Anda di halaman 1dari 2

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan
1.1.1 Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang mana
pengurusan aset dan kewangan adalah tertakluk kepada peruntukan
yang terdapat dalam Akta Tatacara Kewangan 1957, Arahan
Perbendaharaan, Peraturan-peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit)
2002 di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) serta peraturan-
peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.

1.1.2 Di bawah peruntukan tersebut, pihak sekolah dikehendaki


menyelenggara dan menyimpan akaun-akaun dan rekod kewangan
dengan sempurna.

1.1.3 Pengurus Sekolah / Ketua Pusat Tanggungjawab (bagi sekolah yang


menjadi Pusat Tanggungjawab Kewangan) hendaklah
bertanggungjawab bagi:
(a) Menyediakan suatu penyata kewangan tahunan bagi tahun berakhir
31 Disember tiap-tiap tahun mengikut prinsip perakaunan yang
diterima umum;

(b) Mengemukakan penyata kewangan tahunan tersebut kepada Ketua


Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, yang kemudiannya
dikemukakan kepada Pegawai Pengawal tidak lewat dari 31 Mac
tahun berikutnya. Pegawai Pengawal boleh dengan
pertimbangannya, untuk memajukan penyata tersebut kepada Audit
Negeri untuk semakan

(c) Memberi jawapan atas Laporan atau pertanyaan Audit (jika ada),
tidak lewat satu (1) bulan daru Tarikh laporan atau pertanyaan
(AP306)

1.1.4 Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan bertanggungjawab


untuk memastikan:
(a) Penyata kewangan tahunan sekolah dikemukakan kepada Pegawai
Pengawal tidak lewat dari 31 Mac tahun yang berikutnya, dan

(b) Sekolah mengambil apa-apa Tindakan, jika keadaan memerlukan,


atas apa-apa laporan atau pertanyaan Pegawai Pengawal atau
Audit yang berhubungan dengan sekolah tersebut.

1.2 Tujuan

1.2.1 Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah ini


dikeluarkan bertujuan untuk memberi panduan mengenai tatacara
pengurusan kewangan sekolah yang seragam. Ia terpakai secara
khusus kepada sekolah-sekolah milik Kerajaan Negeri Perak di bawah
pentadbiran Jabatan Agama Islam Perak.

a
BAB 1 PENGENALAN

1.3 Penggunaan Tatacara Pengurusan Perkaunan Kumpulan Wang Sekolah

1.3.1 Walau apa pun peruntukan yang terkandung di dalam Tatacara ini, ia
juga tertakluk kepada pekeliling dan surat pekeliling yang berkuatkuasa
dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai