Anda di halaman 1dari 4

SISTEM KAWALAN 2 E5141/UNIT 3/2

INPUT
3.0 Pengenalan

Dalam pembangunan robot, kita sering menekankan penggunaan robot


industri hanya di kilang-kilang sahaja. Pada masa kini robot-robot
industri telah banyak digunakan di merata tempat. Di dalam pejabat kita
boleh melihat robot digunakan sebagai pengasing surat, promoter atau
demostrasi, pembantu makmal, pengambil pesanan atau pun pencuci
tingkat.

Robot domestik (kegunaan di rumah) masih lagi dalam peringkat kajian


dan pembangunan. Suatu hari nanti tidak mustahil robot akan digunakan
sebagai pengasuh bayi, teman sosial dan pengawal keselamatan.

Secara amnya, robot industri sesuai digunakan untuk kerja-kerja


ditempat yang kotor, berhabuk, memerlukan kemahiran tinggi dan
merbahaya. Robot industri juga sesuai digunakan untuk melakukan kerja
yang sama serta berulang-ulang.

3.1 Penggunaan Sistem Robot Dalam Kerja Industri

Robot industri telah banyak digunakan di dalam industri seperti


membuat kerja kimpalan, pemasangan, semburan cat dan mempalet.
Saiz, kelajuan, kos dan ketepatan semuanya mempengaruhi dimana
robot digunakan.

XL

SAIZ KELAJUAN KOS KETEPATAN

_______________________________________________________________________
SISTEM KAWALAN 2 E5141/UNIT 3/3

Contohnya robot yang dibina untuk melakukan kerja mengangkat beban


satu tan tidak dapat melakukan kerja pemasangan barang-barang kecil
dengan baik. Sebaliknya robot yang menggunakan kuasa pneumatik
untuk kerja-kerja ringan seperti mengangkat dan memindahkan
komponen tidak dapat bekerja dengan kecekapan yang tinggi untuk
mengangkat beban satu tan atau kimpalan bintik.

3.1.1 Kimpalan

Di Malaysia, robot industri telah digunakan secara meluas untuk


tugas–tugas mengimpal terutamanya disekitar awal tahun
1990an. Pada waktu itu, majoriti penggunaannya lebih tertumpu
kepada kimpalan bintik. Ia digunakan di dalam industri automobil
negara. Ini disebabkan kualiti dan produk yang dihasilkan
konsistan serta dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran.
Robot dipilih memandangkan ia dapat mengurangkan
penggunaan alat keselamatan serta dapat meminimumkan risiko
pada kesihatan manusia. Rajah 3.1 menunjukkan penggunaan
robot kimpalan di dalam industri automobil.

Rajah 3.1: Robot Kimpalan Bintik.


Sumber: Robot & Manufacturing Automation,2nd Ed. (1992)

_______________________________________________________________________
SISTEM KAWALAN 2 E5141/UNIT 3/4

3.1.2 Semburan Cat

Robot penyembur cat selalunya diperlukan apabila kita


menitikberatkan persekitaran kerja yang merbahayakan
keselamatan pekerja-pekerja dan mudah berlakunya kebakaran.
Rajah 3.2 menunjukkan alat yang akan disambung kepada lengan
robot untuk kerja penyemburan cat.

Rajah 3.2: Alat Penyembur Cat.


Sumber: Robot Technology Fundamentals, (1999)

Di dalam mengurangkan punca kebakaran, rekabentuk


manipulator sering menggunakan kuasa hidraulik untuk kerja-
kerja penyemburan cat. Penggunaan kuasa elektrik yang rendah
dapat meminimumkan risiko kebakaran. Tambahan pula unit
kawalan dan bekalan kuasa hidraulik boleh ditempatkan di luar
kawasan mengecat.

Kelebihan menggunakan robot penyembur cat:

i. Menghindarkan pekerja dari suasana kerja yang


berisiko tinggi.
ii. Tenaga yang rendah diperlukan untuk mendapatkan
udara yang bersih dan pengurangkan penggunaan
pakaian keselamatan.
iii. Kualiti semburan cat dapat dipertingkatkan dan
mengurangkan tenaga manusia.
iv. Penggunaan cat dan peralatan mengecat yang
rendah.
v. Kos buruh dikurangkan.

_______________________________________________________________________
SISTEM KAWALAN 2 E5141/UNIT 3/5

3.1.3 Mempalet

Robot industri dalam proses mempalet digunakan untuk


mengangkat kotak daripada aliran proses dan membungkus palet
dengan plastik setelah palet tersebut cukup kuantitinya.

3.1.4 Pemasangan

Penggunaan robot industri dalam pemasangan bahagian-bahagian


memerlukan ketepatan, kebolehulangan, melakukan pelbagai
pergerakan, penggengam yang canggih. Ada kalanya mekanisma
penggengam memainkan peranan yang lebih dalam sesuatu tugas
dan tidak hanya berperanan untuk memegang objek sahaja.

Pada amnya, operasi pemasangan komponen atau bahagian-


bahagian selalunya kurang merbahaya, kotor, bersuhu melampau
atau merbahayakan kesihatan. Ciri-ciri yang dikehendaki pada
robot industri tersebut mestilah pantas dan kebolehpercayaan
tinggi. Oleh yang demikian ia dapat melampaui keupayaan
pemasangan secara manual oleh operator.

_______________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai