Anda di halaman 1dari 29

1

1.0

PENGENALAN
1.1 Bola sepak Bola sepak adalah permainan sepasukan yang paling digemari oleh semua lapisan masyarakat didunia ini. Malah permainan ini juga dimainkan oleh kaum wanita. Antara sebab utama permainan ini begitu popular ialah sukan ini begitu mudah dimainkan di mana-mana dan bilabila masa sahaja. Hanya memerlukan sebiji bola dan beberapa orang pemain, ia memadai. Namun, untuk lebih memahami permainan ini dengan lebih mendalam, beberapa perkara perlu difahami terlebih dahulu untuk membolehkan bola sepak dimainkan dengan lebih lancar dan boleh mengelakkan risiko kecederaan. Mereka yang ingin bermain bola sepak perlu menguasai beberapa kemahiran asas untuk memastikan kelancaran permainan serta menambahkan keseronokan. Umum mengetahui bahawa pasukan nombor satu dunia, Sepanyol telah memenangi kejohanan bola sepak Eropah yang telah diadakan di negala Poland dan Ukraine baru-baru ini. Selain memenangi kejohanan nombor dua dunia itu juga, pasukan Sepanyol membawa dimensi baru dalam bola sepak moden dengan menggunakan formasi yang tidak pernah digunakan dalam mana-mana pasukan bola sepak di dunia ini apabila menggunakan formasi 4-6-0, satu formasi yang agak luar biasa yang tidak menggunakan penyerang walaupun pasukan Sepanyol memiliki beberapa penyerang ternama. Namun begitu, pasukan yang dianggap hampir sempurna ini telah berjaya menundukkan pasukan Itali dalam perlawanan akhir dengan begitu bergaya sekali dengan jaringan 4-0. Baru-baru ini juga, pasukan Harimau Malaya telah melayani kunjungan dua kelab gergasi England iaitu pasukan Arsenal dan juara liga baru mereka iaitu pasukan Manchester City. Dapat dilihat ada lagi jurang yang masih jauh antara pasukan kebangsaan dan kedua-dua pasukan ini. Kelihatan seperti pasukan kebangsaan terlalu menghormati mereka dengan reputasi yang ada. Tidak dapat dinafikan perbezaan fizikal yang ketara menyebabkan tidak ada pemain kebangsaan berani memegang bola dengan lama selain beberapa hantaran yang kurang meyakinkan. Namun, dari sudut positifnya, permainan pasukan kebangsaan ada peningkatan dengan kawalan bola yang kemas serta ada jaringan yang dilakukan terutama sekali jaringan cantik pemain pertahan kebangsaan

iaitu saudara Azmi Muslim yang dilakukan dari luar kotak penalti dengan rembatan menarik kaki kirinya. Walaubagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan sukan bola sepak, saya akan tetap menyokong pasukan kebangsaan dan berharap agar pasukan Harimau Malaya akan mengekalkan kejuaraan Piala Suzuki AFF pada November nanti.

1.2

Bola jaring Permainan bola jaring dicipta di Amerika Syarikat oleh Clara Gregory Baer pada tahun 1895. Permainan ini sebenarnya adalah khusus untuk perempuan. Permainan ini mirip bola keranjang namun ia tidak ada sentuhan oleh antara pemain dengan pemain. Permainan ini juga mempunyai beberapa posisi yang terhad kepada kawasan tertentu sahaja untuk pemain contohnya pemain GS (goal-shooter = penjaring gol) hanya dibenarkan berada dalam kawasan D pihak lawan dan suku ketiga padang sahaja. Sama juga untuk posisi GK (goal-keeper = penjaga gol) yang mengawal pemain GS, dia hanya berada dalam kawasan sendiri. Hanya pemain C (centre = tengah) sahaja yang boleh melalui ketiga-tiga suku padang kecuali kawasan D. Permainan ini dimainkan dengan tujuh orang sepasukan dengan posisi seperti C (centre = pemain tengah), GK (goal-keeper = penjaga gol), WD (wing-defense = pertahanan sayap), WA (wing-attack = penyerang sayap), GA (goal-attack = penyerang gol) dan GS (goal-shooter = penjaring gol). Walaubagaimanapun, posisi GA juga dibenarkan menjaring gol. Permainan ini sangat mementingkan pergerakan kaki di mana jika seseorang pemain mendapat bola, kaki yang jatuh terlebih dahulu tidak boleh digerakkan selagi bola tidak dilepaskan. Selain itu, bola yang terjatuh atau terlepas ketika ditangkap juga tidak boleh diambil kembali. Seretan kaki juga tidak dibenarkan walaupun keadaan tidak disengajakan. Pada masa sekarang, ramai pemain bola jaring bertaraf professional atau yang pernah mewakili ke peringkat tertinggi bijak memanipulasikan perturan ini dan ia tidak menyalahi peraturan oleh kerana pergerakan yang dilakukan adalah sangat cepat dan pantas untuk mengelakkan berlaku kesalahan. Jika diperhatikan pada satu-satu kejohanan peringkat tinggi, kita akan lihat seolah-olah pemain melakukan kesalahan gerak kaki

namun sebenarnya ia disahkan oleh kerana kepantasan gerak kaki yang dilakukan oleh pemain. Oleh kerana terlalu banyak peraturan dalam sukan bola jaring, ramai dalam kalangan masyarakat kita yang tidak memahami akan sukan ini kan merasa cepat bosan untuk menonton permainan ini terutamanya di peringkat rendah oleh kerana terlalu banyak tiupan wisel kedengaran sewaktu perlawanan dijalankan. Namun demikian, sukan ini semakin lama semakin mendapat tempat di Malaysia dengan promosi yang dilakukan serta membuka penyertaan kepada kaum lelaki untuk bermain. Semoga pasukan bola jaring yang ada di Malaysia mampu untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

2.0

MATLAMAT
2.1 Bola sepak Melahirkan murid atau pemain bola sepak yang mempunyai pengetahuan serta menguasai kemahiran asas selain mengetahui dan memahami undang-undang dan peraturan permainan. 2.2 Bola jaring Melahirkan murid atau pemain bola jaring yang mempunyai pengetahuan serta menguasai kemahiran asas selain mengetahui dan memahami undang-undang dan peraturan permainan.

3.0

OBJEKTIF
3.1 Bola sepak 3.1.1 Murid dapat menguasai kemahiran asas dalam permainan bola sepak 3.1.2 Murid mengetahui serta memahami undang-undang dan peraturan permainan bola sepak 3.1.3 Membentuk disiplin murid yang mantap untuk kecemerlangan permainan bola sepak

3.2

Bola jaring 3.2.1 Murid dapat menguasai kemahiran asas dalam permainan bola sepak 3.2.2 Murid mengetahui serta memahami undang-undang dan peraturan permainan bola sepak 3.2.3 Membentuk disiplin murid yang mantap untuk kecemerlangan permainan bola sepak

4.0

UNDANG-UNDANG PERMAINAN
4.1 Bola sepak Undang-undang bola sepak buat pertama kalinya digubal oleh Ebenezer Cobb Morley dan diusulkan ke mesyuarat Persatuan Bola Sepak pada 8 Disember 1863. Kini, undang-undang tersebut telah dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Kefahaman terhadap undang-undang permainan ini membolehkan permainan ini dijalankan dengan lancar. Undang-undang bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang yang diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA. Namun terdapat sedikit pengubahsuaian kecil akan dilakukan terhadap kejohanan peringkat umur seperti saiz padang, saiz bola, berat bola, keluasan gawang, bilangan pemain, dan tempoh perlawanan. 4.1.1 Undang-undang 1 Padang permainan 4.1.1.1 Permukaan padang

Perlawanan bola sepak boleh dimainkan di atas padang rumput asli ataupun padang rumput tiruan bergantung kepada syarat kejohanan.

4.1.1.2

Ukuran padang

Ukuran padang mestilah berbentuk segi empat tepat. Ukuran padang adalah seperti berikut : Panjang : Minimum 90 meter (100 ela)

Maksimum 120 meter (120 ela) Lebar : Minimum 45 meter (50 ela) Maksimum 90 meter (100 ela) Ukuran padang bagi pertandingan antarabangsa : Panjang : Minimum 100 meter (110 ela) Maksimum 110 meter (120 ela) Lebar : Minimum 64 meter (70 ela) Maksimum 75 meter (80 ela)

4.1.1.3

Kawasan padang

Kawasan padang dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah di mana kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15 meter (10 ela).

Gambarajah 1 Ukuran kawasan padang bola sepak

4.1.1.4

Kawasan gol

Di setiap garisan kedua-dua belah hujung padang ialah kawasan gol. Dua garisan di sudut kanan garisan gol masing-masing berukuran 5.5 meter (6 ela) dari tiang gol.

4.1.1.5

Kawasan penalti

Kawasan kotak penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan gol dengan ukuran 16.5 meter (18 ela) dari tiang gol. Dalam setiap kawaan penalti, tanda penalti dibuat 11 meter (12 ela) dari kawasan tengah tiang gol. Lengkungan bulatan berjejari 9.15 meter (10 ela) dari setiap tanda penalty dibuat di luar kotak penalti.

Gambarajah 2 Ukuran kawasan kotak penalti

4.1.1.6

Tiang bendera

Tiang bendera yang berukuran tidak lebih dari 1.5 meter perlu diletakkan di setiap penjuru padang. Ia juga boleh diletakkan di hujung setiap garisan tengah dan mestilah berada 1 meter jauh dari garisan padang.

4.1.1.7

Lengkungan sudut

Suku bulatan dengan jejari 1 meter daripada setiap kawasan sudut tiang bendera dibuat dalam kawasan penjuru padang.

4.1.1.8

Tiang gol

Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah garisan gol. Jarak antara tiang gol ialah 7.32 meter (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan tanah ialah 2.44 meter (8 kaki). Ukuran lebar kedua-dua tiang dan palang gol adalah tidak melebihi 12cm (5 inci).

Gambarajah 2 Ukuran tiang gol

4.1.2 Udang-undang 2 Bola 4.1.2.1 Bola mestilah berbentuk sfera yang perbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang dibenarkan. Lilitan bola yang dibenarkan oleh FIFA ialah 68cm-70cm dan berat bola yang dibenarkan ialah 410gm-450gm. Bola yang digunakan oleh pemain dewasa adalah bersaiz 5 manakala kanak-kanak menggunakan bola bersaiz 4. Namun, ada juga kejohanan yang membenarkan kanakkanak menggunakan bola bersaiz 3.

Gambarajah 3 Bentuk sebiji bola

4.1.3 Undang-undang 3 Bilangan pemain 4.1.3.1 Pemain

Perlawanan bola sepak hanya memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap pasukan mempunyai 11 orang pemain termasusk penjaga gol.

Gambarajah 4 Sebuah pasukan bola sepak

4.1.3.2

Perlawanan rasmi

Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA atau persatuan-persatuan di bawah gabungannya, hanya 3 orang pemain sahaja yang dibenarkan untuk membuat pertukaran. Peraturan pada setiap perlawananmestilah menyatakan bilangan pemain gentian yang dibenarkan membuat pertukaran (3 hingga 7 pemain).

4.1.3.3

Pemain gantian

Dalam setiap perlawanan, mana-mana pemain gantian hendaklah diberikan kepada pengadil sebelum perlawanan dimulakan. Pemain gantian yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan bermain.

4.1.3.4

Pertukaran pemain gantian

Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan sewenangwenangnya. Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran yang dibuat. Pemain gantian yang hendak masuk ke padang mestilah menunggu sehingga pemian yang digantikannya keluar padang terlebih dahulu dan selepas mendapat isyarat dari pembantu pengadil. Proses ertukaran lengkap apabila pemian gantian memasuki padang dan pemain yang diganti itu tidak boleh lagi masuk semula untuk bermain.

4.1.3.5

Pertukaran penjaga gol

Untuk pertukaran penjaga gol, pengadil mestilah terlebih dahulu dimaklumkan sebelum pertukaran dilakukan.

4.1.4 Undang-undang 4 Peralatan pemain 4.1.4.1 Keselamatan

10

Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh membahayakan dirinya atau pemain lain. Contoh peralatan atau perhiasan yang tidak dibenarkan ialah gelang, cincin dan jam tangan.

4.1.4.2

Peralatan asas

Setiap pemain perlu juga mematuhi peraturan asas berpakaian. Berikut ialah peralatan asas yang perlu dipakai oleh setiap pemain : i) ii) iii) iv) v) Jersi But bola Seluar pendek Stoking Pelindung kaki (shin-guards)

Gambarajah 5 Peralatan-peralatan asas pemain bola sepak

4.1.4.3

Penjaga gol

Penjaga gol setiap pasukan mestilah memamaki jersi yang berlainan dengan pemain pasukannya dan pengadil.

11

4.1.5 Undang-undang 5 Pengadil 4.1.5.1 Bidang kuasa pengadil

Setiap[ perlawanan akan diadili oleh pengadil yang berkelayakan dan mendapat sepenuh kuasa mengendalikan sesuatu perlawanan bola sepak. Pengadil ini juga akan dibantu oleh 3 orang pengadil lagi.

Gambarajah 5 Pengadil dan pembantu pengadil

4.1.5.2 Tugas pengadil i) Melaksanakan undang-undang perlawanan ii) Mengawal permainan dengan pembantu pengadil iii) Memastikan bola yang digunakan mengikut syarat iv) Memastikan pemain-pemain menggunakan peralatan seperti pada undang-undang 4 v) Bertindak sebagai penjaga masa dan merekodkan masa permainan vi) Memberhentikan atau membatalkan permainan sekiranya berlaku gangguang dari pihak luar vii) Memberhentikan permainan sekiranya terdapat pemain yang mengalami kecederaan teruk dan meneruskan permainan selepas pemain itu dibawa keluar padang

12

viii)

ix) x)

xi) xii) xiii)

Memastikan pemain yang mengalami luka atau pendarahan keluar dari padang untuk rawatan dan membenarkan pemain itu masuk semula selepas rawatan Mengenakan denda yang lebih berat sekiranya pemain melakukan banyak kesalahan Mengambil tindakan disiplin ke atas peian yang melakukan kesalahan serius dan mengarahkan pemain itu keluar padang Menambil tindakan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal kelakuan Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas kesalahan yang tidak dapat dilihat olehnya Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya Keputusan pengadil

4.1.5.3

Kepautusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya akan menukar keputusannya apabila menyedari ada keputusannya adalah tidak tepat atau setelah berbincang dengan pembantu pengadil.

4.1.6 Undang-undang 6 Pembantu pengadil/penjaga garisan 4.1.6.1 Tugas

Seorang pengadil akan dibantu oleh dua orang pembantu pengadil. Antara tugas pembantu pengadil ialah : i) ii) iii) iv) Memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan permainan Memastikan tendangan sudut, tendangan gol dan balingan ke dalam mengikut peraturan Memaklumkan pemain yang berada dalam kedudukan offside Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di luar pandangan pengadil utama Pembantu

4.1.6.2

Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undangundang permainan bola sepak. Pengadil akan memberikan

13

tanggungjawab kepada pembantu pengadil untuk membuat laporan kepada pihak atasan apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak dapat dikawal.

4.1.7 Undang-undang 7 Tempoh masa permainan 4.1.7.1 Masa perlawanan

Tempoh masa perlawanan untuk separuh masa ialah selama 45 minit, kecuali terdapat persetujuan perubahan masa antara keduadua pasukan yang bertanding. Sebarang keputusan untuk menukar masa mesti dibuat sebelum perlawanan bermula.

4.1.7.2

Masa rehat

Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamtkan separuh masa pertama.masa rehat yang diberikan ialah selama 15 minit.

4.1.7.3

Masa tambahan

Masa tambahan akan diberikan sekiranya berlaku pemberhentian masa sewaktu pertukaran pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil bertindak mengeluarkan pemain yang tercedera untuk mendapatkan rawatan.

4.1.7.4

Tendangan penalti

Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula, tempoh masa akan dipanjangkan sehingga tendangan itu dilakukan

4.1.7.5

Pemberhentian perlawanan

Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan disambung semula melainkan peratuiran pertandingan menyatakan sebaliknya

14

4.1.8 Undang-undang 8 Permulaan perlawanan 4.1.8.1 Permulaan perlawanan

Penentuan sama ada pasukan mana yang berhak memilih kawasan gol atau memulakan pertandingan dilakukan dengan lambungan syiling. Pasukan yang kalah lambungan syiling akan memulakan perlawanan manakala pasukan yang menang akan memilih kawasan gol. Pada separuh masa kedua, pasukan yang menang lambungan syiling memulakan perlawanan.

4.1.8.2

Sepak mula

Sepak mula adalah satu cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali perlawanan pada separuh masa kedua. Selian itu, sepak mula juga dilakukan jika ada jaringan gol. Jaringan yang dilakukan melalui sepak mula adalah sah.

4.1.8.3

Prosedur

Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. Pasukan lawan hendaklah berada sekurang-kurangnya 9.15 meter (10 ela) dari bola. Bola mestilah berada dalam keadaan pegun dan berada di tengah-tengah kawasan bulatan. Selepas pengadil memberikan isyarat mula, pemain menyepak bola ke hadapan kepada rakannya. Pemain yang melakukan sepak mula tidak boleh menyentuhnya sehingga rakan sepasukannya melakukan sentuhan. Selepas ada jaringan gol, pasukan yang kena gol akan melakukan sepak mula.

4.1.9 Undang-undang 9 Bola masuk dan keluar Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari garisan padang, sama ada bola meleret atau meninggi. Permainan akan diteruskan kembali dengan : i) Perlawanan akan disambung smeula dengan lambungan bola di mana tempat terakhir bola keluar

15

ii) iii)

Lambungan bola yang terkena pengadil atau penjaga garisan semasa di dalam padang permainan Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan apabila berlaku perlanggaran undang-undang

Gambarajah 6 Keadaan bola masuk dan keluar dari padang permainan

4.1.10 Undang-undang 10 Jaringan Jaringan gol akan dikira setelah keseluruhan bola melepasi garisan gol antara tiang gold an di bawah besi palang gol, dengan syarat pemain pasukan penyerang tidak melampar, membawa dan menolak dengan menggunakan lengan atau tangan. Satu gol akan diperolehi dengan setiap jaringan. Pasukan yang menjaringkan gol yang banyak akan dikira sebagai pemenang. Manakala perlawanan akan dikira seri jika jumlah jaringan gol sama banyak dalam tempoh permainan. Gambarajah 7 Contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol

4.1.11 Undang-undang 11 Ofsaid Pemain dikira berada dalam keadaan ofsaid apabila pemain itu berada berdekatan dengan gawang pihak lawan lebih daripada bola melainkan pemain tersebut berada di separuh padang permainan pasukannya dan

16

hanya terdapat sekurang-kurangnya 2 pemain pihak lawan berdekatan dengan gawang mereka bersama pemain itu sendiri. Denda akan dikenakan kepada pemain yang melakukan ofsaid. Sepakan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan di mana ofsaid berlaku.

Gambarajah 8 Kedudukan ofsaid pemain

4.1.12 Undang-undang 12 Kesalahan dan kelakuan buruk Kesalahan berlaku dengan sengaja ataupun tidak. Pemain yang sengaja melakukan kesalahan akan dihukum. Sebagai hukuman, sepakan percuma akan diberikan kepada pihak lawan di mana tempat kesalahan itu dilakukan. Kesalahan yang boleh menyebabkan sepakan percuma diberikan ialah : i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) Menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan Memegang pemain pihak lawan Melompat ke atas pemain pihak lawan Menolak pemain pihak lawan Mengganggu pemain pihak lawan dari belakang melainkan pemain pihak lawan menghalang pemain daripada mengambil bola Sengaja memukul atau meludah pemain pihak lawan Menyadung pemain pihak lawan Mengganggu pemain pihak lawan dengan bahasa dan kelakuan yang kasar atau tidak sopan

17

ix)

Membawa, menarik dan menolak ke hadapan bola dengan menggunakan lengan atau tangan (melainkan ia dilakukan oleh penjaga gol di dalam kotak penaltinya

4.1.13 Undang-undang 13 Tendangan percuma Terdapat dua jenis tendangan percuma iaitu secara langsung atau tidak langsung. Jaringan boleh dikira dengan tendangan percuma secara langsung. Manakala bagi menjaringkan gol daripada tendangan percuma tidak langsung, bola mestilah disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain membuat tendangan percuma sebelum bola itu melepasi garisan gawang. Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurang 9.15 meter (10 ela) dari kedudukan bola untuk membuat tendangan percuma langsung atau tidak langsung. Pemain pertahanan boleh berada dalam jarak kurang 10 ela dari bola apabila pasukan penyerang diberi tandangan percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela dari gawang pasukan lawan. Dalam situasi tersebut, pemain pertahanan boleh berdiri pada gawang mereka untuk menghalang jaringan yang akan dilakukan. Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti dan sekurang-kurangnya 10 ela dari bola apabila pemain mengambil sepakan percuma dari luar kotak penalty mereka. Bola mestilah berada dalam keadaan static dan tidak bergerak apabila sepakan diambil. Jika pemain yang mengambil sepakan percuma itu menendang bola kali kedua sebelum pain lain menyentuhnya, secara tidak langsung pemain pihak lawan diberi sepakan percuma.

4.1.14 Undang-undang 14 Sepakan penalti Sepakan penalti akan diberikan sekiranya pemain melakukan kesalahan dalam kotak penalti. Prosedur : i) ii) Sepakan penalti diambil 11 meter (12 ela) di hadapan kawasan penalti dan di tengah-tengah gawang Semua pemain mestilah berada sekurang-kurangnya 10 ela di luar kawasan penalti kecuali pemain yang mengambil sepakan dan penjaga gol

18

iii)

iv)

Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan gawang di antara tiang gol dan tidak dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan dilakukan Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil sepakan penalti dan tidak boleh menendang bola sekali lagi sehingga disentuh oleh pemain lain

Gambarajah 9 Tendangan penalti

4.1.15 Undang-undang 15 Balingan masuk Perlawanan akan dimulakan kembali dengan hantaran masuk di tempat akhir sekali bola itu terkeluar dari garisan tepi, sama ada ia meleret atau melambung di udara. Balingan masuk akan dilakukan oleh pemain pasukan lawan sekiranya pemain pasukan sendiri yang menyebabkan bola terkeluar. Prosedur : i) ii) iii) iv) Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan di belakang kepala Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah menyentuh garisan atau di luar garisan Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya Jaringan bola dari hantaran masuk tidak dikira melainkan ia tersentuh pemain lain

19

Gambarajah 10 Prosedur balingan masuk

4.1.16 Undang-undang 16 Tendangan gol Tendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali di sentuh oleh pemain pihak lawan, terkeluar sama ada leret atau tinggi di udara. Prosedur : i) ii) iii) iv) v) Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain pertahanan atau penjaga gol sendiri Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola yang ditendangnya sehingga disentuh pemain lain Tendangan gol terus kepada penjaga gol dalam kotak penalti tidak dibenarkan Semua pemain pihak lawan tidak dibenarkan berada dalam kotak penalti semasa tendangan dilakukan Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol

4.1.17 Undang-undang 17 Tendangan sudut Tendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi garisan belakang gol. Prosedur : i) ii) iii) iv) Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung padang bersebelahan dengan tiang bendera Tendangan hendaklah dibuat oleh pemain pasukan lawan Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 10 ela dari bola sehinggalah tendangan sudut dilakukan Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh kembali bola sehinggalah pemain lain menyentuh bola

20

Gambarajah 11 Tendangan sudut

4.2

Peraturan dan undang-undang bola jaring 4.2.1 Bola Bola yang digunakan untuk pertandingan atau kejohanan biasanya bersaiz 5 seperti juga saiz bola keranjang. Ukur lilit bola adalah 99cm102cm manakala beratnya adalah 635gm-726gm. Bola ini diperbuat dari kulit atau getah. Gambarajah 12 Bentuk fizikal bola jaring

4.2.1 Tiang gol Kedua-dua belah gelanggang akan dipasanng dengan tiang gol setinggi 3.05m (10 kaki). Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi. Diameter bulatan besi berjaring di atas tiang ialah 38cm. kedua-dua tiang ini mestilah diletakkan dengan teguh agar tidak condong.

21

Gambarajah 13 Tiang gol bola jaring

4.2.2 Gelanggang Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Namun begitu, bola jaring juga boleh dimainkan di gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat khas dengan menggunakan gelanggang simen atau parkey sekiranya dimainkan dalam dewan. Gambarajah 14 Gelanggang bola jaring

Garisan sepanjang 30.5m dinamakan garisan tepi manakala garisan 15.25m dinamakan garisan gol. Gelanggang tebahagi kepada 3 bahagian utama dengan 1 bulatan di tengah-tengah gelanggang dengan berjejari 45.7cm dan dua separa bulatan yang dipanggil kawasan menjaring ataupun kawasan D di mana tiang gol didirikan di pusat separa bulatan.

4.2.3 Pemain Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain utama dan 3 orang pemain simpanan. Setiap seorang pemain mempunyai fungsi atau tugas tersendiri. Senarai dan kedudukan pemain dalah seperti yang berikut :

22

i) ii) iii) iv) v) vi) vii)

Penjaga gol (GK) Pertahanan gol/pertahanan dalam (GD) Pertahanan sayap/pertahanan luar (WD) Pemain tengah (C) Penyerang sayap (WA) Penyerang gol (WA) Penjaring gol (GS)

Gambarajah 15 Kedudukan pemain dalam gelanggang

4.2.4 Pengadil Dalam setiap pertandingan atau kejohanan, pengadil bertanggungjawab memastikan pertandingan berjalan lancar dan semua pemain bermain dengan bersih dan mengikut peraturan yang ditetapkan. Pengadil adalah orang yang paling berkuasa dalam gelanggang. Semua keputusan pengadil adalah muktamad. Terdapat 2 orang pengadil dan 2 pegawai lain yang terdiri daripada seorang penjaga masa dan seorang lagi mencatat masa dalam sesuatu pertandingan. Umumnya, 2 orang pengadil inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perjalanan pertandingan dan lazimnya pengadil ini terdiri daripada wanita tetapi terdapat juga pengadil lelaki.

4.2.5 Kawasan pengadil Oleh kerana sukan bola jaring dimestikan mempunyai 2 orang pengadil, maka pembahagian kawasan antara mereka berdua adalah amat perlu supaya keputusan yang dibuat tidak bercanggah.

23

4.2.6 Gerakan pengadil Berbanding dengan permainan-permainan lain, permainan ini memerlukan pengadil bergerak di dalam kawasannya seperti yang telah ditetapkan, iaitu dari tengah gelanggang hingga ke sudut yang tertentu. Dia juga perlu berada di belakang kawasan gol untuk melihat jaringan dibuat. Semasa dalam permainan, pengadil sepatutnya berada di luar gelanggang, kecuali dalam keadaan atau tugas seperti berikut : i) ii) iii) iv) Membuat lambungan Menunjukkan tempat di mana penalti akan diambil Melihat permainan dengan lebih jelas Melihat pemain yang tercedera (jika ada)

Wisel juga adalah perlu bagi setiap pengadil

4.2.7 Pakaian Pemain dikehendaki berpakaian seragam yang sesuai terdiri daripada Tshirt, seluar pendek atau panjang, stoking dan kasut yang sesuai. Pemain juga dikehendaki memakai bibs yang tertera huruf-huruf mengikut posisi pemain. Sebarang aksesori serta barang kemas tidak boleh dipakai semasa pertandingan dan kuku mestilah dipotong pendek. Kasut berpaku tidak dibenarkan. Gambarajah 16 Bibs bola jaring

24

4.2.8 Cara bermain Jumlah pemain dalam gelanggang untuk satu-satu pasukan ialah 7 orang. Ini bererti seramai 14 orang pemain dalam gelanggang dalam satu-satu perlawanan. Dua orang pengadil akan berada di luar gelanggang untuk mengadili permainan mengikut pembahagian kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Tempoh permainan mestilah diketahui oleh pemain. Peraturan dan undang-undang permainan seperti membuat jaringan, melakukan kesalahan hantaran, membuat lontaran penalti, membuat hantaran percuma, mengawal gol, dan menggantikan pemain juga hendaklah diketahui oleh setiap pemain.

4.2.9 Mula bermain Pemain tengah (C) akan melakukan lontaran mula. Pemain tangah tadi akan melakukan hantaran kepada rakannya sama ada WA atau GA. Dalam situasi tertentu, WD dan GD juga boleh menerima hantaran tengah tersebut. C hendaklah memastikan kakinya berada dalam bulatan di tengah-tengah gelanggang. Pemain tengah pasukan lawan mestilah berada sekurang-kurangnya 3 kaki dari pusat bulatan sementara pemainpemain lain berada pada posisi masing-masing. Apabila wisel ditiupkan, pemain tengah yang membuat hantaran mula melepaskan bole kepada pemain lain menandakan bermulanya permainan.

4.2.10 Tempoh bermain Bola jaring dimainkan dalam tempoh empat sukuan waktu. Setiap suku waktu ialah 15 minit dan akan diselang dengan waktu rehat selama 3 minit kecuali untuk separuh masa iaitu 5 atau 10 minit. Waktu kecederaan atau gangguan akan diberikan, jika berlaku penangguhan permainan akibat sebarang gangguan atau sekiranya berlaku kecederaan. Selain itu, tempoh permainan 20 minit untuk separuh masa juga turut digunakan. Permainan akan diteruskan selepas sahaja gol dijaringkan.

4.2.11 Ofsaid, faul dan penalti Pemain akan dikenakan denda jika melakukan kesalahan. Jika pemain bergerak melebihi atau keluar dari kawasan gelanggang yang dibenarkan

25

untuknya bermain, dia dikira sebagai ofsaid. Selain itu, apabila bergerak menangkap bola, kaki pemain mestilah berada dalam keadaan tertentu atau dia dikira sebagai ofsaid. Pemain akan dikira melakukan kesalahan apabila : i) Pemain yang memegang bola atau tidak, tersentuh pemain lawan atau merampas atau memukul bola sehingga boleh terlepas daripada pihak lawan Pemain yang berada kurang 3 kaki daripada pemain yang sedang membuat hantaran dan ia dikira menghalang Pemain menggertak, mengugut atau menjerit ke arah pihak lawan dengan tujuan melakukan gangguan mental terhadap pemain pihak lawan

ii) iii)

Hukuman yang akan diberikan sekiranya berlaku faul : i) ii) iii) Jaringan penalti jika kesalahan berlaku dalam kawasan D Pilihan sama ada memilih hantaran penalti atau jaringan penalti jika kesalahan dilakukan dalam kawasan D Hantaran bebas (free-throw) diberikan kepada pihak lawan di tempat berlakunya kesalahan

Lambungan bola akan dilakukan apabila terdapat kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak serentak. Pemain kedua-dua pasukan akan cuba merebut bola pada waktu yang sama.

4.3

Undang-undang am bola jaring 4.3.1 Penalti Berikut ialah undang-undang am bola jaring : i) Penalti akan dikenakan bagi kesalahan di dalam gelanggang dan dikenakan di tempat yang berlakunya kesalahan melainkan : a) Apabila undang-undang advantage boleh digunakan. Ertinya, pengadil boleh menahan daripada membunyikan wisel untuk mengenakan denda sekiranya tindakan demikian akan mengakibatkan kerugian kepada pasukan yang dilakukan kesalahan b) Mengikut ketetapan untuk undang-undang penalti ( halangan dan sentuhan )

26

ii) iii)

iv)

v)

vi)

Pengadil hendaklah menunjukan tempat yang betul dan tepat Apabila penalti dikenakan, kecuali lambungan yang diberikan kepada salah satu pasukan, salah seorang pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan masuk ke kawasan penalti boleh mengambil penalti itu Pemain yang mengambil penalti itu mestilah melontarkan bola yang ada di tangannya dalam masa 3 saat selepas dia mengambil tempatnya dengan betul Apabila pemain mengambil satu-satu hantaran percuma, hantaran penalti, jaringan penalti, atau hantaran ke dalam, dia mesti mematuhi undang-undang gerak kaki, seolah-olah kaki yang diletakkan di tempat yang ditunjukkan adalah sama dengan kaki yang mendarat semasa pendaratan atas satu kaki ataupun menerima bola dengansatu kaki tetap atas tanah. Jika pemain yang mengambil hantaran percuma, hantaran penalti atau jaringan penalti melanggar undang-undang (3) dan (5), hantaran percuma boleh diberikan kepada pihak lawan.

4.3.2 Hantaran percuma Hantaran percuma pula diberikan untuk kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam kawasan gelanggang kecuali untuk undang-undang halangan, sentuhan, kesalahan-kesalahan yang dilakukan serentak oleh dua pemain lawan dengan bantuan tiang gol. Semasa pemain dari pasukan yang dibenarkan berada dalam kawasan itu membuat hantaran percuma, bola tidak boleh dibaling melebihi kawasan gelanggang seluruhnyatanpa disentuhi atau ditangkap oleh seseorang pemain dalam kawasan itu.

4.3.3 Hantaran penalti atau jaringan penalti Satu hantaran penalti atau jaringan penalti akan diberikan jika pemain didapati melanggar undang-undang halangan atau sentuhan. Jika seseorang pemain didenda kerana sentuhan satu halngan, dia mesti berdiri bersebelahan dan jauh dari pemain yang mengambil penalti. Dia tidak boleh membuat sebarang gerakan sehingga bola terlepas dari tangan pemain yang membuat hantaran. Jika pemain yang bersalah bergerak sebelum bola terlepas dari tangan pemain yang melakukan

27

hantaran, penalti akan diberikan semula kecuali hantaran atau jaringan berjaya melolosi jaring. Penalti akan diambil dari tempat pemain yang membuat kesalahan kecuali jika tindakan itu merugikan pasukan yang membuat penalti. Sekiranya berlaku, penalti akan diambil di tempat pemain yang tidak melakukan kesalahan (disentuh atau diganggu). Berikut adalah beberapa perkara yang berkaitan dengan penalti : i) Satu percubaan untuk menahan hantaran. Atau jaringan boleh dibuat oleh seorang pemain lawan yag dibenarkan ke dalam kawasan itu, selain daripada pemain yang melakukan kesalahan Jika pemain lawan tersentuh atau mengganggu pemain lain membuat hantaran atau jaringan penalti, maka penalti itu dikenakan semula di tempat pemain kedua Pemain pertama dan pemain kedua yang melakukan kesalahan hendaklah berdiri di sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Mereka tidak dibolehkan mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas dari tangan pemain yang mengambilnya Apabila dua pemain daripada satu pasukan serentak menyentuh atau menghalang seseorang pemain dari pasukan lawan, mereka mesti berdiri di sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Kedua-dua pemain tidak dibenarkan mengambil bahagian seinggalah bole dilepaskan Apabila penalti diberikan di dalam kawasan separa bulatan, penjaring atau penyerang gol boleh membuat pilihan sama ada untuk menghantar bola atau terus membuat jaringan

ii)

iii)

iv)

v)

4.3.4 Hantaran ke dalam Apabila bola keluar gelanggang, bola itu akan diberikan kepada pihak lawan untuk lontaran ke dalam sekiranya : i) ii) Pemain terakhir menyentuh bola itu, atau Pemain yang menerima hantaran, tapi anggotanya menyentuh kawasan luar gelanggang

28

4.3.5 Lambungan Satu lambungan dibuat untuk memulakan permainan bila : i) ii) iii) iv) v) Dua pemain berlainan pasukan mendapat bola serentak iaitu sama ada dengansatu atau kedua-dua belah tangan Dua pemain yang berlainan pasukan serentak menepis bola keluar dari gelanggang Pengadil tidak dapat menentukan siapa pemain akhir yang menyentuh bola sebelum bola itu keluar gelanggang Dua pemain dari berlainan pasukan keluar kawasan serentak dengan salah seorang memegang atau menyentuh bola Dua pemain yang berlainan pasukan membuat sentuhan tubuh yang mengganggu permainan

29

Sumber rujukan. 1. Amran Lee Abdullah, Siri Pendidikan Jasmani Dan Sukan : Bola Sepak. Petaling Jaya : Selangor, Sutrapadu Sdn. Bhd, 2007

2. Vasudevan T.A, Permainan Bola Sepak, Shah Alam : Selangor, Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1985 3. http://www.scribd.com/doc/57835559/24/KEMAHIRAN-ASAS-DALAM-PERMAINAN-BOLASEPAK

4. http://www.slideshare.net/gtabbas/topik-1-bola-sepak

Anda mungkin juga menyukai