Anda di halaman 1dari 19

PREVIEW

www.garajmalaya.com
Mengapa eBook Ini
Ditulis?
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, dapat
kami siapkan ebook Diagnosis Aircond
Kereta ini dengan jayanya.

Sistem aircond sangat penting untuk


keselesaan penumpang ketika cuaca
panas. Semasa cuaca hujan pula, aircond
penting untuk keselamatan pemanduan.

Dorongan untuk menghasilkan eBook dan


Online Video Training ini adalah kerana
kami dapati sangat sukar untuk
mendapatkan rujukan khusus untuk kerja
diagnosis sistem aircond kereta
terutamanya dalam Bahasa Melayu di
pasaran.

Tujuan kami adalah untuk


memperkenalkan kaedah serta peralatan
terkini dalam kerja diagnosis sistem

Diagnosis Aircond 1
aircond. Kami juga berhasrat membentuk
mindset mekanik untuk sentiasa membuka
minda kepada pembaharuan yang
mungkin pada awalnya kelihatan
menongkah arus amalan konvensional
turun-temurun.

Dengan ini, amat besar harapan kami agar


naskhah eBook Diagnosis Aircond Kereta
ini dapat membantu membuat
troubleshooting yang lebih tepat serta
membawa manfaat kepada
perkembangan ilmu teknikal sahabat
mekanik sekalian.

The Aircond Stazione. Lebih Dari Sekadar


Sejuk.

Sekian, terima kasih.

Farish Hamzah

Diagnosis Aircond 2
7 Langkah Diagnosis
Aircond Kereta
1. PRELIMINARY CHECK Pemeriksaan
Awal
2. REFRIGERANT RECOVERY Simpan
Gas
3. SYSTEM VACUUM Vakum Sistem
4. VACUUM LEAK TEST Ujian Bocor
Vakum
5. REFRIGERANT REFILL Isian Semula
Gas
6. SYSTEM PRESSURE MONITORING
Pemantauan Tekanan Sistem
7. RESULTS + CONSULTATION
Keputusan + Perundingan

Ini adalah keseluruhan proses yang kami


praktikkan di The Aircond Stazione untuk
proses diagnos aircond kereta pelanggan.

Diagnosis Aircond 3
1. Pemeriksaan Awal
Langkah ini dibuat apabila sahaja proses
bermula. Temubual / pertanyaan kepada
pelanggan seperti berkenaan sejarah
tukar ganti komponen, bilakah masa
masalah berlaku, sudah berapa lama
masalah ini berlaku dan sebagainya
adalah sebenarnya termasuk di dalam
proses diagnosis. Ini penting untuk kita
ambil maklum dan seterusnya mendapat
gambaran kasar mengenai punca masalah
berkenaan.

D isini juga kami lakukan Ujian Ketulenan


Gas dengan menggunakan alat
Refrigerant Identifier. Ini langkah yang
amat penting untuk memastikan
kandungan gas sedia ada dalam kereta itu
tulen atau tercemar (bercampur R134a
dengan R12). Ia juga akan menunjukkan
sama ada terdapat udara atau tidak di
dalam sistem.

Diagnosis Aircond 4
Foto 1 - Refrigerant Identifier

2. Simpan Gas

Langkah ini dilakukan untuk 3 tujuan


utama:
Supaya tidak dilepaskan ke udara
sewenang-wenangnya - elak pencemaran.
Tidak membazir gas yang sedia ada di
dalam kereta.
Mendapat data kuantiti gas di dalam
kereta - berapa gram yang ada sekarang.

Kita perlukan mesin untuk tujuan ini.


Biasanya mesin recovery ada fungsi ini. Ia
akan recover dan timbang gas yang
disedut daripada kereta. Sebagai

Diagnosis Aircond 5
alternatif, boleh juga digunakan tong gas
lama yang diletakkan di atas Digital
Refrigerant Scale untuk tujuan menyimpan
gas ini.

Foto 2 - Digital Refrigerant Scale

Diagnosis Aircond 6
3. Vakum Sistem
Setelah sistem kosong daripada gas,
lakukan proses vakum sekurang-
kurangnya 10 minit. Untuk kereta yang
besar sistemnya (ada double blower)
boleh dipanjangkan sekurang-kurangnya
15 minit.

Sepanjang proses vakum ini, kita sudah


boleh jangkakan tahap kebocoran dalam
sistem. Jika sistem tiada bocor, dalam
masa 2 minit sahaja tekanan vakum
(bacaan di bawah 0 bar atau -1
bergantung kepada jenis meter yang
digunakan) sudah dicapai.

Jika bocornya agak besar, sistem tidak


dapat mencapai tahap vakum sepenuhnya
walaupun sudah 10 minit pam vakum
berjalan.

Diagnosis Aircond 7
4. Ujian Bocor Vakum

Ujian ini boleh kita umpamakan seperti


kita menahan nafas di dalam air. Setelah
tekanan vakum wujud dalam sistem, pam
vakum dimatikan. Tekanan vakum ini
ditahan selama sekurang-kurangnya 5
minit. Inilah yang dinamakan Ujian Bocor
Vakum. Sekiranya dalam masa 5 minit ini
tiada perubahan tekanan (bacaan tekanan
tidak naik), bermakna sistem tiada bocor.

Boleh sahaja ujian ini dilakukan lebih


daripada 5 minit, tetapi perlu ditambah
masa vakum juga. Masa vakum perlu lebih
lama daripada masa ujian bocor.

