Anda di halaman 1dari 1

Modul 2 : Drone dan Transformasi Digital di Malaysia

Nama : Mohammad Haekal bin Nasir


No Matrik : A189246

Apa yang anda perolehi daripada modul ini

Berdasarkan video di dalam modul ini, saya dapat mengenal pasti kegunaan dron di dalam
industri - industri yang berbeza dan kesesuaian dron tersebut digunakan di dalam sesetengah
pekerjaan. Antara industri - industri yang menggunakan dron adalah seperti indsutri
pertanian, industri cari gali minyak & gas, industri perfileman dan industri pembinaan.
Penggunaan dron bagi setiap industri adalah berlainan, seperti industri pertanian, dron
digunakan untuk menyiram air, baja dan racun untuk memastikan kesemua hasil tanaman
mendapat nutrisi yang secukupnya. Bagi industri cari gali minyak & gas pula, dron
digunakan untuk membuat pantauan, tinjauan dan pemeriksaan di sekitar kawasan cari gali
minyak bagi memastikan keselamatan tempat kerja sentiasa terjaga. Industri perfileman pula
menggunakan dron untuk mendapatkan rakaman yang berkualiti tinggi dan lebih
professional. Industri pembinaan pula menggunakan dron untuk mengumpulkan data
bergambar tapak binaan bagi tujuan pemantauan tapak binaan yang berskala besar.

Bagaimana modul ini dapat meningkatkan pemahaman anda terhadap penggunaan Drone
Menerusi video – video yang telah saya lihat, saya dapat mengenal pasti perbezaan cara
penggunaan dron di setiap industri – industri tersebut serta kesesuaian dron digunakan pada
sesetengah pekerjaan. Perbezaan yang ketara tersebut telah menunjukkan bahawa dron
merupakan alatan terbaru pada masa kini yang dapat membantu melancarkan dan
memudahkan sesuatu pekerjaan. Cara penggunaan yang berbeza juga telah menunjukkan
bahawa dron sememangnya diperlukan pada industri kini di mana peningkatan yang drastik
dari segi hasil kerja dan tempoh kerja dilakukan. Ianya menunjukkan bahawa negara kita
telah bersedia untuk menganjak ke Industri 4.0 kini selaras dengan kemajuan teknologi yang
sedia ada pada masa kini.

Anda mungkin juga menyukai