Anda di halaman 1dari 16

ECC 3022

KOKURIKULUM PERMAINAN

TAJUK
BOLA SEPAK

1
ISI KANDUNGAN

Bil Kandungan Muka surat


1. Penghargaan 3
2. Asal usul permainan 4
3. Peraturan permainan 5
4. Padang bola sepak 6
5. Panjang padang bola sepak 6-7
6. Lebar padang bola sepak 7
7. Ukuran padang bola sepak kebangsaan 8-10
8. Kemahiran menyepak bola 10-12
9. Kemahiran mengelecek bola 13-14
10. Pakaian pemain bola sepak 14-15
11. Kesimpulan 16

2
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim…

Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,
nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah


tercinta saya, En. Mohd Azizol bin Aziz kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan berjaya sekali.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus  ini. Mereka
telah  memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga
saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah lakukan. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

3
ASAL USUL PERMAINAN

Bola sepak boleh dianggap sebagai sukan paling popular di dunia pada masa kini.
Walaupun demikian, asal-usul permainan ini masih kabur tentang negara atau dimanakah
mulanya permainan ini. Mengikut sejarah sukan ini pada tahun 2000 S.M. terdapat orang Mesih
yang melibatkan dalam permainan menendang bola. Begitu juga, dinegara-negara awal
tamadun China, Greek dan Empayar Rom ada catatan sejarah yang menceritakan tentang
permainan dimana permain-pemain menyepak bola. Adalah di percayai bahawa dari Rom
permainan bola sepak diperkenalkan ke England pada abad ke- 9. Sungguhpun demikian,
perkembangan yang pesat dalam permainan bola sepak sebagai satu satu suka hanya bermula
pada abad ke-19.

Persatuan Bola sepak England ditubuhkan pada tahun 1836 merupakan pertubuhan
bola sepak yang pertama di dunia. Piala F. A. yang diperkenalkan pada tahun 1871 untuk
pemain amatur telah membuka pintunya kepada pemain profesional mulai tahun 1885. Tahukan
anda peraturan sebelas pemain untuk satu pasukan ditetapkan pada tahun 1870. Di peringkat
antarabangsa, badan induk bola sepak dunia iaitu Persatuan Bola Sepak Antarabangsa atau
yang lebih dikenali sebagai FIFA (Federation of International Football Associations) ditubuhkan
di Paris pada tahun 1904. Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia yang berlansung empat tahun
sekali adalah pertandingan bola sepak yang paling berprestij diperingkat antarabangsa.
Uruguay telah menjadi tuan rumah pertandingan Piala Dunia yang pertama pada tahun 1930.

Park Ji sung, pemain daripada Korea Utara

4
PERATURAN PERMAINAN

1. Satu pasukan diwakili oleh 11 orang pemain semasa permainan.

2. Permainan diadili oleh seorang referi dan dia dibantu oleh 2 orang pengadil
garisan.

3. Lentingan syiling dilakukan untuk menentukan pihak mana yang membuat sepak
mula.

4. Jaringan gol tidak boleh dilakukan terus dari sepak mula atau dari lemparan
masuk.

5. Setelah gol dijaringkan, sepak mula di tempat permulaan dibuat oleh pasukan
yang tidak menjaring.

6. Pemain yang digantikan tidak boleh masuk semula sebagai pemain.

7. Pemain yang disingkir keluar (kad merah) oleh referi tidak boleh digantikan
dengan pemain yang lain.

8. Jaringan gol hanya sah apabila keseluruhan bola itu melintasi garisan gol antara
tiang dan bawah palang gol.

9. Lemparan atau sepakan oleh penjaga gol selepas menyambut bola hendaklah
melebihi kawasan penaltinya.

10. Dalam perlawanan rasmi, tempoh masa permainan bagi separuh masa adalah
45 minit.

5
PADANG BOLA SEPAK

Padang yang tidak mematuhi peruntukan saiz ini dianggap tidak layak sebagai tempat
perlawanan bola sepak. Oleh itu, panjang dan lebar padang bola sepak mesti sentiasa
dipertimbangkan untuk mematuhi standar yang berkenaan.

Bagi anda yang sering bermain bola sepak yang bukan perlawanan rasmi, anda
mungkin tidak terlalu memperhatikan saiz ini. Selagi ada kawasan tanah yang besar, bola
sepak secara langsung dimainkan dengan rakan-rakan.

Walau bagaimanapun, tidak seperti perlawanan rasmi yang diatur di bawah Persatuan
Bola Sepak Malaysia dan Dunia (FAM dan FIFA), panjang dan lebar padang bola sepak
mestilah sesuai dengan ketentuan.

PANJANG PADANG BOLA SEPAK

Panjang padang bola sepak mengikut peruntukan organisasi bola sepak antarabangsa
ibu bapa (FIFA) adalah antara 90 meter hingga 120 meter. Langkah ini memberikan batas
bawah dan atas panjang padang bola sepak. Iaitu, setiap padang bola sepak tidak boleh kurang
daripada  90 meter dan tidak boleh melebihi 120 meter.
Di Malaysia saja, panjang lapangan bola sepak yang sering digunakan di stadium adalah dalam
jarak 100 meter - 110 meter.

Begitu juga dengan stadium terkenal di luar negara, kebanyakan stadium menggunakan
panjang dalam jarak 100 meter -110 meter.

6
Beberapa contoh stadium terkenal yang menggunakan saiz ini ialah:

 Stadium Old Trafford adalah ibu pejabat kelab Manchester United dengan
panjang padang 105 meter

 Stadium Anfield adalah ibu pejabat kelab Liverpol dengan panjang 101 meter

 Stadium Santiago Bernabeu adalah rumah kepada kelab Real Madrid dengan
padang 108 meter

 Stadium Nou Camp Ibu pejabat kelab Barcelona dengan medan panjang 106
meter.

LEBAR PADANG BOLA SEPAK

Selain panjang, lebar juga dikawal secara rasmi oleh FIFA. Oleh itu, setiap padang atau
stadium yang dibina untuk perlawanan bola sepak mesti mematuhi peruntukan lebar padang ini.
Menurut FIFA, lebar padang bola sepak adalah dalam jarak 45 meter hingga 90 meter. Ukuran
ini adalah had bawah dan atas lebar bidang bola sepak. Ini bermakna bahawa lebar padang
bola sepak tidak boleh kurang daripada 45 meter dan mungkin tidak melebihi 90 meter.
Kebanyakan stadium di Malaysia, dan dunia menggunakan lebar padang dalam lingkungan 60-
70 meter. Begitu juga dengan stadium terkenal yang telah kita sebutkan sebelumnya, lebar
padangnya adalah:

 Stadium Old Trafford dengan lebar 68 meter

 Stadium Anfield dengan lebar 68 meter

 Stadium Santiago Bernabeu dengan lebar 72 meter

 Stadium Nou Camp dengan lebar 70 meter

7
UKURAN PADANG BOLA SEPAK KEBANGSAAN

Padang Bola Sepak Bawah 15 - 18 Tahun


1. Panjang padang = 100 m - 110 m
2. Lebar Padang = 64 m - 75 m
3. Kawasan Gol = 5.50 m x 18.32 m
4. Kawasan Penalti = 16.5 m x 40.32 meter
5. Jarak Tanda penalti = 11 meter
6. Jejari Bulatan Tengah = 9.15 meter
7. Tinggi Tiang Gol = 2.44 meter
8. Lebar Tiang Gol = 7.32 meter
9. Tebal Tiang Gol = tidak melebihi 12 cm
10. Warna Tiang gol = putih
11. Bentuk Tiang Gol = bulat / segi empat
12.Lebar Garisan = tidak melebihi 12 cm
13. Lengkok penjuru = jejari 1 meter
14. Tinggi Tiang Bendera = tidak kurang 1.5 m

Padang Bola Sepak Bawah 12 Tahun


1. Panjang Padang = 75m - 85m
2. Lebar Padang = 55 - 65m
3. Kawasan Gol = 4.57m x 15.54m
4. Kawasan Penalti = 13.72m x 33.84m
5. Jarak Tanda Penalti = 9.14m
6. Jejari Bulatan Tengah = 7.32m
7. Tinggi Tiang Gol = 2.13m
8. Lebar Tiang Gol = 6.40m
9. Tebal Tiang Gol = tidak melebihi 10 cm
10.Warna Tiang Gol = putih
11. Bentuk Tiang Gol = bulat / segiempat
12. Lebar Garisan = tidak melebihi 10 cm
13. Lengkok Penjuru = jeari 0.5m
14. Tinggi Tiang Bendera = tidak kurang 1.5m

8
Gambar ukuran luas padang bola sepak

9
Ukuran bahagian kawasan penalti

KEMAHIRAN MENYEPAK BOLA

Jenis-jenis sepakan

 Sepakan leret

 Sepakan tinggi

 Sepakan voli

1. Teknik Asas Menyepak

1. Untuk menggerakkan bola secara leret atau rendah, bola hendaklah dikontek di

tengah-tengah belakang bola itu.

2.Untuk menaikkan atau meninggikan bola, kaki hendaklah dikontek pada

bahagian bawah garisan tengah.

10
3.Bahagian kaki yang leper dan senang bergerak adalah sesuai untuk menyepak atau
menggerakkan bola.

Bola boleh digerakkan dengan bahagian-bahagian kaki yang berikut;

Cara-cara Menyepak Bola

1. Menggunakan bahagian kura-kura kaki untuk sepakan leret, tinggi ; hantaran


rendah-dekat dan jauh;sepakan kencang kepintu gol. (Rajah a).

2. Menggunakan bahagian dalam kaki untuk sepakan tinggi; hantaran rendah, dekat
dan jauh menjaring. (Rajah b).

3. Menggunakan bahagian luar kaki untuk menghantar bola. (Rajah c).

11
4. Menggunakan tumit kaki untuk membuat hantaran. (Rajah d).

5. Menggunakan bahagian kura-kura kaki untuk sepakan voli. (Rajah e).

6. Menggunakan bahagian perut kaki (inside of foot) untuk sepakan voli. (Rajah f).

12
Kemahiran Mengelecek Bola

Ini merupakan kemahiran individu dimana pemain menggerakkan bola sambil


berlari. Sungguhpun menggelecek bola boleh melambatkan permainan, tindakan ini
perlu dilakukan oleh pemain dalam situasi tertentu. Bola boleh dikelecek dengan
menggunakan bahagian-bahagian kaki seperti kura-kura kaki (instep), perut kaki (inside
foot), bahagian luar kaki (outside foot) dan juga bahagian tumit. Semasa mengelecek
bola, ambillah langkah-langkah pendek dan pastikan bola dapat dikawal dengan kaki
sepanjang masa. Pengawalan yang cekap dengan kaki sangat penting jika pemain
ingin melakukan perkara-perkara yang berikut:

a. Mengatasi dan melepasi kawalan pihak lawan


b. Membawa bola ke suatu arah atau tempat
c. Mengamalkan gerakeliru untuk ‘menipu ‘ lawan
d. Membuat tendangan ke pintu gol

Cara-cara mengelecek bola

1. Gerakkan bola secara terkawal supaya ia tidak terlalu jauh dari kaki.

2. Gunakan geraskeliru jika perlu. Sambil memindahkah berat badan ke kaki bebas,
imbangan badan hendaklah terkawal

3. Bersedia bertukar arah dengan tiba-tiba sebagai satu cara untuk mengatasi lawan.

13
4. Selepas mengatasi lawan, pastikan bola masih terkawal untuk tindakan selanjutnya.

PAKAIAN PEMAIN BOLA SEPAK

Jersey bola sepak

Seluar bola sepak

14
Sarung tangan gol keeper

Kasut bola

Stokin bola sepak

15
KESIMPULAN

Saya rasa sangat gembira keranan dapat menyiapkan tugasan folio mengenai bola sepak.
Banyak ilmu dan pengetahuan tentang permainan bola sepak yang saya perolehi sepanjang
menghasilkan folio ini.

Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada guru penasihat kerana telah membimbing
saya dan rakan – rakan mengenai ilmu permainan bola sepak

16

Anda mungkin juga menyukai