Diagnosis Aircond 8
5. Isian Semula Gas

Pada langkah ini, perlu diberi perhatian


bahawa kuantiti gas yang diisi semula
mengikut spesifikasi pengeluar. Kuantiti
gas adalah dalam gram (berat), bukan
tekanan pada manifold gauge. Jika sistem
kosong, adalah lebih tepat dengan
memasukkan gas dalam bentuk cecair
(terbalikkan tong) melalui HP port. Tong
gas perlu diletakkan di atas penimbang
(refrigerant scale) untuk dapat kuantiti
yang diperlukan.

Diagnosis Aircond 9
6. Pemantauan Tekanan Sistem
Setelah gas dii si, sistem dihidupkan.
Biarkan sistem stabil seketika (sekitar 5
minit) dan perhatikan bacaan tekanan di
LP & HP. Dengan cara ini, kita telah
pastikan satu perkara - gas memang
cukup.

Jadi, bacaan tekanan dalam sistem adalah


tepat memberitahu keadaan sebenar
sistem. Bacaan tekanan ini akan
membolehkan kita membuat diagnos
samada compressor masih ok atau tidak,
ada sumbat dalam sistem, kurang
penyejukan pada condenser dan
sebagainya.

Diagnosis Aircond 10
7. Keputusan & Perundingan

Setelah 6 langkah di atas dilakukan, kita


sudah mempunyai data yang cukup untuk
melakukan kerja troubleshooting dengan
yakin. Kita sudah punya info yang cukup
untuk mencadangkan solusi yang tepat
kepada pelanggan. Kita sudah boleh
memberikan sebut harga kepada
pelanggan.

Inilah 7 Langkah yang kami pelopori di


The Aircond Stazione untuk dikongsi
bersama para teman mekanik sekalian
sebagai panduan untuk manfaat bersama.

Diagnosis Aircond 11
System Check
Dalam topik System Check ini, kita akan
lihat bagaimana kaedah untuk melakukan
diagnosis yang lebih menepati logik
sistem aircond. Dengan mengaplikasikan
kaedah yang diperkenalkan ini nanti,
sepatutnya proses troubleshooting akan
menjadi lebih cepat dan tepat.

Ini sudah tentunya akan meningkatkan


keyakinan kita untuk menyelesaikan
masalah aircond kereta pelanggan yang
datang kepada kita.

Mari kita mulakan!

Diagnosis Aircond 12
Diagnosis Tanpa Alat

Kaedah Quick Diagnose untuk mendapat


gambaran umum keadaan sistem aircond.
Gunakan tapak tangan sahaja!

Liquid Tube (Condenser - Cooling coil)

Pada liquid tube ini, terdapat refrigerant


dalam bentuk cecair. Ianya telah
disejukkan oleh condenser. Di laluan ini,
refrigerant berbentuk cecair bertekanan
tinggi.

Jadi, suhu paip ini dalam keadaan SUAM.


Kita boleh sentuh paip ini. Dalam kiraan 5
detik (atau lebih) menyentuh, baru akan
terasa sedikit panasnya.

Diagnosis Aircond 13
Foto 3 - Kedudukan Liquid Tube Pada MyVi

Jika kita sentuh sahaja sudah terasa


panasnya, bermakna sistem bermasalah.
Condenser tidak dapat menyejukkan
refrigerant. Refrigerant tidak bertukar
menjadi cecair sepenuhnya. Ini akan
membuatkan tekanan meningkat lebih
tinggi daripada normal.

Discharge Hose (Compressor -


Condenser)

Pada bahagian ini, refrigerant adalah


dalam bentuk gas bertekanan tinggi. Suhu
juga tinggi - PANAS.

Diagnosis Aircond 14
Kita boleh sentuh paip ini sekejap sahaja.
1 detik pun sudah terasa panasnya. Ini
normal.

Foto 4 - Kedudukan Discharge Hose Pada MyVi

Ada 2 keadaan tidak normal:

Terlalu Panas - hinggakan tidak dapat


disentuh langsung. Bermakna tekanan &
suhu terlalu tinggi di paip ini. Biasanya
diakibatkan condenser atau filter drier
yang tersumbat. Jika di pasangkan pula
meter tekanan di HP port (yang biasanya
terletak selepas filter drier), tekanan Hp
rendah daripada normal

Diagnosis Aircond 15
Kurang Panas - boleh disentuh dalam
kiraan 2-3 detik. Ini menandakan tekanan
yang dijana oleh compressor adalah
rendah daripada normal. Apabila tekanan
rendah, suhu paip ini juga rendah. Ini
menandakan compressor sudah rosak
atau lemah (loss compression).

Suction Hose (Cooling coil - Compressor)

Ini adalah paip yang menghubungkan


cooling coil dengan compressor.
Refrigerant dalam bentuk gas bertekanan
rendah disini.

Foto 5 - Pemeriksaan Discharge Hose Pada MyVi

Diagnosis Aircond 16
Secara fizikalnya, pada sistem yang
normal - paip ini akan berpeluh-peluh.
Apabila disentuh, rasanya seperti kita
menggenggam ais batu. Ini indikator
yang menunjukkan sistem berfungsi tip-
top.

Jika paip ini tidak berpeluh atau peluh


sedikit sahaja, ini menandakan sistem
tidak bekerja dengan sempurna. Ada
masalah yang perlu diselesaikan.

Jadi, dengan kaedah mudah sebegini,


kita sudah boleh membuat agakan
samada sistem aircond kereta ini
berfungsi sempurna ataupun tidak.
Latihan deria rasa seperti ini harus kerap
dipraktikkan untuk mendapat “feel”
semasa proses diagnosis dilakukan.
Kemahiran ini perlu dipertajamkan
sentiasa sehingga kita dapat melakukan
agakan yang tepat kepada setiap kereta
yang datang.

Diagnosis Aircond 17
Mahu Baca Lagi?
Dapatkan di www.garajmalaya.com/ebook

Diagnosis Aircond 18

Anda mungkin juga menyukai