Anda di halaman 1dari 11

10.

0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Dapatan kajian ini telah menunjukkan teknik ENIS dapat membantu murid

menguasai kemahiran sifir 2-5. Selepas penyelidikan tindakan ini, murid melahirkan

perasaan yakin dan seronok untuk menjawab soalan yang melibatkan operasi darab

melalui penggunaan teknik ENIS. Berbanding dengan dahulu, murid tidak lagi fobia

belajar sifir dengan menggunakan kaedah tradisional seperti kaedah penghafalan sifir

dan kaedah nyanyian. Hal ini disebabkan mereka lemah dalam ingatan dan

mewujudkan perasaan takut dan susah apabila mereka perlu menghafal sifir yang

melibatkan nombor yang besar. Keadaan ini telah mematahkan semangat murid

belajar sifir dan menganggap belajar Matematik adalah perkara yang susah.

Setelah murid didedahkan dengan pengenalan teknik ENIS, saya mendapati

sikap empat orang murid terhadap Matematik berubah kepada positif. Murid menjadi

lebih berdikari untuk menyelesaikan soalan darab yang telah saya sediakan. Saya

hanya perlu bertindak sebagai pembimbing dan memberi tunjuk ajar sekiranya

diperlukan. Sebelum murid mengenali teknik ENIS, mereka diajar untuk menghafal

dan menyanyi lagu sifir. Kedua-dua kaedah kurang mendedahkan murid kepada

kepentingan penguasaan konsep dan kemahiran sifir. Melalui kajian ini, murid diajar

menguasai kefahaman dan kemahiran melalui teknik ENIS secara berperingkat. Kini,

murid mampu menjawab soalan sifir dengan bergantung usaha sendiri melalui

penggunaan teknik ENIS.

84
Tambahan lagi, mereka lebih berminat belajar sifir melalui penggunaan

bahan konkrit dan melukis gambar rajah untuk menggambarkan konsep pendaraban

secara berkesan. Melalui teknik ENIS ini, murid berkeupayaan menjawab setiap

soalan dengan tepat dan cepat. Secara tidak langsung, ia menambahkan keyakinan

dan kepercayaan murid bahawa mereka pasti boleh mencapai keputusan yang baik

dalam ujian.

Dalam tempoh pelaksanaan kajian tindakan ini, murid memberi kerjasama

yang sepenuhnya kepada saya. Mereka sentiasa mendengar arahan saya dan memberi

perhatian yang tinggi semasa saya memberi penerangan dalam sesi P&P. Sikap

murid yang baik juga membantu mereka belajar sifir dalam kadar yang cepat dan

lancar. Dengan itu, ia juga memudahkan saya mengawal seluruh aktiviti pengajaran

dan pembelajaran dengan sistematik dan baik.

Murid juga tidak melakukan tingkah laku yang tidak dingini semasa dalam

sesi P&P saya seperti ponteng kelas, sembang dengan rakan atau bergerak ke tempat

lain. Hal ini disebabkan mereka tidak ingin menyakitkan hati atau membuatkan saya

marah dan kecewa. Oleh itu dalam sepanjang tempoh melaksanakan kajian ini, murid

bertingkah laku baik dan menunjukkan usaha untuk menyiapkan lembaran kerja yang

diberi.

Melalui kajian tindakan ini, hubungan saya dengan empat orang murid

menjadi rapat seperti kawan. Hal ini disebabkan kami sering berjumpa dalam setiap

sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid juga berani menanyakan soalan apabila

mereka tidak memahami cara menjawab soalan. Saya juga memberi gerak balas

kepada murid untuk membantu mereka memahami konsep dan menyelesaikan

masalah yang melibatkan operasi darab. Saya dapat berkomunikasi baik dengan

85
murid dan mewujudkan interaksi dua hala yang aktif dalam sesi pembelajaran. Ia

juga memberi manfaat kepada saya dalam proses pengumpulan data.

Pada pendapat saya, murid menjadi lebih berani menyuarakan pendapat dan

perasaan terhadap penggunaan teknik ENIS ini. Murid didorong untuk berfikir secara

kritis dan logikal tentang cara menyusun konsep pendaraban melalui penggunaan

teknik ENIS. Mereka menyatakan bahawa penggunaan Joyboard memberi

keseronokan kepada mereka dalam proses pembelajaran kerana murid boleh belajar

sifir sambil bermain. Mereka juga berminat membina jawapan di Joyboard untuk

mendapat kepuasan dan bertujuan membuktikan bahawa mereka betul-betul

menguasai kemahiran sifir dengan baik. Selain itu, tanpa penggunaan bahan konkrit,

murid juga mampu melukis konsep pendaraban untuk menggambarkan jumlah

bilangan ahli dalam setiap kumpulan serta menjawab soalan dengan betul.

Sehubungan dengan itu, murid tidak lagi takut dengan kaedah penghafalan sifir dan

nyanyian sifr di mana mereka boleh menggunakan teknik alternatif iaitu teknik ENIS

untuk menguasai konsep dan kemahiran sifir 2-5.

Hasil dapatan kajian telah jelaslah menunjukkan bahawa teknik ENIS

mendatangkan manfaat kepada empat orang murid. Semua murid menunjukkan

kemajuan yang besar dalam ujian pasca. Antara tiga orang murid iaitu Alex, Zoey

dan Brian telah membuktikan bahawa mereka boleh menggunakan teknik ENIS ini

untuk melengkapkan jadual sifir 2-5 dengan betul. Hanya Janet melakukan satu

kesilapan semasa melengkapkan jadual sifir 4. Hal ini berlaku disebabkan dia cuai

dalam mengira jumlah bilangan ahli kumpulan. Tindakan yang saya ambil iaitu

membimbing Janet mengenal pasti kesilapan yang telah dilakukan dan memastikan

dia mengira semula jumlah bilangan objek dan mendapat jawapan yang betul.

86
Dengan itu, saya menasihati murid supaya sentiasa bersikap cermat semasa mengira

bilangan objek bagi mengelakkan berlaku kesilapan yang tidak diingini.

Setelah murid menguasai teknik ENIS dalam sesi P&P, murid berperanan

sebagai mentor untuk memberi tunjuk ajar kepada kawan yang belum menguasai

teknik tersebut. Daripada pemerhatian saya, murid sanggup meluangkan masa untuk

menerangkan konsep pendaraban dan menunjukkan cara menyusun butang di

Joyboard serta melukiskan konsep untuk membantu kawannya menguasai kefahaman

dan kemahiran sifir. Sekiranya kawannya masih tidak dapat memahami, murid akan

memberi contoh soalan lain yang mudah difahami oleh kawannya. Saya berasa amat

gembira kerana murid mempunyai keupayaan dan kesabaran yang tinggi untuk

membimbing kawannya belajar sifir secara berperingkat.

Di samping itu, saya juga memberi peluang kepada murid menjalankan

perbincangan dalam kumpulan. Hal ini disebabkan saya tahu gangguan saya akan

menyebabkan murid mendiamkan diri dan menunggu jawapan daripada saya. Oleh

itu, saya berperanan sebagai fasilitator dan pemerhati semasa sesi perbincangan

sedang dijalankan. Saya berpendapat bahawa murid belajar dalam kumpulan dapat

menimbulkan semangat kerjasama yang tinggi dalam kalangan murid. Mereka

berpeluang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman tentang cara penggunaan teknik

ENIS dalam proses pembelajaran sifir. Perkongsian ilmu pengetahuan dapat

memberi manfaat yang baik kepada semua murid dan meningkatkan pemahaman

murid terhadap konsep pendaraban. Sekiranya murid melakukan sebarang kesilapan,

rakannya membantu mereka menerangkan dan menunjukkan semula cara mendapat

jawapan yang betul. Secara tidak langsung, situasi pembelajaran murid menjadi lebih

bermakna.

87
Namun begitu, teknik ENIS turut mempunyai kelemahan semasa membantu

murid menjawab soalan pendaraban. Kelemahannya iaitu murid mudah cuai dalam

membilang jumlah kumpulan objek dan menyebabkan murid memberi jawapan yang

salah. Teknik ini tidak sesuai digunakan oleh murid yang sudah menguasai

kemahiran sifir. Hal ini disebabkan apabila melibatkan nilai sifir yang besar, murid

dikehendaki menyusun butang atau melukis konsep perwakilan dalam bilangan yang

besar dan banyak. Ia juga akan melambatkan masa bagi murid mendapat jawapan

dengan cepat. Di samping itu, sekiranya murid tersilap membilang ahli kumpulannya,

mereka mudah membina jawapan yang salah bagi soalan yang diberi. Oleh itu,

kelemahan teknik ENIS haruslah diperbaiki seperti menggabungkan teknik ENIS

dengan kaedah menyebut nombor. Murid dikehendaki membilang jumlah butang di

Joyboard sambil menyebut nombor dengan mengikut susunan yang betul. Guru juga

perlu sentiasa peka dan mendengar secara teliti apabila murid membilang butang

sambil menyebut nombor. Gabungan kaedah ini dapat mengurangkan kekerapan

murid melakukan kesilapan semasa menjawab soalan sifir.

Setelah melaksanakan kajian tindakan ini, ia telah memberi kesedaran kepada

saya bahawa betapa pentingnya guru memberi penekanan kepada penguasaan konsep

pemahaman Matematik pada awal peringkat pengajaran dan pembelajaran. Hal ini

disebabkan murid sering mengalami kesalahfahaman konsep dalam proses

pembelajaran Matematik dan menyebabkan mereka tidak dapat melakukan operasi

Matematik dengan betul. Tambahan lagi, pembentukan konsep dalam pemikiran

murid juga adalah proses yang memakan masa. Proses pembentukan pemahaman

konsep amat bergantung kepada cara guru menyampaikan konsep kepada murid dan

juga bergantung kepada murid itu sendiri mengalami pengalaman yang berlaku di

persekitarannya. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati

88
kelemahan murid dalam penguasaan konsep mendarab sering gagal membuat latihan

dengan baik. Justeru, murid menjadi kurang berminat dan memberi perhatian

terhadap pembelajaran Matematik.

Pada pendapat saya, guru perlu memainkan peranan penting dalam

menyampaikan pengajaran yang berkesan untuk membantu murid memahami dan

membina kefahaman konsep Matematik dengan usaha diri sendiri. Apabila murid

dapat menguasai konsep yang dipelajari, mereka dapat menyimpan maklumat

tersebut dalam pemikirannya dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, penekanan

terhadap pembelajaran pembentukan pemahaman konsep dapat membuka minda

murid untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka.

Selain itu, penggunaan teknik ENIS telah membantu saya menambah baik

amalan kendiri sebagai seorang guru Matematik di sekolah. Sebelum ini, saya tidak

pernah mencuba teknik ENIS ini dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Apabila

saya menghadapi murid yang mengalami masalah yang sama iaitu tidak menguasai

kefahaman dan kemahiran sifir, saya didorong untuk memikirkan satu teknik untuk

membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Selepas saya mencari idea daripada

sumber bacaan, saya telah mendapat idea daripada teori pembelajaran Jerome Bruner

dan pendekatan Konstruktivisme. Kemudiaannya, saya menggabungkan dua teknik

iaitu konkrit dan perwakilan untuk membantu murid belajar sifir darab dengan

berkesan.

Sepanjang tempoh pelaksanaan praktikum, saya juga menerapkan idea teknik

ENIS dalam Rancangan Pengajaran Harian. Tujuan saya adalah untuk memberi

peluang kepada semua murid dapat belajar sifir secara berperingkat dan menguasai

kefahaman konsep sifir secara kukuh. Melalui setiap sesi pengajaran dan

pembelajaran, saya menjadi lebih prihatin dan peka terhadap masalah yang dihadapi

89
oleh murid. Apabila murid tidak memahami konsep, mereka merujuk kepada saya

dan mendapat bimbingan daripada saya untuk menyiapkan lembaran kerja. Saya juga

sentiasa memberi dorongan dan pujian kepada murid untuk menggalakkan mereka

berusaha menguasai kemahiran sifir. Apabila murid mendapat penghargaan dan

pujian daripada guru, mereka mempunyai semangat yang tinggi untuk meneruskan

perjuangan dalam proses pembelajaran sifir.

Sehubungan dengan itu, saya menjadi lebih yakin dengan penggunaan

pendekatan Konstruktivisme dan teori pembelajaran Jerome Bruner dalam kajian ini.

Kedua-dua pendekatan dan teori ini lebih menekankan kepada pemusatan murid.

Hasil dapatan kajian juga jelaslah menunjukkan bahawa teknik ENIS membawa

kesan positif melalui aktiviti hands-on. Murid boleh membina kefahaman dan idea

sendiri tentang konsep yang telah diajar. Apabila mereka menguasai konsep, murid

dapat menjawab soalan sifir dengan tepat dan cepat.

Bagi menjalankan kajian tindakan ini, saya sentiasa bersedia membaiki mutu

pengajaran dan pembelajaran saya sebagai seorang guru. Sebelum memulakan

pengajaran, saya membuat perancangan dengan mengikut tahap kemampuan dan

kebolehan murid belajar sifir. Sekiranya saya mendapati aktiviti yang dijalankan

kurang sesuai dengan tahap kebolehan murid, saya sanggup mengubahsuai semula

perancangan untuk tujuan membantu murid belajar Matematik dalam situasi

pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Oleh itu, dengan penggunaan

teknik ENIS, saya telah berjaya membantu empat orang murid menguasai konsep

pendaraban. Pengalaman ini amat berguna kepada saya kerana saya boleh

mengaplikasikan idea ini kepada murid yang menghadapi masalah yang sama.

Dalam proses membantu murid menguasai kefahaman dan kemahiran sifir,

saya telah mempelajari cara penyampaian pengajaran yang baik dan sesuai dengan

90
tahap umur dan kebolehan murid. Semasa mendemonstrasikan cara penggunaan

Joyboard, guru perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid.

Sebagai seorang guru, kita haruslah memberi peluang kepada murid untuk menerokai

idea Matematik tanpa mengarah atau mengawal setiap gerak-geri dalam proses

pembelajaran. Apabila murid hendak menyuarakan pendapat mereka, guru haruslah

bersedia mendengar apa yang hendak disampaikan oleh murid. Melalui interaksi dua

hala yang positif, guru lebih mudah mendampingi dengan murid dan memahami

corak pemikiran mereka dengan baik.

Saya juga mampu mereka cipta bahan pengajaran yang berunsur kreatif dan

inovatif untuk membantu murid menguasai kemahiran sifir dengan lebih baik.

Joyboard merupakan satu bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat dan

tumpuan murid untuk belajar. Selain itu, Joyboard juga mampu membantu murid

memahami konsep mendarab dan menguasai kemahiran sifir 2-5. Hal ini disebabkan

melalui penggunaan Joyboard, murid digalakkan menggunakan kecerdasan kinestetik,

visual spatial dan pemikiran logikal untuk menyusun konsep pendaraban pada

Joyboard. Ketiga-tiga kecerdasan tersebut dapat menggalakkan murid menggunakan

pergerakan tangan untuk membina idea matematik, berkeupayaan mencipta

gambaran mental dan menyelesaikan masalah secara rasional. Secara tidak langsung,

teknik ENIS dapat membimbing murid menguasai konsep mendarab dan kemahiran

sifir dengan kukuh dan baik. Justeru, teknik ENIS bukan sahaja sesuai digunakan

oleh murid yang lemah, tetapi juga sesuai digunakan oleh murid yang sederhana

kerana teknik ENIS dapat mengukuhkan kecerdasan pelbagai murid pada setiap

peringkat sebelum beralih ke peringkat yang seterusnya.

Di samping itu, saya juga mempelajari cara mereka cipta pelbagai aktiviti

yang melibatkan penggunaan teknik ENIS untuk membantu murid belajar sifir

91
sambil bermain. Antaranya ialah Permainan Jom Darab, Permainan Draw Me, dan

Aktiviti permainan ENIS. Apabila aktivit permainan ENIS sedang dijalankan, murid

mempunyai semangat yang tinggi untuk menyertai aktivit tersebut. Sehubungan

dengan ini, penglibatan mereka yang aktif dapat menghidupkan persekitaran

pembelajaran menjadi lebih produktif dan bermakna.

Tambahan lagi, kepentingan menjalankan aktiviti permainan dalam setiap

peringkat juga bertujuan untuk membantu murid mengukuhkan konsep mendarab

dan kemahiran sifir. Aktiviti permainan yang menggunakan bahan konkrit dan

perwakilan dapat merangsang perkembangan kognitif murid dan meningkatkan

kefahaman murid terhadap penguasaan konsep mendarab. Setiap aktiviti permainan

dijalankan telah memberi peluang kepada murid untuk membina daya kreativiti yang

tinggi seperti berfikir strategi menyusun konsep di Joyboard dan melukis konsep

pendaraban untuk melengkapkan jadual sifir 2-5. Melalui pelaksanaan aktiviti

permainan, saya dapat menilai tahap kebolehan murid dalampenguasaan konsep

mendarab dan kemahiran sifir untuk menjawab soalan sifir dalam masa yang singkat.

Kajian ini juga mematangkan pemikiran saya sebagai seorang penyelidik.

Melalui kajian ini, saya telah belajar cara merancang tindakan, mengumpul,

menganalisis dan membincang pungutan data. Secara tidak langsung, pengalaman ini

telah melatih saya sentiasa berfikir secara luas dan kreatif untuk mengaitkan aspek-

aspek yang mungkin berlaku di sekeliling kita. Misalnya, perbezaan dari segi latar

belakang, budaya, jantina, agama, status ekonomi dan sebagainya yang menjadi salah

satu faktor menyebabkan murid mengalami masalah dalam proses pembelajaran.

Oleh itu, penyelidikan ini membantu saya meningkatkan kemahiran menulis

rancangan tindakan dan menjadi seorang penyelidik yang matang.

92
Saya juga berpendapat bahawa guru haruslah mempelbagaikan teknik

pengajaran yang kreatif dengan mengaplikasikan bahan konkrit dalam pengajaran

dan pembelajaran. Kini, bahan konkrit mempunyai nilai yang tinggi untuk

menyampaikan konsep dan membantu murid menguasai konsep abstrak Matematik.

Apabila murid belajar melalui sentuhan dan penglihatan, ia dapat membantu mereka

mengingati konsep dengan berkesan. Melalui penggunaan bahan konkrit, murid

terlibat diri secara aktif di samping mengalami pengalaman sendiri yang sebenar.

Pengalaman yang dibina dapat memberi gambaran jelas dan hubungkaitkan dengan

pemahaman murid tentang konsep sifir. Tambahan lagi, guru boleh menerapkan

bahan interaktif yang sesuai dalam pengajaran untuk mengekalkan minat murid

belajar konsep Matematik dengan baik. Oleh itu, guru harus memilih teknik

pengajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Kajian tindakan ini juga melatih saya sebagai seorang pengamal reflektif

yang baik. Saya sentiasa mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam

setiap sesi P&P. Saya juga mencatat semula tingkah laku yang ditunjukan oleh murid

untuk mengesan kekuatan dan kelemahan serta kebolehan murid menguasai

kemahiran sifir. Catatan refleksi juga membantu saya mengenal pasti masalah yang

wujud dalam kalangan murid. Saya juga sentiasa mempersoalkan diri tentang

kesesuaian teknik ENIS dilaksanakan dalam kajian ini serta berusaha mencari jalan

penyelesaian yang sesuai untuk mengatasi masalah. Saya juga membuat keputusan

ke atas hasil dan kesan yang ditunjukkan daripada hasil keputusan ujian murid. Oleh

itu, sebagai pengamal reflektif, ia membantu saya memperbaiki amalan pengajaran

kendiri untuk tujuan mencapai matlamat objektif pelajaran Matematik.

93
Sepanjang tempoh pelaksanaan kajian tindakan, saya mempelajari

kepentingan mematuhi etika penyelidikan. Setiap tindakan yang saya jalankan mesti

mendapat persetujuan daripada pihak yang berkenaan seperti ibu bapa, murid, guru

pembimbing dan pihak sekolah. Saya juga memberi surat persetujuan kepada murid

untuk meminta kebenaran daripada ibu bapa murid membenarkan anaknya

melibatkan dalam kajian tindakan ini. Ia dapat meningkatkan kebolehan dan

kepercayaan pihak terhadap peranan saya sebagai penyelidik di sekolah. Oleh itu,

saya berperanan merahsiakan segala maklumat antara saya dengan murid untuk

tujuan menjaga etika penyelidikan ini.

Secara keseluruhannya, saya telah memilih teknik pengajaran iaitu teknik

ENIS yang tepat untuk membantu murid menguasai kefahaman dan kemahiran sifir

2-5 dengan baik. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa teknik ENIS

mendatangkan manfaat kepada murid untuk mencapai keputusan yang baik dalam

ujian pasca. Saya juga amat berpuas hati dengan pencapaian yang diperolehi oleh

murid dibanding dengan dahulu murid gagal menjawab satu soalan. Kini, murid

menggunakan teknik ENIS dapat menjawab setiap soalan dengan betul. Saya

berharap kelemahan teknik ENIS yang wujud dalam tindakan ini akan saya perbaiki

untuk kitaran tindakan yang seterusnya.

94

Anda mungkin juga menyukai