku kematian, kemalangan dan sebagainya
untuk disumbangkan kepada keluarga mangsa.
5. Membuat laporan dan menyerahkan senarai nama murid berkenaan kepada
pihak Pentadbir (Unit HEM).
6. Taklimat pelaksanaan Bantuan KWAPM oleh Pengerusi KWAMP.
7. Mengedarkan borang kepada semua pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 melalui
guru kelas masing-masing.
8. Mengumpul dan menerima borang daripada guru kelas masing-masing.
9. AJK KWAMP membuat pemilihan untuk menentukan pelajar yang layak
menerima bersama dengan Para Pentadbir Sekolah, Wakil daripada PIBG dan
Para Penyelia Pembangunan Mukim.
10. Borang Rumusan KWAPM peringkat sekolah dikemaskini dan dihantar ke PPD.
11. Borang Rumusan peringkat PPD dihantar ke unit HEM JPN untuk dikemaskini dan
dibawa ke Bahagian Biasiswa Kem. Pelajaran.
12. Pelajar yang dikenalpasti layak mendapat bantuan dimaklumkan untuk membuka akaun
di bank yang terpilih.
13. Majlis Pengagihan bantuan KWAPM diadakan.
14. Ibubapa/penjaga boleh mendapatkan wang di bank.
15. Pelajar yang tercicir layak dipertimbangkan untuk membuat rayuan dan borang rayuan
diedarkan kepada pelajar yang terbabit dan prosedur pemilihan dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai